BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 PENDAHULUAN bergoreng biasanya menggunakan minyak kelapa sawit, minyak sawit...

33
1 BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 PENDAHULUAN Umum mengetahui, makanan bergoreng lazim dikaitkan dengan kandungan lemak yang tinggi. Namun, masih ramai tidak mengetahui tentang bahaya makanan bergoreng yang lain, terutamanya makanan tinggi kanji yang bergoreng. Kebanyakan makanan bergoreng biasanya menggunakan minyak kelapa sawit, minyak sawit mengandungi kandungan kolestrol yang tinggi dan tidak baik untuk kesihatan. Minimun penggunaan minyak untuk menggoreng selalunya hanya boleh digunakan dua atau tiga kali guna sahaja kerana apabila berulangkali menggunakan minyak yang sama sisa-sisa makanan yang digoreng itu akan memberi kesan kepada kesihatan pengguna sekiranya kerap mengambil makanan yang dimasak dengan bahan berkenaan. Industri kerepek pisang telah digunakan di pelbagai daerah di Malaysia dan menjadi salah satu sumber pendapatan masyarakat setempat. Hal ini kerana, proses membuat kerepek pisang sangat mudah dan tidak memerlukan modal yang banyak. Cara untuk membuat kerepek pisang bermula dengan mengupas kulit pisang terlebih dahulu. Untuk memudahkan proses mengupas kulit pisang, kupas pisang dibawah air yang mengalir. Selain membuat pisang mudah di kupas. Ia juga bertujuan untuk membasuh getah pisang. Kemudian, pisang direndamkan ke dalam larutan air garam untuk memberikan sedikit rasa masin pada pisang (sebagai perasa). Seterusnya, hiris nipis pisang tersebut secara menegak atau melintang mengikut kehendak masing-masing lebih kurang 1 mm. Akhir

Transcript of BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 PENDAHULUAN bergoreng biasanya menggunakan minyak kelapa sawit, minyak sawit...

Page 1: BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 PENDAHULUAN bergoreng biasanya menggunakan minyak kelapa sawit, minyak sawit mengandungi ... tersebut mengering pada suhu bilik. Selain pada itu, kaedah pemusingan

1

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 PENDAHULUAN

Umum mengetahui, makanan bergoreng lazim dikaitkan dengan kandungan lemak

yang tinggi. Namun, masih ramai tidak mengetahui tentang bahaya makanan bergoreng

yang lain, terutamanya makanan tinggi kanji yang bergoreng. Kebanyakan makanan

bergoreng biasanya menggunakan minyak kelapa sawit, minyak sawit mengandungi

kandungan kolestrol yang tinggi dan tidak baik untuk kesihatan. Minimun penggunaan

minyak untuk menggoreng selalunya hanya boleh digunakan dua atau tiga kali guna

sahaja kerana apabila berulangkali menggunakan minyak yang sama sisa-sisa makanan

yang digoreng itu akan memberi kesan kepada kesihatan pengguna sekiranya kerap

mengambil makanan yang dimasak dengan bahan berkenaan.

Industri kerepek pisang telah digunakan di pelbagai daerah di Malaysia dan menjadi

salah satu sumber pendapatan masyarakat setempat. Hal ini kerana, proses membuat

kerepek pisang sangat mudah dan tidak memerlukan modal yang banyak. Cara untuk

membuat kerepek pisang bermula dengan mengupas kulit pisang terlebih dahulu. Untuk

memudahkan proses mengupas kulit pisang, kupas pisang dibawah air yang mengalir.

Selain membuat pisang mudah di kupas. Ia juga bertujuan untuk membasuh getah pisang.

Kemudian, pisang direndamkan ke dalam larutan air garam untuk memberikan sedikit rasa

masin pada pisang (sebagai perasa). Seterusnya, hiris nipis pisang tersebut secara

menegak atau melintang mengikut kehendak masing-masing lebih kurang 1 mm. Akhir

Page 2: BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 PENDAHULUAN bergoreng biasanya menggunakan minyak kelapa sawit, minyak sawit mengandungi ... tersebut mengering pada suhu bilik. Selain pada itu, kaedah pemusingan

2

sekali, goreng pisang yang telah dihiris ke dalam minyak yang telah panas. Setelah siap

digoreng, pisang tersebut boleh ditapis/ditoskan kemudian terus dibungkus dan boleh

menambah perasa seperti manis dan pedas mengikut citarasa.

1.2 PENYATAAN MASALAH

Berdasarkan kajian kami masalah utama adalah cara menapis kerepek pisang nilai

keselamatan yang kurang dan penggunaan masa yang lama dalam menapis kerepek pisang

yang telah siap digoreng. Disamping itu, cara menapis itu juga memain peranan yang penting

dalam mengasingkan minyak dalam kerepek pisang itu. Seterusnya, kaedah sebelum ini yang

dilakukan di industri membuat kerepek pisang mahupun peniaga kecil-kecilan menggunakan

kaedah yang sama dengan menapis minyak dengan penapis yang biasa memakan masa yang

lama untuk proses menapis minyak tersebut. Oleh hal yang demikian, ia akan melambatkan

proses pembungkusan kerepek pisang yang akan dibeli oleh pembeli-pembeli yang

menempah kerepek pisang itu.

Seterusnya, kandungan minyak yang tinggi dalam kerepek yang membahayakan kesihatan

yang memakannya kerana minyak tidak bagus untuk tubuh badan manusia. Selain itu,

minyak yang kerap digunakan akan menyebabkan kualiti kerepek pisang yang digoreng itu

tidak berkualiti apabila telah siap digoreng. Selain pada itu, haba yang tersimpan didalam

kerepek pisang yang baru sahaja digoreng boleh melambatkan proses pembungkusan.

Masalah dalam menapis minyak kerepek pisang ini perlu ditangani dengan cara yang

proaktif. Penyataan masalah ini akan menentukan penelitian sepenuhnya terhadap proses ini.

Bahagian ini amat penting untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh semua pekerja

yang menjalankan kerja-kerja berkenaan proses menapis minyak kerepek pisang ini. Dengan

ini, kami berharap masalah ini dapat diatasi dengan reka cipta yang dihasilkan.

Page 3: BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 PENDAHULUAN bergoreng biasanya menggunakan minyak kelapa sawit, minyak sawit mengandungi ... tersebut mengering pada suhu bilik. Selain pada itu, kaedah pemusingan

3

1.3 Objektif Kajian

Tujuan utama alat ini direka ialah untuk memudahkan proses menapis minyak kerepek

pisang. Untuk mencapai tujuan ini, terdapat 3 objektif kajian yang perlu dilaksanakan iaitu:

a. Merekabentuk alat yang dapat mengurangkan minyak dan haba selepas proses

b. menggoreng.

c. Mengfabrikasi alat untuk memudahkan dan mempercepatkan proses menapis

minyak didalam kerepek pisang.

d. Menguji peningkatan dalam keselamatan semasa proses menapis minyak kerepek

e. pisang.

1.4 Skop Kajian.

a. Mesin ini hanya menapis minyak kerepek rangup selepas digoreng.

b. Mesin ini menggunakan enjin motor pada mesin basuh .

c. Mesin ini menggunakan sistem on/off.

d. Mesin ini menggunakan sistem tadahan sisa minyak yang dikeluarkan.

e. Dimensi mesin bulatan ini ialah 20 CM.

f. Mesin ini memuatkan kuantiti iaitu maximum yang dimasukkan ialah 1

kilogram.

g. Mesin ini mengambil masa untuk mengeringkan kerepek pisang selama 2 minit.

Page 4: BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 PENDAHULUAN bergoreng biasanya menggunakan minyak kelapa sawit, minyak sawit mengandungi ... tersebut mengering pada suhu bilik. Selain pada itu, kaedah pemusingan

4

BAB 2

KAJIAN LITERATURE

2.1 PENGENALAN

Kerepek adalah sejenis makanan ringan yang dipotong nipis dan digoreng sehingga garing.

Kerepek dibuat daripada pelbagai bahan dan dinamakan menurut jenis bahan yang digunakan

bagi menghasilkan kerepek tersebut. Kerepek pisang makanan tradisional Malaysia yang

diperbuat daripada pisang dan antara bahannya ialah serbuk kunyit, garam dan gula. Antara

contoh pisang yang dibuat kerepek ialah pisang nipah dan lain-lain pisang yang sesuai untuk

dibuat kerepek.

Kaedah pengeringan kerepek bagi mengasingkan minyak didalam kerepek dengan

menggunakan penapis minyak dan perlu menunggu minyak diasingkan dengan membiarkan

ia pada suhu bilik. Selain itu, sistem getaran (vibrate) amat berguna untuk sistem mengetos

minyak kerana apabila dikenakan getaran pada penapis itu proses menapis akan lebih cepat

sama seperti menggoncangkan penapis. Seterusnya, kipas juga mempunyai pelbagai kebaikan

seperti mempercepatkan proses pengeringan kerepek berbanding membiarkan kerepek

tersebut mengering pada suhu bilik. Selain pada itu, kaedah pemusingan (spinning)

mempunyai kelebihan yang tersendiri seperti sistem mesin basuh. Ia mengeringkan dan

mengasingkan air yang berada didalam baju dengan spinning mengambil masa yang singkat

berbanding perah yang menggunakan tenaga manusia. Dengan kaedah yang dihuraikan diatas,

ia akan dapat menginovasikan sebuah mesin yang amat berguna untuk proses menapis minyak

kerepek ini.

Page 5: BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 PENDAHULUAN bergoreng biasanya menggunakan minyak kelapa sawit, minyak sawit mengandungi ... tersebut mengering pada suhu bilik. Selain pada itu, kaedah pemusingan

5

2.2 Kajian terdahulu

Kajian telah dibuat bagi menyempurnakan projek ini tentang kaedah pembuatan

kerepek di industri pembuatan kerepek di kuantan.

2.2.1 Kaedah pembuatan kerepek

Pembuatan kerepek tradisional sejak berzaman kini semakin berkembang maju

dan mendapat permintaan tinggi dipasaran. Di zaman dahulu produk kampung ini

kelihatan lekeh tetapi kini sudah boleh menandingi standard kudapan bertaraf antara

bangsa dari kepelbagaian rasa, kesetaraan bentuk, saiz dan bembungkusannya.

Permintaan yang tinggi menyebabkan pengusaha menghadapi kekurangan pekerja

untuk membuat proses itu.

Selepas mengupas kulit pisang, pisang-pisang tersebut akan direndam terlebih dahulu

supaya pisang tidak bertukar warna menjadi warna hitam dan akan hitam akibat dari

getah pisang. Setelah siap mengupas kulit pisang, barulah proses menyagat bermula,

proses menyagat pisang ini memerlukan kemahiran, kecekalan dalam menyagat

pisang. Pisang tersebut perlu disagat terus ke dalam kuali supaya kerepek tidak

melekat-lekat diantara satu sama lain. Minyak untuk menggoreng perlu dipanaskan

terlebih dahulu sebelum proses penyagatan dijalankan. Setelah kerepek pisang telah

berwarna kekuningan, ia akan ditoskan kedalam penapis untuk memastikan kerepek

tidak tengit, lemau dan berminyak–minyak.

Page 6: BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 PENDAHULUAN bergoreng biasanya menggunakan minyak kelapa sawit, minyak sawit mengandungi ... tersebut mengering pada suhu bilik. Selain pada itu, kaedah pemusingan

6

Rajah 2.1: pisang direndam dengan air

Rajah 2.2 : pisang digoreng didalam minyak yang panas

2.3 Konsep/Teori

2.3.1 Sistem mengtoskan kerepek

Jika dilihat pada proses mengtos kerepek pada zaman ini, proses mengtos kerepek

ini bermula selepas proses menggoreng kerepek pisang selesai. Keadaan kerepek

selepas digoreng dalam keadaan panas dan proses menapis atau mengtos kerepek

harus dilakukan untuk memastikan kerepek tidak tengit, lemau dan berminyak. Dalam

membangunkan sistem ini, beberapa konsep boleh digunakan, konsep mesin basuh

telah dikaji dan dibuat bandingan.

2.3.2 Konsep Mesin Basuh

Mesin basuh pakaian yang digunakan untuk membasuh pakaian telah digunakan

sebagai rujukan bagi memilih konsep yang sesuai untuk sistem mengtos atau menapis

kerepek. Di dalam pemilihan konsep ini, dua jenis mesin basuh dibuat perbandingan

iaitu mesin basuh muatan atas dan muatan depan. Mesin basuh muatan atas

mempunyai masukan dibahagian atas mesin untuk menerima pakaian yang hendak

dicuci. Mesin ini mempunyai pemutar (pulsator) di bahagian bawah yang berpusing

berperanan membasuh pakaian. Sistem ini menggunakan alat pemutar yang bertindak

Page 7: BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 PENDAHULUAN bergoreng biasanya menggunakan minyak kelapa sawit, minyak sawit mengandungi ... tersebut mengering pada suhu bilik. Selain pada itu, kaedah pemusingan

7

sebagai pemutar air di dalam tab basuhan. Kelebihan sistem ini adalah ia dapat

mencuci pakaian dalam jumlah yang besar, masa basuhan yang singkat dan kos yang

rendah. Manakala kekurangan sistem ini pula adalah apabila alat pemutar (pulsator) itu

membuat pusingan berlawanan arah, ini akan menyebabkan pakaian mudah berpintal

antara satu dengan yang lain sekaligus meningkatkan kadar kerosakkan pakaian. Bagi

mesin jenis muatan depan pula, ia mengandungi gelendong luar (drum) dan gelendong

dalam (tab) yang diletakkan selari antara satu sama lain. Mesin ini menggunakan

sistem putaran gelendong pada kelajuan rendah ketika proses basuhan. Kelebihan

mesin jenis ini adalah dari segi kebarangkalian pakaian yang sedang dibasuh didalam

drum berpintal antara satu sama lain adalah rendah dan mengurangkan kadar

kerosakkan pakaian. Setelah dibuat perbandingan antara kedua-dua jenis mesin basuh

ini, konsep mesin basuh jenis muatan atas dipilih untuk diaplikasikan bagi proses

pembersihan nata. Ini kerana kelebihan-kelebihan yang terdapat pada konsep mesin

basuh itu sendiri dapat memaksimakan proses mengtos atau menapis minyak kerepek

itu. Antara kelebihan yang dikenal pasti ialah:

a. Mengtos kerepek dalam kuantiti yang besar

b. Mengurangkan haba yang terdapat dalam kerepek

c. Mengurangkan kandungan kolestrol dalam kerepek

2.3.3 Stainless steel

Stainless Steel (dikenali juga sebagai Inox Steel & juga sebagai CRES Corrosion-

Resistant Steel) merupakan besi padu yang mengandung setidaknya 10,5% kromium

(Cr) untuk mencegah proses korosi (pengkaratan logam). Kemampuan tahan karat

diperoleh dari reaksi kromium dengan oksigen di udara / air untuk membentuk suatu

lapisan permukaan oksida kromium (Cr2O3), dimana lapisan permukaan ini bersifat

kuat, sangat tipis, menghalang proses oksidasi besi (iron oxide/Fe2O3). Kandungan

unsur lainnya pada stainless steel adalah karbon (C), nikel (Ni), molybdenum (Mo),

Page 8: BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 PENDAHULUAN bergoreng biasanya menggunakan minyak kelapa sawit, minyak sawit mengandungi ... tersebut mengering pada suhu bilik. Selain pada itu, kaedah pemusingan

8

Niobium (Nb) dan lain-lain. Stainless steel adalah logam paduan dari beberapa unsur

logam. Logam tersebut yang lebih kuat, lebih tahan terhadap korosif lain. Stainless

steel terbagi kepada beberapa grade berdasarkan struktur kekuatannya. Khusus dalam

pembuatan mesin berkaitan makanan, biasanya menggunakan jenis stainless steel food

grade (SS 304, SS 316). Penggunaan bahan mesin untuk makanan yang terbuat dari

logam tahan karat (stainless steel) food grade sudah menjadi keutamaan bagi industri

pembuatan makanan. Hal ini kerana untuk memastikan produk makanan yang

dihasilkan tetap terjaga dan selamat bagi kesihatan pengguna.

Sebab memilih bahan besi ini:

i. Untuk menghindari campuran kimia besi terhadap produk makanan

dengan memilih besi stainless steel yang tepat, maka tidak ada campuran

bahan kimia logam kepada produk makanan, seperti perubahan warna dan

rasa. Biasanya grade besi untuk produk makanan adalah grade SS 304 atau

SS 316.

ii. Mudah dibersihkan, anti korosif dan anti bakteri, hi-grade stainless steel

mudah dibersihkan dari luar kerana memiliki permukaan yang halus. Sifatnya

yang keras dan ketahanan tahan karat juga memberikan impak positif apabila

proses pembersihan komponen dilakukan.

iii. Ciri-ciri yang cukup baik secara keseluruhan. Kekuatan, ketahanan, dan

ketahanan yang tinggi pada besi tahan karat (stainless steel) mempunyai nilai

positif dalam penggunaan untuk diaplikasi di industri makanan dan minuman.

2.3.4 Motor

a. Motor Arus Terus (Motor DC)

Page 9: BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 PENDAHULUAN bergoreng biasanya menggunakan minyak kelapa sawit, minyak sawit mengandungi ... tersebut mengering pada suhu bilik. Selain pada itu, kaedah pemusingan

9

Motor DC ialah motor elektrik yang berjalan pada DC elektrik. DC motor

mempunyai gegelung wayar yang ada di dalam medan magnet yang stabil dan

boleh berputar dalam medan magnet. Semasa dalam gegelung yang dibekalkan

melalui dua berus yang membuat pergerakan hubungan dengan cincin berpecah.

Daya yang bertindak pada wayar pembawa arus membuatkan tork berpusing

pada gegelung. Apabila voltan dikenakan pada motor, semasa mula mengalir

melalui gegelung bidang dari terminal negatif ke terminal positif dan

menetapkan medan magnet yang kuat dalam bidang penggulungan. Semasa ia

mula mengalir melalui berus ke dalam segmen penukar tertib dan kemudian

melalui minyak anmature. Semasa ia terus mengalir melalui gegelung kembali

ke berus yang melekat pada hujung gegelung dan kembali kepada sumber kuasa

DC. Apabila voltan memberi tenaga untuk motor, medan magnet pada angker

dan medan penggulungan cepat berkurangan dan kelajuan peralihan angker akan

mula jatuh ke sifar. Jika voltan digunakan untuk motor , medan magnet akan

memperkukuh dan angker akan mula berputar lagi. Tiga jenis asas DC motor

digunakan dalam industri hari ini iaitu series motor, shunt motor dan compound

motor. Siri motor mampu bermula dengan beban yang sangat besar dilampirkan

seperti aplikasi mengangkat. The shunt motor dapat beroperasi dengan kawalan

rpm semasa ia pada kelajuan tinggi. Motor majmuk, gabungan series motor dan

shunt motor mampu untuk memulakan dengan beban yang agak besar dan

mempunyai beberapa kawalan rpm pada kelajuan yang lebih tinggi.

b. Motor AC

Motor AC didorong oleh arus ulang-alik. Ia memerlukan satu fasa atau tiga fasa

kuasa AC untuk membuat mereka bekerja. Hampir semua motor eltectric adalah

berdasarkan prinsip elektromagnetisme. Gegelung yang menghasilkan medan

magnet yang disebut sebagai "stator" manakala gegelung dan teras pepejal yang

dipanggil "angker". Apabila arus AC dialirkan melalui gegelung, medan magnet

dalam kedua-dua pemutar dan pemegun. Semasa motor berjalan dengan lancar

pada frekuensi gelombang sinus. Ia adalah arus elektrik dalam gegelung berputar

Page 10: BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 PENDAHULUAN bergoreng biasanya menggunakan minyak kelapa sawit, minyak sawit mengandungi ... tersebut mengering pada suhu bilik. Selain pada itu, kaedah pemusingan

10

dan bukan dibekalkan kepada mereka secara langsung. AC motor adalah arus yang

tinggi dan mesti mengalir melalui kenalan berputar. Percikan api dan pemanasan

yang boleh membazirkan tenaga dan memendekkan jangka hayat motor. Dalam

motor AC padang manetic adalah sinusidally yang berbeza-beza, seperti semasa

dalam gegelung yang berbeza-beza.

Mesin ini menggunakan motor AC 60hz . Motor ini digunakan supaya tidak

menggunakan terlalu banyak tenaga. Kebanyakkan mesin menggunakan motor

AC 230 V , 0.25 HP, 1400 rpm yang menggunakan lebih banyak tenaga elektrik.

2.3.5 Kayu

Kayu merupakan hasil hutan yang mudah diproses untuk dijadikan barang sesuai

dengan kemajuan teknologi. Kayu mempunyai beberapa sifat yang tidak dapat ditiru

oleh bahan-bahan lain. Pemilihan dan penggunaan kayu untuk suatu tujuan pemakaian,

memerlukan pengetahuan tentang sifat-sifat kayu. Sifat-sifat ini penting dalam industri

pengolahan kayu kerana dari pengetahuan sifat tersebut dapat dipilih jenis kayu yang

tepat serta penggunaan yang memungkin akan dapat dipilih, kemungkinan

penggantian oleh jenis kayu lain apabila jenis yang bersangkut didapati secara

berterusan atau terlalu mahal. Bahan ini digunakan ialah papan lapis yang terdiri

daripada lapisan kayu nipis (vernier) yang diglukan antara satu sama lain.

2.3.6 Jaring Stainless Steel

Jaring stainless steel merupakan jaring yang selalu digunakan sepagai penapis.

Jaring ini sesuai untuk makanan kerana bahan yang ada di stainless steel tidak

menjejaskan makanan dari bahan kimia. Ia juga bahan yang tahan dari karat dan

memudahkan proses penapisan minyak.

Page 11: BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 PENDAHULUAN bergoreng biasanya menggunakan minyak kelapa sawit, minyak sawit mengandungi ... tersebut mengering pada suhu bilik. Selain pada itu, kaedah pemusingan

11

2.4 JENIS BAHAN YANG DIGUNAKAN

2.4.1 Stainless Steel

Stainless steel ini dipilih kerana:

a) Kuat

b) Tahan karat

c) Ringan

Rajah 2.3 : Stainless steel gred food grade

2.4.2 Besi

Ciri-ciri besi ini dipilih kerana:

a. Tahan lasak

b. Keras berbanding stainless steel

c. Mudah karat

Rajah 2.4: Digunakan untuk membuat rangka mesin.

Page 12: BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 PENDAHULUAN bergoreng biasanya menggunakan minyak kelapa sawit, minyak sawit mengandungi ... tersebut mengering pada suhu bilik. Selain pada itu, kaedah pemusingan

12

2.4.3 Roda Nylon

Roda nilon ini dipilih kerana:

a. Ringan

b. Tahan lasak

c. Mudah dipasang

Rajah 2.5 : Dipasang pada tapak rangka mesin bagi memudahkan pergerakan mesin

2.4.4Motor

Motor ini telah dipilih kerana:

a. Berkuasa tinggi

b. Mudah diselenggara

Rajah 2.6: Menggunakan motor mesin basuh

Page 13: BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 PENDAHULUAN bergoreng biasanya menggunakan minyak kelapa sawit, minyak sawit mengandungi ... tersebut mengering pada suhu bilik. Selain pada itu, kaedah pemusingan

13

2.4.5 Jaring Stainless Steel

Jaring stainless steel ini dipilik kerana:

a. Tahan karat

b. Ringan

c. Mudah dibawa

d. Sesuai untuk makanan

Rajah 2.7 : Digunakan untuk menapis minyak

2.5 Kajian Komponen yang digunakan

2.5.1 Stainless steel

Stainless steel digunakan secara meluas dalam industri makanan dan

pembuatan minuman dan pemprosesan untuk pengeluaran, simpanan pukal dan

pengangkutan, penyediaan dan aplikasi persembahan. Bergantung kepada gred

keluli tahan karat yang dipilih.

Stainless steel adalah logam paduan dari beberapa unsur logam. Logam

tersebut yang lebih kuat, lebih tahan terhadap korosif lain. Stainless steel

terbagi kepada beberapa grade berdasarkan struktur kekuatannya. Khusus

dalam pembuatan mesin berkaitan makanan, biasanya menggunakan jenis

stainless steel food grade (SS 304, SS 316). Penggunaan bahan mesin untuk

makanan yang terbuat dari logam tahan karat (stainless steel) food grade sudah

Page 14: BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 PENDAHULUAN bergoreng biasanya menggunakan minyak kelapa sawit, minyak sawit mengandungi ... tersebut mengering pada suhu bilik. Selain pada itu, kaedah pemusingan

14

menjadi keutamaan bagi industri pembuatan makanan. Hal ini kerana untuk

memastikan produk makanan yang dihasilkan tetap terjaga dan selamat bagi

kesihatan pengguna.

Antara sebab memilih bahan besi ini:

i. Untuk menghindari campuran kimia besi terhadap produk

makanan,dengan memilih besi stainless steel yang tepat, maka tidak

ada campuran bahan kimia logam kepada produk makanan, seperti

perubahan warna dan rasa. Biasanya grade basiuntuk produk

makanan adalah grade SS 304 atau SS 316.

ii. Mudah dibersihkan, anti korosif, dan anti bakteri, hi-grade stainless

steel mudah dibersihkan dari luar kerana memiliki permukaan yang

halus. Sifatnya yang keras dan ketahanan tahan karat juga

memberikan impak positif apabila proses pembersihan komponen

dilakukan.

2.5.2 Motor

Mesin ini menggunakan motor AC 60hz. Motor ini digunakan supaya tidak

menggunakan terlalu banyak tenaga. Kebanyakkan mesin menggunakan motor

AC 230 V, 0.25 HP, 1400 rpm yang menggunakan lebih banyak tenaga

elektrik.

Page 15: BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 PENDAHULUAN bergoreng biasanya menggunakan minyak kelapa sawit, minyak sawit mengandungi ... tersebut mengering pada suhu bilik. Selain pada itu, kaedah pemusingan

15

BAB 3

METADOLOGI

3.1 PENGENALAN

Bab ini menerangkan mengenai kaedah atau teknik yang digunakan sepanjang

kajian yang berlandaskan kepada objektif dan skop kajian yang telah dinyatakan. Bagi

mencapai tujuan kajian yang dijalankan, kami mencari data dari internet untuk mencari

masalah yang berlaku di dalam industri kecil dan sederhana dan cuba untuk

menyelesaikan masalah yang sering berlaku di IKS.

Oleh itu, pencarian maklumat dan data akan menjadi lebih mudah sekiranya

mengetahui kaedah bagi perlaksanaan kajian. Kaedah ini digunakan untuk mendapatkan

seberapa banyak data yang diperlukan untuk melengkapkan kajian ini. Untuk menyiapkan

objektif kajian segala langkah dibuat secara berperingkat supaya perjalanan projek dapat

disiapkan dengan lancar.

Page 16: BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 PENDAHULUAN bergoreng biasanya menggunakan minyak kelapa sawit, minyak sawit mengandungi ... tersebut mengering pada suhu bilik. Selain pada itu, kaedah pemusingan

16

3.2 Carta aliran

No

Yes

No

Yes

Rajah 3.1 Carta alir

Penyataan Masalah

Rekabentuk 1

Fabrikasi

Rekabentuk 2 Rekabentuk 3

Analisi Matrik

Rekabentuk

Pengujian

Tamat

Mula

Rekabentuk Akhir

Page 17: BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 PENDAHULUAN bergoreng biasanya menggunakan minyak kelapa sawit, minyak sawit mengandungi ... tersebut mengering pada suhu bilik. Selain pada itu, kaedah pemusingan

17

3.2.1 Ringkasan Carta Alir

Untuk memastikan projek ini berjaya dan berjalan lancar, beberapa

langkah -langkah perlu diikuti. Antara langkah -langkahnya adalah:

i. Merekabentuk konsep

ii. Pemilihan dan pernilaian rekabentuk

iii. Rekabentuk menggunakan inventor

iv. Pemilihan bahan

v. Pengujian

vi. Kemasan

3.3 Konsep kerja

Proses merekacipta merupakan sebahagian daripada kerja-kerja yang perlu

dilakukan bagi menghasilkan sesuatu projek baru atau pengubahsuaian ke atas sesuatu

projek atau lebih dikenali sebagai proses penambahbaikan. Antara langkah-langkah

yang perlu dilakukan dalam proses merekacipta ialah:

i. Mengenalpasti masalah

ii. Pencetusan idea merekacipta

iii. Rekaan dan pemilihan projek

iv. Perancangan projek

3.3.1 Penyataan masalah

Bagi mengenalpasti masalah dalam projek ini ialah melalui beberapa

cara seperti masalah yang dikemukakan oleh penyelia, hasil perbincangan antara

ahli kumpulan serta masalah-masalah lain yang timbul. Masalah boleh juga

dikenalpasti melalui kaedah perbincangan dan pengalaman. Selain daripada itu

juga, permasalahan boleh didapati melalui kaji selidik yang telah dilaksanakan di

kawasan Kuantan. Pengumpulan maklumat dan data berkaitan dengan

Page 18: BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 PENDAHULUAN bergoreng biasanya menggunakan minyak kelapa sawit, minyak sawit mengandungi ... tersebut mengering pada suhu bilik. Selain pada itu, kaedah pemusingan

18

spesifikasi terperinci tentang projek yang dirancang juga perlu dibuat supaya

projek yang dibuat berjalan lancar tanpa mempunyai sebarang masalah.

Kajian dan rujukan yang telah didapati dan diperolehi daripada penyelia, ahli

kumpulan dan laman sesawang yang berkaitan dengan projek ini juga banyak

membantu dalam mengatasi dan mengenalpasti masalah yang akan timbul

apabila menghasilkan rekaan projek ini.

3.3.2 Rekabentuk kajian

Projek dan rekabentuk mesin penapis minyak kerepek ini direka bentuk

untuk mengurangi kadar minyak produk makanan gorengan. Mesin ini disebut

mesin penapis minyak kerepek ada juga yang menyebut mesin pengering

minyak, mesin spiner minyak. Mesin ini juga akan berfungsi mengurangi kadar

air pada produk. Misalnya sayur-sayuran juga boleh digunakan untuk

mengeringkan selepas dicuci. Maka dengan mesin ini dapat mempercepatkan

masa pengeringan dengan baik. Projek rekabentuk mesin penapis ini juga

membuat kaji selidik berdasarkan teori dalam membangunkan rekabentuk mesin

penapis minyak dengan memanfaatkan konsep baru iaitu dengan memudahkan

pengusaha IKS membuat kerja.

3.4 Analisis Matrik

Analisis matrik ini berdasar percambahan idea seperti analisis konsep

rekabentuk,kelebihan dan kekurangan alat yang digunakan,rekabentuk terdahulu dan

pemilihan bahan.

Page 19: BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 PENDAHULUAN bergoreng biasanya menggunakan minyak kelapa sawit, minyak sawit mengandungi ... tersebut mengering pada suhu bilik. Selain pada itu, kaedah pemusingan

19

i. Analisis Konsep Rekabentuk

Dalam analisis konsep ini, projek ini mengetengahkan konsep

dimana untuk memudahkan kerja pengguna. Dari segi rekabentuk, penapis

manual tidak dapat membantu pengguna menapis minyak kerepek dengan

cepat dan teratur. Dengan itu, timbulah satu idea merekabentuk mesin

menapis minyak kerepek. Mesin ini direka supaya pengguna dapat

menapis minyak kerepek dengan cepat untuk menjimatkan masa untuk ke

proses membungkus kerepek pula. Rekabentuk ini bukanlah satu proses

atau proses atau aktiviti yang terhasil secara spontan atau tiba-tiba

sebaliknya, ia adalah proses yang memakan masa berminggu-minggu

malah berbulan-bulan sebelum ianya membuahkan hasil. Ini termasuklah

proses pemikiran, percubaan dan ujian sehingga terhasil produk yang

diingini.

Konsep mesin ini ialah menggunakan konsep spinner iaitu

menggunakan motor sebagai komponen utama untuk memusingkan

penapis untuk menapis secara automatik dan tidak menggunakan cara

manual atau tenaga manusia. Daya yang diperoleh dari motor dapat

membantu proses penapisan minyak kerepek itu berbanding cara normal

yang mengambil masa yang lama dan memenatkan. Penggunaan mesin ini

juga dapat menampung jumlah kerepek yang lebih banyak berbanding cara

penapisan manual yang menggunakan tenaga manusia.

Konsep pusingan spinner ini menggunakan seiras dengan konsep mesin

basuh yang ada di dunia ini, konsep pusiangan spinner untuk

mengeringkan pakaian yang biasanya mengambil masa 15 minit paling

minimum untuk mengeringkan pakaian. Oleh itu, mesin ini boleh

menggunakan konsep ini untuk menapis minyak.

Page 20: BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 PENDAHULUAN bergoreng biasanya menggunakan minyak kelapa sawit, minyak sawit mengandungi ... tersebut mengering pada suhu bilik. Selain pada itu, kaedah pemusingan

20

ii. Kelebihan dan kekurangan menggunakan penapis dan mesin manual

a. Kelebihan menggunakan penapis manual

Penapis manual yang biasa digunakan mengambil masa yang

lama dan memenatkan pengguna. Masa yang diambil itu boleh

digunakan untuk membuat proses yang seterusnya. Kuantiti

kerepek yang mampu di tapis menggunakan kaedah manual hanya

sedikit kerana luas permukaan penapis tidak terlalu besar untuk

menampung kuantiti yang banyak.

b. Kekurangan menggunakan penapis manual

Penapis manual juga mepunyai kelebihan, penapisan secara

manual boleh menapis secara teliti dan boleh memuaskan hati

pengguna yang melakukan proses penapisan itu.

c. Kelebihan menggunakan mesin penapis

Mesin penapis ini boleh mengurangkan kandungan minyak yang

terdapat di kerepek secara menyeluruh berbanding penapis manual.

Selain itu, ia dapat mengurangkan kandungan lemak dan kolesterol

yang terdapat di dalam makanan. Kerepek akan menjadi lebih

kering dan boleh mengurangkan kadar air pada kerepek.

Seterusnya, mesin ini juga dapat mengurangkan risiko tengik pada

kerepek. Selain pada itu, ia mempercepatkan proses penapisan

kerepek yang telah digoreng.

d. Kekurangan mesin penapis

Terdapat berberapa kekurangan pada mesin penapis minyak ini.

jika tiada punca kuasa elektrik mesin penapis ini tidak dapat

digunakan. Selain itu, risiko untuk kerepek hancur mungkin akan

terjadi apabila mesin meggunakan motor yang bervoltan tinggi.

Page 21: BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 PENDAHULUAN bergoreng biasanya menggunakan minyak kelapa sawit, minyak sawit mengandungi ... tersebut mengering pada suhu bilik. Selain pada itu, kaedah pemusingan

21

3.4.1 Rekabentuk Terdahulu

3.2 : Lakaran pertama

Rajah 3.1 Menunjukkan rekabentuk pertama bahawa rekabentuk tersebut lebih mudah

untuk mengurangkan masa untuk menapis kerepek dengan menggunakan kaedah ini

tetapi bahan yang digunakan mahal harganya. Rujuk jadual 3.1 dibawah menunjukkan

kelebihan dan kelemahan rekabentuk tersebut:

Kelebihan Kelemahan

Proses menapis cepat Kos yang tinggi

Mempunyai ruang yang besar Kerangka bergegar

Jadual 3.1 : Rekabentuk Pertama

Page 22: BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 PENDAHULUAN bergoreng biasanya menggunakan minyak kelapa sawit, minyak sawit mengandungi ... tersebut mengering pada suhu bilik. Selain pada itu, kaedah pemusingan

22

3.3 Lakaran Kedua

Rajah 3.2 Menunjukkan rekabentuk kedua bagi “Oil And Heat Reducing Machine”

terdapat ciri-ciri seperti mesin ini mempunyai ciri-ciri keselamatan. Tetapi terdapat

permasalahan yang berlaku dalam rekabentuk ini iaitu mesin terlalu berat untuk diangkat.

Jadual 3.2 dibawah menunjukkan kelebihan dan kelemahan rekabentuk tersebut.

Kelebihan Kelemahan

Struktur yang seimbang Berat untuk diangkat

Mempunyai ciri-ciri keselamatan Sukar diselenggara

Jadual 3.2 : Rekabentuk Kedua

Page 23: BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 PENDAHULUAN bergoreng biasanya menggunakan minyak kelapa sawit, minyak sawit mengandungi ... tersebut mengering pada suhu bilik. Selain pada itu, kaedah pemusingan

23

Rajah 3.4 Lakaran ketiga

Rajah 3.3 Menunjukkan rekabentuk ketiga bagi projek “Oil And Heat Reducing

Machine” ini mempunyai beberapa ciri-ciri seperti rekabentuk yang dihasilkan ini lebih

tahan lasak dan ciri-ciri keselamatan yang lebih baik dari rekabentuk kedua di rajah 3.2.

Terdapat masalah yang dihadapi iaitu rekabentuk ini tidak mudah untuk dialihkan kerana

tidak mempunyai roda. Jadual 3.3 dibawah menunjukkan kelebihan dan kelemahan

rekabentuk tersebut.

Kelebihan Kelemahan

Ciri-ciri keselamatan yang baik Tidak mengikut skatifikasi mesin makanan

Mudah diselenggara Sukar dialih kerana tiada roda

Jadual 3.3 : Rekabentuk Ketiga

Page 24: BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 PENDAHULUAN bergoreng biasanya menggunakan minyak kelapa sawit, minyak sawit mengandungi ... tersebut mengering pada suhu bilik. Selain pada itu, kaedah pemusingan

24

a) Jadual penilaian bermatrik

No. Kriteria Kriteria

minat Konsep 1 Konsep 2 Konsep 3 Konsep

rujukan

1. Rekabentuk

komersial 4 + + +

D

A

T

U

M

2. Kos 5 - - +

3. Mudah alih 5 + + +

4. Saiz 4 - + -

5. Berat 4 + - +

6. Bahan 4 - - +

7. Jumlah + 3 3 5 0

8. Jumlah - 3 3 1 0

9. Jumlah

keseluruhan

0 0 4 0

Jadual 3.4 : Jadual penilaian bermatrik

Daripada jadual diatas, (-) mewakili bagi kriteria kurang memuaskan manakala (+)

mewakili bagi kriteria yang memuaskan. Konsep 3 mendapat pilihan memuaskan iaitu 4.

Konsep 1 dan 2 mendapat yang sama iaitu 3. Konsep 3 menjadi pilihan reka bentuk.

Page 25: BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 PENDAHULUAN bergoreng biasanya menggunakan minyak kelapa sawit, minyak sawit mengandungi ... tersebut mengering pada suhu bilik. Selain pada itu, kaedah pemusingan

25

b) Lukisan berbantu komputer

Rajah 3.5 : Lukisan Berbantu Komputer

3.5 Pemilihan bahan

Berdasarkan analisis ekonomi kejuruteraan oleh William et al. (2012), terdapat dua kos

Page 26: BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 PENDAHULUAN bergoreng biasanya menggunakan minyak kelapa sawit, minyak sawit mengandungi ... tersebut mengering pada suhu bilik. Selain pada itu, kaedah pemusingan

26

yang terlibat dalam menentukan jumlah kos iaitu kos tetap dan kos berubah. Kos tetap

bermakna malar, bebas daripada output atau aktiviti peringkat. Contoh-contoh kos seperti

cukai hartanah, insurans, pengurusan dan gaji pentadbiran, bayaran lesen dan kos faedah ke

atas modal yang dipinjam dan sewa atau pajakan. Kos ini tidak sedang menyumbang kerana

dalaman fabrikasi telah digunakan. Sementara itu, kos berubah bermakna berkadar dengan

output atau aktiviti peringkat seperti kos bahan langsung dan kos buruh langsung. Persamaan

untuk menentukan jumlah kos berdasarkan analisis ekonomi kejuruteraan. Jumlah Kos = Kos

Tetap + Jumlah Kos Berubah.

Jumlah Kos = Kos Tetap + Jumlah Kos Berubah

= 0 + (Bahan Langsung Kos + Kos Buruh Langsung)

Berdasarkan bil bahan (BOM),

Bil. Komponen saiz Bil.

Komponen

Harga

1 Stainless steel 1 kaki 5 inci 1 RM15.00

2 Motor AC 157 cm 1 RM450.00

3 Roda Nylon 1 inci 4 RM12.80

Jadual 3.5 : Jadual bilangan bahan

kos bahan langsung = RM477.80

Dengan menganggap kos buruh langsung = 100% × Kos Bahan Langsung

= RM477.80 × 100%

= RM 477.80

Berdasarkan bil anggaran kos,

Bil. Komponen Saiz Bil. Komponen Harga

Page 27: BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 PENDAHULUAN bergoreng biasanya menggunakan minyak kelapa sawit, minyak sawit mengandungi ... tersebut mengering pada suhu bilik. Selain pada itu, kaedah pemusingan

27

1 Stailess steel 1 kaki 5 inci ×1 pcs RM15.00

2 Motor AC 157 cm³ ×1 pcs RM450.00

3 Roda Nylon 1 inci ×4 pcs RM14.80

4 Besi Rangka 30.95 × 60.60 m ×8 pcs RM35.00

Jumlah keseluruhan RM514.80

Jadual 3.6 : Anggaran kos

Oleh itu,

Jumlah Kos = Kos Buruh Langsung + Direct Bahan Kos

= RM 477.80 + RM 35.00

= RM 514.80

3.6 Pembuatan

Pembinaan model adalah bertujuan untuk mengenalpasti atau mendapat

gambaran rekabentuk dan susun atur komponen projek secara visual supaya

pemahaman dan imaginasi tentang rekabentuk sistem ini dapat diperluaskan dan

diharapkan dapat menjana idea untuk terus ditambah baik semaksima yang boleh.

Ciri - ciri pemilihan model yang terbaik mestilah bersesuaian dengan bentuk dan

kedudukan projek ini dengan mengambil kira terlebih dahulu saiznya yang tidak

menggangu kerja - kerja pemasangan projek ini.

Berikut merupakan proses kerja yang dijalankan sepanjang proses pembuatan

dilaksanakan :

a. Sambungkan setiap besi yang telah di potong yang berukuran lebarnya berukuran

30.95m dan panjangnya 60.60m sebagai rangkanya.

b. Setelah itu kimpalkan setiap penjuru besi rangka dengan tepat tanpa ada

renggangan kerana ia akan menyusahkan kerja-kerja pemasangan. Pastikan setiap

kesan kimpalan di asah dengan licin.

Page 28: BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 PENDAHULUAN bergoreng biasanya menggunakan minyak kelapa sawit, minyak sawit mengandungi ... tersebut mengering pada suhu bilik. Selain pada itu, kaedah pemusingan

28

c. Selanjutnya, potong kepingan stainless steel mengikut saiz yang hendak digunakan

di dalam untuk sarang penapis.

d. Semua penjuru haruslah diperiksa dan harus kemas tanpa ada kesan tajam kerana ia

boleh membahayakan pengguna. Kemaskan hasil kerja.

e. Kemudian, kimpalkan kepingan yang telah di potong untuk dijadikan bentuk kiub

untuk sarang penapis.

f. Selanjutnya, masukkan plat besi setebal 50mm dan berjejari 15mm untuk tujuan

membuat tapak penapis. Pastikan saiz diukur dengan betul sebelum pasang.

g. Kemudian, tebukkan lubang di sisi plate yang telah dipotong untuk membuat track

bagi tapak penapis. Buat permukaan dari hujung ke hujung ruang itu.

h. Kemudian, sambungkan tali sawat dari pemegang plat penapis kepada motor.

i. Rebet kawasan rangka untuk menutup semua lubang di rangka.

j. Pasangkan papan dibawah rangka untuk memasang roda nilon untuk memudahkan

mengalih mesin.

k. Kemudian, pasangkan papan untuk menjadikan perabot untuk meletakkan barang.

Page 29: BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 PENDAHULUAN bergoreng biasanya menggunakan minyak kelapa sawit, minyak sawit mengandungi ... tersebut mengering pada suhu bilik. Selain pada itu, kaedah pemusingan

29

Rajah 3.6: Rangka mesin

Rajah 3.7: Proses kimpal rangka mesin.

Page 30: BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 PENDAHULUAN bergoreng biasanya menggunakan minyak kelapa sawit, minyak sawit mengandungi ... tersebut mengering pada suhu bilik. Selain pada itu, kaedah pemusingan

30

Rajah 3.8: mengukur cover mesin.

Rajah 3.9: Proses mengikat motor pada rangka

Page 31: BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 PENDAHULUAN bergoreng biasanya menggunakan minyak kelapa sawit, minyak sawit mengandungi ... tersebut mengering pada suhu bilik. Selain pada itu, kaedah pemusingan

31

Rajah 3.10: regulator kipas yang digunakan.

3.7 Penilaian

3.7.1 Pengujian(Prosedur Uji lari)

Apabila siap rekabentuk, alat perlu diuji bagi mendapatkan keberkesanan

penjimatan ruang tersebut. Ujian terhadap produk yang dicipta ialah dengan

menapis minyak pada kerepek kemudian kirakan kuantiti yang boleh

dimasukkan. Perbandingan ini diukur mengikut kuantiti kerepek yang dapat

dimuatkan ke dalam penapis. Ujian ini dijalankan bertujuan untuk memastikan

projek ini berjaya.

Apabila siap rekabentuk, mesin perlu diuji bagi mendapatkan keberkesanan

. Penjimatan masa mesin tersebut. Ujian terhadap produk yang dicipta ialah

putaran RPM mesin untuk mengeringkan kerepek dengan menggunakan motor

jenis AC. Perbandingan ini diukur mengikut kuantiti kerepek yang di

masukkan. Ujian ini dijalankan bertujuan untuk memastikan projek ini bejaya.

Page 32: BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 PENDAHULUAN bergoreng biasanya menggunakan minyak kelapa sawit, minyak sawit mengandungi ... tersebut mengering pada suhu bilik. Selain pada itu, kaedah pemusingan

32

3.7.2 Ujian Analisis

a. Ujian rpm putaran motor

Ujian rpm ini menggunakan tachometer. Tachometer ialah

sejenis alat yang digunakan untuk mengukur kelajuan sesuatu

benda kerja seperti motor elektrik, enjin dan tayar kenderaan.

Ujian ini menggunakan tachometer jenis sensor. Cara

penggunaanya ialah:

i. Tandakan pada bahagian shaft yang berpusing dengan

reflective tape.

ii. Kemudian, halakan bahagian sensor ke reflective tape

yang berputar.

iii. Seterusnya, dapatkan bacaan selepas 10-20 saat dalam unit

yang dikehendaki.

iv. Tekan butang hold pada panel bagi mendapatkan bacaan

yang tepat.

b. Ujian penapisan minyak kerepek

Ujian penapisan minyak bertujuan untuk mengenalpasti masa

yang diambil dalam setiap minit bagi penapisan minyak ini.

Penggurangan kandungan minyak pada kerepek dikira melalui

ujian ini. Berikut ialah cara pengujian ini:

i. Masukkan kerepek yang baru siap digoreng ke dalam

mesin penapis.

ii. Kemudian, hidupkan suis untuk memulakan ujian ini.

iii. Seterusnya, biarkan mesin berpusing selama 1 minit.

iv. Matikan mesin dan ambil data untuk pengeringan minyak

pada kerepek.

v. Ulang ujian ini sehingga minit yang ke-5 dan ambil data

yang seterusnya.

Page 33: BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 PENDAHULUAN bergoreng biasanya menggunakan minyak kelapa sawit, minyak sawit mengandungi ... tersebut mengering pada suhu bilik. Selain pada itu, kaedah pemusingan

33

3.8 Kesimpulan

Projek ini dapat meningkatkan pengetahuan dan pengalaman tentang proses

menapis minyak kerepek. Dalam proses pembuatan projek ini, pelajar didedahkan supaya

bersifat kreatif, inovatif dan berdikari untuk menghasilkan produk yang pelbagai guna

dan membawa kemajuan kepada kehidupan sehari-hari. Pelajar juga dapat menimba

pengetahuan dan sifat-sifat komponen yang tiada di makmal.

Kesimpulanya , projek yang baik haruslah mempunyai keboleh-harapan yang

tinggi, mudah digunakan dan kos yang berpatutan supaya dapat diterima oleh para

pengguna. Projek ini telah mencapai aspek-aspek yang telah dikemukakan dan ia

berpotensi untuk menjadi alatan yang memudahkan dikalangan masyarakat sekarang.