AR2 BM TAHUN 4.doc

11
KERTAS 1 Lima puluh minit Tiap-tiap soalan diikuti tiga jawapan pilihan A, B, dan C atau empat jawapan pilihan A, B, C, dan D. Antaranya, ada satu jawapan saja yang betul. Pilih jawapan itu. Soalan 1 hingga Soalan 24 Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah ini dengan jawapan yang paling sesuai. 1. Tukang kebun itu menggunakan __________ untuk menyabit rumput. A gergaji C parang B cangkul D sabit Soalan 2 berdasarkan Gambar 1 Gambar 1 2. __________ itu sedang menghidangkan minuman ringan kepada para penumpang. A Jurujual C Hartawan B Pramugari D Seniman 3. Savita menerima sepucuk surat ___________ sahabat penanya. A pada C dari B dengan D daripada 4. Semasa saya tiba tidak ada _____________ pun di sini. A apa-apa C mana-mana B siapa-siapa D bila-bila 5. Puan Gan sekeluarga akan _____________ ke Paris untuk bercuti selama dua minggu.

Transcript of AR2 BM TAHUN 4.doc

KERTAS 1 Lima puluh minit

Tiap-tiap soalan diikuti tiga jawapan pilihan A, B, dan C atau empat jawapan pilihan A, B, C, dan D. Antaranya, ada satu jawapan saja yang betul. Pilih jawapan itu.

Soalan 1 hingga Soalan 24

Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah ini dengan jawapan yang paling sesuai.

1. Tukang kebun itu menggunakan __________ untuk menyabit rumput.

A gergaji C parang

B cangkul D sabit

Soalan 2 berdasarkan Gambar 1

Gambar 1

2. __________ itu sedang menghidangkan minuman ringan kepada para penumpang.

A Jurujual C Hartawan

B Pramugari D Seniman

3. Savita menerima sepucuk surat ___________ sahabat penanya.

A pada C dari

B dengan D daripada

4. Semasa saya tiba tidak ada _____________ pun di sini.

A apa-apa C mana-mana

B siapa-siapa D bila-bila

5. Puan Gan sekeluarga akan _____________ ke Paris untuk bercuti selama dua

minggu.

A terangkat C mengangkat

B berangkat D diangkat

6. Saya __________ daripada tidur apabila mendengar bunyi bising di luar.

A menjaga C terjaga

B berjaga D penjagaan

Soalan 7 berdasarkan Gambar 2

Gambar 2

7. Wanita itu _________ anak kecilnya menuju ke perhentian bas.

A mendukung C mengelek

B menjunjung D menjinjing

8. Selepas makan, Rina _______________ meja dan membasuh pinggan.

A menggilap C mengelap

B menggosok D menyapu

9. Rajesh ____________Boon Tan adalah pemain bola sepak sekolah yang handal.

A dan C namun

B atau D serta

10. Mak cik mengusahakan jualan kerepek pisang ini secara ____________, kata Mak

Cik Limah.

A rendah-rendah C kecil-kecilan

B seluas-luasnya D habis-habisan

Soalan 11 berdasarkan Gambar 3

Gambar 3

11. Banyak pohon kelapa tumbuh subur di _________ pantai.

A tepi C dalam

B atas D depan

12. _____________ harikah ayah kamu ke Melaka?

A Di mana C Apa

B Berapa D Siapa

13. Adik tidak mahu menelan ubat itu kerana sangat ______________.

A pahit C payau

B kelat D masin

14. Kereta ayah ___________ selepas terlanggar tiang elektrik itu.

A retak C pecah

B remuk D hancur

15. Cikgu Wasidah memang baik dan ________________ orangnya.

A lemah longlai C lemah lembut

B lemah semangat D lemah gemalai

Soalan 16 berdasarkan Gambar 4

Gambar 4

16. Tukang jahit itu menggunting kain dengan sebilah ______________.

A pisau C parang

B gunting D sabit

17. Rafidah membeli se_____________ payung di pasar raya Gemilang.

A kaki C pucuk

B laras D buah

18. Terdapat sebatang pokok mangga di _______________ rumahnya.

A depan C bawah

B atas D antara

19. Perlawanan hoki terpaksa dibatalkan ______________ hujan lebat.

A setelah C kerana

B apabila D sementara

Soalan 20 berdasarkan Gambar 5

Gambar 5

20. Nenek sedang mengisi sarung bantal dengan ______________.

A bebenang C dedaun

B bebola D kekabu

21. Datuk Zaki membeli lukisan yang mahal itu. ___________ hendak meletakkan di

pejabatnya.

A Dia C Beliau

B Baginda D Anda

22. Adakah ___________ bersetuju dengan cadangan saya ini? tanya Rohan kepada

kawan-kawannya.

A kalian C kami

B kita D anda

23. Usahlah ceritakan perkara ini kepada Fandi. Dia itu __________, kata Hisham

kepada Iwan.

A telinga lintah C mulut murai

B mulut tempayan D banyak mulut

24. Maria berasa ____________ apabila Nina menuduhnya mencuri buku ceritanya.

A patah hati C ada hati

B baik hati D kecil hati

Soalan 25 dan Soalan 26

Pilih kata seerti bagi kata yang bergaris.

25. Halim sudah menjelaskan yuran pada minggu lepas.

A menyudahkan C memberikan

B membayar D menamatkan

26. Ayah menggantikan tiang rumah yang sudah lapuk itu.

A lama C longgar

B usang D reput

Soalan 27

Pilih lawan kata bagi kata yang bergaris.

27. Anak kucing itu dikurung oleh adik di dalam sangkar.

A dibiarkan C disimpan

B dilepaskan D dibuang

Soalan 28

Pilih jawapan yang paling sesuai bagi soalan yang diberikan.

28. Bilakah kejadian itu berlaku, Hafiz?

A Naim telah cedera dalam kejadian itu.

B Kemalangan itu melibatkan dua orang murid sekolah kita.

C Kejadian itu berlaku kira-kira pukul 2.30 petang.

D Kejadian itu berlaku di Jalan Pahang.

Soalan 29

Pilih ayat tanya yang betul bagi jawapan yang diberikan.

29. Saya tidak setuju dengan cadangan Farid itu.

A Mengapakah anda tidak bersetuju dengan cadangan Farid ini?

B Apakah pandangan kamu terhadap cadangan Farid ini?

C Apakah cadangan yang ingin kamu kemukakan?

D Bagaimanakah cadangan ini dapat dilaksanakan?

Soalan 30

Pilih ayat yang betul.

30. A Wah, cantik anyaman ini!

B Hai, janganlah menangis lagi anakku!

C Aduh, cantik sungguh pemandangan dari bukit ini!

D Oh, malang betul nasib kanak-kanak itu!

Soalan 31 hingga Soalan 35

Baca dialog di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut.

31. Apakah yang berlaku kepada Molly?

A sakit perut C sakit kepala

B muntah-muntah D demam

32. Molly sakit perut mungkin sekali kerana...

A dia tidak makan apa-apa kecuali cendol saja

B dia tidak makan apa-apa

C dia makan cendol di luar kawasan sekolah

D dia keracunan makanan

33. Apakah maksud kata pesanan berdasarkan dialog ini?

A ingatan C amanat

B nasihat D amaran

34. Apakah nasihat yang diberi oleh kakak kepada Molly?

A Jangan makan makanan yang tidak diketahui cara penyediaannya.

B Jangan membeli makanan yang dijual di kantin.

C Jangan lupa membawa makanan ke sekolah.

D Makan makanan yang hanya disediakan oleh ibu.

35. Semua yang berikut adalah kebaikan membawa bekalan ke sekolah, kecuali...

A Kita dapat menabung wang belanja.

B Makanan yang dibekalkan terjamin kebersihannya.

C Kita dapat membelanjakan wang saku.

D Kita dapat belajar berjimat cermat.

Soalan 36 hingga Soalan 40

Baca catatan di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

36. Pada pukul berapakah mereka bertolak ke Kuala Lumpur?

A 8.00 pagi C 7.45 pagi

B 7.15 pagi D 8.00 pagi

37. Berapa orangkah yang menyertai lawatan ini?

A 42 orang C 38 orang

B 48 orang D 50 orang

38. Mereka berpeluang melihat dinasour ...

A di Muzium Negara. C di Planetarium Negara.

B di Petrosains. D di Menara Berkembar Petrosains.

39. Apakah tempat terakhir yang dilawati oleh mereka?

A Muzium Negara C Taman Tasik Perdana

B Dataran Merdeka D Planetarium Negara

40. Pilih penyataan yang tidak benar.

A Lawatan itu diadakan selama dua hari.

B Semasa melawat ke Petrosains, mereka dapat mengetahui kejadian gempa

bumi.

C Petrosains terletak di Menara Berkembar Petronas.

D Mereka makan tengah hari di Taman Tasik Perdana.

KERTAS 2 Satu jam lima belas minit

Kertas ini mempunyai tiga bahagian, iaitu Bahagian A, Bahagian B, dan Bahagian C. Anda dikehendaki menjawab ketiga-tiga bahagian. Bagi Bahagian B, anda boleh memilih sama ada menjawab Soalan 1, Soalan 2, atau Soalan 3.

Bahagian A

[Masa yang dicadangkan: 15 minit]

[10 markah]

Bina lima ayat yang lengkap tentang gambar di bawah ini.

1. ____________________________________________________________________________________________________________________________________

2. ____________________________________________________________________________________________________________________________________

3. ____________________________________________________________________________________________________________________________________

4. ____________________________________________________________________________________________________________________________________

5. ___________________________________________________________________________________________________________________________________

Bahagian B

[Masa yang dicadangkan: 40 minit]

[30 markah]

Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah ini dan tulis suatu karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 60 patah kata.

1. Sekolah anda mengadakan kegiatan secara gotong-royong.

Gambarkan suasana kegiatan tersebut.

ATAU

2. Tulis suatu karangan yang bertajuk Kebersihan Diri. Gunakan isi-isi penting

yang diberikan sebagai panduan.

ATAU

3. Sekolah anda mengadakan temasya sukan tahunan. Catat peristiwa-peristiwa yang

menarik sepanjang temasya sukan tersebut. Gunakan rangkaian kata di bawah ini

sebagai panduan.

Bahagian C

[Masa yang dicadangkan: 20 minit]

[20 markah]

Tulis beberapa nilai murni yang dapat anda peroleh daipada petikan di bawah ini. Panjangnya jawapan anda mestilah tidak kurang daripada 50 patah kata. Tulis jawapan anda dalam satu perenggan.

Molly: Aduh, sakitnya perut saya!

Kakak: Mengapa Molly?

Molly: Perut saya memulas-mulas, kakak.

Kakak: Mari kakak sapukan minyak. Nanti suruh ibu bawa ke klinik. Apa

yang kamu makan tadi, Molly?

Molly: Saya makan cendol yang dijual oleh penjaja di tepi jalan semasa

pulang dari sekolah. Lebih kurang sejam kemudian, perut saya sakit.

Kakak: Entah-entah kamu keracunan makanan. Itulah kamu, sudah beberapa

kali ibu pesan, jangan makan makanan yang tidak kita ketahui cara

penyediaannya. Mungkin cara penyediaannya tidak bersih. Biasanya

begitulah keracunan makanan berlaku.

Molly: Betul cakap kakak. Saya berasa kesal kerana tidak mendengar pesanan ibu

Kakak: Lain kali jangan ulangi kesilapan yang sama. Mulai hari kamu bawa

makanan yang disediakan oleh ibu untuk kamu makan di sekolah.

Kebersihannya terjamin dan kamu pun boleh berjimat cermat.

Molly: Betul juga kata-kata kakak.

Kakak: Sudahlah. Kakak hendak beritahu ibu agar membawa kamu ke klinik.

Sabtu, 12 Jun 2007

7.30 pagi: Berkumpul di kantin sekolah. Sebanyak 38 orang murid Tahun Tiga dan Tahun Dua dan empat orang guru turut serta lawatan ke Kuala Lumpur. Kami bertolak pada pukul 7.45 pagi.

10.30 pagi: Kami tiba di Kuala Lumpur. Kami berehat seketika di Taman KLCC. Kemudian kami melawat ke Petrosains yang terletak di Menara Berkembar Petronas. Di sini kami melawat ke beberapa bahagian. Kami berpeluang mengenali dinasour, kejadian gempa bumi, dan pembentukan petroleum melalui pameran Diorama Geomasa.

1.30 petang: Kami makan tengah hari di Taman Tasik Perdana. Seterusnya kami melawat ke Planetarium Negara dan Muzium Negara. Kami bersiar-siar di Dataran Merdeka sebelum pulang.

6.30 petang: Kami bertolak pulang selepas makan malam. Tiba pada pukul 10.00 malam. Walaupun letih, kami berasa amat seronok dan gembira.

Isi Penting

(a) Tahu cara-cara menjaga kebersihan diri.

(b) Menggunakan sabun semasa mandi

(c) Kita harus menggosok gigi tiga kali sehari.

(d) Rambut dan pakaian haruslah sentiasa kemas

menganjurkan - datang menyaksikan merasmikan kebolehan bersorak sokongan - diumumkan - juara - menyampaikah hadiah

Malik dan Jamil adik beradik. Mereka tinggal bersama dengan ibu bapa mereka. Malik amat baik hati dan ringan tulang. Namun, Jamil bersikap sebaliknya.

Setiap hari, mereka membantu ibu bapa mereka bersawah. Jamil kerap curi tulang. Pada waktu petang pula, Malik dan Jamil akan mencari kayu api di hutan. Suatu hari, ketika dalam perjalanan ke hutan untuk mencari kayu api, mereka bertembung dengan seekor harimau. Mereka ketakutan. Jamil terus memanjat sebatang pohon untuk menyelamatkan dirinya.

Malik pula tidak dapat menyelamatkan dirinya. Tetapi, dia seorang pemuda yang berani dan bijak. Malik berlawan dengan harimau itu. Dia berjaya mengalahkan harimau itu.

Jamil turun dari pokok itu. Dia berasa malu kepada abangnya. Dia meminta maaf daripada abangnya kerana bersikap mementingkan diri. Mulai hari itu, Jamil bertekad mengubah sikapnya.