Bab 8 GLOBALISASI HE

64
Globalisasi Hubungan Etnik Dalam Konteks Malaysia

Transcript of Bab 8 GLOBALISASI HE

Page 1: Bab 8 GLOBALISASI HE

Globalisasi Hubungan Etnik Dalam Konteks Malaysia

Page 2: Bab 8 GLOBALISASI HE

Asas-asas hubungan etnik dalam konteks Malaysia

Page 3: Bab 8 GLOBALISASI HE

Ras dan Rasisme• Di Malaysia, konsep-konsep ras dan etnik kerap kali

dicampur aduk sehingga maknanya menjadi Iebih kurang sama.

• Orang Melayu, Cina dan India serta pelbagai etnik lain di Sabah dan Sarawak yang sepatutnya dikenali sebagai etnik, juga dipanggil ras dalam kehidupan seharian.

• Pada dasarnya, ras boleh dikatakan sebagai sebuah kelompok sosial yang mempunyai tanda pengenalan kolektif berasaskan ciri-ciri fizikal-biologikal nyata, seperti warna kulit, warna mata, warna rambut dan sebagainya.

• Ciri paling ketara yang digunakan untuk membezakan kumpulan manusia ialah warna kulit.

Page 4: Bab 8 GLOBALISASI HE

• Rasisme ditakrifkan sebagai pandangan, pemikiran, atau kepercayaan negatif oleh sesuatu kelompok sosial atau para anggotanya terhadap sesuatu kelompok lain berdasarkan perbezaan wajah fizikal-biologikal atau ras semata-mata dan ini ditunjukkan secara terbuka melalui perilaku atau tindakan terbuka.

• Rasisme ialah gabungan prejudis dan kuasa yang di artikulasi melalui diskriminasi berasaskan warna kulit dan ciri-ciri fizikal-biologikal yang lain.

• Rasisme wujud pada dua tahap: tahap individu dan tahap institusi.

Page 5: Bab 8 GLOBALISASI HE

• Pada tahap individu, rasisme berlaku dalam bentuk kepercayaan bahawa wujudnya ras tertentu yang berstatus lebih tinggi dan ada ras yang berstatus lebih rendah.

• Rasisme pada peringkat individu ini wujud dalam bentuk kepercayaan dan sikap individu.

• Pada tahap institusi, rasisme melibatkan dasar dan pelaksanaan yang bersifat diskriminasi, seterusnya membentuk ketidaksamaan bagi masyarakat daripada ras yang berbeza.

• Rasisme pada tahap institusi ini dapat dilihat secara tersirat dalam struktur sosial.

Page 6: Bab 8 GLOBALISASI HE

Prejudis dan Stereotaip

• Prejudis ditakrif sebagai pandangan negatif mengenai ahli atau kelompok etnik lain yang tersemat dalam hati seseorang atau kelompok etnik tertentu.

• Prejudis tidak diluahkan secara terbuka. Lazimnya, pandangan ini tidak berasaskan maklumat yang jelas, tepat atau mencukupi.

• Apabila prejudis disuarakan, prejudis menjadi stereotaip.• Prejudis antara etnik berlaku apabila sesebuah kumpulan

etnik memandang negatif terhadap kumpulan etnik lain.

Page 7: Bab 8 GLOBALISASI HE

• Prejudis yang kuat terhadap kumpulan etnik lain sukar diubah walaupun fakta yang kukuh diberikan bagi membuktikan bahawa pemahaman tersebut adalah salah.

• Melalui proses sosialisasi, sikap prejudis disalurkan daripada satu generasi kepada generasi lain.

• Kesan sikap prejudis semakin mudah dilihat apabila berlaku persaingan bagi mendapatkan sesuatu yang terhad sama ada dalam aspek politik, ekonomi atau sosial dan sebagainya.

Page 8: Bab 8 GLOBALISASI HE

• Stereotaip merupakan kenyataan-kenyataan umum yang negatif terhadap sesuatu kumpulan etnik seperti "semua orang Arab itu beragama Islam", "orang Belanda itu bersifat kedekut" dan sebagainya.

• Dengan kata lain, stereotaip ialah gambaran berlebih-Iebihan tentang sesuatu perlakuan baik atau buruk yang ditujukan kepada sesuatu kumpulan etnik oleh etnik lain.

• Hal ini terhasil apabila berlaku pertembungan dua atau lebih komuniti etnik.

Page 9: Bab 8 GLOBALISASI HE

• Fahaman stereotaip ini akan menimbulkan perasaan yang negatif dalam kalangan masyarakat, khususnya masyarakat majmuk di Malaysia.

• Hal ini kerana fahaman stereotaip akan mengakibatkan sesuatu kumpulan etnik itu memandang rendah terhadap kumpulan etnik lain dan seterusnya membataskan interaksi antara etnik dan menimbulkan semangat perkauman yang menebal.

Page 10: Bab 8 GLOBALISASI HE

• Ringkasnya, setiap kumpulan etnik mempunyai pandangan stereotaipnya terhadap kumpulan etnik yang lain.

• Sebagai contoh, orang Barat mempunyai pandangan stereotaip terhadap kumpulan-kumpulan etnik di Malaysia.

• Begitu juga, etnik Melayu mempunyai gambaran stereotaip terhadap etnik Cina dan India dan sebaliknya.

• Maka, setiap pertembungan etnik akan menghasilkan stereotaip yang berupa gambaran negatif atau positif.

Page 11: Bab 8 GLOBALISASI HE

Akomodasi dan Asimilasi• Akomodasi merupakan proses yang menyebabkan setiap

kumpulan etnik menyedari serta menghormati norma dan nilai kumpulan etnik lain dan tetap mempertahan budaya hidup masing-masing.

• Konsep ini diwakili oleh formula A + B + C = A + B + C, di sini A, B dan C merujuk kepada budaya (Ting Chew Peh, 1987).

• Pelbagai kumpulan etnik hidup secara harmonis dan menghormati antara satu sama lain.

Page 12: Bab 8 GLOBALISASI HE

• Pada peringkat pemerintahan pusat, setiap kumpulan etnik mempunyai wakil dalam bidang ekonomi dan pendidikan dan mereka saling bergantung.

• Konsep ini begitu meluas diamalkan di Malaysia kerana setiap kumpulan etnik bebas mengamalkan budaya mereka dalam keadaan harmoni.

• Jika dilihat di luar Malaysia, Switzerland ialah negara yang mempunyai hubungan etnik bersifat akomodasi kerana etnik Jerman, Perancis dan Itali saling membuat penyesuaian antara mereka.

Page 13: Bab 8 GLOBALISASI HE

• Asimilasi merupakan satu proses percantuman dan penyatuan antara kumpulan etnik berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok dengan kebudayaan dan identiti yang sama.

• Menurut Vander Zanden (seorang ahli sosiologi), asimilasi ialah satu proses dalam mana kelompok-kelompok yang berfikir, berperasaan dan bertindak secara berlainan, menjadi satu dalam kesatuan sosial serta budaya yang sama (disebut dalam Chew Hock Thye, 1975).

• Asimilasi mutlak atau sempurna menyebabkan berlakunya penghapusan penuh perbezaan dari segi kebudayaan dan identiti.

Page 14: Bab 8 GLOBALISASI HE

• Konsep ini diwakili dengan formula A + B + C = A, di sini A dalam hal ini mewakili golongan dominan sementara B dan C mewakili kumpulan etnik minoriti.

• Contohnya, orang Melayu di Thailand telah mengalami proses asimilasi yang menyebabkan nama, bahasa dan hampir semua aspek cara hidup mereka (kecuali agama) telah disatukan dengan amalan dan cara hidup orang Thai.

• Di Malaysia, apa yang berlaku ke atas masyarakat Jawa, Cina Kelantan, Baba dan Nyonya merupakan contoh berlakunya proses asimilasi.

Page 15: Bab 8 GLOBALISASI HE

• Namun, bagi etnik Cina di Kelantan serta Baba dan Nyonya, asimilasi berlaku dalam konteks budaya tanpa melibatkan anutan kepercayaan atau agama.

• Proses asimilasi berlaku apabila wujudnya interaksi yang erat antara ahli kumpulan etnik berbeza budaya bagi suatu tempoh yang lama.

• Kejayaan asimilasi umumnya bergantung kepada kesanggupan etnik minoriti menghilangkan identiti mereka dan menerima identiti kumpulan etnik majoriti, terdapat banyak persamaan budaya antara kumpulan etnik dan kesanggupan kumpulan etnik majoriti menerima kumpulan etnik minoriti.

Page 16: Bab 8 GLOBALISASI HE

Amalgamasi dan Akulturasi• Amalgamasi merupakan satu proses yang terjadi apabila

budaya atau ras bercampur untuk membentuk jenis budaya dan ras baru. Cara utama dalam menentukan proses amalgamasi adalah dengan terjadinya perkahwinan campur antara kumpulan etnik.

• Teori amalgamasi dinyatakan dalam bentuk formula A + B + C = D, di sini A, B, C mewakili kumpulan etnik berlainan dan D mewakili amalgamasi, satu kumpulan baru terhasil daripada penyatuan A, B dan C.

• Sebagai contoh, kumpulan-kumpulan etnik yang sedia wujud mengamalkan perkahwinan campur lalu membentuk satu generasi baharu atau budaya baharu tanpa menuruti budaya asal mereka.

Page 17: Bab 8 GLOBALISASI HE

• Akulturasi merupakan satu proses penerimaan unsur kebudayaan dalam kalangan individu atau kelompok dari sesuatu kebudayaan lain yang berbeza.

• Akulturasi terjadi apabila satu kelompok manusia dengan suatu kebudayaan tertentu dihadapkan dengan unsur dari suatu kebudayaan asing yang berbeza sehingga unsur kebudayaan asing itu akhirnya diterima dan diolah dalam kebudayaan sendiri.

• Berbeza dengan proses asimilasi, proses akulturasi tidak menyebabkan kehilangan identiti asal masyarakat penerima.

Page 18: Bab 8 GLOBALISASI HE

• Dalam sejarah tamadun manusia, sering berlaku pertemuan atau pertembungan antara dua atau lebih kebudayaan.

• Proses ini menyebabkan berlakunya proses -meminjam. Pada peringkat awal, unsur pinjaman digunakan secara langsung kemudian diolah serta dijadikan unsur kebudayaan sendiri.

• Di Malaysia, beberapa kes boleh dijadikan rujukan seperti penggunaan tali leher, angpau, makanan, Duran dan sebagainya.

• Tetapi, jika unsur budaya yang diambil itu tidak diolah baik, pastinya tindakan ini akan memberi kesan yang tidak baik kepada sesuatu masyarakat.

Page 19: Bab 8 GLOBALISASI HE

• Tidak mudah untuk membentuk sebuah masyarakat yang mencapai tahap akulturasi.

• Akulturasi lebih mudah dicapai apabila melibatkan budaya bersifat kebendaan yang mendatangkan manfaat seperti pakaian Barat.

• Unsur-unsur budaya yang bdak berbentuk kebendaan seperti ideologi dan pemikiran adalah lebih sukar drterima.

Page 20: Bab 8 GLOBALISASI HE

Etnosentrisme dan Etnisiti• Etnik dapat dikelaskan melalui perbezaan budaya. • Etnik sering berbeza berdasarkan ciri budaya seperti adat

resam, pola keluarga, pakaian, pandangan mengenai kecantikan, orientasi politik, kegiatan ekonomi dan hiburan.

• Di Malaysia, orang Melayu, Cina, India, Kadazan Dusun, Melanau dan pelbagai lagi dianggap sebagai etnik.

• Etnik pada dasarnya bersikap etnosentrik, iaitu menganggap ciri-ciri budayanya sebagai wajar, betul dan lebih utama daripada budaya etnik lain yang dipandang rendah serta dianggap ganjil ataupun berada pada tahap rendah atau tidak bermoral.

Page 21: Bab 8 GLOBALISASI HE

• Konsep etnik membentuk konsep etnisiti dan etnosentrisme. • Etnisiti merujuk kepada rasa kekitaan sesuatu kumpulan

etnik tertentu. • Hal ini bererti wujudnya satu kebudayaan atau sub budaya

yang jelas yang menyatukan anggotanya dengan satu sejarah, nilai, sikap dan tingkah laku yang sama.

• Etnosentrisme pula merujuk kepada kepercayaan atau rasa bangga yang wujud dalam kalangan anggota sesebuah kelompok etnik bahawa budaya dan etnisiti mereka adalah jauh lebih baik dan hebat daripada kelompok lain.

• Etnosentrisme juga membawa makna suatu perspektif yang melihat kelompok etnik lain menerusi lensa dan kaca mata etnik sendiri

Page 22: Bab 8 GLOBALISASI HE

Jelaskan Globalisasi Mempengaruhi Hubungan

Etnik di Malaysia

Page 23: Bab 8 GLOBALISASI HE

1.Keadaan masyarakat Malaysia• Malaysia merupakan sebuah masyarakat yang

mempunyai pelbagai etnik atau dikenali sebagai masyarakat majmuk.

• Keadaan ini wujud hasil daripada sejarah yang berlaku beratus-ratus tahun dahulu.

• Situasi ini berdepan dengan persoalan hubungan etnik dan cabarannya.

• Keadaan pluraliti masyarakat yang unik ini boleh menyebabkan berlakunya ketegangan.

Page 24: Bab 8 GLOBALISASI HE

• Untuk memahami hubungan etnik dan cabarannya, persoalan sejarah lampau ataupun latar belakang sejarah yang membawa kepada pembinaan masyarakat seperti yang ada sekarang yang perlu kita fahami.

Page 25: Bab 8 GLOBALISASI HE

2.Masyarakat sebelum penjajahan• Sejarah awal tanah Melayu memperlihatkan bahawa

bangsa Melayu merupakan penduduk asal nusantara.• Kemunculan kerajaan-kerajaan seperti kerajaan Kedah

Tua, Srivijaya dan Majapahit adalah lambang kemunculan Tamadun Melayu.

• Kegemilangan kerajaan Melayu Melaka memperkuatkan lagi bahawa bangsa Melayu merupakan bangsa terawal dan penduduk asal di Nusantara.

• Sebagai pusat perdagangan, bahasa melayu sebagai Lingua Franca, penggunaan tulisan Jawi dan kekuatan agama Islam di alam Melayu.

Page 26: Bab 8 GLOBALISASI HE

3.Masyarakat semasa penjajahan.• Menjelang tahun 1875, British menjajah Tanah

Melayu melalui dasar campur tangan.• Mula menguasai kawasan yang mewah dengan

sumber bijih timah. Kaum Cina telah mula dibawa masuk untuk bekerja di sektor perlombongan.

• Menggalakkan penghijrahan orang-orang India sebagai tenaga buruh dalam sektor perladangan, getah, sektor pembinaan seperti pembinaan jalan raya dan kereta api.

• Orang-orang india yang berpendidikan juga dibawa masuk untuk berkhidmat dalam bidang pengkeranian.

Page 27: Bab 8 GLOBALISASI HE

• Di Sarawak, British mula menjajah dengan pengisytiharaan James Brooke sebagai Raja Sarawak.

• Orang-orang Cina dibawa masuk untuk bekerja di sektor-sektor perlombongan, penanaman lada hitam, gambir, sagu dan getah.

• Di Sabah pula orang Cina dibawa masuk bagi memenuhi keperluan dalam sektor perladangan seperti getah, tembakau, kayu balak dan perlombongan.

• Kesimpulannya kesan daripada dasar British di Tanah Melayu termasuk sarawak dan sabah telah menjadi titik permulaan kepada kewujudan pelbagai kaum dan melahirkan masyarakat yang majmuk yang hidup dalam satu negara dengan kepelbagaian budaya, agama, bahasa dan adat resam.

Page 28: Bab 8 GLOBALISASI HE

4.Masyarakat Majmuk di Malaysia• Kemasukan orang India dan Cina telah melahirkan

masyarakat majmuk di Tanah Melayu.• Setiap kaum mengamalkan dan mengekalkan identiti,

kebudayaan, adat resam masing-masing.

5.Pendidikan• Setiap kaum di peringkat awalnya mempunyai

sekolah aliran tersendiri , sukatan pelajaran yang masih lagi berdasarkan kepada sukatan yang diamalkan di negara asal mereka.

Page 29: Bab 8 GLOBALISASI HE

6.Pemisahan Penempatan• Melalui dasar-dasar British yang bersifat pecah dan

perintah( divide and rule). Orang Melayu kekal mewarisi kegiatan nenek moyang mereka dalam bidang pertanian dan tinggal di kawasan luar bandar.

• Orang Cina pula tinggal di kawasan bandar.• Orang India pula bekerja di Estet-Estet dan mereka

menetap di situ.• Perbezaan ruang dan fungsi ini menyebabkan ketiga-

tiga kaum utama ini terpisah dan mempunyai hubungan yang agak minimum.

Page 30: Bab 8 GLOBALISASI HE

7.Politik• Kelahiran pelbagai parti politik untuk menjaga

kepentingan kaum masing-masing.• Malahan pada peringkat awal kemasukan orang-

orang Cina dan India menumpukan taat setia kepada negara asal mereka.

• Kepelbagaian politik di Malaysia digambarkan dengan kewujudan parti-parti politik yang mewakili kaum, UMNO dan PAS (mewakili orang melayu), MCA, DAP (gerakan mewakili kaum Cina) dan MIC mewakili kaum India.

Page 31: Bab 8 GLOBALISASI HE

• konflik antara kaum disebabkan oleh beberapa perkara berikut:

perbezaan dalam unsur-unsur kebudayaan seperti bahasa, agama dan adat resam.

Timbulnya jarak sosial antara anggota masyarakat kerana kurangnya interaksi disebabkan tempat tinggal dan bidang pekerjaan yang berbeza.

prasangka dan prejudis yang menebal. Keengganan anggota masyarakat membuka dunia

sosialnya kepada masyarakat lain dan cenderung untuk mengekalkan identiti masing-masing.

Adanya penguasaan dalam bidang-bidang tertentu seperti politik atau perniagaan yang hanya didominasi oleh sesuatu kaum sahaja.

Page 32: Bab 8 GLOBALISASI HE

8.PEMBINAAN JATI DIRI • Pembinaan jati diri sepatutnya mengambil kira semua

elemen asas yang telah pun wujud dan bertapak di Malaysia

i. kedudukan agama Islam ii. pluraliti masyarakat iii.kekuatan ekonomi kaum Cina iv.kedudukan kaum-

kaum minoriti yang lain.

Page 33: Bab 8 GLOBALISASI HE

9.Kedudukan Agama Islam • Kedudukan Islam sebagai agama rasmi termaktub

dalam Perlembagaan Persekutuan Perkara 3 (1). • Justeru itu kedudukan Islam sebagai agama rasmi

mestilah dihormati kerasmiannya. • Walaupun begitu agama lain bebas dianuti dan

diamalkan.

Page 34: Bab 8 GLOBALISASI HE

• Jumlah orang Islam di negara ini lebih daripada 10 juta orang dan ini menjadikan agama Islam sebagai agama yang mempunyai penganut yang terbesar dan agama Islam telah wujud di negara ini semenjak abad ke 13 lagi.

• Oleh sebab kerasmiannya maka keutamaan adalah diberikan kepada agama Islam dalam perancangan-perancangan yang dibuat umpamanya Penerapan Nilai-Nilai Islam.

• Namun apa yang lebih penting lagi yang perlu dilihat juga ialah kebebasan beragama dan tiada paksaan dalam beragama dan setiap manusia harus seharusnya saling kenal mengenali antara satu sama lain.

Page 35: Bab 8 GLOBALISASI HE

10.Ekonomi • Kekuatan kaum Cina dalam bidang ekonomi adalah

jelas berbanding dengan kaum yang lain. • Kaum Cina kebanyakannya terlibat dalam bidang

perniagaan dan kemajuan sesebuah negara juga dinilai dari sudut kekuatan ekonominya.

• Namun untuk menjamin keutuhan ekonomi setiap kaum saling perlu memerlukan antara satu sama lain.

• Jelas kepada kita kaum Melayu, India dan kaum-kaum yang lain kurang melibatkan diri dalam bidang ekonomi tetapi peranan mereka sebagai pengguna tidak boleh dipinggirkan.

Page 36: Bab 8 GLOBALISASI HE

• Jurang ekonomi yang terlalu ketara antara satu-satu kaum juga sebenarnya tidak akan membantu sesebuah negara untuk maju malahan berkemungkinan boleh menyebabkan berlakunya ketidakpuasan hati satu kaum yang lain.

• Oleh itu pembinaan jatidiri juga hendaklah mengambil kira faktor ini supaya kemewahan negara tidak diwarisi oleh satu-satu kaum sahaja.

Page 37: Bab 8 GLOBALISASI HE

11.Kedudukan Bahasa Melayu • Bahasa Melayu adalah merupakan bahasa kebangsaan

seperti yang tertera di bawah Per 152 Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukan bahawa bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi Malaysia

• Oleh kerana itu bahasa Melayu perlu diajar, disemai dan dipupuk dikalangan rakyat Malaysia keseluruhannya. Bahasa Melayu boleh menjadi alat yang amat penting untuk memupuk perpaduan.

Page 38: Bab 8 GLOBALISASI HE

• Walaupun begitu kebebasan juga diberikan kepada rakyat berbilang kaum untuk bertutur dan belajar bahasa ibunda mereka.

• Kesimpulannya pembinaan jatidiri perlu mengambil kira perkara-perkara diatas supaya tidak timbul perbalahan dan rasa tidak puashati antara etnik.

Page 39: Bab 8 GLOBALISASI HE

CABARAN HUBUNGAN ETNIK

Page 40: Bab 8 GLOBALISASI HE

1. Pemisahan penempatan • Dasar pecah dan perintah yang telah diamalkan oleh

Kerajaan British. • orang Melayu tinggal di luar bandar. • kaum Cina yang kebanyakanya terlibat dalam

perlombongan menetap di kawasan-kawasan lombong dan kemudian menjadi bandar seperti Kuala Lumpur.

Page 41: Bab 8 GLOBALISASI HE

• Kaum India pula kekal menetap di estet-estet dengan menjalankan aktiviti perladangan.

• pemisahan ini menyebabkan interaksi antara kaum akan hanya berlaku ketika berurusan di pasar atau di pejabat sahaja.

• melahirkan sikap yang negatif dalam hubungan antara kaum.

• Proses kenal mengenali antara satu sama lain susah untuk berlaku.

• Bidang pekerjaan dimonopoli oleh sesuatu kaum sahaja

Page 42: Bab 8 GLOBALISASI HE

2.Sistem pendidikan yang berasingan • Pada zaman penjajah, negara kita tidak mempunyai

dasar pendidikan yang jelas. • British membiarkan sistem pendidikan wujud empat

aliran pendidikan yang berlainan iaitu Melayu, Cina, India dan Inggeris.

• Keempat-empat aliran ini mempunyai perbezaan yang amat ketara dari segi matlamat, sukatan pelajaran, bahasa pengantar dan pendidikan guru.

Page 43: Bab 8 GLOBALISASI HE

• Kurikulum yang terdapat juga adalah berlainan. • Malahan buku teks dan guru juga dibawa dari luar. • Implikasinya, ketika itu pelajar-pelajar tidak

berpeluang untuk bercampur gaul dengan pelajar dari kumpulan etnik yang berlainan dan ini akhirnya akan menyulitkan proses pembentukan perpaduan dan persefahaman di kalangan pelajar.

Page 44: Bab 8 GLOBALISASI HE

3.Politik • Adalah jelas bahawa kewujudan pelbagai parti politik

yang berasaskan kumpulan etnik telah memperkuatkan lagi identiti etnik dan syak wasangka.

• Setiap persatuan hanya akan memperjuangkan kepentingan kumpulan etnik yang diwakilinya.

Page 45: Bab 8 GLOBALISASI HE

• Walaupun pemerintah sekarang bernaung di bawah satu komponen yang sama, namun parti-parti politik yang ada masih lagi berasaskan perkauman.

• Demi kepentingan kaum mereka dan juga etnik mereka maka isu-isu seperti bahasa, kebudayaan, pendidikan , agama dan lain-lain akan digunakan sebagai senjata masing-masing.

• Keadaan ini sudah tentu gagal untuk melahirkan masyarakat yang bersatu padu dalam segenap bidang.

Page 46: Bab 8 GLOBALISASI HE

4.EKONOMI Perbezaan pekerjaan • Dasar British yang meletakan kaum berdasarkan

kepada pekerjaan menyebabkan etnik tertentu mendominasi dalam satu-satu bidang pekerjaan.

• Ringkasnya jurang pekerjaan ini akan menyebabkan perasaan perkauman terus menebal.

• Perbezaan dalam bidang ekonomi telah menimbulkan persaingan dan ketidakpuasan di kalangan etnik tertentu.

• Orang Cina dilihat lebih mendominasi bidang yang lebih maju iaitu perniagaan dan perdagangan

Page 47: Bab 8 GLOBALISASI HE

• orang Melayu dalam bidang pertanian yang kurang berdaya maju dan orang India menjadi buruh di estet-estet.

• Hasil dari pekerjaan yang berbeza ini maka wujud jurang pendapatan antara setiap etnik

• setiap etnik berusaha merebut kek ekonomi yang lebih

• mewujudkan ketidak seimbangan dan persaingan yang berlaku melahirkan ketidakstabilan dalam masyarakat.

Page 48: Bab 8 GLOBALISASI HE

• Untuk mengeratkan perpaduan maka penyusunan semula masyarakat perlu dilakukan.

• Aspek yang perlu diberi perhatian • -keadaan tidak seimbang yang wujud dari segi tingkat

pendapatan, corak guna tenaga, pemilikan saham dan penyertaan pelbagai kaum dalam semua bidang

Page 49: Bab 8 GLOBALISASI HE

Cabaran intraetnik dan interetnik

Page 50: Bab 8 GLOBALISASI HE

• Sistem demokrasi yang diamalkan di Malaysia membolehkan penubuhan parti-parti politik untuk bertanding dalam pilihanraya.

• Kewujudan parti politik yang pelbagai kadangkala boleh mencetuskan konflik antara satu sama lain.

• Sejarah pernah memaparkan keadaan genting yang melanda negara akibat daripada keadaan berpolitik yang tidak sihat.

Page 51: Bab 8 GLOBALISASI HE

• Gejala berikut perlu dielakkan dalam usaha untuk bersatu

-Terlalu extremism dalam melaksanakan sesuatu -Bersifat chauvanism atau taksub dengan hanya menganggap kumpulannya sahaja yang betul dan orang lain tidak

-Fanaticism atau membabi buta dalam melaksanakan sesuatu tanpa mempedulikan pendapat orang lain bahkan menolak sekeras-kerasnya pandangan orang lain.

Page 52: Bab 8 GLOBALISASI HE

• Cabaran hubungan intra etnik contohnya kewujudan pelbagai parti politik yang mewakili kelompok kaum yang sama umpamanya dalam masyarakat Melayu ada parti UMNO dan PAS.

• menyebabkan berlaku ketidak sefahaman antara sesama kaum.

• kewujudan parti politik yang berbeza tetapi mewakili dan didominasi oleh etnik yang sama juga sedikit sebanyak telah menimbulkan hubungan tidak baik antara etnik.

Page 53: Bab 8 GLOBALISASI HE

• Perbezaan nilai dan agama) setiap kumpulan etnik mempunyai agama, kebudayaan dan bahasa yang berbeza.

• Orang Melayu, China dan India terus dengan sistem hidup yang berteraskan kebudayaan dan tradisi mereka.

• Setiap kumpulan etnik mempertahankan kebudayaan dan adat resam mereka, mengutamakan etnik mereka dan mungkin juga menganggap kebudayaan mereka sahaja yang terbaik.

• Selain daripada itu kewujudan akhbar yang pelbagai bahasa dengan mengutamakan kelompok etnik mereka akan memperkukuhkan lagi perasaan kumpulan etnik masing-masing.

Page 54: Bab 8 GLOBALISASI HE

CABARAN GLOBALISASI

Page 55: Bab 8 GLOBALISASI HE

• Globalisasi dunia tanpa sempadan dimana perhubungan menjadi semakin pintas dan cepat.

• Kita boleh mengetahui keadaan dunia luar dengan pantas dan cepat dan segala maklumat boleh disalurkan tanpa ada sekatan.

• Globalisasi yang berjalan sekarang menguntungkan sebelah pihak sahaja iaitu Barat – proses pembaratan corak hidup berasaskan ekonomi,

politik dan sosial. – penjajahan bentuk baru – menyelitkan unsur-unsur sosial seperti kehidupan

bebas dan budaya hedonisme.

Page 56: Bab 8 GLOBALISASI HE

• Kejayaan mereka ini dibantu oleh masyarakat tempatan yang menganggap segala yang datang dari barat adalah baik dan moden.

• Pengaruh luaran dalam menentukan keamanan dan kestabilan sesebuah negara juga tidak boleh dipandang ringan.

• Era selepas Perang Dingin memperlihatkan U.S dan sekutunya mendominasi politik dunia.

• Kuasa Barat ini akan lebih cepat bertindak dan memainkan peranan mereka dengan melibatkan diri dalam hal ehwal sesebuah negara jika ianya melibatkan kepentingan mereka.

Page 57: Bab 8 GLOBALISASI HE

• Antara dominasi kuasa Barat ke atas dunia seperti memiliki dan mengendalikan sistem perbankan antarabangsa (IMF, World Bank); mengawal mata wang utama dunia dimana USD dijadikan pengukur nilai wang antarabangsa; mendominasi pasaran modal dunia; mendominasi akses ruang angkasa dan industri aeroangkasa dunia; mengawal laluan maritim dunia; mendominasi industri senjata teknologi tinggi dunia.

• Setiap campur tangan mereka mempunyai agenda yang tersendiri malahan mereka boleh berperanan untuk menentukan samada mewujudkan keamanan atau menghancurkan sesebuah negara.

Page 58: Bab 8 GLOBALISASI HE

• Konflik di Iraq memperlihatkan keangkuhan kuasa-kuasa luar dalam menentukan hala tuju negara tersebut.

• Selain dari itu kemelut yang berlaku didunia luar seharusnya dijadikan iktibar oleh rakyat Malaysia supaya menghargai dan menjaga perpaduan kaum, umpamanya kemelut Bosnia-Herzegovina, isu Kashmir, isu Acheh, isu Katholik dan Proteston dan lain-lain lagi.

• Untuk membentuk dan menjaga perpaduan kaum beberapa faktor penting perlu diatasi antaranya hak asasi, agihan kekayaan, peluang pendidikan, peluang pekerjaan dan lain yang perlu dikendalikan atas semangat perpaduan.

Page 59: Bab 8 GLOBALISASI HE

• Setiap hak-hak ini perlu dipertimbangkan supaya tidak ada kaum yang merasakan mereka disisihkan, dianaktirikan, tidak dipedulikan dan akibatnya tidak mendapat keadilan yang sebenarnya.

• Penduduk Malaysia juga harus menjadikan setiap konflik yang berlaku di dunia luar sebagai pengajaran bahawa pentingnya perpaduan, perasaan faham memahami di kalangan rakyat Malaysia dan keharmonian kaum dijaga dengan seeloknya.

• Aspek-aspek yang boleh mendatangkan sensitiviti sesuatu kaum perlulah dielakkan

Page 60: Bab 8 GLOBALISASI HE

KESAN GLOBALISASI

Page 61: Bab 8 GLOBALISASI HE

• Globalisasi merubah segala budaya masyarakat tempatan dan akhirnya budaya-budaya luhur yang terdapat dalam masyarakat berbilang kaum mula hancur.

• Setiap yang datang dari barat samada dalam bidang pemikiran, politik dan budaya mula diterima dan dikatakan baik.

Page 62: Bab 8 GLOBALISASI HE

• Kesannya masyarakat mula mengiktiraf setiap budaya dan pemikiran barat dalam segenap aspek kehidupan.

• Akhirnya globalisasi ini tidak lebih hanyalah suatu bentuk atau proses penjajahan baru barat ke atas dunia lainnya yang dipandang rendah dan tidak bertamadun.

• Kesimpulannya cabaran-cabaran di atas boleh menyebabkan berlaku ketegangan kaum andai tidak diurus dengan baik.

• Cabaran ini perlu difahami dan ditanggani kerana kegagalannya akan membawa perselisihan dan prasangka yang memang telah sedia wujud di hati setiap kaum.

Page 63: Bab 8 GLOBALISASI HE

• Selain dari itu akan muncul juga tanggapan yang kurang tepat tetapi menjadi pegangan dan terus dipercayai oleh kebanyakan rakyat Malaysia, antara tanggapan-tanggapan tersebut ialah;

i. kaum Melayu mendapat hak dan keistimewaan melebihi kaum lain.

ii.Orang Melayu miskin kerana malas. iii. Dasar Ekonomi Baru hanya untuk orang Melayu

sahaja.

Page 64: Bab 8 GLOBALISASI HE

iv. kaum Cina kaya kerana pandai menipu dalam perniagaan.

vi. Orang Cina didiskriminasi oleh orang Melayuvii. Setiap kegagalan dasar ekonomi di negara ini

adalah disebabkan oleh sabotaj orang-orang Cina. viii. Orang Cina dan bukan Melayu yang lain tidak

mempunyai taat setia kepada negara ini.