Aplikasi Android Pjk

18
1.0 Pendahuluan Sejak kebelakangan ini, kita telah melihat perkembangan teknologi telefon pintar dan tablet berkembang dengan pesat. Terdapat banyak aplikasi Android dan Apple (iOS)yang berbentuk pendidikan telah dibangunkan dan ada diantaranya mungkin sesuai digunakan untuk Pengajaran dan Pembelajaran Berbentukan Komputer (PPBK). Malaysia merupakan sebuah Negara yang sedang pesat membangun. Ini bersesuaian dengan hasrat pemimpin negara yang ingin menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju pada tahun 2020. Bagi merealisasikan matlamat tersebut, adalah sangat penting meningkatkan taraf pendidikan rakyat Malaysia agar lebih ramai penduduk Malaysia mempunyai pencapaian yang tinggi dan cemerlang dalam bidang pendidikan. Oleh kerana perkembangan teknologi maklumat kian meningkat, maka pengeluar perisian komputer telah mengambil kesempatan dalam menghasilkan perisian yang canggih untuk kemudahan pelbagai sektor. Strategi meggunakan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran telah banyak digunakan dalam institusi pendidikan. Penggunaan PPBK dalam pengajaran dan pembelajaran telah memberikan satu pengalaman yang baik, bermotivasi dan menyeronokkan, di samping dapat menggantikan kaedah pengajaran tradisional.

description

Aplikasi Android Pjk

Transcript of Aplikasi Android Pjk

Page 1: Aplikasi Android Pjk

1.0 Pendahuluan

Sejak kebelakangan ini, kita telah melihat perkembangan teknologi telefon pintar dan

tablet berkembang dengan pesat. Terdapat banyak aplikasi Android dan Apple (iOS)yang

berbentuk pendidikan telah dibangunkan dan ada diantaranya mungkin sesuai digunakan untuk

Pengajaran dan Pembelajaran Berbentukan Komputer (PPBK).

Malaysia merupakan sebuah Negara yang sedang pesat membangun. Ini bersesuaian

dengan hasrat pemimpin negara yang ingin menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju pada

tahun 2020. Bagi merealisasikan matlamat tersebut, adalah sangat penting meningkatkan taraf

pendidikan rakyat Malaysia agar lebih ramai penduduk Malaysia mempunyai pencapaian yang

tinggi dan cemerlang dalam bidang pendidikan.

Oleh kerana perkembangan teknologi maklumat kian meningkat, maka pengeluar perisian

komputer telah mengambil kesempatan dalam menghasilkan perisian yang canggih untuk

kemudahan pelbagai sektor.

Strategi meggunakan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran telah banyak

digunakan dalam institusi pendidikan. Penggunaan PPBK dalam pengajaran dan pembelajaran

telah memberikan satu pengalaman yang baik, bermotivasi dan menyeronokkan, di samping

dapat menggantikan kaedah pengajaran tradisional.

1.1 Pengajaran dan Pembelajaran Berbentukan Komputer

Apakah itu Pengajaran dan Pembelajaran Berbentukan Komputer (PPBK)? Pembelajaran

dan Pengajaran Berbentukan Komputer adalah merupakan penggunaan komputer dalam

membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Di Amerika Syarikat ia dikenali sebagai

Computer Assisted Instuction (CAI) manakala di United Kingdom pula dikenali sebagai

Computer Aided Learning (CAL). Walau bagaimanapun PBK adalah merupakan satu sistem

yang melibatkan interaksi di antara komputer dengan pelajar dengan guru dengan perisian

komputer.1

1 Goh Kek Seng, 1990. Aktiviti Mengenal Komputer, Kuala Lumpur : Federal Publication

Page 2: Aplikasi Android Pjk

Menurut Jerry W. Wills dan rakan-rakannya, PBK ialah keadaan di mana komputer itu

sendiri mengambil sebahagian daripada tanggungjawab untuk mengajar murid-murid, dan

PBKjuga merupakan satu kategori umum yang mengandungi tiga bentuk pengajaran iaitu latih

tubi, tutorial dan simulasi, dan setiapnya mengandungi ciri-ciri dan format yang unik.2

1.2 Perisian Komputer

Perisian komputer menjadikan hardware yang berguna. Arahan dalam program

membolehkan pengguna bermain permainan, menaip cerita, mencipta kreativiti dan membuat

muzik yang terdapat pelbagai perisian untuk merangsang perkembangan kanak-kanak:

1. perisian berunsur pendidikan (educational software)

Melalui perisian ini dapat memberi peluang kepada kanak-kanak untuk

memperolehi pengetahuan dan mengukuhkan pengetahuannya melalui ualangan

dan latihan.

Perisian yang bercirikan tutorial memberi pemahaman mendalam serta

penguasaan maklumat dalam satu bidang atau mata pelajaran.

Perisian seperti ini dapat memenuhi perkembangan yang hendak dicapai daripada semua

peringkat umur bermula daripada kanak-kanak prasekolah sehinggalah ke peringkat pengajian

tinggi. Terdapat beberapa contoh perisian yang sesuai dengan kanak-kanak peringkat prasekolah

bagi meningkatkan pemahaman terhadap matematik antaranya adalah Let’s learn shape and color

with prof. Rom: Hello Kitty, Fisher price ready to preschool, Math Studio Station dan lain-lain

lagi.3

2. Perisian berbentuk rujukan, seperti Encarta yang memberikan maklumat mengikut

keperluan dan minat membaca kanak-kanak.

3. Perisian untuk menulis, melukis dan membentuk bunyi ataupun muzikboleh digunakan

kanak-kanak untuk mencatat idea dan melengkapkan hasil kerja mereka.

2 Goh Kek Seng, 1990. Aktiviti Mengenal Komputer, Kuala Lumpur : Federal Publication3 http://notapk.blogspot.com/2013_02_01_archive.html

Page 3: Aplikasi Android Pjk

4. Perisian berbentuk permainan untuk pilihan kanak-kanak:

Permainan bergerak atau action games seperti harry potter dab Her’c Adventure

berasaskan watak yang digemari oleh kanak-kanak digunakan bagi menggalakkan

penglibatan kanak-kanak dalam aktiviti komputer.

Permainan Arcade seperti permainan pin ball ataupun brick yang dapat

meningkatkan kawalan motor iaitu koordinasi mata dengan jari ketika

menggunakan joystick, tetikus, ataupun papan kekunci.

Permainan simulasi seperti Sim City, Sim Iland, theme Hospital, Black and white

yang menggambarkan keadaan apabila terjadi sesuatu, misalnya apa akan berlaku

sekiranya terdapat terlalu ramai penduduk dalam satu bandar dalam permainan

Sim City ataupun kesan buruk daripada kelakuan ‘Jahat’ dalam Black and White.

Permainan adventure seperti Dr Brain dan King’s Quest yang dapat melatih

kebolehan kanak-kanak membayang dan menyelesaikan sesuatu masalah.

Permainan puzzle ataupun Board seperti permainan kad ataupun catur yang dapat

digunakan bagi meningkatkan ingatan kanak-kanak melalui pencarian pasangan

kad.

Permainan berperanan, RPG atau role paly games seperti Baldur’s Gate memberi

kanak-kanak peluang untuk membayangkan fikiran dan tindak balas orang lain.

Permainan ini dapat mengembangkan perspektif dan nilai kanak-kanak dengan

membezakan antara pandangan sendiri dengan pandangan orang lain dan dapat

membezakan sesuatu tingkah laku yang membawa kepada kesan yang baik atau

jahat.

Permainan strategi seperti Age of Wonders, Warcraft dapat digunakan untuk

meningkatkan kemahiran berfikir, merancang dan membuat keputusan.4

4 http://notapk.blogspot.com/2013_02_01_archive.html

Page 4: Aplikasi Android Pjk

1.3 Penggunaan Komputer di Peringkat Awal Kanak-kanak

Mengikut sumber yang diperolehi daripada Little Vanilla Kids, kanak-kanak boleh

didedahkan kepada komputer sejak daripada mereka kecil lagi. Hal ini terdapat bukti

penyelidikan yang menunjukkan kanak-kanak berumur dua tahun boleh didedahkan kepada

komputer (Rohani, Sin, Cheah & Rosazizi, 2003, Webb dan Rowe, 1995). Menurut Dodge dan

Colker (1988), penggunaan Komputer di kalangan kanak-kanak berkembang dalam mengikut

peringkat:

Permainan Berfungsi

Permainan Sebab-musabab

Permainan Berperaturan

Pada peringkat permainan berfungsi, kanak-kanak memerlukan banyak bantuan orang

dewasa ketika menggunakan komputer. Pada ketika ini, kanak-kanak akan meneroka, menguji

dan mengenal ciri-ciri yang terdapat pada komputer. Ketika berdepan dengan komputer mereka

akan tertarik dengan apa yang berlaku apabila mereka membuat sesuatu pada komputer tersebut.

Mereka akan berpuas hati dengan tindak balas memerhati apa yang berlaku sekiranya bahagian

daripada komputer disentuh. Pada peringkat ini juga kanak-kanak boleh diajar berkenaan;

bahagian komputer serta cara menggunakan komputer. Selain daripada itu, mereka juga

hendaklah diajar tentang cara menggunakan komputer dengan betul dan selamat.5 Mereka boleh

diajar ;

Bersabar menunggu ketika membuka komputer, sehingga komputer sedia untuk

digunakan.

Cara memegang CD

Cara menyimpan CD supaya tidak rosak

Pada peringkat permainan sebab-musabab, kanak-kanak semakin kreatif dan banyak

berfikir ketika menggunakan komputer. Contohnya apabila menghidupkan komputer, komputer

akan mula dengan mengeluarkan pelbagai bunyi dan lampu, dan apabila mereka menkan papan

kekunci komputer ataupun klik tetikus, sesuatu akan terpapar pada skrin monitor. Pada peringkat

ini mereka didedahkan kepada perisian yang dapat membantu mereka mengoperasi program.6

Manakala pada peringkat permainan peraturan, kanak-kanak sudah mahir mengawal

fungsi bahagian komputer. Mereka juga dapat mengikut arahan, tindak balas dan menyesuaikan 5 http://notapk.blogspot.com/2013_02_01_archive.html6 http://notapk.blogspot.com/2013_02_01_archive.html

Page 5: Aplikasi Android Pjk

penggunaan komputer mengikut keperluan perisian. Pada peringkat ini, mereka dapat

menggunakan komputer sebagai alat permainan ataupun sebagai sumber maklumat.7

1.4 Kekuatan PPBK

Kekuatan perisian ini dapat dilihat menerusi dua aspek iaitu isi dan aspek teknikal seperti

navigasi, ciri-ciri penyimpanan rekod, persembahan dan kualiti. Dari segi isi kandungan merujuk

kepada ketepatan isi kandungannya adalh tidak diragukan kerana is berdasarkan sukatan

pelajaran yang disediakan mengikuti pembelajaran di sekolah. Contohnya bahan-bahan di dalam

e-tuisyen dan bank soalan disediakan oleh sekumpulan guru jurulatih utama dan guru pakar

dalam bidang masing-masing dan semua bahan yang disediakan mengikut format dan sukatan

pelajaran terkini yang digariskan oelh bahagian Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Manakala untuk bahan-bahan P&P Bestari pula disediakan oleh syarikat Telekom Smart Scholl

Sdn. Bhd. Syarikat pemaju landungan kursus yang dilantik oleh Kementerian Pelajaran

Malaysia untuk keperluan Sekolah Bestari di seluruh negara.

1.3 Apa itu Android?

Pada ketika ini, telah banyak aplikasi-aplikasi android yang terdapat pada Google Play.

Gadget android mempunyai banyak manfaat atau multifungsi.

Android adalah sistem operasi untuk peranti bergerak seperti telefon selular, komputer

tablet dan notebook. Android dibangunkan oleh Google berdasarkan sistem perisian Linux dan

GNU.8

Android asalnya dibangunkan oleh Android Inc.(firma yang kemudiannya telah dibeli oleh

Google). Kemudian untuk mengembangkan Android, dibentuklah Open Handset Alliance,

Konsortium daripada 34 syarikat telekomunikasi, termasuk Google, HTC, Intel, Motorola,

Qualcomm, T-Mobile dan Nvidia.9

Android mempunyai komuniti yang besar dalam membangunkan serta menulis aplikasi untuk

pengembangan fungsi peralatan.telah dianggarkan hampir 70,000 aplikasi untuk android boleh

7 http://notapk.blogspot.com/2013_02_01_archive.html8 http://www.taufiksm.com/web/index.php/2011/07/27/mari-mengenali-apa itu-android/ 9 http://www.taufiksm.com/web/index.php/2011/07/27/mari-mengenali-apa itu-android/

Page 6: Aplikasi Android Pjk

didapati, menjadikannya sasaran pengembangan peralatan kedua paling popular untuk peralatan

mobile.10

1.4 Aplikasi Android- Kids Numbers and Math

Matematik mungkin menjadi salah satu subjek pelajaran yang menyeramkan bagi kanak-

kanak kerana ia mungkin salah satu cara pembelajarannya yang kurang menyenangkan, hal ini

mungkin membawa kesan kepada mereka sehingga ke peringkat yang tinggi.

Kids Numbers and Math adalah merupakan salah satu aplikasi pendidikan yang amat

mudah, ia dicipta khusus buat kanak-kanak agar mereka lebih mudah mempelajari matematik.

Contohnya pengenalan angka, penjumlahan, pengurangan, pemilihan nilai terbesar dan terkecil,

dan beberapa operasi dasar matematik.

Kemunculan aplikasi ini cukup relevan dengan target penggunanya, iaitu kanak-kanak.

Penyajian angka-angka dengan dekorasi belon, awan dan pelangi tentu disukai oleh kanak-

kanak. Cara penggunaannya juga mudah dengan fungsi tombol-tombol yang menarik.

10 http://www.taufiksm.com/web/index.php/2011/07/27/mari-mengenali-apa itu-android/

Page 7: Aplikasi Android Pjk

Caption’ name=’APP_NAME’theme=’light’lang=’en’]

Antara material yang terdapat dalam Kids Numbers and Math adalah:

Pengenalan angka

Penjumlahan dan pengurangan

Pemilihan angka besar dan kecil

Menghitung jumlah objek

Memadankan angka.

Selain daripada itu, terdapatnya gambaran menarik dari aplikasi tersebut, iatitu pengguna

boleh menggoyangkan telefon bimbit ke kiri dan ke kanan untuk mengubah latar belakang,

contohnya ketika memilih angka terbesar atau terkecil awan dan pelanginya akan bergesel.

Aplikasi seperti ini dapat menarik perhatian kanak-kanak dan kanak-kanak secara tidak langsung

dapat mempelajari matematik dengan mudah.11

11 http://www.aplikanologi.com/edukasi/kids-numbers-and -math-belajar-matematika-lebih-mudah/

Page 8: Aplikasi Android Pjk

Borang

Penilaian Perisian

Tajuk Perisian :………………………………………..Matapelajaran :………………………………………..Penonton Sasaran :……………………………………

Bahagian A : Keperluan Asas (Spesifikasi)

Bil Kriteria Ya Tidak1 Bolehkah dijalankan dalam sistem

Operasi berikut

a) MS Windows 95

b) MS Windows 98

c) Windows 2000

d) Linux

2 Perisian boleh beroperasi dalam

a) Konfigurasi Intel Pentium 75 Mhz 16

MB RAM

b) Menggunakan aplikasi android

Bahagian B

Arahan : Pilih satu angka dan tulis dalam petak skala yang disediakan sama ada anda

Sangat setuju - 5

Setuju - 4

Kurang setuju -3

Tidak setuju -2

Sangat Tidak Setuju -1

Bil Kriteria Skala

(1/2/3/4/5)

Ulasan

(Jika ada)

1 Struktur Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Perisian

a) Mencapai objektif yang disarankan

b) Sesuai dengan tahap pelajar

c) Aplikasi ini sangat berguna kepada pelajar

d) Membantu dalam peningkatan

1 2 3 4 5

1 2 3 4 5

1 2 3 4 5

1 2 3 4 5

1 2 3 4 5

1 2 3 4 5

Page 9: Aplikasi Android Pjk

Pengajaran dan Pembelajara

e) Penggunaan bahasa yang mudah, ringkas dan padat

f) Mengikut tatatingkat kesukaran

g) Sesuai dengan isi kandungan/kemahiran

h) Mengandungi teknik dan strategi yang berkesan

1 2 3 4 5

1 2 3 4 5

2 Interaktif dan Mudah Diguna

a) Mempunyai arahan yang jelas dan mudah difahami

b) Menyediakan butang bantuan yang sangat berguna

c) Bebas mencari maklumat yang luas dan menarik

d) Terdapat panduan pengguna

1 2 3 4 5

1 2 3 4 5

1 2 3 4 5

1 2 3 4 5

Bil Kriteria Skala

(1/2/3/4/5)

Ulasan

(Jika ada)

3 Paparan Teks

a) Saiz teks

b) Jenis font mudah dibaca

c) Warna teks

d) Teks boleh disalin dan disunting semula menggunakan aplikasi pemprosesan perkataan

1 2 3 4 5

1 2 3 4 5

1 2 3 4 5

1 2 3 4 5

4 Reka Bentuk Pengajaran

a) Menyediakan latihan dan kawalan

b) Menyediakan maklum balas

c) Menyediakan hala tuju maklumat

1 2 3 4 5

1 2 3 4 5

1 2 3 4 5

5 Reka Bentuk Skrin

a) Paparan visual teks dan grafik yang baik

b) Mengekalkan pertalian dengan menggunakan hotspots-> dan butang hiperteks

c) Dapat memfokus perhatian dengan penggunaan pelbagai kesan transisi dan bunyi

1 2 3 4 5

1 2 3 4 5

1 2 3 4 5

1 2 3 4 5

1 2 3 4 5

1 2 3 4 5

Page 10: Aplikasi Android Pjk

d) Dapat membangunkan dan mengekalkan minat

e) Navigasi dikawal oleh menu dengan baik

f) Ikon navigasi sentiasa berada di skrin/paparan termasuk ikon keluar

Bil Kriteria Skala

(1/2/3/4/5)

Ulasan

(Jika ada)

6 Kandungan Perisian

a) Memenuhi kehendak sukatan pelajaran

b) Memberangsangkan KBKK dalam aktiviti

c) Menerapkan nilai murni dalam KBSM

1 2 3 4 5

1 2 3 4 5

1 2 3 4 5

7 Bahasa

a) Sebutan mengikut sebutan baku yang betul

b) Laras bahasa yang betul

c) Ejaan yang betul

d) Istilah yang betul

e) Tatabahasa yang betul

1 2 3 4 5

1 2 3 4 5

1 2 3 4 5

1 2 3 4 5

1 2 3 4 5

Jumlah

Ulasan / Pandangan :

_____________________________________

_____________________________________

_____________________________________

_____________________________________

Tandatangan :

Nama :

No. Kad Pengenalan :

Tarikh :

Disediakan oleh :

Page 11: Aplikasi Android Pjk

Tajuk Perkara : Aplikasi Android Yang Sesuai Untuk Digunakan Sebagai Satu Bahan PPBK Di Dalam Kelas

Oleh : Pei Chen

Penerima Laporan :……………………………………… Tarikh :…………………………….

Penulis Laporan : Pei Chen

Matlamat : Matlamat kajian ini adalah pengkaji ingin melihat sejauh mana keberkesanan dan kesesuaian aplikasi Android dalam Pengajaran dan Pembelajaran Berbentukan Komputer di dalam kelas. Kajian ini dijalankan berdasarkan kepada objektif-objektif berikut :

a) Untuk mengenalpasti peranan teknologi maklumat dalam bidang pendidikan

b) Untuk mengenalpasti kesesuaian applikasi Android dalam pengajaran dan pembelajaran Berbentukan Komputer di dalam kelas.

c) Untuk melihat keberkesanan penggunaan aplikasi Android dalam pendidikan di kalangan pelajar.

Golongan sasaran penyelidikan ini adalah para guru yang berkaitan untuk mendapatkan maklumbalas daripada mereka mengenai penyelidikan ini dan pelajar sekolah.

Kaedah Penyelidikan : Kaedah penyelidikan yang digunakan adalah :

a) Pemerhatian

b) Borang Sumatif Penilaian daripada guru-guru yang terlibat

Dapatan : Hasil dapatan daripada penyelidikan tersebut, saya dapati penggunaan aplikasi android adalah lebih mudah dan mampu menarik minat kanak-kanak dalam mempelajari matematik dengan mudah. Hal ini kerana dalam aplikasi tersebut disertakan dengan pelbagai visual yang membuatkan kanak-kanak suka untuk melihat visual yang dipaparkan. Kanak-kanak memang suka akan sesuatu yang baharu dan menarik, contohnya penggunaan tablet. Aplikasi android yang terdapat dalam tablet menarik minat kanak-kanak apabila ia boleh digoyangkan, dipegang dengan mudah dan boleh di bawa ke mana-mana sahaja.

Penutup : Secara kesimpulannya , walaupun kajian ini terdapat banyak kekurangan seperti sukar untuk mendapatkan data-data terperinci mengenai aplikasi dan kesukaran untuk mendapatkan maklum balas daripada pihak-pihak yang berkaitan, namun usaha dalam membuat penyelidikan ini dapat dilakukan.

Cadangan : Hasil daripada penyelidikan yang dijalankan, saya dapati terdapat kesan yang positif dari segi amalan pengajaran guru dan amalan pembelajaran

Page 12: Aplikasi Android Pjk

kanak-kanak prasekolah dan sekolah rendah. Saya mencadangkan untuk mengguna pakai teknik permainan ini untuk mengajar kemahiran menggunakan wang dalam subjek matematik bagi mempertingkatkan lagi pengenalan dan pengetahuan tentang nilai wang kepada kanak-kanak dari peringkat awal lagi. Semoga hasil penyelidikan saya ini dapat dimanfaaatkan dan menjadi proses Pengajaran dan Pembelajaran Berbentukan Komputer lebih menarik, menyeronokkan dan memberi kesan yang lebih baik terhadap pembelajaran kanak-kanak di peringkat awal.

Page 13: Aplikasi Android Pjk