Batik Sejarah Dan Keistimewaan Tekniknya

download Batik Sejarah Dan Keistimewaan Tekniknya

of 18

description

sejarah batik

Transcript of Batik Sejarah Dan Keistimewaan Tekniknya

  • 5/26/2018 Batik Sejarah Dan Keistimewaan Tekniknya

    1/18

    Akademika 7 (Disember 1990) 73 9Batik Sejarah dan Keistimewaan Tekniknya

    ABSTRACTBatik is one of the various techniques of tex tile decorations. The product ormotifproduced by this technique is called 'batik'. T he technique involves thesoaking o f cloth in dye and various parts to be protected from the dye werestam pedwith wax. The technique of batik making is world-wide. It is oundinEg ypt, Africa, India, Java and other places. The historical origin of thistechnique is obscured. It is hard to say tha t this technique originates rom onemain source and then spreads to other various parts of the world. It is morereliable to say that batik exists in the context of independent origin. Thetechnique of batik has certain excellences. It is able to create beautiful motifsof high quality on both sides of the cloth. In contrast with the direct method ,batik produces decorations which become integral to the cloth itself. The dyedissolves into the fabrics and does not merely coated the outside layer. Themotifproduced by the crackle effects of the wax is considered to be unique andbeautiful. There is no other method which run produce the same e ffec t. Batiktulis an dbatik eks lus if can be consideredas theproducts of high quality arts.The techniques of ba tik is a heritage of the past an dnow it is also useda s themedium of fine arts.

    ABSTRAKBatik adalah salah satu variasi teknik mencorak tekstil. Semua motifyangdihasilkan dengan teknik batik disebut sebagai 'bati k'. Teknik ini melibatkanproses pencelupan sesehelai kain yang hendak dicorak. Bahagiun-bahagianyang tidak dikehendaki terkena warna pencelup, diterapkan dengan lilinterlebih dahulu. Teknik batik tersebar luas. Teknik ini terdapat di Mesir,Afrika . India, Jawa dun tempat-tempat yang lain. Sejarah tentang asal-usulteknik batik adalah kabur. Adalah sukar untuk mengatakan bahawa teknikbatik berasal dari suatu punca yang tertentu dun kemudian tersebar keberbagai-bagai tempat yang lain. Adalah lebih diyakini bahawa teknik batikwujud ,sehagai penciptaan bebas. T eknik batik mempunyai banyakkeistimewaan. M otif -m oi yang tinggi mu tunya dapat dilihat pada kedua-duo belah permukaan kain. Berbezo dengan teknik mencorak secaralungsung, mo tif-motif yang menjadi hiasan itu men jadi sebaii dengan kain.Warna-warna pencelup tidak cuma menyelaputi bahagian-bahagian luarserat-serat ka in. Selain itu , corak-corak retak seribu yang dihasilkan dengan

  • 5/26/2018 Batik Sejarah Dan Keistimewaan Tekniknya

    2/18

    7 Akademika 7teknik batik adalah unik dan indah. Corak-corak retak seribu tidak dopatdihasilkan oleh sesuatu teknik yang lain. Ba tik tulis dan batik eks lus ifda pa tdianggap sebagai hnril-h ail seni yang tinggi mutunya. Teknik batik adalahwarisan zaman lampau dan kini turut digunakan sebagai media untuk senihalus.

    KONSEP BATIKBerdasarkan kepada keterangan yang terdapat dalam Dictionary ofScientific and Technical Term s (1978: I ), diketahui bahawa istilah 'batik'mengandungi dua konotasi iaitu, (1) teknik mencorak yang digolongkanke dalam teknik resist, dan (2) kain yang dicorakkan dengan teknik yangberkenaan iaitu teknik batik. Di samping teknik batik, teknik ikat danteknik pelangi termasuk teknik taritik juga tergolong ke dalam teknikresist. Asas kepada ketiga-tiga teknik ini adalah sama. Tiap-tiap teknikmenggunakan sesuatu bahan yang tertentu dan dalam sesuatu prosespencelupan sesuatu bahan yang digunakan itu menghalang resist)warnapencelup mengenai bahagian-bahagian yang akan memaparkan corakatau motif.

    Teknik batik melibatkan penggunaan lilin atau sesuatu bahan lainseumpama kanji yang pekat, lumpur yang pekat dan sebagainya.Menghasilkan corak atau motif batik dalam dua warna adalah amatmudah. Bahagian-bahagian tertentu sesehelai kain misalnya diterapkandengan lilin yang telah dipanaskan. Apabila dicelup, bahagian-bahagianyang telah diterapkan dengan lilin itu tidak akan disentuh oleh bahanpewarna. Setelah diangkat, dikeringkan dan kemudian direbus, lilin yangtelah diterapkan itu akan tanggal. Bahagian-bahagian yang dahulunyaditerapkan dengan lilin, timbul sebagai corak atau motif denganberlatarkan warna pencelup yang telah digunakan. Teknik seumpama inimewujudkan corak atau motif yang sama warnanya dengan warna asalsesehelai kain yang telah digunakan itu. Teknik yang digunakan ini dikenalsebagai teknik batik dan kain yang dicorakkan dengan teknik berkenaandisebut sebagai kain batik. Harus disedari bahawa batik bukanlahmerujuk kepada sesuatu corak atau motif yang tertentu sahaja. Apa jugacorak atau motif yang dihasilkan dengan teknik batik wajar digolongkansebagai batik.

    Berdasarkan kepada hakikat bahawa apa juga corak atau motif yangdihasilkan dengan teknik berkenaan wajar digolongkan sebagai batik,hamslah dihindarkan konse~ang sem~ itentang istilah batik itu sendiri.Teknik yang sama ini pernah digunakan di Mesir, China, Afrika, India danlain-lain. Oleh kerana bahasa bersifat arbitrari, teknik yang sama disebutdengan istilah-istilah yang herlainan. Walau bagaimanapun istilah 'batik'

  • 5/26/2018 Batik Sejarah Dan Keistimewaan Tekniknya

    3/18

  • 5/26/2018 Batik Sejarah Dan Keistimewaan Tekniknya

    4/18

    76 Akademika 37dipastikan bahawa kain-kain yang bercorak di Mesir telahpun digunakansejak 2,500 S M Besar kemungkinannya teknik pencorakan tekstil yangkini dikenali sebagai batik telah digunakan dalam tamadun purba ini jauhsebelum abad kelima Masehi.

    Di India, tidak ada penemuan tentang tinggalan-tiuggalan sebenarkain-kain yang dicorakkan dengan teknik batik seawal abad kelimaMasehi seperti yang ditemui di Mesir. Walau bagaimanapun apa yangdapat dikesan ialah bukti-bukti bergamhar pictorial evidences) yang adakaitannya dengan penggunaan teknik batik seperti yang dapat dilihat padalukisan-lukisan dinding di Gua Ajanta. Lukisan-lukisan ini adalah dariabad kelima Masehi. Di Jawa juga, tidak terdapat tinggalan-tinggalanbatik yang wajar dikategorikan sebagai tinggalan zaman purba. Walaubagaimanapun ini bukanlah menunjukkan babawa penggunaan teknikbatik di Jawamerupakan sesuatu yang barn. Storey 1942: 17) menjelaskanhahawa pada zaman Dinasti Sung 960 1279M), batik Jawa telah dibawake China dan dijadikan sebagai hadiah kepada puteri-puteri raja.

    Dilihat sebagai suatu keselumhan, teknik resist atau batik adalahmerupakan warisan zaman lampau bagi beberapa buah tempat iaituMesir, China, Jepun, India, Afrika, Jawa dan lain-lain. Penggunaan teknikini misalnya di Kelantan, Terengganu dan juga Belanda adalah sesuatuyang boleh dikatakan baru dan berasal dari Jawa. Pokok persoalannyaialah dari tamadun atau negara manakah teknik ini berasal?

    Sehingga kini sejarah tentang asal-usul teknik batik adalah masihkabur. Situasi yang seumpama ini dengan jelas dapat dilihat dariketerangan yang holeh disorot dari Encyclopaedia Brirtanica Vol. 3, 1958:208):Littleis known of the origin of this art; it is like many others, lost in antiquity. Somebelieve that it originated in China, while others claim that it is a natural outgrowthof th methods employedforcenturiesin India. Probably thelatter isnearly correct.

    Walaupun sejarah asal-usul teknik batik masib berada dalamkekaburan, Langewis dan Wagner 1964: 26) turut memberikan pendapattentang berkemungkinannya teknik batik di Jawa berasal dari India.Mereka berpandukan kepada pendapat Alfred Steinmann yangmenjelaskan bahawa pada abad ke sebelas atau dua belas Masehi orang-orang Singhalis Cinghalese) telah membawa teknik batik dari tenggaraDeccan ke India Timur dan seterusnya ke Jawa. Di samping adanyatanggapan bahawa teknik batik di Jawa berasal dari India terdapat jugatanggapan yang mengatakan bahawa teknik batik di Asia Tenggara iniberpunca dari suatu percubaan pengusaha-pengusaha tempatan menirukain-kain chintz yang didatangkan dari India. Sebuah katalog iaituCatalogueof Indian Traditional Village Textiles 1964: 5 yang dikeluarkan

  • 5/26/2018 Batik Sejarah Dan Keistimewaan Tekniknya

    5/18

    Batikbersempena dengan suatu pameran yang diadakan di Muzium Singapura,memberikan penjelasan:

    atik seems to have been ab origo an Indian invention which found its way to theSouth-east as local manufacturers sought to imitate imported Indian chintzes.Almost the easiest way to pattern a cloth, once a suitable dye has found,is to dab itover with patches of some substance that will resist the dye(gum, wax, clay etc); thedye will then stain only the unprotected parts. All over India, primitive, resist-dyedcloth are still being made.Kain-kain chintz telah diperkenalkan ke Indonesia pada abad ke-12atau 3 Masehi dan berkemungkinan juga pada tarikh yang lebih awal.Coiak atau motif kain-kain chintz dihasilkan melalui penggunaan duateknik iaitu gabungan teknik mordant dan teknik resist yang kini dikenalisebagai batik. Petikan yang dipaparkan dalam katalog tentang kain-kaintradisional yang dihasilkan oleh penduduk-penduduk desa di India, secaratidak langsung memberikan gambaran bahawa penggunaan teknik batikdi Jawa adalah agak bam. Walaupun berbeza dengan keterangan yangdiberikan oleh Langewis dan Wagner (1964: 26) tentang proses bagaimanateknik batik bermula penggunaannya di Jawa tetapi keterangan tentangtarikh bermulanya teknik batik di Jawa sebagaimana yang dipaparkan

    dalam katalog berkenaan dengan keterangan yang dikemukakan olehLangewis dan Wagner adalah sama atau hampir-hampir sama.Penggunaan teknik batik di Jawa dikatakan bermula di sekitar abad ke-12Masehi.Kekaburan tentang sejarah asal-usul teknik batik telah diperlihatkandengan jelas oleh Keller (1967: 13). Beliau tidak memberi pandangan samaada teknik batik di Jawa berasal dari India ataupun dari tempat yang lain.Walau bagaimanapun beliau memperlihatkan keraguan tentangberkemungkinannya teknik batik tersebar dari tamadun purba Mesir.Berhubung dengan perkara ini, Keller menyatakan bahawa sekiranyabatik berasal dari Mesir, sudah tentulah teknik tersebut dengan mudahnyatersebar ke Afrika dan Farsi dan setemsnya berkembang pula mengbala kesebelah timur. Beliau selanjutnyamenyatakan bahawa sekiranya ini terjadisudah tentu corak-corak batik di Afrika ataupun Parsi memperlihatkanpengamh Mesir dan batik-batik lain di sebelah timur memperlihatkankesan-kesan pengaruh corak dari negeri atau tempat teknik itu diambilsebelumnya. Keller mendapati bahawa corak-c orak batik di sesuatutempat itu adalah tersendiri sifatnya. Sehubungan dengan perkara ini,Keller seterusnya menyatakan:In Africa, batik occurs in the symmetrical tribal patterns; in India,in the ancientpaisely pattern; and in China and Japan, it has lent itself perfectly to delicateoriental designs.

  • 5/26/2018 Batik Sejarah Dan Keistimewaan Tekniknya

    6/18

    Sclain mcmberikan kererangan tentang tidak berkemungkinannyatcknik batik berasal dari Mcsir, Keller 1967: 13) turut menyentuh tcntangteori yang diajukan oleh J.A. Loeber yang menyebut bahawa teknik batikberasal dari kepulauan Asia Tenggara yang disebutnya dengan istilahIndian Archipelago. Batas-batas geografi yang berkait dengan kepulauanAsia Tenggara adalah luas. Walau bagaimanapun Loeber secarakhususnya merujuk kepada kepulauan Flores. Dijelaskan babawapenduduk-penduduk asli di Flores memakai pakaian berwarna putibtetapi apabila kotor pakaian ini dicelup dengan wama biru iaitu dengantujuan agar kekotoran pada pakaian tidak lagi kelihatau. Pakaian yangsama beberapa kali dibubuh kanji nasi supaya tahan. Perulangan prosesmenggunakan kanji nasi dan mencelupkan pakaian ke dalam bahanpewarna diikuti dengan keadaan basah-lembap dan kering dalam jangkawaktu pakaian itu digunakan sehari-hari menyebabkan kemunculancorak-corak atau motif-motif yang terhasil secara tidak disengajakan.Corak-corak berkenaan wujud lantaran adanya kanji nasi yang bertindaksebagai bahan resist pada kain yang dicelupkau kepada bahan pewarna.

    Adalah agak keterlaluan untuk membuat kesimpulan bahawa teknikbatik di berbagai tempat di dunia ini berasal dari kepulauan Flores. Tidakmungkin tamadun-tamadun besar seumpama Mesir, China dan Indiamisalnya mengetahui teknik batik dari pengetahuan-pengetahuan yangdiperolehi tanpa langsung oleh penduduk-penduduk asli di Flores. Apayang lebih rasional dan dapat dipertahankan ialah teknik sebagaimanayang terdapat di kepulauan Flores itu bukan berasal dari luar.

    Sebagaimana yang telab dipetik, Keller 1967: 13) meragui tentangberkemungkinannya teknik batik berasal dari Mesir. Walaubagaimanapun Chakraborti dan Maninder Kumar 1970) melalui kata-kata pengendan mereka untuk buku Batik 0 Tex Print mempunyaikepercayaan babawa teknik batik berasal dari Mesir. Mereka menjelaskanbabawa dengan berkembangnya evolusi budaya, teknik yaug berasal dariMesir itu telah tersebar ke tempat-tempat lain dan pada 1,200S M iba keChina. Kenyataan Chakraborti dau Maninder Kumar secara tidaklangsung memperlihatkan bahawa teknik batik di Jawa berasal dari luar.Ada kemungkinannya bersal dari China, atau dari China tersebar kesesuatu tempat yang lain dan seterusnya baharulah sampai ke Jawa. Krommempunyai pandangan yang berheza. Beliau menyatakan bahawakegiatan membatik sudah menjadi suatu kemahiran orang-orang Jawasebelum rantau ini didatangi oleh kebudayaan Hindu Hall 1973: 11).

    Dilihat sebagai suatu keseluruhan, peudapat-pendapat yang mengata-kan sama ada teknik batik berasal dari Mesir, India atau China adalabmerupakan pendapat-pendapat yang sama ada secara langsung atau tidaklangsung berpegang kepada teori diffusi yang telah diasaskan oleh ElliotSmith. Tidak ada sesuatu teori yang bersifat unggul dan dengan yang

  • 5/26/2018 Batik Sejarah Dan Keistimewaan Tekniknya

    7/18

  • 5/26/2018 Batik Sejarah Dan Keistimewaan Tekniknya

    8/18

    8 kademika 7dalam bidang seni. Sebenarnya istilab batik bukanlah berasal dariBatak . Keller (1967: 14) menjelaskan bahawa batik berasal dariperkataan Jawa dan dari aspek pembentukan kata berasal dari ambatikyang bermaksud kain yang mempunyai titik-titik kecil. Storey (1942: 12pula menjelaskan akar kata batik ialah tik iaitu suku kata yang terdapatdalam perkataan titik .Dalam konteks meneliti sejarah asal-usul teknik batik, teori yangdikemukakan oleh J.A. Loeber seharusnya diberikan perhatian. Penelitiantentang teori Loeber bukanlah untuk menerima pendapat bahawa teknikbatik berasal dari daerah kepulauan Asia Tenggara yang disebutnyasebagai Indian Archipelago. Penelitian kepada teori beliau adalah pentinguntuk menyedari hakikat bahawa asas kepada teknik batik (yang tanpadisedari oleb masyarakat orang-orang asli di Flores) adalah mudah danpengetabuan tentangnya pula boleh diperolehi secara tanpa langsung.Selain itu adalah amat jelas pula bahawa penggunaan teknik batik dalamtamadun Mesir bukanlah berasal dari teknik yang sebenarnya tidakpundisedari oleb masyarakat di Flores sebagaimana yang dinyatakan itu.Dilihat secara teliti, data yang diperolehi oleh J.A. Loeber tidakseharusnya menimbulkan bipotesis bahawa teknik batik berasal darikawasan Flores atau amnya kepulauan di Asia Tenggara, tetapi hendaklahdilihat sebagai bukti yang menunjukkan babawa prinsip bagi teknik batikadalah mudah, boleh ditemui secara tidak langsung dan tidak semestinyapenemuan ini terbatas kepada tamadun-tamadun agung pada zaman yangsilam. Dengan yang demikian, penemuan berkait dengan teknik batikberkewajaran wujud sebagai penciptaan bebas dengan maksud tidaksemestinya berasal dari satu punca yang sama. Hakikat tentangperkara iniadalah lebih meyakinkan lagi dengan merujuk kepada keterangan Belfer(1972: 73) yang mengatakan babawa ahli-abli antropologi telah menemuiteknik resist yang mudah-mudah dalam kebudayaan-kebudayaanmasyarakat primitif. Oleh kerana dasar bagi teknik batik adalah amatmudah, Peacock (1977: 7) turut memberikan kemungkinan bahawa teknikbatik berasal lebih dari satu punca independent origin). Beliaumenjelaskan:It has often been pointed out that in common with many other fundamentallysimple processes, i t may have had independent roots in many different places. Theprinciples involved are such that its discovery may have taken place almostanywhere and at any time. It is obvious that accidentsin the simple dyeing process,the presence on the cloth of oil or grease spots for example, could have led tounintentional resists. This could have encouraged experimentation and adecorative technique would thus evolve.

    Berdasarkan kepada hipotesis Linton (1954: 365 370) yang menyebutbahawa sesuatu teknik yang mudah berkewajaran wujud sebagai

  • 5/26/2018 Batik Sejarah Dan Keistimewaan Tekniknya

    9/18

    ~ f i k 81penciptaan bebas dan juga dengan menyedari bahawa dasar bagi teknikbatik adalah sesuatu yang mudah, maka kenyataan yang diberikan olehPeacock 1977: 7) wajar diterima. Penggunaan teknik r sists dalamkebudayaan-kebudayaan masyarakat primitif dengan jelasnya menunjuk-kan bahawa pengetahuan yang mudah ini tidak semestinya berasal darisesuatu tamaddun yang tinggi seumpama Mesir, China dan India.Kenyataan tentang teknik batik wujud sebagai penciptaan bebas tidakmembawa maksud bahawa di tiap-tiap tempat di mana terdapatnya teknikbatik, pengetahuan tentang teknik yang berkenaan adalah mempakansuatu penemuan dari dalam dan bukan berasal dari luar. Apa yangdimaksudkan ialah teknik batik berasal lebih dari satu punca dan darisesuatu punca pula, teknik berkenaan boleh tersebar ke sesuatu ataubeberapa tempat yang lain.Teknik batik di Semenanjung Tanah Melayu dan di Belanda adalahjelas berasal dari Jawa. Walau bagaimanapun suatu peninjauan yang telitiseharusnya dibuat bagi menentukan sama ada teknik batik di Jawa berasaldari luar ataupun sebenarnya mempakan suatu penemuan orang-orangJawa itu sendiri. Sebelum melakukan sesuatu kesimpulan, diteliti terlebihdahulu tentang beberapa perkara yang ada kaitannya dengan warna dancorak batik-batik Jawa, pakaian batik dan kaitannya dengan status sosialmasyarakat Jawa dan juga batik dan hubungannya dengan kepercayaantradisional orang-orang Jawa. Penelitian kepada perkara-perkara iniadalah penting bagi menentukan rumusan yang akan dibuat.Meilach 1973: 10) menjelaskan bahawa batik-batik terawal yangdihasilkan di Jawa adalah benvarna cokelat kemerah-merahan sogabrown .Palmier 1965: 178 179) menyatakan babawa penggunaan warna-warna merah dan kuning adalah merupakan suatu perkembangan yangkemudian. Wama-warna ini telah diperkenalkan oleh orang-orang IndiaIslam. Kenyataan Winstedt 1961: 168) pula secara tidak langsungmemperlihatkan bahawa corak-corak batik Jawa tidak sedikitpundipengaruhi oleh unsur-unsur Hindu. Dalam konteks masyarakat Jawa,kain yang dicorakkan dengan teknik batik adalah khusus untuk dijadikanpakaian bagi masyarakat atasan iaitu golongan istana. Batik-batik terawalialah batik-batik tulis yang dihasilkan dengan penggunaan canting.Pakaian batik cuma terbatas kepada mereka yang berstatus tinggi. Setelahmunculnya teknik blok pada tahun 1850-an, pakaian batik tumtdigunakan oleh rakyat. Keller 1967: 31) menjelaskan bahawa batik yangdihasilkan dengan teknik blok adalah mwah dan mampu dibeli olehgolongan yang berpendapatan rendah. Walaupun batik menjadi pakaianmasyarakat Jawa tetapi motif-motif tertentu dikhaskan kepada golonganpemerintah. Selain itu, batik yang mempunyai motif-motif yang tertentujuga dijadikan sebagai salah satu persembahan dalam upacara ritual yangdiadakan untuk pemujaan Ratu Kidul yang dipercayai berkuasa di laut-laut sebelah selatan.

  • 5/26/2018 Batik Sejarah Dan Keistimewaan Tekniknya

    10/18

    8 kademiko 7Berdasarkan kepada hakikat bahawa 1) warna batik-batik yang

    terawal di Jawa adalah sesuatu yang asli sifatnya dengan maksud tidakmemperlihatkan unsur-unsur dari luar, 2) motif batik-batik Jawa jugabersifat tersendiri dan tidak memperlihatkan unsur-unsur dari luarmisalnya pengaruh dari kebudayaan Hindu, 3) penggunaan batik di Jawabukan sabaja terbatas sebagai pakaian tetapi berkait erat pula denganpenonjolan status sosial iaitu suatu ciri yang tidak terdapat di mana-manatempat yang lain, dan 4) batik yang mempunyai motif-motif tertentudigunakan untuk sesuatu upacara ritual yang tertentu, dapat dibuatkesimpulan bahawa batik dalam kehidupan masyarakat Jawa adalahsesuatu yang unik sifatnya dan tidak sedikitpun menunjukkan pengaruhdari luar. Dengan mengambilkira tiap-tiap satu hakikat ini dan juga olehkerana mudahnya teknik batik itu sendiri atau tidak semestinya teknikbatik merupakan suatu penemuan yang terbatas kepada tamadun-tamadun agung, adalah wajar untuk membuat kesimpulan bahawa teknikbatik di Jawa bukan berasal dari luar. Kenyataan Krom yang mengatakanbahawa penggunaan teknik batik telah wujud di Jawa sebelum kedatangankebudayaan Hindu ke rantau ini adalah lebih rasional untuk diterima.

    Dilihat sebagai suatu keseluruhan, teknik batik di herhagai tempat didunia ini tidak wajar dikatakan berasal dari satu punca yang sama. Adalahlebih wajar untuk memhuat kesimpulan bahawa teknik batik berasal lebihdari satu punca. Amat besar kemungkinannya teknik batik wujud sebagaipenciptaan bebas dalam konteks parallelism.

    Sejarah asal-usul batik yang melibatkan zaman purba adalah amatkabur. Walau bagaimanapun sejarah perkembangan teknik ini padazaman yang lebih kemudian adalah sesuatu yang jelas. Teknik batik diBelanda misalnya adalah berasal dari Jawa dan begitulah juga teknik batiksebagaimana yang terdapat di Kelantan atau Terengganu. Teknik batik diKelantan juga berasal dari Jawa dan telah diperkenalkan oleh Haji Cik Subin Haji Ishak pada awal-awal 1920-an.

    KEISTIMEWAAN BATIKKeistimewaan batik dapat dilihat dari dua sudut yang utama iaitu 1)keistimewaan batik sebagai salah satu teknik mencorak tekstil, dan 2)keistimewaan tiap-tiap satu variasi teknik batik. Tinjauan yang dibuatberdasarkan sudut pertama memberikan gambaran menyeluruh tentangkeistimewaan teknik batik. Tinjauan dari sudut yang kedua pulamemberikan gambaran tentang keistimewaan sesuatu variasi teknik yangdigunakan.

    Berbanding dengan motif-motif yang dihasilkan dengan teknikpencorakan secara langsung direct method) yang melibatkan penggunaanpigment dyes yang bersifat likat atau pekat, motif-motif yang dihasilkan

  • 5/26/2018 Batik Sejarah Dan Keistimewaan Tekniknya

    11/18

    atik 8dengan teknik batik adala h lebih istimewa. P engguna anpigmen t dyes yangmelibatkan pencorakan secara langsung misalnya sebagaimana yangdigunakan dalam teknik stensil, cuma dapat memaparkan motif padasebelah permukaan k ain yang dicorak sedangkan pada sebelah perm uka anyang lain rupa motif adalah agak kabur ata u tidak kelibatan s am a sekali .Storey (1942: 12) menjelaskan bahawa bahan pewama cuma lekat padasebelah luar serat-serat kain.Motif-motif yang dihasilkan dengan teknik batik tidak sedemikiansifatnya. Motif-motif pada kedua-dua belah permukaan adalah samajelasnya antara satu dengan yang lain. Sesehelai batik sarung yang baikmutunya atau juga sesehelai batik ekslusif memperlihatkan. sifat yangsedemikian. Pigment dyes yang likat atau pekat tidak dapat menyerapiserat-serat sesehelai kain. Teknik batik yang me rup akan salah sa tu variasiteknik resist mempunyai keistimewaan kerana bahan pewarna yangbersifat cair dapat meresapi serat-serat kain dan ini terjadi apabiladilakukan proses pencelupan. Berhubung dengan keistimewaan ini,Peacock (1977: 7) menyatakan:Perhaps themost spectacular and effective technique, and the onemost suited to thetextile medium is tha t known as resist dyeing. This enables the artist and craftsmanto produce decoration which is an integral part o the cloth itself he design is Nrather than ON the fabrics and forms an intimate relationship with the texture of thecloth.

    Salah satu keistimewaan batik seperti yang dijelaskan ini dapatdijadikan sebagai pegangan u ntuk membezakan di a nta ra batik yang asliberbanding dengan batik timan. Batik sarung yang asli misalnya,memperlihatkan kejelasan m otif pada kedua-dua belah perm uka an kain.Motif-motif pada permukaan sebelah luar adalah sama kualitinyaberbanding dengan motif-motif pada permukaan sebelah dalam. Batiktiruan misalnya batik Siam adalah berbeza. Motif-motif sebelah dalamadalah tidak sejelas motif-motif pada permukaan sebelah luar. Dilihatsecara terperinci, kain s aru ng yang disebut batik Siam itu sebenarn ya tidakwajar digolongkan sebagai kain batik. Proses yang digunakan bagipenghasilan motif tidak m elibatka n teknik batik tetap i me libatkan teknikmencorak secara langsung. Bahan pewarna yang digunakan adalah darijenis pigment dyes.O ran g ram ai masih menggunakan istilah kain batik bagi sem ua jenisbatik tiruan. Kain batik Siam diistilahkan sebagai kain batik keranasusunan m otif-motif batik Siam adala h sama dengan susunan m otif-motifbatik sarung. Susunan motif-motif batik Siam tumt memperlihatkanbahagian-bahagian bunga tubuh, gigi kain, kepala kain, pengapit dancorak gunung. Bunga tubuh ialah corak-corak atau motif-motif yangmenghias sebahagian besar dari tubuh sesehelai kain. D u a bahagian

  • 5/26/2018 Batik Sejarah Dan Keistimewaan Tekniknya

    12/18

    8 kademika 7bunga tubuh dipisahkan oleh kepala kain yang pada kebiasaannya terdirisama ada dari motif-motif pucuk rebung ataupun bunga pokok. Kepalakain diberi motif-motif kecil pada sebelah kiri dan kanannya secaramenegak. Motif-motif tersebut dikenal sebagai pengapit. Corak gunungdalam sebarang motif wujud selari secara mendatar dengan gigi kain. BatikSiam yang merupakan batik timan itu tetap mengekalkan bahagian-bahagian motif sebagaimana yang dinyatakan ini. Walau bagaimanapunkualiti kain batik tersebut adalah rendah. Selain warna yang pudar padasebelah dalam permukaan kain, motif-motif batik tiruan juga kelihatanagak kasar dan kainnya didapati jarang atau tidak halus .

    Corak-corak retak seribu adalah juga salah satu lagi keistimewaanyang berkait dengan motif-motif batik. Corak-corak retak seribu ini tidakdapat dihasilkan melalui mana-mana teknik yang lain. Corak-corak retakseribu yang dihasilkan dengan teknik batik memperlihatkan keistimewaanwarna dan bentuk misalnya ada yang agak kasar dan ada yang agak halus.Kelok jalur-jalurnya adalah bebas. Ada yang kelihatan lurus dan ada yangberbelok-belok atau berkelok-kelok. Ada pula jalur yang pangkalnyakelihatan kasar dan hujungnya menjadi semakin halus. Bentuknya adalahsemulajadi. Dalam ha1 warna pula, ada di antara jalur-jalur tersebut yangsecerah warna pencelup yang digunakan dan ada pula yang lebih lembutwarnanya dan setengahnya kelihatan samar-samar sahaja. Kombinasi diantara kepelbagaian bentuk dan warna kelok jalur-jalur yang merupakankandungan corak-corak retak seribu itu adalah merupakan keindahanyang bersifat semulajadi.

    Pada masa ini terdapat juga kain-kain yang dijual atau baju-baju yangsudah siap, cuba memperlihatkan corak-corak retak seribu seperti yangbiasa terdapat pada kain-kain yang dicorakkan dengan teknik batik.Walau bagaimanapun, perbezaan yang jelas begitu mudah diperhatikan.Corak-corak retak seribu yang bukan dihasilkan dengan teknik batikadalah bersifat kaku dan tidak seindah seperti corak retak seribu yangterhasil secara semulajadi itu. Berhubung dengan batik tiruan yang cubamemperlihatkan corak-corak retak seribu, Keller (1967: 23 menjelaskan:As with many of fine arts and crafts, batik has also become subject to someimitations, in th~sase the machine-printed cottons falsely called batik because theyhave scraggly lines printed over the material, copying the crackle effect which is socharacteristic of batik work.

    Corak retak seribu sukar dihasilkan dengan sesuatu teknik yang lain;sebagai contohnya, apabila pengilang-pengilang kain di England menye-dari tentang teknik batik, mereka mula berusaha mengeluarkan batik-batik tiruan. Mereka mendapati kos pengeluarannya amat tinggi. Padamulanya mereka menggunakan bahan-bahan pencelup yang dibuat daritumbub-tumbuhan. Selepas tabun 1860an, mereka berjaya menghasilkan

  • 5/26/2018 Batik Sejarah Dan Keistimewaan Tekniknya

    13/18

    Batik 8pencelup-pencelup timan dan selaras dengan itu proses mengeluar batik-batik timan dapat dibuat dengan lebih mudah. Walau bagaimanapuncorak-corak retak seribu yang dapat dihasilkan masih tidak menyempaicorak-corak retak seribu batik-batik asli.

    Dilihat berdasarkan kepada sudut estetika, warna-warna yangditerapkan kepada serat-serat kain bagi tujuan menghasilkan motif-motifbatik wujud sebagi dalam serat-serat. Walaupun berbagai-bagai warnadigunakan tetapi tidak berlaku tindih-menindih antara satu warna dengansatu wama yang lain. Kombinasi berbagai-bagai warna melahirkan warnayang baru dan kewujudan warna yang ham itu adalah sebati ke dalamserat-serat kain. Berhubung dengan kombinasi wama yang harmonissifatnya ini, Keller 1967: 35) menjelaskan:In batik we achieve a greater harmony of colour than in a painting.

    Teknik batik terdapat dalam beberapa variasi iaitu (1) teknik cantingbagi menghasilkan batik halus, (2) teknik blok, (3) teknik stensil-lilin, (4)teknik blok-discharged, dan (5) teknik yang digunakan bagi menghasilkanbatik eksklusif. Ketiga-tiga keistimewaan teknik batik sebagaimana yangtelah dijelaskan sebelum ini adalah merupakan suatu pemaparan yangdibuat sebagai suatu keseluruhan. Walau bagaimanapun analisis yanglebih terperinci dapat dilakukan dengan meneliti tiap-tiap variasi teknikyang digunakan.

    Teknik canting adalah teknik yang paling awal digunakan berbandingdengan teknik-teknik yang lain. Penggunaan canting bagi menerapkanlilin untuk tujuan menghasilkan motif-motif adalah mempakan tekniktradisional yang digunakan oleh orang-orang Jawa bagi menghasilkanbatik-batik yang halus dan tinggi mntunya. Menggunakan canting bagimenghasilkan batik-batik sarung memerlukan kepakaran orang-orangyang mahir. Kerja-kerja yang dilakukan adalah seolah-olah menulis.Sehubnngan dengan inilah batik-batik yang dihasilkan itu sering disebutsebagai batik tulis.

    Kerja-kerja mencanting adalah amat rumit. Walau bagaimanapunmotif-motif yang terhasil adalah amat tinggi mutunya. Batik tulis yangmelibatkan penggunaan canting adalah lebih merupakan hasil seni (apieceofart work). Pembatik yang menghasilkan sesehelai batik tulis adalahjuga wajar digolongkan sebagai seorang pelukis yang mahir dan bersifatkreatif. Walaupun batik tulis lebih merupakan hasil seni tetapi oleh keranabatik wujud sebagai seni terapan dan bukannya sebagai seni halus,keindahan batik-batik tulis tidak akan dapat dihayati sekiranya seseorangitu tidak mempuniai kesediaan nntuk menilai secara penuh sedar(willingness to perceive) iaitu salah satu angkubah utama berkait denganwnilaian estetika.

  • 5/26/2018 Batik Sejarah Dan Keistimewaan Tekniknya

    14/18

    86 Akademika 7Teknik canting bagi menghasilkan b atik tulis cuma terda pat di Jawa.W alau bagaiman apun penggun aan canting bagi menghasilkan batik-batikeksklusif a dalah lebih meluas. Sebahag ian daripad a pem batik-pembatik di

    Semenanjung misalnya di Kelantan, Terengganu, Pahang dan WilayahPersekutuan turut menghasilkan batik-batik eksklusif. Sama seperti batiktulis, batik eksklusif juga wajar digolongkan sehagai hasil seni. Dilihatsecara perbandingan, kedua-dua jenis batik ini melibatkan mereka yangmahir melukis. Walau hagaimanapun beberapa perhezaan tertentu dapatdikenalpasti.Dilihat dalam konteks masa, batik eksklusif lebih cepat disiapkanberbanding dengan batik tulis kerana motif-motifnya tidak menutupiseluruh perm ukaan kain. Selain itu, batik-batik tulis adalah dib uat un tukdigunak an sebagi batik-batik sarung a taup un batik-batik lepas sedangkanbatik-batik eksklusif pula tidak d ihua t untuk kegunaan sehagaimana yan gdisebutkan itu. Batik-batik eksklusif dib uat untuk pakaian-pakaian yanglain misalnya pakaian-pakaian wanita dalam berbagai-hagai fesyen ataujuga baju-ba ju batik untu k orang -orang lelaki. Motif-motif batik eksklusifadalah bersifat lebih bebas dan lebih memperlihatkan daya kereatifpembatik yang menghasilkannya. Walaupun penghasilan batik-batikeksklusif memberi ruang yang lehih untuk daya ekspresi berbandingdengan penghasilan batik-batik tulis namun demikian tidaklah bolehdibu at kesimpulan bah awa mu tu batik-batik tulis adala h berbanding lebihrendah. Penilaian yang meletakkan sama ada mutu batik eksklusif lebihtinggi atau di sebaliknya adalah merupakan penilain yang bersifatsubjektif. Kedua-dua jenis batik sebagaim ana yang disebutkan ini adalahwujud sebagai hasil seni dan tinggi mutunya.Berbeza dengan batik-batik tulis yang motif-motifnya bertumpukep ada bahag ian-bahagian ke pala kain, pengapit, gigi kain, bung a pokokdan sebagainya, batik-batik eksklusif bersifat lebih bebas bahkan tidakterikat kepada bahagian-bahagian motif sebagaiman a yang biasaterdapat pada batik-batik sarung ataupun batik-batik lepas. Seseorangpembatik mempunyai ruang yang begitu luas melahirkan citarasaestetikanya bagi m enghasilkan motif-motif yang difikirkannya ind ah d ansesuai untu k sesuatu jenis pak aian.D i samping menggunak an canting, penghasilan batik-batik eksklusifturut menggunakan berus-berus sebagaimana yang digunakan untukmenghasilkan sesebuah lukisan. Teknik mewarna motif-motif yang telahdilakarkan dengan canting adalah sama sahaja dengan teknik melukis.Deng an yang demikian, tona warna d ap at diadun den gan lebih menarik,sebagai contohn ya sekuntum bunga ros dengan bebe iapa helai dau n d apa tdiwarnak an secara lebih hidup . Dilihat secara perba ndingan, cum a batik-batik eksklusif sahaja yang mempunyai sifat yang sedemikian. Teknik-teknik lain tidak dapat memperlihatkan bayang atau sh de pada sesuatu

  • 5/26/2018 Batik Sejarah Dan Keistimewaan Tekniknya

    15/18

    Batik 8m ~ t i f ~ a n ~ihasilkan. Ruang yang lebih luas untuk daya kreativiti danekspresi serta berkemungkinannya memperlihatkan tona warna yangmenarik menyebabkan kain-kain batik yang dihasilkan itu dianggapistimewa dan dengan itu dinamakan sebagai batik eksklusif (istimewa).Teknik blok dischargedmemperlihatkan keistimewaan yang tersendiri.Sebenarnya, teknik ini ada lah pad uan di an tara d ua teknik yang berbezaiaitu teknik batik da n teknik discharged. Ciri utam a batik yang dihasilkandengan teknik ini ialah corak-corak retak seribu dalam warna yang agakkeputih-putihan. Warna sesehelai batik akan menentukan rupa warnacorak-corak retak seribu yang sengaja diwujudkan sebagai hiasan yangutama. Sebagai contoh, sesehelai batik yang berwarna biru akan mem-perlihatkan warna corak-corak retak serihu yang biru keputih-putihansifatnya. Sesehelai kain yang berwarna merah akan memperlihatkanwarna corak-corak retak seribu yang merah keputih-putihan rupanya.Ciri utama batik-discharged ialah corak-corak retak seribu sebagai-ma na yang disebutkan ini. Semua batik dari jenis ini memperlihatkancorak-corak tersebut. Batik-batik yang dihasilkan dengan sesuatu teknikyang lain tidak semestinya memperlihatkan corak-corak retak seribu.Pengwujndan corak-corak retak seribu bagi batik-batik jenis lain adalahbanyak bergantung kepada citarasa seseorang pembatik.

    Seperti yang telah dijelaskan, semua batik-discharged tetap memper-lihatkan corak-corak retak seribu. Corak-corak retak seribu bagi batikjenis ini ada lah istimewa kerana motif-motif yang dijadika n sebagai hiasanakan menjadi lebih indah d engan corak-corak retak seribu yang berseliratpad a seluruh permu kaan latar belakang bagi motif-motif tersebut. Cu mabatik-dischargedsahaja ya ng da pa t menghasilkan corak-corak retak seribudalam warna keputih-putihan sedangkan batik-batik yang lain cumama mp u menghasilkan corak-corak retak seribu dalam sesuatu warna yangtertentu (bukan keputih-putihan) dan pada kebiasaannya berlatarkanwarna putih.Dilihat sebagai suatu keseluruhan, semua corak-corak retak seribuadala h indah sifat. Tidak a da s uatu teknik lain yang dap at menghasilkancorak-corak s eump ama ini. Di pasaran, kita juga boleh m endapati batik-discharged yang bersifat tiruan. Batik tim an d ari jenis ini mud ahdikenalpasti. Selain corak-corak retak seribu yang ka ku sifatnya, wa m a-warna motif juga cuma lebih jelas pada sesebelah permukaan tertentusahaja, Proses pencorakan bukanlab melibatkan teknik batik yangdigembelingkan dengan teknik discharged tetapi sebenarnya melibatkanteknik mencorak secara langsung (direct method). Pembatik-pembatik dinegara ini misalnya di Kelantan atau di Terengganu juga padasebahagianny a menghasilkan batik-discharged di sam ping batik-blok da nbatik stensil-lilin.

  • 5/26/2018 Batik Sejarah Dan Keistimewaan Tekniknya

    16/18

    Akademika 7Dalam teknik blok, batik-bati . dapat dihasilkan dengan lebib cepat.

    Lilin diterapkan kepada permukaan kain dengan menggunakan blok-blokyang diperbuat dari logam. Penggunaan blok menyebabkan kerja-kerjamenerapkan lilin menjadi lebib mudab. Sama seperti batik-batik tulis,batik-batik discharged dan batik-batik ekslusif, motif-motif yang terbasiladalah wujud 'dalam' serat-serat kain dan bukan semata-mata terpaparpada bahagian permukaan. Keistimewaan yang sifatnya sedemikian initelah dijelaskan dalam keterangan yang lalu.

    Di antara berbagai-bagai jenis batik, batik stensil-lilin adalab agakrendah sedikit mutunya. Kerendaban mutu sebagaimana yang dimaksud-kan di sini bukanlah memjuk kepada keindaban motif yang dilihat denganmata kasar tetapi lebih merujuk kepada kualiti dari perspektif batik itusendiri. Motif-motif batik stensil-lilin bukan dihasilkan dengan teknikbatik tetapi melibatkan teknik pencorakan secara langsung denganmenggunakan stensil yang diperbuat dari kain polystar. Baban pewarnayang digunakan adalah dari jenis pigment dyes yang bersifat likat ataupekat. Batik-batik dari jenis ini dengan mudahnya dapat dikenalpasti.Warna-warna motif lebih terpapar pada sebelah permukaan sabaja.

    KESIMPULANPerbincangan tentang keistimewaan keistimewaan batik seperti yangdijelaskan ini adalah bertumpu kepada kualiti yang dapat dinyatakansecara lebih konkrit. Perbincangan yang memperlihatkan keistimewaan-keistimewaan yang relatif sifatnya sengaja dibindarkan. Sebagai contoh,kenyataan seumpama "Motif-motif bunga pada sesebelai batik sarungadalah indah" adalah merupakan suatu contob penilaian yang subjektifdan relatif sifatnya. Motif-motif tersebut mungkin indah bagi seseorangtetapi mungkin tidak indah bagi seseorang yang lain. Keistimewaan batiktidak wajar dipaparkan dalam bentuk kenyataan yang sedemikian.Dilihat sebagai suatu keseluruhan, teknik batik yang bersifat purba itutelah terpecab kepada berbagai-bagai variasi. Unsur-unsur pembaharuansememangnya baik. Walau bagaimanaplln dalam menghasilkan sesuatuteknik yang baru, kualiti atau eiri-ciri istimewa bagi sesehelai kain batikseharusnya dipertahankan. Menggabungkan teknik batik dengan sesuatuteknik yang lain bukanlah sesuatu yang baru. Kain-kain chintz di Indiamisalnya, adalah dihasilkan melalui gabungan di antara teknik batikdan teknik mordant Usaha menggabungkan teknik batik dan teknikdischarged adalab suatu usaba yang agak baru berbanding dengan usaba-usaha menggabungkan teknik batik dengan teknik mencorak secaralangsung dengan bantuan stensil yang dibuat dari kain polystar. Jikadilihat berdasarkan kriteria batik, kualiti batik discharged adalah lebihbaik berbanding dengan batik stensil-lilin. Keistimewaan batik stensil-lilin

  • 5/26/2018 Batik Sejarah Dan Keistimewaan Tekniknya

    17/18

    l eb ih kep ada m ud ah d a n cepa tnya menja lankan ker ja -ker ja pencorakan .Tekn ik ba ti k ada l ah w a r is an zam an pu rb a da n je la s wu jud s ebagai

    sua tu tekn ik yang i s timewa. Di sam pin gw uju d sebaga i s in i t e rapan , ba t ikjuga mempunyai tempat sebagai seni halus . Lukisan- lukisan bat ik yangmerupakan has i l -has i l sen i ba lus misa lnya ada lah mempakan luk isan-lukisan yang mempunyai ident i t i yang unik dan tersendir i . Corak-corakretak ser ibu yan g 'h idup ' s i fa tnya t idak da pa t dihasi lkan dengan sesuatutekn ik yang la in . Wi ll iam W arren da lam ar t ike lnya , The Timeless A r t ofB a t i k yang d imuatkan da lam Reader ' s Diges t , Mei 1977, di an ta ra l a inmenyebut :Once resewed for Javanese aristocrats, this beautiful fabrics has conquered theworld.

    REFEREN EAbdullah Mohamed. 1990. Lambang-lambang batik tradisi. Kertas kerja BengkelBatik Tradisi, Universiti Malaya, 22-26 Januan, 1990.Belfer, Nancy, 1972. Designing in Batik andDye. Worcester, Massachusetts: DavisPublication.Chakraborti Maninder Kumar. 1970. Batik-O-Tex-Print. Calcutta: Firma,Kuala Lumpur Mukhopadhyay.Deyrup, Astrith. 1971. Getting Started n Batik. New York: Collier Books.Dictionary o f Scienlific and Techn ical Te rm s 1978. (Second Edition). M cGraw , HillBook Company.Encyclopedia Britainnica 1958. Vol. 3, Great Britain, London.Gibbs, Joanifer. 1974. Batik Unlimited. New York : Watson-Guptill Pub lication.Grant, Bruce. 1965. Indonesia. Melbourne: University Press.Hall, D.G.E. 1973. Sejarah Asia Tenggara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa danPustaka.Indian T e x t i l e s Catalogue of An Exhibition ofIndian Traditional Village Textiles in

    The University of Singapore Art Museum. April 30th-May 14th, 1964.Keller, Ila. 1967. Batik: The Art and Craft (Second Edition), Tokyo: Charles E.Tuttle Company Inc.Kempers, A.J. Bernet. 1965. Ancient Indonesian Art. Amsterdam: C.P.J. Van DerPeel.Krause, Joseph H. 1969. The Nature of Ar t. New Jersey: Prentice Inc., EnglewoodCliffs.Krevitsky, Nik, 1967. Batik Art and Craft. New York: Reinhold Pub. Copr.Langewis,L. W agner Frits, A. 1964. Indonesian Textiles. Leiden: N.V. M ou tonCo.Matthews, Joseph Merrit. 1947. Textiles Fibres: Their Physical and Microscopicaland Chemical Properties (Fifth Edition), New York: Wiley.Meilach, Dona, Z. 1973. Contemporary Batik and Tie-Dye: Methods Inspiration

    Dyes. New York: Crown Publishers.Mohd. Said bin Haji Hussin. 1934. Batik. The M alay Home Library Series No . 28.Singapore: Printers Ltd.

  • 5/26/2018 Batik Sejarah Dan Keistimewaan Tekniknya

    18/18

    9 Akademika 37Muhling, Ernst. 1967. The Book of Batik. New York: Taplinger Pub., Co.Palmier, Leslie. 1965. Indonesia. London: Thomas and Hudson Ltd.Peacock, R.A.V., 1977. Batek, Ika t Pelangi and other Tradisional Textiles from

    Malaysia. Hong Kong: Hong Kong Museum of History.Samuel, Evelyn, 1968. Introducing Batik. London: B.T. Batsford.Shears, Constance, 1977. Summary History of Asian Textile Materials, and theirPatterning Techniques (Batik, Bandhana and Ikat) Based on Literary andPictorial Evidence and Actual Remains. Dimuatkan dalam eritage-eritage abiannual Publication of the National Museum, Republic of Singapore.Storey, Joyce. 1942. Textile Printing. New York: Van Nostrand Re~nholdCompany.Warren, William. 1977. The Timeless Art of Batik. Reader s Digest, May 1977.Whelpton, Barbara. 1970. Art Appreciation Made Simple. London: W.H. AllenCo. Ltd.

    Jabatan Pengajian MelayuUniversiti Kebangsaan Malaysia43600 U M Bangi