BELASUNGKAWA I wariskan suara manusiawi}...

1
4 + BELASUNGKAWA u I wariskan suara manusiawi} harmonis » Pemergian Sasterawan Negara itu tutup tirai tahun 2014, kehilangannya tinggalkan tugas besar perjalanan sastera 2015 Oleh Nazmi Yaakub [email protected]. my P emergian Sasterawan Negara (SN) , Datuk Abdullah Hussain, menu- tup tirai pentas sastera tahun 2014 , manakala pengebumiannya memulakan perjalanim sastera tanah air pada tahun ini. Abdullah atau turut dikenali sebagai Pak Lah Hussain dalam kalangan sasterawan dan pen- garang yang mengenalinya, meninggal dunia akibat sakit tua di kediamannya, di Peta- ling Jaya, pada malam tahun baharu. Memang tiada Konserto Terakhir seperti judul novelnya, mengiringi pemergian itu tetapi ketika beliau menghembuskan nafas terakhir di sisi isteri, Datin Siti Saroja Basri dan lima anak mereka, selawat yang menyusuli solat Isyak dan hajat berjemaah berkumandang hanya kira-kira 15 kilometer daripada mereka. Malam Cinta Rasul 2015 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur itu, menjadi pentas munajat mengiringi sambutan ambang tahun baharu 2015 yang berte- patan dengan realiti negara yang dilanda banyak musibah sepan- jang tahun lalu. Justeru, diharap tempiasnya juga mengiringi pemergian novelis dan eseis yang menerima 4nugerah Sastera Negara (ASN) pada tahun 1996 dan Anugerah Penulis an Asia Ten ggara (S EA Write) 1981 itu. Tinggalkan kenangan Abdullah banyak meninggalkan kenangan kepada sasterawan sehingga tidak hairanlah hampir semua SN hadir di Masjid Tun Abdul Aziz untuk pengurusan dan solat jenazah, iaitu Datuk A Samad Said, Prof Emeritus Datuk Dr Muhammad Salleh, Datuk Baharuddin Zainal, Datuk Dr Anwar Ridhwan dan Datuk Dr Ahmad Kamal Abdullah. Selain SN, hadir sarna ialah Ketua Satu, Gabungan Persa- tuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA), Prof Datuk DrAbdul Latiff Abu Bakar; Presiden Persa- tuan Penulis Nasional Malaysia (PENA) , Dr Mohamad Saleeh Rahamad; Pengarah Urusan, Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM), Mohd Khair Ngadiron dan Penerima SEA Write tahun 2011, Syed Mohd Zakir Syed Othman (SM Zakir). Tokoh dan pengarang lain yang turut menziarahi kedia- mannya termasuk Menteri Per- tanian. dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Ketua Pengarah, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) , Datuk Dr Awang Sariyan. Kenali menerusi karya Secara peribadi, saya mengenali Abdullah terlebih dulu melalui karyanya seperti Konserto Terak- hir yang bergerak pada lartdas romantisisme-tragedi dan Masuk ke Dalam Cahaya yang meneroka alam mistik dengan semangat keinsafan manusia yang sekian lama dikepung kehidupan mate- rialistik. Begitujuga novel Imam yang membawa semangat kaum muda dan kebangkitan agama dengan gugatan pengaruh mate- rialistik, sekali gus dinobatkan sebagai pemenang pertama Hadiah Sako 1. . Sebagai wartawan Sastera BH, saya menemuinya selepas novel beliau, Interlok disenaraikan sebagai teks untuk Komponen Sastera dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu (KOMSAS), sekali gus men- cetuskan kegemparan yang malangnya bukan dengan sebab yang benar untuk sesebuah karya sastera. Interlok tidak difahami seba- Jenazah, Abdullah dibawa keluar dari kediamannya un tuk disembahyangkan di Masj id Tun Abdul Aziz, P eta ling Jaya, s ebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Bukit Kiara. [ GAMBAR ABDULLAH YUSOF/ BfI 1 gai karya kesusasteraan, seba- liknya diletakkan pada 'kari- dang tertuduh' sebagai prosa sejarah, manakala pertuduhan dibacakan dengan niat yang jauh berbeza berbanding hasrat sebenar karya itu ditulis. Interlok mungkin bukan karya Abdullah yang terbaik tetapi tidak dapat dinafikan, ia antara novel yang paling bagus dalam sejarah sastera tanah air yang mengangkat persoalan integrasi nasional dan perpa- duankaum. Berkerusi roda, soalan bertulis Abdullah yang berkerusi roda terpaksa membaca soalan saya yang dibuat secara bertulis kerana masalah pendengaran, manakala tempoh wawancara tidak sampai setengah jam apa- bila beliau kemudian mengadu penat. Bagaimanapun, memorinya masih kuat terutama ketika ber- kongsi tujuan penulisan Interlok dan hasratnya untuk melihat perpaduan negara turut diper- kukuh melalui karya sastera. Abdullah mewariskan tang- gungjawab yang belum selesai khususnya kepada sasterawan dan pengarang tanah air kerana meskipun Interlok tidak dapat diterima oleh segelintir masya- rakat, karya dengan tema dan latar yang nadir itu memberi- kan suara jelas kepada rakyat negara ini. Pemergian beliau pada awal t ahun selepas kita bukan saja diuji musibah, bahkan isu yang menguji muhibah bangs a dan negara, barangkali meninggal- kan hikmahuntuk direnungi ber sama. Ia menjadi isyarat betapa ketika kemanusiaan dan kehar- monian dicuba, sasterawan, ® ISNI N 5 JANUARI 2015 Karya Abdullah. pengarang, penyair serta peng- giat sastera perlu ke depan ber- banding masyarakat biasa, lalu menghant ar suara dan tulisan yang lebih manusiawi serta harmon is .

Transcript of BELASUNGKAWA I wariskan suara manusiawi}...

Page 1: BELASUNGKAWA I wariskan suara manusiawi} harmonismyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/3854/1/Abdul...4 + BELASUNGKAWA u I • wariskan suara manusiawi} harmonis » Pemergian

4

+

BELASUNGKAWA

• u I wariskan suara

manusiawi} harmonis » Pemergian Sasterawan Negara itu tutup tirai tahun 2014, kehilangannya tinggalkan tugas besar perjalanan sastera 2015

Oleh Nazmi Yaakub [email protected]

P emergian Sasterawan Negara (SN), Datuk Abdullah Hussain, menu­tup tirai pentas sastera tahun 2014, manakala

pengebumiannya memulakan perjalanim sastera tanah air pada tahun ini.

Abdullah atau turut dikenali sebagai Pak Lah Hussain dalam kalangan sasterawan dan pen­garang yang mengenalinya, meninggal dunia akibat sakit tua di kediamannya, di Peta­ling Jaya, pada malam tahun baharu.

Memang tiada Kon serto Terakhir seperti judul novelnya, mengiringi pemergian itu tetapi ketika beliau menghembuskan nafas terakhir di sisi isteri, Datin Siti Saroja Basri dan lima anak

mereka, selawat yang menyusuli solat Isyak dan hajat berjemaah berkumandang hanya kira-kira 15 kilometer daripada mereka.

Malam Cinta Rasul 2015 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur itu, menjadi pentas munajat mengiringi sambutan ambang tahun baharu 2015 yang berte­patan dengan realiti negara yang dilanda banyak musibah sepan­jang tahun lalu.

Justeru, diharap tempiasnya juga mengiringi pemergian novelis dan eseis yang menerima 4nugerah Sastera Negara (ASN) pada tahun 1996 dan Anugerah Penulisan Asia Tenggara (SEA Write) 1981 itu.

Tinggalkan kenangan Abdullah banyak meninggalkan kenangan kepada sasterawan sehingga tidak hairanlah hampir semua SN hadir di Masjid Tun Abdul Aziz untuk pengurusan dan solat jenazah, iaitu Datuk A Samad Said, Prof Emeritus Datuk Dr Muhammad Salleh, Datuk Baharuddin Zainal, Datuk Dr Anwar Ridhwan dan Datuk Dr Ahmad Kamal Abdullah.

Selain SN, hadir sarna ialah Ketua Satu, Gabungan Persa­tuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA), Prof Datuk DrAbdul Latiff Abu Bakar; Presiden Persa­tuan Penulis Nasional Malaysia (PENA), Dr Mohamad Saleeh Rahamad; Pengarah Urusan, Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM), Mohd Khair

Ngadiron dan Penerima SEA Write tahun 2011, Syed Mohd Zakir Syed Othman (SM Zakir).

Tokoh dan pengarang lain yang turut menziarahi kedia­mannya termasuk Menteri Per­tanian. dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Ketua Pengarah, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Datuk Dr Awang Sariyan.

Kenali menerusi karya Secara peribadi, saya mengenali Abdullah terlebih dulu melalui karyanya seperti Konserto Terak­hir yang bergerak pada lartdas romantisisme-tragedi dan Masuk ke Dalam Cahaya yang meneroka alam mistik dengan semangat keinsafan manusia yang sekian lama dikepung kehidupan mate­rialistik.

Begitujuga novel Imam yang membawa semangat kaum muda dan kebangkitan agama dengan gugatan pengaruh mate­rialistik, sekali gus dinobatkan sebagai pemenang pertama Hadiah Sako 1. .

Sebagai wartawan Sastera BH, saya menemuinya selepas novel beliau, Interlok disenaraikan sebagai teks untuk Komponen Sastera dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu (KOMSAS), sekali gus men­cetuskan kegemparan yang malangnya bukan dengan sebab yang benar untuk sesebuah karya sastera.

Interlok tidak difahami seba-

Jenazah, Abdullah dibawa keluar dari kediamannya untuk disembahyangkan di Masjid Tun Abdul Aziz, Petaling Jaya, sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Bukit Kiara. [ GAMBAR ABDULLAH YUSOF/ BfI 1

gai karya kesusasteraan, seba­liknya diletakkan pada 'kari­dang tertuduh' sebagai prosa sejarah, manakala pertuduhan dibacakan dengan niat yang jauh berbeza berbanding hasrat sebenar karya itu ditulis.

Interlok mungkin bukan karya Abdullah yang terbaik tetapi tidak dapat dinafikan, ia antara novel yang paling bagus dalam sejarah sastera tanah air yang mengangkat persoalan integrasi nasional dan perpa­duankaum.

Berkerusi roda, soalan bertulis Abdullah yang berkerusi roda terpaksa membaca soalan saya yang dibuat secara bertulis kerana masalah pendengaran, manakala tempoh wawancara tidak sampai setengah jam apa­bila beliau kemudian mengadu penat.

Bagaimanapun, memorinya masih kuat terutama ketika ber­kongsi tujuan penulisan Interlok dan hasratnya untuk melihat perpaduan negara turut diper­kukuh melalui karya sastera.

Abdullah mewariskan tang­gungjawab yang belum selesai khususnya kepada sasterawan dan pengarang tanah air kerana meskipun Interlok tidak dapat diterima oleh segelintir masya­rakat, karya dengan tema dan latar yang nadir itu memberi­kan suara jelas kepada rakyat negara ini.

Pemergian beliau pada awal tahun selepas kita bukan saja diuji musibah, bahkan isu yang menguji muhibah bangs a dan negara, barangkali meninggal­kan hikmahuntuk direnungi bersama.

Ia menjadi isyarat betapa ketika kemanusiaan dan kehar­monian dicuba, sasterawan ,

® ISNIN 5 JANUARI 2015

Karya Abdullah.

pengarang, penyair serta peng­giat sastera perlu ke depan ber­banding masyarakat biasa, lalu menghantar suara dan tulisan yang lebih manusiawi serta harmonis.