Bab 1 Kata Nama

28
1 Bahagian Satu: Morfologi BAHAGIAN SATU MORFOLOGI (KATA)

description

Bab 1 Kata Nama

Transcript of Bab 1 Kata Nama

(BAHAGIAN SATUMORFOLOGI (KATA))

BAB 1

KATA NAMA

Kata nama ialah perkataan-perkataan yang digunakan untuk merujuk kepada nama manusia, haiwan, benda, tempat, tumbuhan, dan konsep atau abstrak. Dalam bahasa Melayu, golongan kata nama dapat dibahagikan kepada tiga jenis iaitu kata nama khas, kata nama am, dan kata ganti nama.

1.1. KATA NAMA KHAS

1.1.1 Takrif/Definisi

Perkataan-perkataan yang digunakan untuk menunjukkan sesuatu yang khusus atau khas sama ada nama manusia, haiwan, benda, tempat, tumbuhan, dan konsep konkrit atau abstrak. Dalam tulisan, huruf pertama kata nama khas mestilah ditulis dengan huruf besar. Misalnya, Usman, Johor, India, Sarjan, dan Universiti Putra Malaysia.

(CONTOH KATA NAMA KHAS)

Manusia

Adriana, Kelvin Eng, Muniandi, Dr. Malik, Cik Jamaliah, Puan Tan, Datuk Sulaiman

Jawatan/Pangkat

Perdana Menteri, Menteri Besar, Ketua Polis, Kapten, Profesor, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Telipot

Nama tempat

Pulau Pangkor, Hotel Permai, Pantai Morib, Kuala Kangsar, Kuala Pilah, Kota Bharu

Nama hari dan bulan

Selasa, Jumaat, Ahad, Februari, Ogos, Disember, Safar, Muharam, Rabiulawal

Nama binatang

Tompok (kucing), Jalak (ayam), Tomi (anjing)

Nama tumbuhan

Malinja (padi), Vanda Diana (orkid), Centella Asiatica (pegaga), Oryza Sativa (padi)

Nama bangunan

Menara Berkembar Petronas, Bangunan Parlimen, Daya Bumi, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

Nama institusi

Universiti Malaya, Bank Simpanan Nasional, Telekom Malaysia Berhad, Kolej Perdana

Bangsa dan agama

Melayu, Cina, India, Arab, Iban, Islam, Buddha, Hindu

Nama perkara

Penilaian Menengah Rendah, Akta Rahsia Rasmi, Pendidikan Seni, Senarai Peraturan Sekolah

Nama buku dan jenama barang

Hikayat Hang Tuah, Kamus Dewan, Budak Misteri, Proton Perdana, Philip, Samsung

(Ayat contoh:)

(Encik Daneil membeli sebuah kereta Perodua Alza pada bulan lepas.Pemuda itu didakwa di bawah Akta Dadah Berbahaya kerana mengedar dadah.Murid-murid sekolah itu melawat ke Zoo Negara.Zuriana sedang membaca novel lama yang bertajuk Nyawa di Hujung Pedang.)

1.2. KATA NAMA AM

1.2.1 Takrif/Definisi

Kata nama ialah perkataan yang digunakan untuk menunjukkan nama sesuatu perkara atau benda yang biasa atau secara umum sahaja. Kata nama am boleh digunakan untuk merujuk kepada semua nama, sama ada benda hidup mahupun benda tidak hidup. Misalnya manusia, haiwan, tumbuhan, tempat, benda, dan konsep atau abstrak. Dalam penulisan, huruf pertama kata nama am mestilah huruf kecil kecuali pada pangkal ayat.

(CONTOH KATA NAMA AM).

Manusia

askar, pemuda, ketua, negarawan, guru, kerani

Haiwan

ayam, kambing, harimau, ikan, katak, kucing, burung

Tumbuhan

nanas, kelapa, keladi, semalu, belimbing, mangga

Tempat

bandar, asrama, taman, stadium, hospital, jambatan, gunung

Benda

komputer, pinggan, makanan, lilin, kertas, kereta

(Ayat contoh:)

(Perdana Menteri menyeru rakyat supaya rajin membaca buku.Pak Kassim menanam anak pokok pisang di kebun.Kakak menggoreng ikan di dapur.Ibu menggunakan senduk untuk mengacau gulai.Adibah bercita-cita untuk menjadi seorang juruterbang.)

1.2.2 Kesalahan Lazim

Kesalahan ayat contoh:

1. Abang saya menghadiri kursus pelayan hotel di hotel pan pasific.

2. Majlis sambutan hari guru pada tahun ini sangat meriah.

3. Rakyat malaysia menyambut hari kemerdekaan pada bulan ogos setiap tahun.

4. Kakak saya belajar di universiti kebangsaan malaysia.

5. pak ismail membeli sekotak pensel warna berjenama luna untuk anaknya, maria.

6. Ayah dan beberapa orang kawannya memancing di Sungai.

7. Burung Enggang merupakan lambang bagi negeri Sarawak.

8. Beberapa orang Guru Besar sedang mengadakan perbincangan di Balai Sidang.

9. Suasana di Perpustakaan amat sesuai untuk Murid-murid mengulang kaji.

10. Pada masa dahulu, pelabuhan Melaka disinggahi oleh banyak Pedagang.

Pembetulan ayat contoh di atas:

1. Abang saya menghadiri kursus pelayan hotel di Hotel Pan Pasific.

2. Majlis sambutan Hari Guru pada tahun ini sangat meriah.

3. Rakyat Malaysia menyambut Hari Kemerdekaan pada bulan Ogos setiap tahun.

4. Kakak saya belajar di Universiti Kebangsaan Malaysia.

5. Pak Ismail membeli sekotak pensel warna berjenama Luna untuk anaknya, Maria.

6. Ayah dan beberapa orang kawannya memancing di sungai.

7. Burung enggang merupakan lambang bagi negeri Sarawak.

8. Beberapa orang guru besar sedang mengadakan perbincangan di Balai Sidang.

9. Suasana di perpustakaan amat sesuai untuk murid-murid mengulang kaji.

10. Pada masa dahulu, pelabuhan Melaka disinggahi oleh banyak pedagang.

1.2.3 RUMUS

1.2.3.1 Rumus Frasa Nama

(i) Perkataan yang mendukung konsep jamak hendaklah diikuti oleh kata nama

tunggal. Sebagai contohnya:

(a) Berbagai-bagai isu-isu telah dibincangkan dalam mesyuarat tersebut. [ X ]

Berbagai-bagai isu telah dibincangkan dalam mesyuarat tersebut. [ / ]

(b) Koleksi lagu-lagu penyanyi terkenal itu mendapat sambutan hangat. [ X ]

Koleksi lagu penyanyi terkenal itu mendapat sambutan hangat. [ / ]

(ii) Huruf pertama nama bangsa, suku, dan bahasa sesuatu kaum sahaja perlu ditulis

dengan huruf besar. Sebagai contoh:

(a) bangsa Melayu bukan Bangsa Melayu.

(b) suku Kadazan bukan Suku Kadazan

(c) bahasa Inggeris bukan Bahasa Inggeris

(iii) Keadaan ini berbeza jika kata tersebut membawa makna mata pelajaran.

Misalnya, mata pelajaran Bahasa Melayu, mata pelajaran Bahasa Kadazan, dan

mata pelajaran Bahasa Inggeris.

(iv) Huruf pertama jawatan atau gelaran seseorang hendaklah ditulis dengan huruf

besar. Walau bagaimanapun murid-murid hendaklah mengenal pasti jawatan yang

dinyatakan dalam ayat tersebut merujuk kepada nama khas atau nama am.

Misalnya, jika jawatan guru besar disebut secara umum, tanpa disebut secara

khusus sekolahnya, maka perkataan guru besar itu dianggap sebagai kata nama

am. Perkataan guru besar akan menjadi nama khas apabila jawatan itu disebut

secara khusus tentang sekolah atau institusinya. Misalnya, Guru Besar Sekolah

Kebangsaan Binjai Jaya, perkataan guru besar perlu ditulis dengan huruf besar di

pangkalnya.

(v) Huruf pertama pada kata nama khas mesti ditulis dengan huruf besar kecuali kata

sendi nama yang terdapat dalam judul karangan, buku , novel, dan sebagainya.

Misalnya, Semalam di Kuala Lumpur, Kembara di Pulau Redang, Kisah tentang

Si Bongkok, Pemburu dari Sarawak

1.2.4 LATIHAN PENGUKUHAN

Pilih jawaban yang betul.

1. Pertandingan deklamasi ________________ telah berlangsung dengan meriah di Istana Budaya.

A laguC drama

B sajakD sketsa

2. Sebagai peminat setia David Beckham, abang berazam untuk aktif dalam sukan _________________.

A hokiC badminton

B ragbiD bola sepak

3. Pakaian seragam _________________ itu kelihatan sungguh putih dan kemas..

A jururawatC bomba

B akauntanD polis

4. Abang saya memelihara beberapa ekor _______________ di dalam sangkar.

A seranggaC kerbau

B burung D unta

5. _______________ sejenis reptilia yang bergerak dengan cara menjalar.

A BuayaC Ular

B Zirafah D Tenggiling

6. _______________ itu telah membaham seekor pelanduk yang memang menjadi idamannya.

A Pak KadukC Si Comel

B Pak Belang D Si Hitam

7. Kesemua anak Puan Hamsanah melanjutkan pengajian di _____________.

A universiti Islam Antarabangsa C Universiti Islam Antara Bangsa

B Universiti islam Antarabangsa D Universiti Islam Antarabangsa

8. Lagu ___________________ merupakan lagu nyanyian Tetty Kadi seorang penyanyi dari Indonesia.

A Semalam Di Kuala LumpurC Semalam di Kuala Lumpur

B semalam di Kuala Lumpur D Se Malam di Kuala Lumpur

1.3 KATA GANTI NAMA DIRI

1.3.1 Takrif/Definisi

(i) Kata ganti diri ialah kata yang digunakan untuk menggantikan kata nama orang. Terbahagi kepada 3 jenis:

(a) Kata Ganti Nama Diri Pertama (penutur)

(b) Kata Ganti Nama Diri Kedua (pendengar)

(c) Kata Ganti Nama Diri Ketiga (pihak / orang yang diceritakan halnya)

(ii) Bilangan penutur / pendengar:

(a) Tunggal (seorang)

(b) Jamak (lebih daripada seorang)

(iii) Golongan pengguna:

(a) Masyarakat Moden

(b) Masyarakat Melayu Lama (klasik)

(c) Masyarakat Istana/Bangsawan

1.3.2 Contoh Kata Ganti Nama Diri

Kata Ganti Nama Diri Pertama menggantikan nama diri orang yang bertutur.

Kata Ganti Diri Pertama

Penggunaannya

aku (tunggal)

Digunakan apabila bercakap dengan kawan biasa atau dengan Tuhan (keakraban)

saya (tunggal)

Digunakan apabila bercakap dengan seseorang yang baru dikenali atau dalam suasana rasmi.

hamba (tunggal)

Digunakan untuk membahasakan diri sendiri pada zaman dahulu.

patik (tunggal)

Digunakan oleh rakyat apabila bercakap dengan raja atau sultan.

beta (tunggal)

Digunakan oleh raja atau sultan apabila bertitah kepada rakyat.

kami (tunggal)

Digunakan pada diri orang yang berkata serta temannya apabila bercakap dengan orang kedua.

kita (tunggal)

Digunakan pada diri sendiri dengan menyertakan diri orang kedua.

Kata Ganti Nama Diri Kedua menggantikan nama diri orang yang diajak bertutur.

Kata Ganti Diri Kedua

Penggunaannya

anda (tunggal dan jamak)

Digunakan untuk diri orang kedua apabila berhadapan dengan kita.

awak (tunggal)

Digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita.

engkau (tunggal)

Digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita dan dengan Tuhan juga (Engkau)

tuan hamba (tunggal)

Digunakan untuk diri orang kedua pada zaman dahulu (jika kata ganti diri pertama digunakan hamba mesti diikuti tuan hamba sebagai kata ganti diri kedua)

tuanku (tunggal)

Digunakan apabila bercakap dengan raja atau sultan.

kalian (tunggal)

Digunakan untuk beberapa orang yang diajak bercakap.

kamu (tunggal dan jamak)

Digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita.

Kata Ganti Nama Diri Ketiga menggantikan nama diri orang yang diceritakan halnya (orang yang diceritakan halnya tidak hadir)

Kata Ganti Diri Ketiga

Penggunaannya

baginda (tunggal)

Digunakan untuk putera-puteri raja, raja atau sultan.

beliau (tunggal)

Digunakan untuk orang yang kita hormati, misalnya ibu bapa, guru dan pemimpin.

dia dan ia (tunggal)

Digunakan untuk orang yang umum seperti orang biasa dan rakan.

mereka (tunggal)

Digunakan untuk orang yang bilangannya lebih daripada seorang.

1.3.3 Ringkasan:

Kata Ganti Nama Diri

Tunggal

Bilangan Banyak / Jamak

Diri Pertama (penutur)

aku

saya

patik

hamba

kami

kita

Diri Kedua (pendengar)

awak

kamu

engkau

encik

cik

saudara

saudari

tuan

puan

anda

tuanku

tuan hamba

awak semua

kamu semua

saudara sekalian

saudari sekalian

encik-encik

cik-cik

tuan-tuan

puan-puan

anda semua

kalian

Diri Ketiga (orang yang diceritakan halnya)

dia

ia

beliau

baginda

mereka

1.3.4 Bentuk Kesilapan:

SALAH

BETUL

Kami tidak harus mengalah sebelum perlawanan bermula, kata Murthi kepada Azrul.

Kita tidak harus mengalah sebelum perlawanan bermula, kata Murthi kepada Azrul.

Kereta itu sungguh mahal kerana ianya diimport dari Jepun.

Kereta itu sungguh mahal kerana diimport dari Jepun.

Beliau diberkas kerana terlibat dalam kes penipuan.

Dia diberkas kerana terlibat dalam kes penipuan.

Hamba mohon maaf atas kesalahan hamba, kata Paduka Ali kepada Sultan Mansor Syah.

Patik mohon maaf atas kesalahan patik, kata Paduka Ali kepada Sultan Mansor Syah.

Kakitangan syarikat ini sedia menolong engkau.

Kakitangan syarikat ini sedia menolong anda.

Saya ingin berjumpa dengan ia.

Saya ingin berjumpa dengannya.

Mereka-mereka sedang bermain bola di padang.

Mereka sedang bermain bola di padang.

1.3.5Kesalahan Lazim Menulis atau Mengeja Kata Ganti Nama

(i) Ketidaksesuaian penggunaan kata ganti nama diri mengikut kedudukan

seseorang, suasana ketika bercakap, hubungan seseorang yang lain ketika

sedang berkata-kata;

(a) Encik James pengurus di sini. Sekarang inidiasedang berkursus di Singapura.[X]

(b) Encik James pengurus di sini. Sekarang inibeliausedang berkursus di

Singapura.[/ ]

(ii) Kata ganti nama diri bentuk jamak tidak boleh digandakan;

(a) Marilah kita sertaimereka-merekayang baru datang itu, kata Salina.[X]

(b) Marilah kita sertaimerekayang baru datang itu, kata Salina.[/ ]

(iii) Kata ganti nama dirimerekadaniatidak boleh digunakan untuk merujuk

kepadabinatang, benda dan perkara/konsep;

(a) Si Hitam sangat lembut bulunya.Iajuga berwarna menarik.[X]

(b) Si Hitam sangat lembut bulunyadanberwarna menarik.[/ ]

(iv) Kata ganti nama diri ketigaiatidak boleh bertugas sebagai objek kepada kata sendi atau kata kerja transitif;

(a) Saya berasa seronok dapat berkawan dengania.[X]

(b) Saya berasa seronok dapat berkawan dengannya.[/ ]

(v) Kata ganti nama diri ketigaiatidak boleh bertugas sebagai kata nama pelaku

dalam ayat pasif diri ketiga;

(a) Begiatelah diselongkar ketika bersenam di padang.[X]

(b) Begnyatelah diselongkar ketika bersenam di padang.[/ ]

(iv) Kata ganti diri ketigaiadannyatidak boleh digabungkan menjadiianya;

(a) Penagihan dadah dalam kalangan pelajar perlu dibanteras segera kerana bimbang ianyakianmenular.[X]

(b) Penagihan dadah dalam kalangan pelajar perlu dibanteras segera kerana

bimbang kianmenular.[/ ]

(vi) Kata ganti nama diridakudandikautidak boleh digunakan sebagai objek

kecualipada kata kerjatransitif atau kata sendi yang berakhir dengan huruf n;

(a) Ibuku sungguh tertarik hati kepadadikaukerana pekertimu itu.[X]

(b) Ibuku sungguh tertarik hati akandikaudengan pekertimu itu.[/ ].

(vii) Kata ganti nama diri singkat iaitikau, ku, mudannyatidak boleh dieja

berasingandengan kata lain yang menyertainya;

(a) Tolongkauambilkan aku segelas air, kata Sri.[X]

(b) Tolongkauambilkan aku segelas air, kata Sri.[/ ]

1.3.6. RUMUS

Strategi ini untuk membantu pelajar yang mengalami kesukaran untuk mengingati senarai kata ganti nama diri. Kebanyakan pelajar keliru untuk mengelompokkan kata ganti nama diri sama ada kata ganti nama diri pertama, kata ganti nama diri kedua atau pun kata ganti nama diri ketiga. Kekeliruan ini akan mengganggu pelajar menjawab soalan menukarkan kata aktif kepada kata pasif. Jadi, dengan membina ayat daripada senarai kata ganti nama diri dan mengingati rumus yang diberikan dapat membantu para pelajar mengingati dan senang untuk menjawab soalan dalam peperiksaan.

Langkah-langkah:

1. Kenal pasti dan senaraikan kata ganti nama diri mengikut kategori.

2. Cuba bina perkataan daripada kata ganti nama diri tersebut.

3.Seterusnya membina ayat daripada perkataan-perkataan tersebut.

4. Akhir sekali, ingat ayat yang dibina dan padankan dengan senarai kata ganti nama

tersebut mengikut kategori dan rumus yang diberikan untuk menukarkan kata aktif

kepada kata pasif.

1.3.7 LATIHAN PENGUKUHAN

Lengkapkan ayat-ayat di bawah ini dengan mengisikan kata ganti diri yang sesuai.

(a) _____________berharap agar rakyat menyokong segala projek kerajaan, titah Sultan Kedah.

(b) ______________mengucapkan terima kasih atas segala nasihat tuanku.

(c) Ishak suka berjenaka dan __________ sangat popular di sekolahnya.

(d) Perkhemahan _____________ di Pulau Pangkor amat menyeronokkan, kata Husin dan Salam kepada Subramaniam.

(e) __________ mesti datang ke rumah saya pada hari raya ini,kata Rohaya kepada empat orang rakannya.

(f) Ya Allah, berilah ___________ petunjuk untuk menyelesaikan masalahku ini. Pak Adam berdoa kepada Tuhan.

(g) Raja negeri itu adil dan pemurah dan ___________disayangi oleh rakyat.

(h) Eloklah___________bermalam di rumahku daripada menginap di hotel, kata Rosnah kepada Teresa.

(i) _______________hanya menyanggah sultan yang zalim. Kata Hang Jebat kepada Hang Tuah.

(j) Penduduk Kampung Indah mementingkan kebersihan dan kampung _________ berjaya menjadi kampung contoh.

1.4 KATA NAMA TANYA

1.4.1 Takrif/Definisi

Kata nama tanya digunakan untuk menanyakan manusia, binatang, benda dan tempat. Terdapat tiga jenis kata tanya iaitu,

(i) Kata ganti tanya

(ii) Kata keterangan tanya

(iii) Kata bilangan tanya

Contoh:

(a) Kata ganti tanya ialah apa, mana dan siapa.

(b) Kata keterangan tanya ialah bagaimana, bila dan mengapa.

(c) Kata bilangan tanya ialah kata berapa.

1.4.2 Kesalahan Lazim

(i) Apa nama budak itu?

(ii) Judul buku itu apakah?

(iii) Restoran baharu yang kamu katakan itu manakah?

(iv) Siapa nama kamu?

(vi) Bagaimana Ahmad sekarang?

(vii) Cikgu Salma pergi ke Kedah bilakah?

(viii) Mengapa Azhar tidak hadir ke sekolah?

(ix) Berapa orang anaknya?

1.4.3 Rumus

Panduan Penggunaan Kata Tanya

Kata Tanya

Penggunaannya

apa

Kata ganti tanya untuk menanyakan nama benda atau binatang

mana

Kata ganti tanya untuk menanyakan manusia, binatang, benda, tempat

siapa

Kata ganti tanya untuk menanyakan nama orang atau orang

bagaimana

Kata keterangan tanya untuk menanyakan cara dan keadaan

bila

Kata keterangan tanya untuk menanyakan masa.

mengapa

Kata keterangan tanya untuk menanyakan sebab

berapa

Kata bilangan tanya untuk menanyakan bilangan

Ayat contoh

(i) Apakah benda itu?

(ii) Nama binatang itu apa?

(iii) Manakah kucing kamu?

(iv) Mereka itu dari mana?

(v) Beliau itu siapa?

(vi) Siapakah guru yang mengajarkan Bahasa Melayu di sekolah ini?

(vii) Bagaimanakah Lina sekarang?

(viii) Bagaimanakah Pak Abu pergi ke Mekah?

(ix) Bilakah dia pulang?

(x) Mengapakah orang itu marah-marah?

(xi) Ini angka berapa?

(xii) Berapa orangkah anaknya?

1.4.4 LATIHAN

Kenal pasti kesalahan

(i) Apakah wanita yang baik hati itu?

(ii) Objek yang kelihatan samar-samar itu apakah?

(iii). Bagaimana Azmir tidak datang berlatih sukan semalam?

(iv) Berapa orang murid yang berminat menyertai lawatan itu?

(v) Bila abang akan pulang dari Australia?

(vi) Mengapakah kamu hendak menukar tayar kereta tanpa bicu?

(vii) Kerusi meja yang usang itu akan dihantar ke manakah?

(viii) Nama jiran baharu kamu itu apa?

(ix)Jumlah pelajar itu berapakah?

(x) Jumlah kenderaan yang didaftarkan di Selangor bulan ini mana?

Membetulkan Kesalahan

(i) Apakah wanita yang baik hati itu?

(ii) Objek yang kelihatan samar-samar itu apakah?

(iii) Bagaimana Azmir tidak datang berlatih sukan semalam?

(iv) Berapa orang murid yang berminat menyertai lawatan itu?

(v) Bila abang akan pulang dari Australia?

(vi) Mengapakah kamu hendak menukar tayar kereta tanpa bicu?

(vii) Kerusi meja yang usang itu akan dihantar ke manakah?

(viii) Nama jiran baharu kamu itu apa?

(ix) Jumlah pelajar itu berapakah?

(x) Jumlah kenderaan yang didaftarkan di Selangor bulan ini mana?

Menentukan betul atau salah

(i) Siapakah wanita yang baik hati itu? ( )

(ii) Objek yang kelihatan samar-samar itu apakah? ( )

(iii) Bagaimana Azmir tidak datang berlatih sukan semalam? ( )

(iv) Berapakah orang murid yang berminat menyertai lawatan itu? ( )

(v) Bilakah abang akan pulang dari Australia? ( )

(vi) Mengapakah kamu hendak menukar tayar kereta tanpa bicu? ( )

(vii) Kerusi meja yang usang itu akan dihantar ke manakah? ( )

(viii) Nama jiran baharu kamu itu apa? ( )

(ix) Jumlah pelajar itu berapakah? ( )

(x) Jumlah kenderaan yang didaftarkan di Selangor bulan ini berapa? ( )

1. 5. KATA GANTI NAMA TUNJUK

1.5.1 Takrif/Definisi

Kata ganti nama tunjuk ialah perkataan yang menjadi pengganti kata nama dan mendukung maksud yang menunjukkan benda atau perkara yang dirujuk itu. Kata gantinama yang menunjukkan pada perkara atau benda disebut kata ganti nama tunjuk umum, manakala yang menunjuk pada tempat disebut kata ganti nama tunjuk tempat. Terdapat dua kata ganti nama tunjuk umum iaitu ini (menunjuk pada yang dekat) dan itu (menunjuk pada yang jauh). Kata ganti nama tunjuk tempat terdiri daripada sini (menunjuk pada arah dekat), situ (arah agak jauh), sana (arah jauh)

1.5.2 Kesalahan Lazim

Kesalahan contoh:

(i) Berlari itu baik untuk kesihatan.

(ii) Rajin ini adalah sifat yang mulia.

(iii) Halim menebang itu pokok dengan kapak.

(iv) Jalan ini yang rosak dan berbahaya perlu dibaiki semula.

(v) Caranya inilah untuk menyediakan sarapan dengan segera.

(vi) Di sanalah duit-duit emas itu ditemukan, kata Encik Ramli sambil menunjukkan tempat beliau berdiri.

1.5.3 Rumus

Panduan Penggunaan Kata Ganti Tunjuk

Kata ganti Tunjuk

Penggunaannya

ini

Penanda kata nama

Sebagai subjek

Sebagai predikat

Sebagai penentu belakang

itu

Penanda kata nama

Sebagai subjek

Sebagai predikat

Sebagai penentu belakang

Panduan Penggunaan Kata Ganti Tempat

Kata ganti Tempat

Penggunaannya

sana

Digunakan bagi tempat yang dianggap jauh dan tidak kelihatan oleh orang yang bercakap.

sini

Digunakan bagi tempat yang dekat dengan orang bercakap.

situ

Digunakan bagi tempat yang agak jauh tetapi tempat tersebut masih kelihatan oleh orang yang bercakap.

Ayat contoh

(i) Buku ini ialah buku Tatabahasa Dewan edisi keempat.

(ii) Hal itu telah dilaporkan kepada guru disiplin sekolah.

(iii) Ini rumah saya.

(iv) Itu Encik Tan.

(v) Dia tinggal di rumah ini.

(vi) Bangunan itu tinggi

(vii) Pelawat-pelawat itu datang dari sana.

(viii) Letakkan kerusi itu di sini.

1.5.4 Latihan

Kenal Pasti Kesalahan

(i) Sekolah itu yang telah siap dibina akan dibuka pada tahun depan.

(ii) Ayah tidak pergi kerja ini hari kerana kurang sihat.

(iii) Motosikal itu kepunyaan Encik Ranjit berkuasa tinggi.

(iv) Perjalanan dengan motosikal dari kampung ini ke sini mengambil masa sejam.

(v) Kucing kamu ada di sini sebentar tadi, kata Puan Esah kepada anaknya sambil menudingkan jari ke satu penjuru ruang tamu.

(vi) Pak Busu bertolak dari sini pada pukul Sembilan pagi tadi dan akan tiba di perhentian bas ini sebentar lagi.

(vii) Beg ini diambil dari sini, kata Aiman kepada ibunya sambil menuding jarinya ke arah rak buku di tepi dinding.

(viii) Wakil pernah datang ke sana untuk melihat keadaan kami, kata penduduk kawasan setinggan itu kepada seorang pemberita.

Membetulkan Kesalahan

(i) Sekolah itu yang telah siap dibina akan dibuka pada tahun depan.

(ii) Ayah tidak pergi kerja ini hari kerana kurang sihat.

(iii) Motosikal itu kepunyaan Encik Ranjit berkuasa tinggi.

(iv) Perjalanan dengan motosikal dari kampung ini ke sini mengambil masa sejam.

(v) Kucing kamu ada di sini sebentar tadi, kata Puan Esah kepada anaknya sambil menudingkan jari ke satu penjuru ruang tamu.

(vi) Pak Busu bertolak dari sini pada pukul 9.00 pagi tadi dan akan tiba di perhentian bas ini sebentar lagi.

(vii) Beg ini diambil dari sini, kata Aiman kepada ibunya sambil menuding jarinya ke arah rak buku di tepi dinding.

(viii) Wakil pernah datang ke sana untuk melihat keadaan kami, kata penduduk kawasan setinggan itu kepada seorang pemberita.

Menentukan Betul atau Salah

(i) Sekolah yang telah siap dibina itu akan dibuka pada tahun depan.

(ii) Ayah tidak pergi kerja ini hari kerana kurang sihat.

(iii) Motosikal itu kepunyaan Encik Ranjit berkuasa tinggi.

(iv) Perjalanan dengan motosikal dari kampung itu ke sini mengambil masa sejam.

(v) Kucing kamu ada di sana sebentar tadi, kata Puan Esah kepada anaknya sambil menudingkan jari ke satu penjuru ruang tamu.

(vi) Pak Busu bertolak dari sini pada pukul sembilan pagi tadi dan akan tiba di perhentian bas ini sebentar lagi.

(vii) Beg ini diambil dari sini, kata Aiman kepada ibunya sambil menuding jarinya ke arah rak buku di tepi dinding.

(viii) Wakil pernah datang ke sini untuk melihat keadaan kami, kata penduduk kawasan setinggan itu kepada seorang pemberita.

1. 6 KATA GANTI NAMA TAK TENTU

1.6.1 Takrif/Definisi

Kata ganti nama tak tentu ialah perkataan yang digunakan untuk menggantikan

sesuatu yang tidak tentu (tidak pasti) atau secara umum sahaja. Kata ganti nama tak tentu boleh digunakan untuk merujuk kepada manusia, haiwan, benda, waktu, dan perkara. Contoh kata ganti nama tak tentu ialah apa-apa, mana-mana, siapa-siapa, dan bila-bila.

Panduan Menggunakan Kata Ganti Tak Tentu

KGNTT

Penggunaan

Contoh Ayat

siapa-siapa atau sesiapa

Digunakan untuk mengganti orang yang tidak tentu.

Sesiapa yang ingin bercuti, silalah mengisi borang permohonan ini.

seseorang

Digunakan untuk mengganti orang yang tidak tentu.

Beliau memerlukan seseorang untuk menjadi temannya dalam perjalanan.

sesuatu

Digunakan untuk mengganti nama benda atau hal yang tidak tentu.

Ada sesuatu yang menarik untuk dikongsi bersama dalam novel itu.

apa-apa

Digunakan untuk mengganti nama benda atau hal yang tidak tentu.

Tidak ada apa-apa dalam dompet ini.

mana-mana

Digunakan untuk mengganti nama benda atau nama tempat yang tidak tentu.

Ambillah mana-mana yang engkau suka.

masing-masing

Digunakan untuk mengganti orang yang tidak tentu.

Mereka telah masuk ke kelas masing-masing.

bila-bila

Digunakan untuk mengganti masa yang tidak tentu

Saya akan tiba di perhentian teksi bila-bila masa.

berapa-berapa

Digunakan untuk mengganti bilangan yang tidak tentu

Tidak kiralah, berapa-berapa yang diberi, kita tetap akan menerimanya.

1.6.2 Kesalahan Lazim dan Rumus

(i) Pilihlah apa-apa anak pokok yang kamu hendak.

Walaupun apa-apa merujuk nama benda atau hal yang tidak tentu seperti halnya dengan mana-mana, kita lebih cenderung menggunakan mana-mana daripada apa-apa apabila kita merujuk kepada binatang atau pokok.

(ii)Bila lagi kamu hendak berubat?

Bila ialah kata tanya dan merujuk kepada waktu. Apabila kata tanya digandakan, bila-bila juga merujuk waktu dan masa tidak khusus dan lebih luas.

Contohnya: Datanglah pada bila-bila masa ketika waktu pejabat.

(iii) Dia tidak berani untuk memberitahukan perkara itu kepada siapa pun.

Siapa ialah kata tanya. Perkataan yang sepatutnya digunakan ialah sesiapa kerana perkataan itu digunakan untuk mengganti orang yang tidak tentu.

1.6.3Latihan

Kenal pasti kesalahan.

(i) Ada mana-mana yang boleh saya bantu?

(ii) Apabila tiba di sana nanti, pilihlah mana bilik yang sesuai untuk kamu menginap.

(iii) Dia tidak mahu menyatakan berapa-berapa walaupun dipaksa.

(iv) Masakan apa untuk makan malam ini.

(v) Jangan bawa apa yang berbahaya ke sekolah.

(vi) Sila basuh mana pinggan yang kotor.

(vii) Usah pergi ke mana pada waktu malam.

(viii) Sesiapa yang berminat boleh hadir untuk ditemu duga.

(ix) Bila pun kamu boleh datang.

(x) Pada bila-bila masa sahaja tali.

Betulkan kesalahan

(i) Ada mana-mana yang boleh saya bantu?

(ii) Apabila tiba di sana nanti, pilihlah mana bilik yang sesuai untuk kamu

menginap.

(iii) Dia tidak mahu menyatakan berapa-berapa walaupun dipaksa.

(iv) Masakan apa untuk makan malam ini.

(v) Jangan bawa apa yang berbahaya ke sekolah.

(vi) Sila basuh mana pinggan yang kotor.

(vii) Usah pergi ke mana pada waktu malam.

(viii) Sesiapa yang berminat boleh hadir untuk ditemu duga.

(ix) Bila pun kamu boleh datang.

(x) Pada bila-bila masa sahaja tali.

B (20)ahagian Satu: Morfologi