Antropometri1

21
1.0 PENGENALAN Pengukuran dari aspek komposisi lemak badan merupakan suatu proses penilaian. Di dalam proses mengukur komposisi lemak badan terdapat beberapa elemen penting yang menjadikan proses ini lebih tinggi kesahannya dari segi keobjektifan dan kebolehpercayaan. Peralatan serta prosedur juga memainkan peranan yang penting bagi mendapatkan data. Kajian saintifik mengenai komposisi lemak badan merupakan salah satu cabang ilmu yang dipanggil “biometrik”. Kajian yang diasaskan oleh Sir Francis Galton dan Kar Pearson yang kemudiannya dimajukan pula oleh Fisher dari England ini merangkumi pengukuran antropometri somatotaip dan pengiraan peratusan lemak badan. Penyelidik-penyelidik biometrik menggunakan pelbagai kaedah khasnya dalam bidang statistik, nisbah, peratusan, purata, kekerapan dan korelasi dalam menerangkan secara kuantitatif mengenai perbezaan organisma hasil dari faktor 1

Transcript of Antropometri1

Page 1: Antropometri1

1.0 PENGENALAN

Pengukuran dari aspek komposisi lemak badan merupakan suatu proses

penilaian. Di dalam proses mengukur komposisi lemak badan terdapat beberapa

elemen penting yang menjadikan proses ini lebih tinggi kesahannya dari segi

keobjektifan dan kebolehpercayaan. Peralatan serta prosedur juga memainkan

peranan yang penting bagi mendapatkan data.

Kajian saintifik mengenai komposisi lemak badan merupakan salah satu

cabang ilmu yang dipanggil “biometrik”. Kajian yang diasaskan oleh Sir Francis

Galton dan Kar Pearson yang kemudiannya dimajukan pula oleh Fisher dari

England ini merangkumi pengukuran antropometri somatotaip dan pengiraan

peratusan lemak badan.

Penyelidik-penyelidik biometrik menggunakan pelbagai kaedah khasnya

dalam bidang statistik, nisbah, peratusan, purata, kekerapan dan korelasi dalam

menerangkan secara kuantitatif mengenai perbezaan organisma hasil dari faktor

persekitaran dan baka. Kajian ini membawa kepada pengetahuan yang

mendalam tentang variasi pertumbuhan manusia.

Satu lagi istilah berkaitan tubuh badan manusia disebut “antropometri”

yang bermaksud pengukuran (metri) dan manusia (antro) di dalam bahasa

Yunani. Menurut Barrow & McGee, (1989), antropometri merupakan satu kaedah

1

Page 2: Antropometri1

pengukuran terhadap tubuh badan manusia di mana penilaian kepada

kecergasan fizikal diukur dari simetri tubuh badan manusia itu sendiri.

Menurut Clarke (1976), pola bentuk badan adalah signifikan kepada

pemahaman individu secara fizikal, mental dan emosi. Di dalam bidang sukan,

komposisi badan ataupun struktur tubuh badan merupakan satu aspek yang

penting kerana pengetahuan yang mendalam di dalam bidang ini dapat

membantu di dalam mengenal pasti jenis – jenis latihan, norma – norma ujian

dan prestasi seseorang.

2

Page 3: Antropometri1

2.0 SEJARAH DAN PERKEMBANGAN

Suatu bentuk pengukuran bahagian badan manusia yang tertua yang juga

dikenali sebagai “antropometri” dipercayai telah dimulakan di Mesir (Egypt) dan

Greece (Johnson & Nelson 1986). Orang – orang Mesir pada ketika itu dikatakan

menggunakan kaedah ini bagi mendapatkan satu bahagian atau komponen

badan yang secara umumnya boleh digunakan untuk mengukur seluruh anggota

badan. Mereka menggunakan jari hantu sebagai alat pengukur umum.

Contohnya, jarak diantara permukaan lantai ke lutut ialah 5 jari hantu dan satu

jangkauan lengan panjangnya 8 jari hantu. Orang – orang Greek mempraktikkan

antropometri dalam kajian mereka tentang perkadaran atau nisbah tubuh badan

sementra golongan senilukis menggunakan kaedah ini untuk mengkaji

kecantikan dan estitika tubuh badan.

Dalam tahun 1861, Edward Hitchcock, (dikenali sebagai Bapa

Pengukuran dalam Pendidikan Jasmani) yang bertugas di Amherst mengambil

inisiatif untuk membuat pengukuran terhadap semua pelajar. Matlamat

pengukurannya adalah untuk mendapatkan data yang boleh digunakan untuk

mendifinisikan perkadaran fizikal yang ideal untuk manusia. Pengukurannya

meliputi ketinggian, berat, umur, jangkauan, lilitan, kapasiti vital dan ukuran

kekuatan terpilih.

3

Page 4: Antropometri1

Pada tahun 1878, Dudley Allen Sargent telah ditugaskan untuk meneliti

dan mengawasi kesihatan pelajar di Universiti Havard. Semasa berkhidmat di

sini, beliau telah menghasilkan lebih 40 jenis pengukuran antropometri yang

berlainan yang digunakan untuk menyediakan program senaman untuk setiap

pelajar. Sistem beliau ini telah diadaptasi dan digunakan di sekolah- sekolah,

kolej – kolej serta YMCA di seluruh Amerika Syrikat.

Manakala Jackson dan Pollock yang menjalankan kajian pada tahun 1977

hingga 1980 pula telah menghasilkan nomogram. Kaedah ini melibatkan

pengukuran dan pengiraan dari aspek umur, nilai dan jumlah tiga lipatan kulit

lelaki dan wanita. Penggunaan kaedah ini dikatakan lebih mudah kerana tidak

melibatkan pengiraan yang rumit.

4

Page 5: Antropometri1

3.0 PERKAITAN KOMPOSISI LEMAK BADAN DENGAN KESIHATAN

Komposisi lemak di dalam tubuh badan manusia merujuk kepada lemak,

tisu lemak ataupun tisu adipoa yang terletak di bawah kulit hasil daripada aktiviti

metabolisme sel di dalam sistem tubuh badan manusia. Komposisi lemak badan

yang berlebihan telah diakui melalui kajian, boleh menyebabkan penyakit

berkaitan arteri karonari, tekanan darah tinggi, strok, kencing manis, peningkatan

risiko kanser, osteoarthritis, masalah sendi, profil lipid darah yang abnormal dan

masalah haid (National Institute of Health, 1995).

Apabila tubuh badan manusia bertambah dari segi komposisi lemak, tisu

adiposa akan berkumpul pada sesetengah kawasan. Para penyelidik banyak

melakukan kajian bagaimana serakan lemak badan (body fat distribution)

ataupun paten lemak (fat pattering) dan kaitannya dengan kecergasan fizikal

manusia. Walaupun kajian mengenai komposisi lemak yang berlebihan seringkali

dikaitkan dengan masalah kesihtan dan kecergasan, komposisi lemak yang

terlalu kurang juga menyebabkan masalah yang sama.

Kehadiran lemak di dalam sel yang dikenali sebagai fospolipid

(phospholipid) adalah penting bagi pergerakan sel manakala triglycerid yang

terdapat pada tisu adiposa menyediakan tenaga, membantu dari segi regulasi

haba dan menyimpan bahan metobolik (asid lemak). Lipid juga terlibat di dalam

pengangkutan serta penyimpanan lelemak hancur vitamin A, D, E dan K (fat

5

Page 6: Antropometri1

soluble vitamins). Ketidaksuburan, tekanan, regulasi haba yang tidak seimbang

dan kematian adalah berkaitan kekurangan dan kehilangan lemak di dalam

badan (Sizer & Whitney, 1994) dalam Health Fitness Instructor”s Handbook.

6

Page 7: Antropometri1

4.0 KAJIAN – KAJIAN LAMPAU

Piscopo ( 1962 ) dalam Practical Measurement and Evaluation in Physical

Education oleh Johnson And Nelson ( 1992 ) telah membentuk satu norma untuk

komposisi lemak badan dan membanding ukuran lipatan kulit dengan jenis

pengukuran yang lain ke atas 647 orang remaja lelaki yang berbangsa Itali,

Yahudi dan Negro. Antara hasil – hasil kajiannya ialah :-

i. Didapati bahawa kumpulan Yahudi mempunyai ukuran yang

tertinggi bagi jenis pengukuran lipatan kulit dan pengukuran girth di

bahagian lengan tangan, paha dan garis pusat bi-illiac, kemudian

diikuti oleh kumpulan Itali dan Negro.

ii. Ukuran girth pada paha didapati lebih kurang gandaan kepada

ukuran girth pada lengan tangan bagi ketiga –tiga kumpulan.

iii. Korelasi adalah tinggi diantara lokasi – lokasi lipatan kulit dalam

ketiga – ketiga kumpulan.

iv. Korelasi yang tinggi juga didapati di antara ukuran lipatan kulit

dengan ketinggian badan.

7

Page 8: Antropometri1

Wilmore dan Behnke ( 1969 ) dalam Measurement and Evaluation for

Physical Educators oleh Kirkendall, Gruber dan Johnson ( 1987 ) telah

menghasilkan beberapa equations untuk menganggar tisu badan tanpa lemak

dan kepadatan badan yang menggunakan pengukuran antropometrik seperti

ketinggian, keberatan, ukuran garis pusat dan ukuran lilitan pada bahagian tubuh

yang tertentu serta pengukuran lipatan kulit.

Krzywici (1974) dan rakan – rakan dalam Practical Measurement and

Evaluation in Physical Education oleh Johnson and Nelson ( 1992 ) telah

membanding tiga teknik yang digunakan untuk menganggarkan lemak badan

dan air telah dianggar melalui teknik pindahan air, anggaran potasium dan teknik

deuterim dan teknik deuterium oxide ingestion. Anggaran yang dibuat melalui

ketiga – tiga teknik itu untuk menunjukkan perbezaan yang ketara.

Welman dan Latch ( 1975 ) dalam Practical Measurement and Evaluation

in Physical Education oleh Johnson and Nelson ( 1992 ) telah mengemukakan

justifikasi teori bagi penggunaan ukuran lilitan badan untuk menganggar jumlah

isipadu badan dan kepadatan badan. Mereka membuat kesimpulan bahawa

jumlah isipadu badan dapat menunjukkan anggaran yang tepat dengan jenis

ukuran lilitan yang sesuai. Selain itu, equation yang digunakan itu tidak

menonjolkan populasi spesifik apabila digunakan untuk mengira peratusan lemak

badan.

8

Page 9: Antropometri1

Namun Pullock ( 1977 ) dalam Practical Measurement and Evaluation in

Physical Education oleh Johnson and Nelson ( 1992 ) telah dapat mengesan

kesilapan dalam anggaran sistematik apabila equation bagi kepadatan badan,

tisu badan tanpa lemak, dan jumlah tisu badan diguna ke atas sample yang

berbeza. Mereka membuat kesimpulan bahawa semua equation itu termasuklah

jumlah isipadu badan adalah saintifik kepada populasi yang diukur. Mereka juga

berpendapat apabila equation bagi kepadatan badan, tisu badan tanpa lemak

dan jumlah isipadu badan dipindah alih kepada peratusan lemak badan, semua

equation tersebut adalah agak tepat.

Montoye ( 1978 ) dalam Measurement and Evaluation for Physical

Educators oleh Kirkendall, Gruber dan Johnson ( 1987 ) menyatakan bahawa

pengukuran lipatan kulit pada beberapa lokasi badan adalah tinggi korelasinya

( 74 hingga 93 ). Selain itu, jumlah bagi empat lokasi lipatan kulit ( seperti triceps,

subscapula, abdominal dan crest of iliac ) mempunyai kolerasi 0.90 dengan

jumlah dua lokasi lipatan kulit ( seperti triceps dan subscapula ). Oleh yang

demikian, tiada maklumat tambahan dapat diperolehi jika membuat pengukuran

lipatan kulit yang melebihi tiga lokasi.

Kajian yang dilakukan oleh Lohman dan Pollack ( 1981 ) dalam

Measurement by the Physical Educator oleh Miller ( 1998 ) mendapati bahawa

kaliper yang kurang mahal mungkin adalah sesuai untuk mass testing setting

sekiranya juru pengukur adalah terlatih. Perbezaan skor antara penguji yang

9

Page 10: Antropometri1

berpengalaman dan kurang berpengalaman kurang berlaku apabila kaliper besi

yang mahal digunakan. Namun mereka juga mendapati bahawa apabila penguji

yang kurang berpengalaman itu dilatih, skor yang sama diperolehi walaupun

menggunakan kaliper plastik yang mempunyai spring dan kaliper yang

mempunyai tension yang selaras tanpa dipengaruhi oleh ketebalan lipatan kulit.

Wilmore ( 1983 ) dalam Measurement and Evaluation for Physical

Educators oleh Kirkendall, Gruber dan Johson ( 1987 ) berpendapat bahawa

untuk populasi yang berada pada umur 8 hingga 12 tahun dan golongan senior,

penggunaan equation secara anggaran berkecenderungan menghasilkan

anggaran komposisi lemak yang terlampau apabila menggunakan teknik

densiometrik. Kecenderungan ini berlaku kerana kandungan mineral dalam

tulang adalah kurang padat bagi golongan muda disebabkan belum mencapai

pertumbuhan yang sempurna. Manakala bagi golongan yang lebih senior

kandungan mineral berkurangan disebabkan oleh perubahan hormonal yang

berlaku pada usia yang semakin tinggi. Oleh itu berat badan mereka dalam air

adalah lebih ringan tetapi bukan disebabkan penambahan lemak badan.

Satu kajian dengan menggunakan teknik bioelectrical impedance (BIA)

telah dilakukan oleh Lukaski, Johnson, Bolonchuk dan Lykken ( 1985 ) ke atas

37 orang lelaki dalam lingkungan umur 28.8 ± 7.1 yr untuk menganggar

komposisi badan mereka. Koefisyen korelasi bagi uji ulang uji adalah 0.99 bagi

pengukuran R (resistive impedance) yang tunggal dan koefisyen

10

Page 11: Antropometri1

kebolehpercayaan bagi pengukuran R yang tunggal selepas 5 hari adalah 0.99.

Perhubungan linear didapati di antara nilai R dan tisu badan tanpa lemak ( FFM )

( r = -0.86 ) dan jumlah potasium badan ( TBK ) ( r = 0.79 ). Apabila predictor Ht²

/ R bersusut mengatasi FFM ( r = 0.95 ) jumlah air badan ( r= 0.95 ) dan TBK

( r = 0.96 ), nilai koefisyen kolerasi telah menunjukkan penambahan yang

sinifikan (p < 0.01). Data ini telah menunjukkan bahawa teknik bioeletrical

impedance mempunyai ciri – ciri kesahan dan kebolehpercayaan dalam

anggaran komposisi badan manusia. Pendekatan ini adalah selamat dan cepat

serta tidak memerlukan kemahiran teknik yang tinggi dan tambahan lagi ia

adalah mudah alih.

Pengukuran komposisi badan dengan menggunakan pendekatan BIA juga

telah dibukti oleh Kushner, Kunigk, Alspaugh, Andronis, Leitch dan Schoeller

( 1990 ) sebagai satu pendekatan klinikal yang tepat untuk mengukur perubahan

komposisi badan seseorang individu. Mereka membuat perbandingan antara

pendekatan deuterium oxide dilution ( D20 ), Bia dan skin fold anthropomerty

( SFA ) dan di dapati korelasi yang tinggi diperoleh antara D20 dan BIA ( r =

0.971). Pada keseluruhan, BIA dapat menganggar perubahan tisu badan tanpa

lemak lebih tepat daripada pendekatan anthropometry.

Di utara Glasgow, Lean, Han dan Morrison (1995) mendapati bahawa

skor yang diperoleh melalui pengukuran lilitan bahagian pinggang seseorang

individu boleh digunakan untuk menentukan sama ada individu itu memerlukan

11

Page 12: Antropometri1

pengurusan berat badan. Mereka membuat kesimpulan bahawa individu yang

memperolehi skor lilitan pinggang >/ = 94 cm bagi kaum lelaki dan >/ = 80 cm

bagi kaum wanita, berat badan mereka seharusnya tidak ditambah lagi.

Manakala individu yang memperolehi skor >/ = 102 cm bagi kaum lelaki dan >/ =

88 cm bagi kaum wanita harus mengurangkan berat badan mereka.

Selain itu, satu kajian lagi dijalankan oleh Han, Leer, Seideu, dan Lean

( 1995 ) untuk mengenalpasti kekerapan mengalami penyakit kardiovaskular di

kalangan individu yang digolongkan sebagai “action levels” dalam pengukuran

lilitan pinggang. Daripada hasil kajian, mereka membuat kesimpulan bahawa

skor lilitan pinggang yang besar mempunyai kekerapan yang tinggi terhadap

penyakit kardiovaskular.

12

Page 13: Antropometri1

5.0 KAJIAN – KAJIAN TERKINI

Sekumpulan ahli pakar daripada Departmens of Exercise Science and

Foods and Nutrition, University of Geogia, Athens ( 1997 ) telah melakukan satu

kajian ke atas 172 lelaki dan perempuan muda. Kajian itu bertujuan untuk

menguji kesahan pendekatan dual energy x – ray absorptiometry ( DXA ) yang

digunakan untuk mengukur komposisi badan. Pendekatan DXA dibandingkan

dengan kaedah pengukuran 4 komponen badan untuk melihat sama ada skor

akan dipengaruhi oleh gender, bangsa, status athlit atau perkembangan

musculoskeletal bagi orang muda. Mereka mendapati bahawa pendekatan DXA

adalah lebih tepat daripada kaedah pengukuran 4 komponen badan dan ia tidak

dipengaruhi oleh faktor bangsa, status atlit atau perkembangan musculoskeletal.

Selain daripada kajian itu, Kohrt ( 1997 ) daripada Washington, University

School of Medicine juga memperolehi bukti bahawa DXA dapat mengukur

komposisi badan dengan tepat. Beliau telah menguji 10 subjek dengan

pendekatan DXA dalam keadaan yang terkawal dengan meletakkan bungkusan

lemak babi di atas paha atau bahagian truncal dan di dapati DXA dapat

mengukur dengan tepat tanpa mengira faktor posisi.

Dalam kajian yang dijalankan oleh Clasey, Kanaley, Wideman,

Heymsfield, Teates, Gutgesell, Thorner, Hartman dan Weltman ( 1999 ), mereka

menguji kesahan pengukuran lemak badan melalui two – compartment

13

Page 14: Antropometri1

hydrostatic weighing (siri 2 – comp), 3- comp dual – energy x-ray absorptiometry

(DEXA 3- comp), 3- comp hydrostatic weighing (siri 3-comp) dan kaedah

anthropometric bagi individu dalam lingkungan tua dan muda. Model 4- comp

dijadikan sebagai batu ukuran ( criterion ) kepada pengukuran peratusan lemak.

Daripada kajian itu mereka membuat kesimpulan bahawa model Siri 3-comp

memberi data komposisi badan yang sah dan tepat apabila dibandingkan

dengan model 4-comp.

Fields dan Goran ( 2000 ) daripada Univesity of Alabama di Birmimgham

menjalankan kajian ke atas 25 orang kanak – kanak ( 11.4 ± 1.4 yr ). Tujuan

kajian mereka adalah untuk membanding ketepatan, ketelitian dan bias of tisu

lemak ( FM ) yang diukur dengan teknik DEXA, hydrostatic weighing ( HW ), air-

displacement plethysmography ( PM ) yang menggunakan sistem komposisi

badan BOD-POD, dan jumlah air badan ( TBW ). Kesimpulan daripada dapatan

mereka ialah DEXA, HW dan TBW menunjukkan bias dalam anggaran FM, akan

tetapi tiada bias berlaku dalam teknik PM. Oleh itu mereka mengesahkan

bahawa PM adalah teknik yang dapat menganggar FM bagi kanak – kanak

dalam lingkungan umur 9 hingga 14 secara tepat dan teliti serta tanpa bias.

Taylor, Jones, Williams, and Goulding ( 2000 ) daripada University of

Otago, Dunedin, New Zealand melakukan kajian untuk menguji kesahan

pengukuran lilitan pinggang, waist – to –hip ratio ( WHR ) dan conicity index

sebagai indikator kepada lemak badan bagi golongan kanak-kanak dan remaja.

14

Page 15: Antropometri1

Subjek mereka terdiri daripada 278 perempuan dan 302 lelaki yang berumur

antara 3 – 9 tahun. Komposisi lemak badan mereka diukur dengan kaedah dual-

energy x – ray absorptiometry. Daripada kajian itu mereka mendapati bahawa

percentile bagi lilitan pinggang dapat mengenalpasti individu yang mempunyai

lemak badan yang tinggi.Oleh itu mereka membuat kesimpulan bahawa ukuran

lilitan pinggang adalah cara yang berkesan dan mudah untuk mengukur lemak

badan bagi golongan kanak-kanak dan remaja.

15