Antologi Harga Sebuah Lukisan

74
Puisi Tradisional Pantun Empat Kerat (Muafakat) Maksud Rangkap 1 Kesungguhan dalam melakukan sesuatu perkara secara bersama akan membawa kejayaan. Rangkap 2 Manusia akan bersatu padu apabila bermuafakat. Rangkap 3 Sikap bekerjasama antara penduduk akan melahirkan kehidupan yang bahagia. Rangkap 4 Masyarakat bermuafakat akan melahirkan Negara yang aman dan sejahtera. Rangkap 5 Sikap saling mempercayai adalah asas untuk melahirkan permuafakatan yang berkekalan dalam masyarakat. Rangkap 6 Sikap toleransi dan saling menghormati amat penting untuk mengukuhkan perpaduan. Tema Tema pantun ini ialah amalan hidup bermuafakat dalam masyarakat menjamin kesejahteraan. Persoalan 1. Kepentingan amalan mempraktikkan bergotong-royong. 2. Sikap saling mempercayai asas permuafakatan. . 3. Sikap toleransi dan saling menghormati mengukuhkan perpaduan . Bentuk 1. Bentuk pantun terikat.

description

bm

Transcript of Antologi Harga Sebuah Lukisan

Page 1: Antologi Harga Sebuah Lukisan

Puisi TradisionalPantun Empat Kerat (Muafakat)

MaksudRangkap 1

Kesungguhan dalam melakukan sesuatu perkara secara bersama akan membawa kejayaan.

Rangkap 2

Manusia akan bersatu padu apabila bermuafakat.

Rangkap 3

Sikap bekerjasama antara penduduk akan melahirkan kehidupan yang bahagia.

Rangkap 4

Masyarakat bermuafakat akan melahirkan Negara yang aman dan sejahtera.

Rangkap 5

Sikap saling mempercayai  adalah asas untuk melahirkan permuafakatan yang berkekalan dalam masyarakat.

Rangkap 6

Sikap toleransi dan saling menghormati amat penting untuk mengukuhkan perpaduan.

TemaTema pantun ini ialah amalan hidup bermuafakat dalam masyarakat menjamin kesejahteraan.

Persoalan1.    Kepentingan amalan mempraktikkan bergotong-royong.           2.    Sikap saling mempercayai asas permuafakatan. .         3.    Sikap toleransi dan saling menghormati mengukuhkan perpaduan .

Bentuk

1.     Bentuk pantun terikat.2.     Mempunyai 6 rangkap.3.     Mempunyai 4 baris bagi setiap rangkap.

Page 2: Antologi Harga Sebuah Lukisan

4.         Dua baris di atas pembayang dan dua baris di bawah maksud.5.         Jumlah perkataan antara 3 hingga 4 perkataan sebaris.

Contoh: ke lurah sama diharungi.6.         Terdiri daripada 9 hingga 13 suku kata sebaris.

Contoh: per/ca/ya/ mem/per/ca/ya/i/ a/sas/ ber/pe/gang/ (13 suku kata)7.          Rima akhir abab.

Gaya bahasa

1.        AnáforaBulat   air oleh pembetungBulat manusia oleh muafakat(pengulangan perkataan ‘bulat’ pada awal baris)

2.         Repitisi.Hidup muafakat hidup bahagia

3.         Peribahasa.Bulat air oleh pembetungBulat manusia oleh muafakat

4.         Inversibergotong-royong penduduk sekampung.

5.         Imej  alam.kangkung, bunga melati paya, sawah padi

Unsur bunyi1.    Asonansi – Buah salak di dalam kantung ( pengulangan vokal a)2.    Aliterasi – kulitnya keras isinya kelat (pengulangan konsonan k)

Nilai1.         Bekerjasama .2.         Toleransi.3.          Percaya mempercayai4.          Hormat-menghormati.

Pengajaran                          1. Kita haruslah bekerjasama dalam melakukan sesuatu pekerjaan.

                           2. Kita hendaklah bertolak-ansur antara satu sama lain.

                           3. Kita hendaklah saling mempercayai antara sama lain.                       

                           4. Kita perlulah saling menghormati dalam kalangan masyarakat.                                  

Page 3: Antologi Harga Sebuah Lukisan

PUISI TRADISIONAL(Pantun Nasihat)

MAKSUD

Rangkap 1Sesuatu pekerjaan yang sukar akan menjadi mudah jikalau dilakukan secara bersama.

Rangkap 2Pesanan untuk gadis supaya  pandai menjaga diri agar keselamatan terjamin.

Rangkap 3Sesuatu perkara yang dilakukan mengikut hawa nafsu akan merosakkan diri.

Rangkap 4Generasi muda diingatkan agar menjaga tutur kata kerana ketelanjuran kata akan memberi kesan kepada diri.

Rangkap 5Kita hendaklah berguru ketika menuntut ilmu supaya tidak terpesong.

Rangkap 6Kita diingatkan supaya menjaga tatasusila dalam pergaulan.

TEMATema pantun ini ialah nasihat - menasihati dalam kehidupan seharian akan membawa kebaikan dan kesejahteraan hidup.

PERSOALAN

1. Permuafakatan akan memudahkan sesuatu pekerjaan.

2. Tanggungjawab menjaga maruah diri.

3. Bertindak tidak mengikut hawa nafsu.

4. Bertutur kata dengan sopan

5. kegigihan ilmu dengan betul.

6. Menjaga adab dalam pergaulan.

BENTUK

1. Bentuk terikat.

2. Mempunyai 6 rangkap.

3. Mempunyai 4 baris dalam satu rangkap

Page 4: Antologi Harga Sebuah Lukisan

4. Dua baris di atas pembayang dan dua baris di bawah maksud.

5. Rima akhir abab.

6. Suku kata 8 hingga 11 suku kata dalam satu baris.

Contoh : ja/ngan/  i/kut ha/wa naf/su (8 suku kata)7. Antara 4 hingga 5 patah perkataan.

Contoh : Jangan ikut hawa nafsu (4 perkataan )

GAYA BAHASA1. Repitisi            bunga melati bunga pandan.

2. Responsi         Gunung Tahan sama didaki

Sungai Pahang sama direnangi3. Peribahasa      kerana mulut badan binasa.

4. Imej  alam       nyiur muda , gunung, telaga, tanjung, pohon ara.

Unsur bunyi1. Asonansi – Melangir keris pusaka hikmat ( pengulangan vokal  i)

2. Aliterasi -    Bunga melati bunga pandan   ( pengulangan konsonan n.)

NILAI

1. Bekerjasama

2. Bermoral

3. Rasional

4. Bijaksana

5. Kegigihan

6. Berbudi bahasa

PENGAJARAN

1. Kita perlulah bekerjasama .

2. Kita mestilah menjaga maruah diri.

3. Kita hendaklah bersikap rasional dan tidak mengikut hawa nafsu.

4. Kita hendaklah menjaga tutur kata .

5. Kita hendaklah gigih menuntut ilmu.

6. Kita hendaklah sentiasa berbudi bahasa .

Page 5: Antologi Harga Sebuah Lukisan

Puisi TradisionalPantun Berkait (Bekerja)

MaksudRangkap 1

Penulis menyeru sahabat agar segera bangun untuk bekerja.

Rangkap 2

Melakukan pekerjaan dan membuang semua sifat malas dalam diri.

Rangkap 3

Buang semua sikap malas dan mengetahui segala pekerjaan.

Rangkap 4

Setiap orang perlulah menguasai bidang tugas masing-masing.

Rangkap 5

Setiap pekerjaan perlulah dilakukan dengan teliti.

Rangkap 6

Apabila pekerjaan yang dilakukan dengan teliti , kerja yang berat akan menjadi mudah.

Rangkap 7

Hati menjadi senang setelah pekerjaan yang berat dapat diselesaikan.

Rangkap 8

Penat tidak akan terasa  sekiranya pekerjaan berhasil.

TemaTema pantun ini ialah semangat untuk melakukan sesuatu pekerjaan sehingga selesai.

Persoalan1.       Ketekunan dalam menjalankan sesuatu pekerjaan.           2.       Kerajinan penting dalam memastikan kesempurnaan dalam pekerjaan.

Page 6: Antologi Harga Sebuah Lukisan

3.        Berkemahiran dalam sesuatu pekerjaan.           

4.        Kegigihan berusaha dapat membuahkan hasil.      Bentuk1.        Bentuk pantun terikat.2.        Merupakan pantun berkait.3.        Mempunyai 8 rangkap.4.        Mempunyai 4 baris bagi setiap rangkap.5.        Jumlah perkataan antara 4 hingga 5 perkataan sebaris.

Contoh: bangkit segera kita berjuang (4 perkataan)6.        Terdiri daripada 9 hingga 11 suku kata sebaris.

Contoh: wa/hai/ ra/kan/ han/dai/ dan/ tau/lan/7.         Rima akhir abab.

Gaya bahasa1.        Sinkof

Tidaklah bimbang barangkan hilang (rangkap 5 baris 1)2.         Inversi

bangkit segera kita berjuang (rangkap 1 baris 4)3.         Repetisi

Perahu layar mudik ke pangkalanSampai di pangkalan memunggah barang

Unsur bunyiAsonansi – wahai rakan handai dan taulan (Rangkap 1 baris 3)- pengulangan vokal aAliterasi – tiadalah tinggal terbuang penat   (Rangkap 8 baris 4)-

pengulangan konsonan t

Nilai

1.    Kerajinan2.    Ketekunan3.    Kegigihan4.    Bersyukur

Pengajaran1.    Kita haruslah rajin dalam melakukan sesuatu pekerjaan.2.    Kita hendaklah dalam pekerjaan.3.    Kita perlulah gigih berusaha.4.    Kita mestilah bersyukur setelah berhasil melakukan pekerjaan.

Page 7: Antologi Harga Sebuah Lukisan

PUISI TRADISIONAL(Syair Panduan Untuk Para Remaja)

MAKSUD

Rangkap 1Penyair berpesan kepada generasi muda agar jangan berbohong dan memperdaya orang,Generasi muda juga diingatkan agar tidak hanya mementingkan kekayaan dan bersifat boros.

Rangkap 2Generasi muda diingatkan agar mengelakkan diri daripada perbuatan mengumpat, sombong dan memungkiri janji.

Rangkap 3Generasi muda diingatkan supaya tidak main judi , minum arak dan  tidak terlibat dengan perkara-perkara yang negatif kerana mereka akan menerima kebinasaan.

Rangkap 4Generasi muda diingatkan supaya tidak berhutang dan mengharapkan bantuan daripada orang lain. Orang yang tidak berhutang dan bergantung harap kepada orang lain pasti akan senang hidupnya.

Rangkap 5Generasi muda diingatkan agar mengelakkan diri daripada sikap suka meminjam ataupun memberi pinjam serta berhutang. Sikap ini boleh menyebabkan hubungan antara sahabat akan menjadi renggang.

Rangkap 6Generasi muda diingatkan tidak mengharapkan bantuan. Hal ini kerana orang yang terlalu mengharapkan bantuan akan hilang kepercayaan dan kemampuan kepada diri sendiri.

Rangkap 7Generasi muda diingatkan agar berdikari dalam melakukan sesuatu dan tidak membezakan kedudukan atau taraf.

Rangkap 8Penyair berpesan kepada generasi muda. Semoga dengan keizinan Allah pasti belia hari ini akan menjadi generasi yang berguna kepada bangsa dan negara.

TEMATema syair ini ialah panduan kepada generasi muda untuk menghadapi dunia yang penuh dugaan ini dengan bermoral.

Page 8: Antologi Harga Sebuah Lukisan

PERSOALAN

1. Berdikari dalam kehidupan tanpa mengharapkan bantuan dan pertolongan daripada

orang lain.

2. Menjauhkan diri daripada terlibat dengan perkara-perkara negatif yang merosakkan

diri.

3. Menunaikan janji kerana kegagalan menepati janji akan menghilangkan kepercayaan orang terhadap kita.

4. Mengelakkan diri  daripada  berhutang kerana hubungan persahabatan akan renggang.

GAYA BAHASA

1.     Anafora - Jangan fikir kasihkan kaya.Jangan boros yang sia-sia.

2.    Repetisi – Jangan mengata jangan mengeji3.     Inversi – Judi dan arak jangan biasa, sepatutnya jangan biasa judi dan arak.

Unsur bunyi1. Asonansi –   Barang dipinjam kerap kehilangan ( pengulangan vokal a).                    2. Aliterasi -     Jangan biasakan meminta tolong (pengulangan konsonan n).                   BENTUK

1.   Bentuk terikat.2.   Mempunyai 8 rangkap3.   Mempunyai 4 baris dalam setiap rangkap.4.   Semua baris ialah maksud.5.   Suku kata 9 hingga 12.      Contoh : ja/ngan/ tak/bur/ di/ri/ di/pu/ji (9 suku kata)6.   Antara 4 hingga 5 patah perkataan.      Contoh : Ingat pesanku wahai belia (4 perkataan)     NILAI

1. Berdikari

2. Menepati janji

3. Merendah diri.

4. Bersyukur

Page 9: Antologi Harga Sebuah Lukisan

PENGAJARAN

1    Kita hendaklah berdikari dan jangan terlalu bergantung kepada orang lain .2.   Kita hendaklah menunaikan janji3.   Kira hendaklah merendah diri dan tidak sombong.4.   Kita hendaklah sentiasa bersyukur kepada Tuhan.  

Page 10: Antologi Harga Sebuah Lukisan

Puisi Tradisional[Berbuat Jasa]

MaksudRangkap 1

Generasi muda disarankan supaya berbuat jasa kerana jasa tetap akan dikenang walaupun sudah tiada.

Rangkap 2

Generasi muda diseru supaya berbuat jasa dan menyerahkan semuanya kepada Tuhan kerana setiap jasa yang dicurahkan akan menerima balasan di akhirat kelak.

Rangkap 3

Generasi muda diingatkan tidak mensia-siakan kehidupan sebaliknya berbuat jasa kerana jasa yang baik akan dikenang selama-lamanya.

Rangkap 4

Generasi muda diseru agar bersungguh-sungguhlah berbuat jasa supaya segala kebaikan dapat dimanfaatkan oleh orang lain.

Rangkap 5

Generasi ditegah mengharapkan balasan dan pujian kerana keadaan sedemikian akan menyebabkan timbulnya perasaan tamak.

Rangkap 6

Generasi muda diingatkan agar tidak mengharapkan balasan dan penghormatan memadai jasa yang dicurahkan boleh dimanfaatkan.

Rangkap 7

Rakan taulannya diseru supaya sentiasa berbuat baik walaupun tidak diketahui orang kerana Tuhan lebih mengetahui.

TemaTema syair ini ialah kepentingan berbuat jasa.

Persoalan1.    Keikhlasan dalam melakukan sesuatu pekerjaan.

Page 11: Antologi Harga Sebuah Lukisan

2.    Menghargai orang yang telah berbuat jasa.  3.    Kesanggupan untuk berkorban.4.    Budi yang baik akan dikenang selama-lamanya.

Bentuk1.      Bentuk syair terikat.2. Mempunyai 7 rangkap.3. Mempunyai 4 baris bagi setiap rangkap.4. Semua baris adalah maksud.5. Jumlah perkataan antara 4 hingga 5 perkataan sebaris.         

Contoh: buatlah jasa wahai teruna (4 perkataan )6. Terdiri daripada 9 hingga 12 suku kata sebaris.

Contoh: cu/kup/lah/ di/si/tu/ mu/la/i/ ter/gan/tung (12 suku kata )7.          Rima akhir aaaa.

Gaya bahasa

1.         SinkofKamu yang mati jasa tak fana

2.         InversiBuatlah baik wahai rakan

3.         Imej alamBintang, ikan

4.         PerlambanganBuahnya , sumbu pelita

Unsur bunyi1. Asonansi – buatlah jasa wahai teruna(Pengulangan vokal a)2. Aliterasi – buatlah bakti budi utama (pengulangan konsonan b)

Nilai1.         Baik hati2.         Pengorbanan3.         Keikhlasan .4.         Mengenang jasa.5.         Kebijaksanaan

Pengajaran1.     Kita hendaklah memiliki sifat baik hati.2.     Kita perlu sedia berkorban.

Page 12: Antologi Harga Sebuah Lukisan

3.     Kita haruslah ikhlas dalam melakukan sesuatu pekerjaan.4.     Kita hendaklah mengenang jasa orang yang telah menabur jasa kepada kita.5.    Kita perlulah bijak sana sebelum mengambil sebarang tindakan.

PUISI TRADISIONALSYAIR LI-ATTAR GHIB

MaksudRangkap 1

Penyair berpesan kepada semua insan yang menjalani kehidupan bersama-sama dalam setiap pekerjaan di dunia.

Rangkap 2

Atas takdir Tuhan dua orang saudara telah meninggal dunia. Walaupun bersedih, namun tiada apa-apa dapat dilakukan kerana itu kehendak Tuhan yang Esa.

Rangkap 3

Setiap umat manusia perlu bersabar menerima ketentuan Tuhan walaupun hakikatnya terlalu sukar untuk dihadapi.

Rangkap 4

Semua orang yang ada di muka bumi ini pasti akan menghadapi kematian tanpa memilih pangkat dan darjat.

Rangkap 5

Setiap insan perlu mengambil pengajaran daripada generasi terdahulu yang telah meninggal dunia agar kita beroleh kebahagiaan

Rangkap 6

Kebajikan rakyat jelata mestilah diambil kira atau diambil berat dan keluarga sendiri perlu dijaga agar tidak ditimpa kesusahan

Rangkap 7

Page 13: Antologi Harga Sebuah Lukisan

Para nabi menuntut kita agar memuliakan ilmu yang benar. Ilmu yang dituntut perlulah diamalkan agar tidak menjadi sia-sia

Rangkap 8

Semua orang diseru supaya mengambil pengajaran atas kematian generasi terdahulu kerana kita juga akan menghadapinya.

TemaTema syair ini ialah mengambil pengajaran  daripada peristiwa kematian yang dilalui ole orang lain.

Persoalan1.          Kematian yang tidak dapat dielakkan.  2.          Kepentingan menuntut ilmu pengetahuan.3.          Keinsafan menghadapi kematian.

Bentuk1.          Bentuk syair terikat2.          Mempunyai 8 rangkap3.          Mempunyai 4 baris bagi setiap rangkap4.          Semua baris adalah maksud.5.          Jumlah perkataan antara 4 hingga 6 perkataan sebaris                 Contoh: dengan kehendak Tuhan yang mulia  (5 perkataan)   6.          Terdiri daripada 9 hingga 14 suku kata sebaris.

Contoh: li/hat/ ke/pa/da/ da/tuk/ ne/nek/ yang/ su/dah/-su/dah (14 suku kata)7.          Rima akhir aaaa

Gaya bahasa

1.         ResponsiKerana ilmu mulia  anbia.Tuntut ilmu jangan sia-sia

2.         RepetisiSegala pekerjaan segala perkara .

3.         Inversikita sepertinya akan datangkan

Unsur bunyi1.                               Asonansi – sebab bersama-sama mengembara  

( pengulangan vokal a)

Page 14: Antologi Harga Sebuah Lukisan

2.                                 Aliterasi – hendaklah kita tunduk tengadah .(pengulangan konsonan d)

Nilai1. Keinsafan2. Kesyukuran3. Kerajinan4. Bertanggungjawab5.         Kesabaran

Pengajaran1. Kita haruslah insaf   ketika berhadapan dengan kematian .2. Kita hendaklah bersyukur kerana diberi peluang untuk hidup.3. Kita hendaklah rajin dalam mencari ilmu pengetahuan.4. Kita hendaklah bertanggungjawab dengan memelihara kesenangan yang diwarisi.5. Kita perlulah sabar menerima segala dugaan dan ujian dari Tuhan.

 

FRAGMEN SEBUAH KEHIDUPAN(Shamsudin Othman)

Maksud

Rangkap 1Dadah ialah musuh utama negara, perosak jiwa manusia dan telah membunuh banyak nyawa.

Rangkap 2Penyalahgunaan dadah menyebabkan kehancuran generasi muda bakal pewaris negarawan, seniman, ahli sukan, peniaga, sasterawan, ahli akademik dan pejuang negara.

Rangkap 3Dadah meracuni hidup manusia sejak dahulu tanpa mengira sesiapapun. Dadah telah meracuni manusia. Sejarah telah membuktikan, kejatuhan kota Melaka dan kota-kota lain di dunia adalah kerana dadah sehingga  menghancurkan sebuah tamadun bangsa dan negara.

Rangkap 4Penyajak berdoa kepada Tuhan agar diberi kekuatan iman untuk menghadapi hidup mendatang yang penuh dengan dugaan dan cabaran demi mengejar cita-cita dan demi kemajuan negara.

Rangkap 5Penyajak menyeru generasi agar  memilih jalan yang betul dan bukannya jalan yang salah.

Page 15: Antologi Harga Sebuah Lukisan

Tema

Tema sajak ini ialah dadah musuh negara. Dadah mengakibatkan kemusnahan kepada manusia, agama, bangsa dan negara.

Persoalan

1.    Negara bangsa musnah akibat dadah.

2.    Penyalahgunaan dadah akan membawa kesengsaraan diri.

3.    Generasi yang sihat dan bebas dadah dapat membangunkan negara.

4.    Kekuatan iman dalam menangkis cabaran.

Gaya Bahasa

1.      Anafora adalah dadah itu perosak jiwa adalah dadah itu pembunuh semata-mata.

2.      Repetisi Jatuh kota   Melaka dan musnah kota merdeka3.      Responsi Rimba di depan kita masih luas terbentang Mari kita pilih jalan lurus ke syurga4.      Sinkope Kau   racun dalam khayal yang tidak terduga5.   Metafora

lorong hidup , laut masa depanmu, lorong hitam.6.     Personifikasi Bertahun-tahun kau hidup meracuni manusia.7.     Simile Seperti   tercatat dalam sejarah8.      Inversi

angkara dadah telah mati seorang angkasawan.9.     Imej alam Laut, rimba, duri

Unsur Bunyi

1.       Asonansi – seperti tercatat dalam sejarah. (pengulangan vokal ‘e’)2. Aliterasi – maka seorang pujangga pun berkata.( pengulangan konsonan ‘g’)

Page 16: Antologi Harga Sebuah Lukisan

Nada  - Sinis

Bentuk

1.      Bebas.

2.      Terdapat lima rangkap.

3.      Rima akhir baris-baris ayat.         Rangkap 1 terdapat 4 baris ayat. Rima akhirnya aaaa.         Rangkap 2 terdapat 8 baris ayat. Rima akhirnya aaaaaaaa.         Rangkap 3 terdapat 7 baris ayat. Rima akhirnya aaabaca.         Rangkap 4 terdapat 7 baris ayat. Rima akhirnya abcdaee.         Rangkap 5 terdapat 4 baris ayat. Rima akhirnya abcc.

Nilai

1.    Kegigihan2.    Rasional3.    Keimanan4.    Semangat Patriotik5.    Bertanggungjawab

Pengajaran

1.      Kita hendaklah gigih menjauhi najis dadah .2.      Kita hendaklah menguatkan iman di dada dalam mengharungi cabaran dan dugaan hidup.3. Kita hendaklah sentiasa beriman untuk melalui liku-liku hidup.

4.      Kita mestikan mempertahankan negara.5.      Kita hendaklah bertanggungjawab memilih haluan kehidupan yang sebenar.

Page 17: Antologi Harga Sebuah Lukisan

KATA-KATA(Hashim Yaacob)

Maksud Sajak

Rangkap 1Apabila dihina, janganlah kita berdiam diri. Kita seharusnya mempertahankan maruah dengan membalas balik kata-kata tersebut.

Rangkap 2Apabila diherdik, kita janganlah berdiam diri. Sebaliknya kita perlu mempertahankan diri.

Rangkap 3Martabat dan kedaulatan negara kita harus dipertahankan dengan kebijaksanaan berkata-kata dan berhujah dengan spontan.

Rangkap 4Negara kita telah mencapai kemerdekaan bukan melalui kekerasan, sebaliknya kerana kepintaran kata-kata di meja perundingan.

Rangkap 5Penyajak menyeru generasi muda supaya bijak berkata-kata jika mereka inginkan kehidupan mereka terbela.

Tema

Tema sajak ini ialah maruah dan jati diri yang perlu dipertaruhkan dengan kebijaksanaan kata-kata.

Persoalan

1.    Kebijaksanaan  berbahasa untuk membidas hujah lawan.2.    Mempertahankan diri apabila dihina dengan menggunakan kata-kata yang santun.3.    Berkata-kata perlu menggunakan akal fikiran4.    Kemerdekaan negara boleh diperoleh menerusi rundingan dan tanpa peperangan.

Gaya Bahasa

1. Anafora

Kita merdeka bukan kerana senjataKita   merdeka kerana bijak kata

2. Repetisi

Lawan kata dengan kata

Page 18: Antologi Harga Sebuah Lukisan

3. Responsi

Kalau kita dicerca dengan kata

Jangan kita diam tak terkata

4. Epifora

Ini martabat bangsa kita

Ini kedaulatan negara kita

5. Sinkope

Jangan kita diam tak terkata

Unsur Bunyi

1. Asonansi – Pertahankanlah maruah kita(pengulangan vokal ‘a’)

2. Aliterasi – Janganlah kita diam tak terkata.(pengulangan konsonan ‘t’)

Bentuk

1. Bebas.

2. Terdapat lima rangkap.

3. Rima akhir baris-baris ayat – Separuh terikat.

      Rangkap 1 terdapat 4 baris ayat. Rima akhirnya aaaa.          Rangkap 2 terdapat 4 baris ayat. Rima akhirnya aaaa.          Rangkap 3 terdapat 4 baris ayat. Rima akhirnya aaaa.

Rangkap 4 terdapat 2 baris ayat. Rima akhirnya aa.Rangkap 5 terdapat 3 baris ayat. Rima akhirnya aaa.

Nilai

1. Kebijaksanaan

2. Hemah tinggi

3. Kegigihan

4. Patriotik

Pengajaran

1.    Kita hendaklah bijak berkata-kata dan berhujah.2.    Kita hendaklah berhemah tinggi ketika berkata-kata.3.    Kita hendaklah gigih mempertahankan maruah diri dan maruah negara.4.    Kita mestilah berani mempertahankan negara.

Page 19: Antologi Harga Sebuah Lukisan

KEUSANGAN BUDAYA(Roshilawati Razlan)

Maksud Sajak

Rangkap 1Pada  zaman dahulu gadis Melayu begitu bersopan santun berpakaian tradisional.

Rangkap 2Pada zaman dahulu pemuda Melayu mengamalkan budaya Melayu dan gigih meneroka hutan. Pemuda pada zaman itu juga bermain alat muzik seruling dengan lagu-lagu yang merdu dan mengasyikkan.

Rangkap 3Pada masa ini sukar untuk bertemu gadis atau pemuda yang masih mengamalkan budaya kemelayuan sejati. Yang ada cuma pemuda dan pemudi yang tidak lesu dan tidak bersemangat.

Rangkap 4Pada masa ini anak-anak muda lebih menggemari alunan muzik rancak manakala muzik yang melambangkan kebudayaan Melayu telah ditinggalkan. Begitu juga pakaian tradisional telah dipinggirkan.

Rangkap 5Golongan tua sahaja yang masih mempertahankan seni tradisional.  Mereka hanya mampu merenung nasib permainan tradisional seperti wayang kulit semakin dilupakan.

Tema

Tema sajak ini ialah  budaya bangsa Melayu yang semakin luput ditelan zaman.

Persoalan

1.    Generasi muda yang meminggirkan amalan budaya Melayu.2.    Ketinggian budaya Melayu dalam kehidupan seharian.3.    Pengaruh budaya asing .4.    Harapan dan impian golongan tua untuk melihat budaya Melayu diamalkan semula. 

Gaya Bahasa

1.      Anaforatubuh-tubuh lesutubuh-tubuh kaku

Page 20: Antologi Harga Sebuah Lukisan

2.    ResponsiAyahanda bonda di   pondokMemalu nobat di sisi

3.    HiperbolaIrama gamat menodai kedamaian

4.    Personifikasi.seruling bambu diam   keusangan,

5.    Inversimelihat sayu Sang Sita Dewi.

Unsur Bunyi

1. Asonansi –bersalut songket tenunan Melayu (pengulangan vokal ‘u’)

2. Aliterasi -irama gamat menodai kedamaian.( pengulangan konsonan ‘m’)

Nada - melankolik

Bentuk - Bebas.

2.      Terdapat lima rangkap.

3.      Rima akhir baris-baris ayat – Separuh terikat.Rangkap 1 terdapat 4 baris ayat. Rima akhirnya aaab.Rangkap 2 terdapat 5 baris ayat. Rima akhirnya abbcc.

          Rangkap 3 terdapat 6 baris ayat. Rima akhirnya abcdbb.          Rangkap 4 terdapat 4 baris ayat. Rima akhirnya aaaa.          Rangkap 5 terdapat 4 baris ayat. Rima akhirnya abbb.

Nilai

1. Kesopanan

2.    Menghargai budaya3.     Patriotik4.     Bertanggungjawab

Pengajaran

1. Kita hendaklah sentiasa bersopan santun.

2.       Kita mestilah menghargai kebudayaan kita sendiri.3.       Kita hendaklah mempertahan budaya kita daripada dicemari budaya asing.4.        Kita hendaklah bertanggungjawab memelihara permainan tradisional .

Page 21: Antologi Harga Sebuah Lukisan

SEORANG INSAN ISTIMEWA(Natasya Puteri)

Maksud Sajak

Rangkap 1Seseorang itu tidak pernah meminta untuk dilahirkan menjadi cacat. Namun siapalah dirinya untuk melawan takdir Tuhan. Segalanya telah ditakdirkan sejak azali lagi dan dia perlu meneruskan kehidupan seharian.

Rangkap 2Seorang insan istimewa perlu reda dalam menanggung segala kepayahan walaupun dalam keadaan terpaksa. Walaupun ada orang yang bersimpati dengan nasib yang menimpa diri, namun segalanya tidak dapat dibandingkan dengan penderitaan yang dialaminya.

Rangkap 3Kehidupan sebagai insan istimewa dianggap sebagai anugerah dan ujian Tuhan kepada hamba-hambanya. Biarpun sukar, mereka tetap mempunyai peluang untuk meneruskan kehidupan di dunia ini.

Rangkap 4Orang yang normal harus membantu dan membimbing insan istimewa dengan hati yang ikhlas kerana setiap kebaikan kita lakukan pasti mendapat keredaan Allah.

Tema

Tema sajak ini ialah dugaan hidup sebagai golongan istimewa. Golongan istimewa telah menempuh pelbagai dugaan dalam meneruskan kelangsungan hidup.

Persoalan

1.    Ketabahan dalam menghadapi ujian Tuhan.2.    Tanggungjawab membantu sesama manusia.3.    Bersyukur walaupun dilahirkan sebagai insan istimewa.4.    Keyakinan diri dapat mengatasi segala halangan dan dugaan.5.    Sikap berdedikasi walaupun bergelar insan istimewa.

Bentuk

1. Bebas.

2. Terdapat empat rangkap.

3. Rima akhir baris-baris ayat – Separuh terikat.

Page 22: Antologi Harga Sebuah Lukisan

          Rangkap 1 terdapat 6 baris ayat. Rima akhirnya aabacd.          Rangkap 2 terdapat 7 baris ayat. Rima akhirnya aaabcdc.          Rangkap 3 terdapat 8 baris ayat. Rima akhirnya abbbacbb.

          Rangkap 4 terdapat 3 baris ayat. Rima akhirnya abb.

Gaya Bahasa

1. Parelleisme

Seorang insan istimewa.2. Anafora – .

Sebuah suratan tertulis sudahSebuah kehidupan tetap harus diteruskan

3.       Responsi.Anugerah suatu ujianAnugerah suatu tuntutan

4. Inversi

Sebuah suratan tertulis sudah5. Paradoks

Menggalas payah dalam senyum terpaksa

Unsur bunyi

1. Asonansi –meneruskan kehidupan. (pengulangan vokal ‘e’)

2.     Aliterasi –bantulah, bimbinglah. (pengulangan konsonan ‘b’)

Nada - melankolik

                                                                                                                       Nilai

1. Keredaan

2. Saling membantu

3. Keikhlasan

4. Bertanggungjawab

Pengajaran

1. Kita haruslah reda menerima takdir

2. Kita perlu bersedia membantu golongan kurang upaya .

3. Kita haruslah ikhlas menghulurkan bantuan .

4. Kita mestilah bertanggungjawab membantu golongan kurang upaya seikhlas hati.

Page 23: Antologi Harga Sebuah Lukisan

RUMPUT(Khadijah Hashim)

Maksud Sajak

Rangkap 1Keluhan insan yang yang nasibnya ibarat rumput. Sebelum sempat untuk bangun sudah ditindas seseorang. Sebelum sempat dia menonjolkan kelebihan diri, dia dihina oleh orang lain. Ditambah pula dengan persekitaran yang serba kekurangan dan tidak selesa. Namun demikian, masih ada yang bersimpati dengan kesusahannya.

Rangkap 2Kesenangan golongan miskin kebiasaannya tidak lama kerana ada sahaja orang yang akan kesempatan. Ada golongan yang mengambil kesempatan yang menggunakan orang miskin untuk kepentingan dirinya.

Rangkap 3Nasib  orang miskin sentiasa yang tiada tempat berlindung lebih malang berbanding orang miskin yang masih ada tempat berlindung.

Tema

Tema sajak ini ialah rintihan nasib golongan miskin yang hina dan dipandang rendah.

Persoalan

1. Sikap saling menghormati sesama insan .

2. Menghargai orang lain walaupun miskin.

3. Perbezaan darjat manusia.

4. Cabaran dalam menghadapi kesusahan dan keperitan hidup.

Bentuk

1.      Bebas.2.      Terdapat tiga rangkap.3.      Rima akhir baris-baris ayat – Separuh terikat.         Rangkap 1 terdapat 8 baris ayat. Rima akhirnya aaabcddd.         Rangkap 2 terdapat 6 baris ayat. Rima akhirnya ababcc.         Rangkap 3 terdapat 2 baris ayat. Rima akhirnya ab.

Gaya Bahasa1.      Anafora –

Cepat panjang

Page 24: Antologi Harga Sebuah Lukisan

Cepat dapat wang2.    Pengulangan

Baru saja hendak3.    Sinkope.

tak.4.      Personifikasi.

tangan hendak menari.5.      Simile –

bagai menunggu mati.

Unsur Bunyi

1. Asonansi – diserbu debu menutup muka. (pengulangan vokal ‘u)’

2. Aliterasi – ditambah lagi bau busuk asap lori. (pengulangan konsonan ‘b’)

Nada - Melankolik

Nilai

1. Ketabahan

2. Kegigihan

3. Hormat-menghormati

4. Bertimbang rasa

Pengajaran

1. Kita janganlah menghina orang susah.

2. Kita perlulah mempunyai sifat saling menghormati.

3. Kita harus menghargai bakat orang lain..

4. Kita janganlah menutup peluang golongan susah atau miskin.

Page 25: Antologi Harga Sebuah Lukisan

ORANG TUA(Puspa Rani a/p Munusamy)

Maksud Sajak

Rangkap 1Mengisahkan seorang perempuan  tua yang hidup merempat di tepi jalan. Dirinya kotor , tidak terurus dan hidupnya sebatang kara.

Rangkap 2Mengisahkan seorang lelaki tua di hujung jalan . Dirinya kotor dan berseluar koyak rabak. Dia duduk di tangga menanti sisa makanan daripada restoran mamak untuk mengalas perut.

Rangkap 3Mengisahkan mayat seorang tua yang berlumuran darah terbiar di jalan raya. Apabila di bilik mayat pula , tiada waris yang menuntut mayatnya.

Rangkap 4Warga muda  harus sedar bahawa warga emas juga insan ciptaan Allah seperti mereka. Warga tua ditinggalkan oleh anak-anak yang tidak bermoral dan tidak mengenang budi.

Tema

Tema sajak ini ialah Kehidupan warga emas yang merempat akibat diabaikan oleh anak-anak.

Persoalan

1. Sikap masyarakat yang mementingkan diri sendiri

2. Sikap anak-anak yang tidak mengenang jasa ibu bapa.

3. Tanggungjawab membantu warga emas.

Bentuk - 1. Bebas.

2.      Terdapat empat rangkap.

3.      Rima akhir baris-baris ayat  tidak terikat         Rangkap 1 terdapat 6 baris ayat. Rima akhirnya abcdee.         Rangkap 2 terdapat 6 baris ayat. Rima akhirnya abcdce.         Rangkap 3 terdapat 6 baris ayat. Rima akhirnya abacbb.         Rangkap 4 terdapat 6 baris ayat. Rima akhirnya abccda.

Page 26: Antologi Harga Sebuah Lukisan

Gaya Bahasa

1. Parellelisme/pengulangan keseluruhan baris

    Nampakkah kau

2. Sinkope :

Contoh  :  kau

3. Simile :

Nampakkah ia sepertimu?

4. Peribahasa

Mengalas perut

5. Perlambangan

Beg usang – (Perlambangan kemiskinan)Baju kotor seluarnya rabak (Perlambangan kemiskinan)

Unsur Bunyi

1. Asonansi – bebas dari belenggu penjajah. (pengulangan vokal ‘e’)

2. Aliterasi – pertahankanlah kedaulatannya.( pengulangan konsonan ‘n’)

Nada -  Sinis

Nilai

1. Kasih sayang.

2. Keprihatinan

3. Kesabaran

4. Bersyukur

5. Bertanggungjawab

Pengajaran

1. Kita mestilah memiliki sifat kasih sayang.

2. Kita mesti prihatin terhadap fakir miskin.

3. Kita haruslah bersabar dalam menghadapi dugaan hidup.

4. Kita mestilah sentiasa bersyukur kepada Allah.

5. Kita perlu menjadi anak yang bertanggungjawab terhadap ibu bapa.

Page 27: Antologi Harga Sebuah Lukisan

Prosa Tradisional(Hikayat Seri Kelantan)

Sinopsis

            Cerita ini mengisahkan negeri Kelantan Purba yang juga dikenali dengan nama Tanah Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung di bawah pemerintahan seorang raja perempuan bernama Encik Siti Wan Kembang. Encik Siti tidak bersuami dan tidak mempunyai anak. Apabila mengetahui bahawa anak raja Jembal mempunyai anak perempuan yang terlalu cantik bernama Tuan Puteri Sa’dung, Encik Siti telah menjadikan Tuan Puteri Sa’dung sebagai anak angkat. Semakin lama dipelihara, semakin cantik rupa Tuan Puteri Sa’dung sehingga banyak orang yang tergila-gila akannya. Apabila Tuan Puteri Sa’dung dewasa, Encik Siti ingin mengahwinkan anak angkatnya itu kerana mahu mencari pewaris takhta. Encik Siti telah  mengahwinkan Tuan Puteri Sa’dung dengan anak raja Jembal bernama Raja Abdullah. Setelah berkahwin, Raja Abdullah bergelar Sultan Abdullah dan memerintah negeri Tanah Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung. Seterusnya, Encik Siti menitahkan Sultan Abdullah mendirikan sebuah kota yang diberi nama Kota Jelasin. Sultan Abdullah seterusnya memerintah di Kota Jelasin manakala Encik Siti berpindah ke Gunung Ayam dan menjadi raja di situ.

Raja Siam telah mendengar  berita Tuan Puteri Sa’dung telah berkahwin dengan Sultan Abdullah, Raja Siam memerintahkan segala raja dan menteri hulubalang di bawah takluk baginda supaya menyerang negeri Tanah Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung kerana baginda terlalu ingin memiliki Tuan Puteri Sa’dung. Raja Siam juga menitahkan Tuk Ca untuk turut belayar ke negeri tersebut kerana beliau ialah seorang ahli nujum. Apabila tiba di negeri tersebut, utusan raja Siam telah menghadap Sultan Abdullah  lalu menyampaikan hasrat Raja Siam untuk memiliki Tuan Puteri Sa’dung. Apabila didengar oleh Sultan Abdullah, baginda terus marah lalu menghalau keluar utusan Raja Siam sehingga  mereka terpaksa berundur. Kemudian, pasukan tentera Siam bermuafakat untuk menyerang Kota Jelasin. Setelah beberapa lama berperang, tentera Siam telah tewas kerana Tuan Puteri Sa’dung memiliki kesaktian.

Negeri Serendah Kebun Bunga ditimpa bala kebuluran. Akibatnya, Kota Jelasin telah dikepung oleh tentera Siam kerana rakyatnya melarikan diri. Pada ketika itu, Tuan Puteri Sa’dung berseru sekiranya dia berasal daripada keturunan orang tuha-tuha yang berdarah putih dan bertulang tunggal, akan terangkatlah kota dan istana mahligainya sehingga jatuh di dalam hutan. Setelah itu, seluruh kota dan istana ghaib lalu jatuh ke dalam Cerang Bahana. Kemudian, Tuan Puteri Sa’dung dan rakyatnya membuat negeri di dalam hutan itu yang diberi nama Mahligai. Apabila Kota Jelasin ghaib, raja dan pegawai Siam menaiki perahu untuk berjumpa dengan Tuk Ca kerana dia tahu tentang ilmu nujum. Tuk Ca meminta mereka bertenang kerana berdasarkan ilmu nujumnya, dia dapat mengesan pergerakan Tuan Puteri Sa’dung dan dia dapat melihat mahligai, Tuan Puteri Sa’dung dan Sultan Abdullah berada di dalam cerang. Kemudian, Tuk Ca memerintahkan mereka terus mengikuti Tuan Puteri Sa’dung menuju ke arah selatan.

Mereka tiba di cerang besar lalu berjumpa dengan mahligai Tuan Puteri Sa’dung lalu mengepung mahligai tersebut. Oleh sebab tidak dapat melepaskan diri dan semua rakyat telah berpecah-belah, Tuan Puteri Sa’dung mencadangkan Sultan Abdullah supaya bertanya kepada Tuk Ca hajat sebenar raja Siam menyerang Kota Jelasin. Setelah berjumpa dengan Tuk Ca, Sultan Abdullah diberitahu bahawa Raja Siam sebenarnya tidak berniat untuk menakluki negeri baginda

Page 28: Antologi Harga Sebuah Lukisan

tetapi mahu memiliki Tuan Puteri Sa’dung. Sultan Abdullah kemudiannya pulang lalu memberitahu segala kata Tuk Ca kepada Tuan Puteri Sa’dung. Sultan Abdullah seterusnya menitahkan isteri kesayangan baginda supaya menurut kehendak Raja Siam kerana mereka tidak mampu menentang Raja Siam dan bimbang negeri mereka akan musnah. Tuan Puteri Sa’dung yang berasa serba salah kerana ingin menjaga maruahnya serta takut dimurkai Sultan Abdullah akhirnya bersetuju dengan kehendak suaminya lalu mengikut Tuk Ca dan duduk di dalam jong. Sultan Abdullah akhirnya kembali ke mahligai baginda manakala Tuk Ca mengarahkan segala raja, menteri, hulubalang dan rakyat Siam kembali ke bahtera untuk belayar pulang ke benua Siam.

Tema  

Tema prosa tradisional ini ialah seorang puteri yang cantik dan mempunyai keisimewaan  luar biasa

Persoalan1.    Keinginan merampas hak orang.2.    Kasih sayang antara suami dengan isteri.3.    Perpaduan dalam mempertahankan negara.4.    Semangat bermuafakat dalam melaksanakan pekerjaan.5.    Ketaatan kepada raja.6.    Berdiplomasi dalam menyelesaikan persengketaan.

Watak dan Perwatakan

Watak Utama

1.   Tuan Puteri Sa’dung

Anak perempuan raja Jembal.

Anak angkat kepada Encik Siti Wan Kembang.

Dikatakan berasal daripada keturunan orang tuha-tuha yang berdarah putih dan bertulang

tunggal.

Rupa paras yang sangat cantik. Kecantikannya banyak menyebabkan  orang tergila-

gilakannya sehingga Raja Siam terlalu ingin memilikinya.

Memiliki kesaktian yang luar biasa. Dapat menjadikan seluruh Kota Jelasin dan mahligainya

ghaib lalu jatuh ke dalam hutan ketika hendak menyelamatkan diri daripada pasukan tentera Siam.

Sangat sayang akan suaminya. Tuan puteri berasa sangat sedih serta serba salah ketika

hendak berpisah dengan Sultan Abdullah.

Sanggup berkorban. Tuan puteri sanggup mengikut Tuk Ca dan menjadi milik Raja Siam

demi menyelamatkan negerinya daripada musnah.

Taat setia akan suaminya. Tuan puteri tidak membantah cadangan Sultan Abdullah untuk

menjadi milik Raja Siam kerana takut dimurkai Sultan Abdullah.

Page 29: Antologi Harga Sebuah Lukisan

Bijaksana. Tuan puteri mencadangkan Sultan Abdullah supaya berjumpa dengan Tuk Ca

untuk bertanya tentang hajat sebenar raja Siam menyerang Kota Jelasin.

Memelihara kehormatan diri. Tuan puteri tidak sanggup menjadi milik Raja Siam kerana

mahu menjaga maruah dan kehormatannya sebagai seorang isteri.

Akhirnya menjadi milik Raja Siam. Tuan puteri mengikut Tuk Ca belayar ke benua Siam.

Watak Sampingan

Sultan Abdullah

Anak raja Jembal.

Nama asal Raja Abdullah.

Berkahwin dengan Tuan Puteri Sa’dung.

Menjadi pemerintah negeri Tanah Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung.

Membina Kota Jelasin atas arahan ibu mentuanya, Encik Siti Wan Kembang.

Berpendirian tegas. Sultan Abdullah berasa marah apabila mengetahui Raja Siam ingin

memiliki isterinya lalu terus menghalau keluar utusan Siam.

Sangat sayang akan isterinya. Sultan Abdullah berasa sangat sedih apabila terpaksa

berpisah dengan isterinya.

Berani. Sultan Abdullah sanggup berhadapan dengan tentera Siam yang menyerang Kota

Jelasin.

Sanggup berkorban. Sultan Abdullah sanggup menyerahkan isterinya untuk menjadi milik

Raja Siam demi menyelamatkan negerinya.

Bijak dalam mengambil tindakan. Sultan Abdullah sanggup berunding dengan Tuk Ca setelah

mahligainya dikepung oleh tentera Siam untuk mengelakkan negerinya musnah.

Akhirnya terpaksa berpisah dan menyerahkan isteri kesayangannya, Tuan Puteri Sa’dung

kepada Raja Siam.

Encik Siti Wan Kembang

Raja Perempuan.

Memerintah kerajaan Tanah Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung.

Belum berkahwin dan mempunyai anak.

Mengambil Tuan Puteri Sa’dung sebagai anak angkat.

Sangat sayang akan anak angkatnya. Banyak orang tergila-gila akan tuan puteri tetapi tidak

berani mendekatinya kerana Encik Siti terlalu mengasihinya.

Mengahwinkan Tuan Puteri Sa’dung dengan Raja Abdullah, anak raja Jembal. Encik Siti

mengahwinkan Tuan Puteri Sa’dung kerana ingin mencari pewaris kepada kerajaannya.

Berpindah ke Gunung Ayam dan menjadi raja di situ setelah Tuan Puteri Sa’dung berkahwin.

Page 30: Antologi Harga Sebuah Lukisan

Tuk Ca

Ahli nujum kepada Raja Siam.

Taat kepada raja. Turut belayar bersama-sama dengan raja, menteri dan pegawai Siam

setelah diperintahkan oleh Raja Siam.

Memiliki kesaktian. Tuk Ca dapat mengetahui tempat persembunyian Tuan Puteri Sa’dung

dan Sultan Abdullah berdasarkan ilmu nujum yang dimilikinya.

Bijak dalam sebelum bertindak. Tuk Ca mencadangkan pasukan Siam bersiap sedia menuju

ke arah selatan agar Tuan Puteri Sa’dung dapat ditangkap.

Tidak mudah gelabah. Tuk Ca meminta raja-raja, pegawai dan hulubalang Siam bertenang

setelah Tuan Puteri Sa’dung, Sultan Abdullah, dan mahligai ghaib.

Bertolak ansur. Tuk Ca berunding secara damai dengan Sultan Abdullah untuk mendapatkan

Tuan Puteri Sa’dung yang ingin dimiliki oleh Raja Siam.

Berjaya memperoleh Tuan Puteri Sa’dung dengan mudah dan membawanya pulang ke

benua Siam.

LatarLatar Masa1. Zaman pemerintahan kerajaan Kelantan Purba.

2. 40 hari 40 malam. Persediaan untuk majlis perkahwinan Tuan Puteri Sa’dung dengan

Sultan Abdullah.

3. Waktu malam. Ketika utusan Siam berjumpa dengan Sultan Abdullah untuk

menyampaikan hasrat Raja Siam yang ingin memiliki Tuan Puteri Sa’dung.

4. Waktu siang. Raja dan pegawai sebelah Raja Siam menyedari bahawa Kota Jelasin

telah ghaib.

Latar Tempat1. Tanah Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung.

2. Kota Jelasin..

3. Cerang Bahana.

4. Gunung Ayam.

5. Istana/mahligai.

6. Perahu jong.

Latar Masyarakat1. Masyarakat zaman sistem beraja / Masyarakat feudal .

2. Masyarakat yang taat setia kepada pemerintah.

3. Masyarakat yang sanggup berkorban untuk mempertahankan negara.

Page 31: Antologi Harga Sebuah Lukisan

4. Masyarakat yang memiliki kesaktian yang luar biasa.

5. Masyarakat yang bersabar.

6. Masyarakat yang tidak bersatu padu.

Gaya Bahasa

1. Bahasa Istana

    Contoh:   sultan, baginda, titah, murka, ayahanda, bonda2.  Bahasa Melayu Klasik

    Contoh:   jemelah, suak, cerang, cetera, tuha-tuha, al-kisah,3.  Bahasa Arab

    Contoh:   mustaib, Allah subhanahu wa taala4. Dialek Kelantan

     Contoh:   beroyat5. Pribahasa

Contoh : anak angkat

Nilai1. Kasih sayang

2. Taat setia 

3. Berkorban

4. Nilai bertolak ansur

5. Berani

6. Cinta akan negara

7. Bermuafakat

Pengajaran

1. Kita hendaklah saling menyayangi suami isteri.

2. Kita hendaklah taat setia kepada raja.

3. Kita hendaklah sanggup berkorban demi mempertahankan negara.

4.  Kita hendaklah bijak bertindak dalam menyelesaikan sesuatu masalah.

5. Kita hendaklah bersatu padu untuk menjaga kedaulatan negara.

6. Janganlah kita merampas hak orang lain.

7. Kita hendaklah berunding secara damai untuk menyelesaikan sebarang

    persengketaan.

Page 32: Antologi Harga Sebuah Lukisan

Prosa Tradisional ( Hikayat Patani )Sinopsis            Cerita ini mengisahkan asal-usul raja negeri Patani Dar al-Salam. Raja Kota Mahligai bernama Phaya Tu Kerub Mahajana yang mempunyai anak lelaki bernama Phaya Tu Antara.  Phaya Tu Antara menjadi raja selepas  kemangkatan ayahandanya dengan gelaran  Phaya Tu Naqpa. Baginda suka berburu dan menyuruh rakyatnya untuk menjejaki  rusa yang banyak di kawasan itu tetapi tidak berhasil. Phaya Tu Naqpa berasa hairan  dan menyuruh pengikutnya melepaskan anjing perburuannya. Setelah dua jam anjing perburuan itu menyalak dengan kuat. Anjing itu mengejar  seekor pelanduk putih tetapi pelanduk tersebut  menghilangkan diri. Phaya Tu Naqpa  berangkat ke tepi pantai dan menemui sepasang suami isteri yang tinggal di pantai itu bernama Encik Tani. Orang tua itu menyatakan  mereka rakyat Kota Mahligai yang pernah mengiringi Paduka Nenda ke negeri Ayuthia, disebabkan mengidap penyakit mereka ditinggalkan di situ. Phaya Tu Naqpa berbincang dengan orang-orang besar untuk membuka negeri di tempat pelanduk putih ditemui yang diberi nama Patani Dar al-Salam sempena nama Encik Tani. Mereka juga membina sebuah pangkalan yang diberi nama Pintu Gajah, manakala tempat Encik Tani turun ke laut dinamakan Jambatan Kedi. Baginda dikurniakan  tiga cahaya mata bernama Kerub Picai Paina, Tunku Mahacai dan  Mahacai Pailang. 

 Phaya Tu Naqpa mengalami sakit kulit yang sukar diubati. Phaya Tu Naqpa menawarkan sesiapa yang boleh mengubati baginda, orang itu akan dijadikan menantu. Namun begitu, tiada siapapun yang dapat mengubatinya, lalu pemukul canang telah pergi ke kampung orang Pasai. Syeikh Said telah bersetuju mengubati baginda dengan syarat Phaya Tu Naqpa  mesti memeluk agama Islam sekiranya baginda sembuh. Syeikh Said mengubati baginda selama tujuh hari dan baginda pun sembuh seperti sedia kala. Namun begitu raja telah mungkir janji.  Selepas dua tahun baginda meminta Syeikh Said mengubatinya semula. Syeikh Said bersetuju untuk mengubatinya dengan syarat raja tidak akan mungkir janji buat kali kedua. Apabila sembuh baginda masih tidak menunaikan janji sehingga baginda jatuh sakit buat kali ketiga. Syeikh Said bersetuju mengubati buat kali terakhir. Jika berulang lagi beliau tidak akan mengubati lagi walaupun dihukum bunuh. Akhirnya, setelah sembuh baginda bersama-sama pengikutnya memeluk agama Islam dengan gelaran Sultan Ismail Syah Zillullah Fil-Alam.

Nakhoda kapal dari negara China telah menghadiahkan  sebuah peluru besar kepada Sultan Ismail , negerinya tidak mempunyai meriam. Sultan Ismail merasakan baginda telah diaibkan, lalu baginda mengarahkan rakyat jelata agar tidak menjual tembaga kepada pedagang asing selama tiga tahun bagi membolehkan rakyatnya membuat meriam. Selepas tiga tahun Syeikh Gambak menyuruh anak muridnya Abdul Mukmin menjual tembaga tersebut kepada saudagar dari Melaka. Abdul Mukmin ditangkap semasa  membawa tembaga menyebabkan, Syeikh Gambak dan Abdul Mukmin dihukum bunuh lalu, mayatnya dihanyutkan  ke sungai.  Peristiwa itu telah menyebabkan berlaku beberapa kejadian aneh. Hal ini mendorong Tuk Besar  meminta keizinan raja bagi mengebumikan mayat tersebut. Semasa  pengebumian dijalankan kedua-dua mayat itu memanjang. Oleh itu, kubur mereka dikenali sebagai kubur Tuk Panjang.

Sultan mengarahkan seorang tukang berbangsa Rom membuat meriam. Namun begitu, setelah siap meriam tersebut tidak dapat digunakan kerana terlalu nipis. Akhirnya baginda menyuruh

Page 33: Antologi Harga Sebuah Lukisan

tukang tersebut agar membuat semula meriam tersebut. Hasilnya terciptalah tiga meriam iaitu Seri Negeri, Tuk Buk dan Nang Liu-liu.

Tema

Tema hikayat ini ialah asal usul pemerintahan dan pembukaan Negeri Patani. Phaya Tu Naqpa berasa kagum dengan pelanduk putih yang dikejar anjing tetapi berjaya menghilangkan diri. Oleh itu, raja berasakan bahawa tempat tersebut sangat sesuai untuk dijadikan negeri. Raja Phaya Tu Naqpa telah  bertemu dengan sepasang suami isteri dan setelah mengetahui asal-usulnya, lalu dibuka negeri baharu yang diberi nama Patani  Dar al-Salam sempena nama Encik Tani.

Persoalan

1.            Cara pembentukan sebuah kota (bekerjasama)2.            Keberanian dalam menegakkan kebenaran.3.            Kebolehan luar biasa dalam mengubati penyakit.4.            Menunaikan janji yang telah dibuat.5.            Pengislaman seorang pemerintah.

Watak dan PerwatakanWatak UtamaPhaya Tu Naqpa

•      Nama asalnya Phaya Tu Antara•      Nama sewaktu menjadi raja ialah Phaya Tu Naqpa•      Nama Islamya Sultan Ismail Syah  Zillullah Fil-Alam•      Seorang yang tidak berpegang pada janji•      Akur kepada janji setelah ditimpa musibah.•      Mempunyai tiga cahaya mata iaitu Kerub Picai Paina, Tunku Mahacai, dan Mahacai Pailang.

Watak SampinganSyeikh Said

•      Berpegang teguh pada ajaran agama Islam•      Berkebolehan mengubati penyakit.•      Tegas pendirian dalam membuat sesuatu keputusan.•      Berani kerana benar. Buktinya Syeikh Said bertegas sekiranya raja tidak menunaikan janjinya, dia tidak akan mengubati baginda lagi walaupun dia dihukum bunuh.•      Mengislamkan Phaya Tu Naqpa.

Kerub Picai  Paina

•      Anak sulung kepada Phaya Tu Naqpa ( Phaya Tu Antara )•      Menggunakan gelaran Sultan Mudaffar Syah setelah memeluk agama Islam.

Page 34: Antologi Harga Sebuah Lukisan

Tuanku Mahacai

•      Anak perempuan kepada Phaya Tu Naqpa•      Anak kedua daripada tiga adik beradik•      Menggunakan gelaran Raja Aisyah setelah peluk agama Islam

Mahacai Pailang

•      Anak bongsu kepada Phaya Tu Naqpa•      Menggunakan gelaran Sultan Manzur  Syah setelah memeluk agama Islam.

Tuk Besar

•      Orang yang bertanggungjawab mengebumikan mayat Syeikh Gambak dan Abdul Mukmin

LatarLatar Tempat

Jambatan Kedi – Tempat Encik Tani turun ke laut Pintu Gajah Tempat pelanduk putih menghilangkan diri Sebuah pangkalan di tepi laut. Tempat hukuman bunuh dijalankan ke atas Syeikh Gambak dan Abdul Mukmin. Kampung orang Pasai – Tempat tinggal Syeikh Said. Balairung istana – Tempat raja, menteri , hulubalang dan semua rakyat  menjalankan proses

pengislaman. Sungai – Tempat mayat Syeikh Gambak dan Abdul Mukmin dihanyutkan.

Latar Masa

Zaman pemerintahan  Phaya Tu Naqpa menerima pengaruh Islam. Malam Bulan Ramadan.

Latar Masyarakat

Masyarakat feudal Masyarakat  yang taat setia kepada pemerintah. Masyarakat yang menerima pengaruh agama Islam. Masyarakat yang tidak berpegang teguh pada janji.

Gaya Bahasa1. Bahasa istana

Contoh : baginda, sultan, ayahanda, patik, hulubalang, titah dan bersemayam.2. Bahasa Arab

Contoh : karar, syafaat, takdir

Page 35: Antologi Harga Sebuah Lukisan

Nilai1. Bekerjasama.

2. Ketegasan

3. Keberanian.

4. Berpendirian tegas.

5. Menepati janji.

6. Keinsafan.

           Pengajaran

1. Kita hendaklah bekerjasama dalam melakukan sesuatu perkara.

2. Kita hendaklah tegas menguatkuasakan undang-undang.

3. Kita hendaklah berani dalam menegakkan kebenaran.

4. Kita hendaklah tegas dalam membuat sesuatu keputusan.

5. Kita hendaklah menepati janji.

6. Kita hendaklah insaf apabila menyedari diri telah melakukan kesilapan.

           Prosa Tradisional(Hikayat Marakarma)

Sinopsis

Peperangan, Perkahwinan dan PertabalanCerita ini mengisahkan Maharaja Indera Dewa yang marah apabila Maharaja Marakarma

telah menyerang negeri baginda. Maharaja Indera Dewa menitahkan raja-raja supaya keluar untuk berperang dengan Marakarma. Maharaja Marakarma dan Raja Mengindera Sari telah meminta keizinan ayahanda dan bonda mereka untuk keluar berperang. Kedua-dua belah pihak pun berperang dan bertarung mengikut status masing-masing. Setelah ramai yang tewas dalam peperangan, kelihatan mayat manusia bertimbun serta kepala hulubalang dan pahlawan berselerakan di tengah padang. Yang terselamat hanyalah Maharaja Indera Dewa.

Melihatkan keadaan itu, Maharaja Marakarma pun mengusir Maharaja Indera Dewa dari situ. Maharaja Indera Dewa pun bertanya kepada Maharaja Marakarma tentang asal usul baginda lalu menyuruh baginda pulang kerana kasihan akan Maharaja Marakarma serta ayahanda dan bonda baginda. Maharaja Marakarma tersenyum lalu menyatakan bahawa baginda dianggap sebagai anak yang malang dan tidak dibenarkan tinggal di dalam negeri Puspa Sari. Pada pendapat Maharaja Marakarma, tiada gunanya baginda hidup. Lebih baik baginda mangkat bersama-sama dengan Maharaja Indera Dewa. Maharaja Indera Dewa sangat marah apabila mendengar kata-kata Maharaja Marakarma lalu memanah ke arah Maharaja Marakarma tetapi tersasar. Setelah masing-masing menunjukkan kehebatan memanah, berlaku pula kejadian tikam-menikam. Tikaman Maharaja Marakarma terkena pada dada Maharaja Indera Dewa lalu tembus ke belakang. Baginda pun rebah

Page 36: Antologi Harga Sebuah Lukisan

tetapi sebelum mati, Maharaja Indera Dewa sempat berpesan kepada Maharaja Marakarma supaya menjaga anak baginda, Puteri Nila Cahaya.

Puteri Nila Cahaya telah mengetahui  berita kemangkatan ayahandanya di medan peperangan, Puteri Nila Cahaya terus menangis lantas berlari ke luar kota bersama-sama dengan bondanya untuk mencari mayat Maharaja Indera Dewa. Tuan Puteri Nila Cahaya mendapati ayahandanya tersandar pada bangkai gajah. Bondanya juga mangkat kerana terkena tikaman keris yang terletak di tangan Maharaja Indera Dewa. Tuan Puteri Nila Cahaya hendak menikam dirinya tetapi dapat diselamatkan oleh isteri-isteri hulubalang. Seterusnya, Maharaja Marakarma dan Raja Mengindera Sari menemui pula ayahanda mereka. Ayahanda mereka berasa sangat gembira kerana mereka telah menang dalam peperangan tersebut. Mereka kemudiannya pulang ke negeri Puspa Sari.

Apabila melihat saudaranya duduk bersama-sama dengan suaminya, Tuan Puteri Cahaya Khairani pun menemui mereka lalu menangis. Tuan Puteri Cahaya Khairani memberitahu bahawa Raja Bujangga Indera kini sudah dewasa setelah sekian lama mereka tidak bertemu dan amat rindu akan adindanya itu. Raja Bujangga amat terkejut dan tercengang apabila mendengar kata-kata Tuan Puteri Cahaya Khairani. Setelah diamat-amati, ternyatalah Tuan Puteri Cahaya Khairani ialah kakandanya. Berita baik itu kemudiannya disampaikan kepada ayahanda dan bonda mereka yang kini tinggal  di negeri Mercu Indera oleh seorang hulubalang. Maharaja Marakarma dan anak raja yang lain bercadang untuk mengahwinkan Raja Bujangga Indera dengan Tuan Puteri Nila Cahaya. Rombongan Maharaja Marakarma kemudian berangkat ke negeri Anta Beranta. Maharaja Marakarma menitahkan Perdana Menteri supaya membuat persiapan untuk meraikan perkahwinan Raja Bujangga Indera dengan Tuan Puteri Nila Cahaya lalu melantik Raja Bujangga Indera menjadi Maharaja Anta Beranta.

Maharaja Negeri Mercu Indera

Rakyat Mercu Indera datang menghadap Maharaja Malai Kisna. Pada masa yang sama, hulubalang berkenaan diperintah oleh Maharaja Bujangga Indera supaya  membawa surat lalu menghadap baginda. Bentara telah membaca kandungan surat tersebut. Kandungan surat tersebut menyatakan bahawa Tuan Puteri Cahaya Khairani telah diselamatkan oleh Maharaja Marakarma. Setelah selesai surat tersebut dibaca, rombongan Maharaja Marakarma pun tiba. Maharaja Malai Kisna dan isteri baginda menyambut ketibaan rombongan lalu meraikan rombongan tersebut.

Setela genap empat puluh hari empat puluh malam, Maharaja Marakarma dan isteri baginda dihias dan diletakkan di atas tandu. Mereka diarak mengelilingi negeri Mercu Indera sebanyak tujuh kali. Maharaja Kisna Indera, Mengindera Dewa, Raja Mengerna Lela dan Raja Dikar Agas Peri pun menunjukkan kesaktian mereka masing-masing. Seluruh rakyat negeri Mercu Indera menjunjung duli dan berdoa semoga Sultan Maharaja Marakarma dan Tuan Puteri Cahaya Khairani ditabalkan sebagai raja  negeri Mercu Indera. Setelah selesai upacara pertabalan Maharaja Marakarma, saudara mara baginda yang lain memohon keizinan untuk pulang ke negeri masing-masing. Raja Mengindera

Page 37: Antologi Harga Sebuah Lukisan

Sari pula telah ditabalkan menjadi raja di negeri Pelanggam Cahaya bagi menggantikan Maharaja Puspa Indera.

Tema

Tema hikayat ini ialah hubungan erat antara kerabat diraja. Peperangan yang berlaku antara Maharaja Marakarma dengan Maharaja Indera Dewa telah dapat menyatukan Puteri Nila Cahaya dengan Raja Bujangga Indera melalui ikatan perkahwinan. Selain itu, Puteri Cahaya Khairani telah dapat bertemu semula dengan saudaranya, Raja Bujangga Indera serta  ayahanda dan bondanya setelah diselamatkan oleh Maharaja Marakarma.

Persoalan

    1.    Keberanian untuk menempuh rintangan.    2.    Kebijaksanaan dalam meluaskan kawasan jajahan.    3.    Kesabaran dalam menghadapi penderitaan hidup.    4.    Tanggungjawab seorang bapa menjaga anak.

Watak dan Perwatakan

Watak Utama

1. Maharaja Marakarma Putera kepada Maharaja Indera Angkasa. Mempunyai hubungan persaudaraan dengan Raja Mengindera Sari. Berkahwin dengan Tuan Puteri Cahaya Khairani. Taat. Patuh akan perintah ayahanda baginda supaya berperang menentang

        Maharaja Indera Dewa. Mahir memanah. Berjaya membunuh Maharaja Indera Dewa dengan kemahiran

        memanah yang dimiliki oleh baginda. Berani. Maharaja Marakarma berani untuk menentang Maharaja Indera Dewa. Bertanggungjawab. Menjalankan tugas sebagai ayah kepada Puteri Nila Cahaya dengan

baik. Ditabalkan sebagai maharaja di negeri Mercu Indera.

Watak Sampingan

Raja Mengindera Sari Putera kepada Maharaja Indera Angkasa. Mempunyai hubungan persaudaraan dengan Maharaja Marakarma. Menjadi raja di negeri Pelanggam Cahaya. Taat. Patuh akan perintah ayahanda baginda supaya berperang menentang Maharaja Indera

Dewa.

Page 38: Antologi Harga Sebuah Lukisan

Puteri Nila Cahaya Puteri kepada Maharaja Indera Dewa. Seorang anak yang manja. Penyayang. Berasa sedih apabila mendengar berita kemangkatan ayahanda dan

bondanya. Bernasib baik. Walaupun pada asalnya hidup menderita namun akhirnya

mendapat kebahagiaan. Berkahwin dengan Raja Bujangga Indera.

Puteri Cahaya Khairani Berkahwin dengan Maharaja Marakarma. Mempunyai hubungan persaudaraan dengan Raja Bujangga Indera. Penyayang. Berasa gembira apabila dapat bertemu kembali dengan adindanya.

Raja Bujangga Indera Bersaudara dengan Tuan Puteri Cahaya Khairani Berkahwin dengan Tuan Puteri Nila Cahaya Ditabalkan menjadi Maharaja Anta Beranta Penyayang. Berasa gembira apabila dapat bertemu kembali dengan kakandanya.

Latar

Latar Masa

PagiEmpat puluh hari empat puluh malam

Latar Tempat Negeri Puspa Sari Negeri Anta Beranta Negeri Mercu Indera

Latar Masyarakat Masyarakat feudal  Masyarakat yang penyayang   Masyarakat yang taat setia. Masyarakat yang bertanggungjawab  Masyarakat yang berani. Masyarakat yang bekerjasama dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan. Masyarakat yang mengamalkan kepercayaan karut.

Page 39: Antologi Harga Sebuah Lukisan

Gaya Bahasa

I.  Bahasa Istana    Contoh: baginda ,ayahanda, bonda, baginda, titah, bersemayam, singgahsana

II.  Bahasa Sanskrit     Contoh: ratna mutu manikam

III.  Bahasa Arab     Contoh: maghrib, masyrik

IV.  Bahasa Melayu Klasik     Contoh: rata, lebu duli, anak keti

 V. Hiperbola :Lalu ia memanah ke udara dan menjadi api seperti unung  besar.

Nilai

1. Keberanian.

2. Amanah.

3. Kerjasama

4. Ketaatan

5. Bertanggungjawab

6. Kebijaksanaan

Pengajaran

1. Kita hendaklah berani untuk menentang musuh.

2. Kita hendaklah amanah dalam menjalankan tugas yang diberikan.

3. Kita hendaklah bertanggungjawab terhadap keluarga..

4. Kita hendaklah taat akan perintah ibu bapa.

5. Kita hendaklah bekerjasama dalam melaksanakan sesuatu tugas.

6.   Kita janganlah kita mengamalkan kepercayaan karut.

Page 40: Antologi Harga Sebuah Lukisan

Prosa Tradisional(Hikayat Inderaputera)

Cerita ini mengisahkan seorang putera raja yang bernama Inderaputera yang ingin mengembara. Setelah mendapat keizinan daripada bondanya, Tuan Puteri Seganda Cahaya Iram, Inderaputera terus mengembara sehingga sampai di sebuah gua, iaitu perbendaharaan Raja Baharum Tabiq yang terbina daripada batu berwarna hijau dan pintunya dibuat daripada tembaga suasa. Di pintu gua itu, terdapat seekor ular yang terlalu panjang dan besar. Kehadiran Inderaputera menyebabkab ular itu cuba menyerangnya untuk mengusir Inderaputera dari situ. Walau bagaimanapun, Inderaputera berjaya memarang kepala ular itu hingga mati.

Inderaputera masuk ke gua tersebut dan didapati ruang gua itu terlalu luas dan banyak terdapat bilik yang penuh dengan barangan berharga seperti emas, perak, pakaian yang indah-indah, alatan peperangan, kelengkapan kain kapan serta pakaian raja-raja dahulu kala. Namun begitu, tidak satu pun barang tersebut yang diambilnya. Apabila Inderaputera keluar dari bilik itu, seekor kuda hijau datang menuju ke arahnya dengan sangat pantas dan berdengus kuat serta cuba menyerangnya. Namun, kuda itu dapat dijinakkan oleh Inderaputera dengan menggunakan bahasa jin sehingga akhirnya mereka menjadi sahabat. Lantas dicarinya pelana yang sesuai sehinggalah ditemukan suatu pelana yang bertatahkan ratna mutu manikam yang tertulis “Janggi Gerdana” lalu diletakkan di atas kuda itu. Maka, kuda itu diberi nama “Janggi Gerdana”. Janggi Gerdana memberitahu bahawa terdapat suatu cembul kaca putih di kepala ular Mamdud dan di dalamnya terdapat suatu “Bedi Zahar” yang mempunyai hikmat iaitu dapat menghidupkan orang yang telah mati. Malah dapat juga menghidupkan orang atau binatang yang tanggal tulangnya. Inderaputera sangat gembira dan terus mendapatkan “Bedi Zahar” tersebut. Lalu duduklah ia dengan Janggi Gerdana di dalam gua itu.

Manakala di sebuah negeri pula yang diberi nama Zainun, pemerintahnya adalah Raja Puspa Pandai berketurunan jin Islam manakala isteri baginda yang bernama Tuan Puteri Puspa Seri Gading berketurunan manusia. Baginda mempunyai dua orang anak. Puteranya bernama Dinar Puspa manakala puterinya bernama Tuan Puteri Cendera Lela Nur Lela. Rakyatnya pula berupa pelbagai jenis beruk pada siang hari dan bertukar menjadi manusia pada waktu malam. Untuk mengelak sebarang bencana dan fitnah terhadap puterinya, maka disuruh rakyat jelatanya membina sebuah mahligai yang serba indah di Padang Anta Berahi dilengkapi dengan pelbagai ciri keselamatan dengan harapan puterinya terhindar daripada segala bencana. Setelah itu, seekor tiung dan bayan disuruh supaya menjaga dan menghiburkan puterinya setipa hari sehinggalah pada suatu hari bayan keluar mencari calon suami untuk tuan puteri kerana tuan puteri semakin dewasa. Malangnya putera raja yang dicari itu gagal mendekati tuan puteri kerana tergelincir di pertengahan tangga mahligai yang tinggi itu lalu jatuh mati. Begitulah keadaan yang terus terjadi terhadap berpuluh-puluh anak raja yang cuba mendapatkan Tuan Puteri Cendera Lela Nur Lela.

 Kuda yang bernama Janggi Gerdana telah membawa Inderaputera terbang sehingga sampai di mahligai Tuan Puteri Cendera Lela Nur Lela. Setelah disoal oleh bayan, Inderaputera telah memperkenalkan diri dan asal usulnya. Mendengar penjelasan itu, Tuan Puteri Cendera Lela Nur Lela terus keluar dan menceritakan asal-usulnya juga malah segala peristiwa yang melibatkan anak-anak raja di situ turut diceritakan kepada Inderaputera. Ekoran daripada itu, Inderaputera terus menggunakan Bedi Zahar untuk menghidupkan semua anak raja yang telah tergelincir mati. Dengan izin Tuhan, semua anak raja tersebut hidup kembali dan bersyukur kepada Tuhan serta mendoakan kesejahteraan Inderaputera yang telah membantu menghidupkan mereka. Kesaktian yang ditunjukkan oleh Inderaputera telah menarik hati Tuan Puteri Cendera Lela Nur Lela. Lalu dibawanya bertemu dengan ayahandanya, Raja Puspa Pandai dan disuruh duduk di sebuah kerusi emas. Apabila malam tiba Inderaputera berasa sangat pelik melihat semua keluarga beruk menjadi manusia dan seterusnya Inderaputera dihidangkan dengan makanan dan hiburan yang menarik. Begitulah Inderaputera dilayan setiap hari sepanjang dirinya berada di sana.

Tema

Page 41: Antologi Harga Sebuah Lukisan

Tema hikayat ini ialah keberanian dan kesaktian seorang anak raja.

Inderaputera meminta keizinan bondanya untuk keluar mengembara seorang diri dengan tujuan berdikari dan mengenali erti kehidupan yang sebenar dan disebabkan kesaktian yang terdapat pada dirinya jugalah Inderaputera berjaya bertemu Tuan Puteri Cendera Lela Nur Lela.

Persoalan

a.            Keberanian menentang musuh.b.            Bekerjasama dalam melakukan sesuatu pekerjaan dapat meringankan beban.c.            Bertutur dengan sopan dapat melembutkan hati orang sekeliling.d.            Budi pekerti yang muliae.            Bersyukur atas segala nikmat yang dikurniakan Tuhan.

Watak utama

Inderaputera

· Seorang putera raja kepada Bikrama Buspa.· Bondanya bernama Puteri Seganda Cahaya Iram.· Sangat kacak/tampan rupa parasnya.· Bersifat berani.· Mempunyai budi pekerti yang mulia.· Mempunyai hati yang bersih.· Menggunakan kelebihan diri untuk membantu orang lain.· Satu-satunya putera raja yang berjaya bertemu dengan Tuan Puteri Cendera Lela Nur Lela.· Mempunyai kelebihan menghidupkan orang yang telah mati dengan menggunakan Bedi

Zahar.

Watak Sampingan

Puteri Seganda Cahaya Iram

· Bonda kepada Inderaputera· Isteri/Permaisuri kepada Raja Bikrama Buspa.· Sangat bimbangkan akan keselamatan anaknya.· Buktinya sukar melepaskan anaknya pergi mengembara seorang diri.

Janggi Gerdana· Seekor kuda hijau yang terdapat di dalam gua Perbendaharaan Raja Baharum Tabiq· Seekor haiwan yang pandai berkata-kata menggunakan bahasa jin· Patuh dan akur kepada kelembutan dan pujian.· Buktinya apabila Inderaputera menggunakan bahasa jin dengan lemah lembut maka     

kuda hijau yang pada asalnya berdengus kuat terus tunduk dan akur akan kehendak · Inderaputera yang ingin menjadikannya sebagai sahabat.

Page 42: Antologi Harga Sebuah Lukisan

Ular Mamdud· Seekor ular besar yang panjang dan mempunyai kesaktian.

Buktinya, di kepalanya terdapat suatu cembul putih dan di dalamnya terdapat (Bedi Zahar) yang mampu menghidupkan orang mati. Malah manusia dan binatang yang telah tanggal tulangnya juga mampu dihidupkan semula dengan izin Tuhan.

Raja Puspa Pandai• Seorang raja yang memerintah negeri Zainun.• Bangsanya berasal daripada jin Islam• Bangsa isterinya pula berasal daripada manusia• Mempunyai dua orang anak• Puteranya bernama Dinar Pandai• Puterinya bernama Tuan Puteri Cendera Lela Nur Lela• Isterinya/Permaisuri bernama Tuan Puteri Seri Gading• Rakyatnya terdiri daripada rakyat kera pada waktu siang dan bertukar menjadi manusia

pada waktu malam• Seorang ayah yang bertanggungjawab.

Tuan Puteri Cendera Lela Nur Lela· Puteri kepada Puspa Pandai· Mempunyai rupa paras yang cantik menawan· Sudah dewasa dan patut mempunyai teman hidup· Tinggal di dalam mahligai indah yang telah dibina atas perintah ayahandanya, Puspa

Pandai· Ditemani oleh seekor burung tiung dan bayan yang berkebolehan berkata-kata· Berjaya bertemu dengan Inderaputera dan membawa pulang bertemu ayahandanya di

negeri Zainun.

Latar Masa

Zaman feudal. Zaman pemerintahan diraja. Waktu siang. Rakyat Raja Puspa Pandai menjadi kera, beruk, lotong karkah (cikah),

kongkang dan siamang. Waktu malam. Manakala pada waktu malam seluruh rakyat yang menjadi kera dan beruk

bertukar menjadi manusia.

Latar Tempat Gua yang dikenali sebagai Perbendaharaan Raja Baharum Tabiq. Padang Anta Berahi. Mahligai. Tangga emas. Istana. Negeri Zainun.Latar Masyarakat

Page 43: Antologi Harga Sebuah Lukisan

Masyarakat feudal. Masyarakat manusia dan binatang yang mempunyai cirri-ciri kesaktian. Masyarakat yang patuh kepada pemerintah.

Gaya Bahasa

a. Bahasa istana.

Contoh : bonda, hambab. Penggunaan pantun

Contoh :         Penjahat di atas pintu,                  Dulang tiris mari dirapat;                  Orang muda sahaja begitu,                                    Orang yang arif maka mendapatc. Simile

Contoh: hidungnya itu laksana kuntum melur dan telinganya seperti telepok.d. Metafora

Contoh: maka anak raja itu pun seperti lenyaplah rasa ia dalam laut berahi itu.

Nilai Keberanian. Bertanggungjawab Bekerjasama. Kesyukuran. Menghargai jasa Kasih sayang.

Pengajaran. Kita haruslah mempunyai semangat yang cekal dan berani untuk menghadapi sebarang

halangan. Kita haruslah bertanggungjawab kepada anak. Kita haruslah sentiasa bekerjasama untuk meringankan beban. Kita hendaklah sentiasa merendahkan suara ketika bercakap. Kita hendaklah bekerjasama dalah menjalankan tugas supaya meringan beban. Kita hendaklah mengagungkan kebesaran Tuhan. Kita hendaklah menghargai jasa orang yang telah menaburkan budi.

CERPEN : MUTIARA BONDA

Page 44: Antologi Harga Sebuah Lukisan

[Osman Ayob]

Sinopsis

Cerita ini mengisahkan seorang ibu yang telah membesarkan empat orang anaknya. Suaminya bernama Lebai Sidi telah meninggal dunia akibat sakit jantung semasa menjalani hukuman penjara kerana difitnah membawa dadah. Pada masa itu adik masih dua bulan dalam kandungan. Mohd, Harraz (adik) ialah ‘mutiara bonda’. Dia dibelai dengan limpahan kasih sayang , diasuh untuk menjadi seorang  yang berbudi dan beriman. Namun dugaan selalu bertandang, mencabar kesabaran bonda dalam mengasuh anak lelaki tunggal. Daripada malas ke sekolah, Mohd. Harraz kemudiannya tidak mahu bersekolah lagi, hanya setakat darjah enam. Namun berkat doa dan tawakal bonda, Mohd. Harraz seperti dilahirkan semula, setelah terlibat dalam kemalangan dan bernasib baik kerana tidak ditangkap polis  semasa serbuan polis di sebuah pondok  yang menjadi tempat menghisap ganja. Akhirnya, Mohd. Harraz benar-benar menjadi mutiara , bersinar dan menyejukkan hati bonda. Dia telah berjaya melanjutkan pelajaran ke University al-Bayt , Jordan. Impian bonda untuk melihat anaknya menjadi seorang ustaz  tercapai.

Tema

Tema cerpen ini ialah kegigihan dan kesabaran seorang ibu mendidik anaknya hingga berjaya dalam pelajaran.

Persoalan

1.    Kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya.2.    Bertawakal dan berdoa kepada Tuhan.3.    Kepentingan menuntut ilmu pengetahuan dalam kehidupan.4.    Keciciran pelajar luar bandar.5.    Gejala sosial dalam kalangan remaja.6.    Tekanan  hidup anak bekas banduan.7.    Keinsafan dalam kehidupan.

Ploti.          Permulaan

Bonda yang  sangat  gembira menerima surat daripada anaknya, Mohd Harazz yang sedang melanjutkan pelajaran  di Jordan. Bonda mengimbas kembali saat-saat  ketika membesarkan adik sehingga  berjaya . Ketika  Mohd Harraz berusia 10 hingga 12 tahun dia sangat nakal dan degil.

ii.          PerkembanganGambaran kenakalan dan kedegilan Mohd Harraz sehingga  dia mengambil keputusan berhenti sekolah ketika berada dalam darjah enam. Namun ibunya tetap sabar melayani kerenahnya.

Page 45: Antologi Harga Sebuah Lukisan

iii.             KonflikKonflik timbul apabila Mohd Harraz  memberitahu  bahawa dia mahu berhenti sekolah . Kak Cik tidak bersetuju dan sering tidak berpuas hati dengan sikap ibu yang selalu memberi   muka kepada Mohd Harraz.

  iv.           Klimaks

Ketika adik hendak bertemu dengan kawannya dia terlibat dalam kemalangan jalan raya . Pondok dusun yang hendak dikunjungi adik  telah diserbu oleh pihak polis. Adik bernasib baik kerana dia tidak berada di situ ketika serbuan tersebut.

v.            PeleraianAdik bersyukur kerana tidak berada dipondok itu, dia telah insaf atas kesilapannya  dan menyatakan hasratnya untuk menyambung pelajarannya semula. Akhirnya, Mohd Harraz berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti al-Bayt, Jordan.

Teknik Plot

1.    PemerianAdik  berlari keluar. Saya menjerit memberikan amaran, tetapi tenggelam oleh deruman ganas enjin motor.

2.     Dialog“ Adik nak berhenti sekolah. Bosanlah kena belajar selalu.”

3.     Imbas KembaliSejak dimasukkan ke alam persekolahan, awal-awal lagi sudah terserlah kemalasan dan ketidaksungguhan adik terhadap ilmu…

4.    Monolog dalamanAh, tiada sejurungpun ihsan adik bertamu! Saya betul-betul sakit hati . Berasap-asap bara meluat saya.

5.    Kejutan     Adik terlibat dalam kemalangan jalan raya ketika hendak pergi ke dusun bertemu rakannya.

6.    SuspensPembaca tertanya-tanya adakah Mohd Harraz akan berubah sikap selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Watak dan Perwatakan

Page 46: Antologi Harga Sebuah Lukisan

Watak utamaAdik

· Nama penuhnya Mohd Harraz bin Lebai Sidi· Anak lelaki tunggal daripada empat orang adik-beradik.· Seorang yang degil dan keras hati.· Malas bersekolah dan terlibat dalam masalah sosial .· Seorang yang panas baran.· Insaf setelah terlibat dalam kemalangan.· Melanjutkan pelajar di Universiti al-Bayt, Jordan.

Watak SampinganBonda

· Seorang ibu tunggal .· Mempunyai empat orang anak, tiga perempuan dan seorang lelaki.· Gigih membesarkan anak-anak.· Mempunyai keyakinan yang tinggi bahawa anak-anaknya akan berjaya dalam hidup..· Mendidik anak dengan lembut.· Sangat sabar menghadapi kerenah anak lelaki tunggalnya.

Kak Cik· Anak ketiga daripada empat orang adik-beradik· Kurang sabar dan agak pemarah dengan kerenah adiknya.· Sering menenangkan bonda apabila bonda kesedihan.

Latar

Latar Masa1.    Waktu pagi2.    Waktu senja3.    Waktu malam

Latar  Tempat1.    Rumah Bonda2.    Pondok Dusun3.    Hospital

Latar Masyarakat                                                                                                

1.    Masyarakat yang gigih mendidik anak.2.    Masyarakat yang terlibat dalam penagihan dadah.3.    Masyarakat yang mementingkan ilmu pengetahuan.4.    Masyarakat yang mementingkan nilai kasih sayang. 

Page 47: Antologi Harga Sebuah Lukisan

Gaya Bahasa

1.    PersonifikasiTimbul rasa kagum akan kecekalan sang suria menghadapi bilah-bilah hari.

          2.    Hiperbola

kata-kata berapi yang membakar kepala,berasap-asap bara meluat saya

3.    MetaforaSetem duka, album pengalaman, sampul kehidupan

4.     Sinkope              “Bonda yang berdosa sebab tak pandai ajar anak”                                       -5.    Simile

bonda bagai tercampak ke pulau hanaibarat mengumpul setem

6. Peribahasa            mengembalikan manikam ke dalam cembulnya            bersengkang mata             bendera putih                                   Nilai

1.    Kasih sayang.2.    Bertanggungjawab.3.    Kesabaran.4.    Kegigihan.5.    Keinsafan.6.    Ketabahan.

Pengajaran

1.     Kita hendaklah gigih dalam mendidik anak-anak.2.    Kita mestilah bertanggungjawab terhadap anak-anak.3.    Kita mestilah berusaha untuk mengatasi masalah keciciran pelajar  luar bandar.4.    Kita hendaklah mementingkan kasih sayang dalam keluarga.5.    Kita haruslah sabar dalam menghadapi segala kerenah ahli keluarga.6.    Kita haruslah tabah menghadapi dugaan .

Cerpen Segala yang Tercinta Ada di Sana

Page 48: Antologi Harga Sebuah Lukisan

[Zainal Rashid Ahmad]

SinopsisCerita ini mengisahkan kehidupan masyarakat yang dibesarkan di kampung.  Rata-rata penduduk kampung merupakan masyarakat miskin yang terpaksa bergantung kepada semua sumber tumbuh-tumbuhan yang terdapat di sekeliling untuk mengubati penyakit kerana kos perubatan moden mahal.   Generasi tua telah mendidik anak-anak muda petua-petua mengubati penyakit cara tradisional. Kanak-kanak  diajar mengaji oleh Hajah Tom yang sering bermurah hati dan benar-benar disayangi oleh mereka.  Mereka juga diajar tentang hal ehwal agama oleh Imam Haji Salleh Pumpong.  Hubungan penulis dan rakan-rakan amat rapat dengan Hajah Tom dan Haji Salleh Pumpong. Kehilangan kedua-dua orang yang disayangi ini memberi kesan kepada penulis dan rakan-rakan.

TemaTema cerpen ini ialah tradisi kehidupan dalam masyarakat Melayu tradisional di kampung. 

Persoalan1. Kepentingan alam semula jadi dalam masyarakat kampung. 

2. Pendidikan agama dalam masyarakat

3. Ketaatan kepada guru

4. Kemiskinan masyarakat di kampung

5. Mengenang jasa.

Plot1. Permulaan

Penulis mengingat zaman kehidupannya dan rakan-rakannya semasa mereka membesar di kampung.

2. Perkembangan

Penulis menceritakan kepentingan tumbuh-tumbuhan untuk mengubat pelbagai penyakit bagi menggantikan ubat-ubatan moden yang lebih mahal dan tidak mampu dibayar oleh penduduk kampung.

3. Puncak

Kematian Hajah Tom dan Haji Salleh Pumpong, kedua-dua orang yang paling disayangi dan dihormati oleh mereka.

4. Peleraian

Penulis menganggap bahawa Hajah Tom dan Haji Salleh Pumpong merupakan dua orang yang tidak akan dilupakan oleh mereka.

Teknik Plot1. Pemerian

Orang tua-tua yang lahir dan bakal mati sebagai si miskin, dan selamanya takkan mampu pergi ke klinik kala jatuh sakit …

2. Imbas Kembali

Page 49: Antologi Harga Sebuah Lukisan

Waktu masih kecil dan baru masuk sekolah, di rumah Hajah Tom, guru Quran tempat kami mengaji, dua tiga orang teman mengadu …

3. Dialog

“Untuk beroleh berkat, amalkan dengan tawakal, berserah , dan berdoalah dengan kalimat hanya Allah Yang Maha Berkuasa,” kata Hajah Tom

4. Kejutan

…Solat ini terakhir untuk guru Quran yang tercintaTak lama selepas itu, pada awal Ramadan kemudiannya, kami solat terakhir untuk Haji Salleh Pumpong pula. 

Watak dan Perwatakan1. Aku/kami

· Penulis merupakan anak kampung yang miskin .· Penulis rajin membantu sebarang kerja yang diminta oleh Hajah Tom  dan imam

Haji Salleh Pumpong· Penulis taat kepada Hajah Tom dan Haji Salleh Pumpong.· Penulis rajin dan bertanggungjawab

2. Hajah Tom

· Guru Quran· Suaminya meninggal akibat ditembak komunis di Gubir.· Tinggal sendirian dikampung· Bertubuh kecil serta berkulit putih licin seperti langsat matang· Kuat agama dan sentiasa menasihatkan anak-anak kampung agar sentiasa

mengingati Tuhan.· Baik hati – beliau akan memasakkan mereka makanan seandainya dilihat murid-

muridnya sangat letih kerana belum makan .· Pemurah –Beliau menjamu penulis dan rakan-rakannya selepas membantu Haji

Salleh Pumpong membersihkan surau akibat musim air pasang.· Penyayang – Beliau sentiasa mengalu-alukan kedatangan penulis dan rakan-

rakannya kerana beliau tidak mempunyai anak/penulis dan rakan-rakan telah khatam al-Quran beberapa kali di rumah Hajah Tom .

3. Imam Haji Salleh Pumpong

· Imam tua di kampung penulis.· Berpengetahuan luas – imam yang paling tahu segala perkara yang berkaitan

dengan agama .· Pembersih – sentiasa menjaga kebersihan surau walaupun surau itu telah uzur· Penyayang – menyayangi kanak-kanak .

Latar1. Latar Masa

· Waktu subuh

Page 50: Antologi Harga Sebuah Lukisan

· Malam-malam pertengahan Ramadhan· Awal Ramadhan

2. Latar Tempat

· Kampung .· Surau· Gubir· Rumah Hajah Tom

3. Latar Masyarakat

· Masyarakat kampung· Masyarakat kampung yang miskin· Masyarakat kampung yang taat kepada guru agama.· Masyarakat yang prihatin .· Masyarakat yang mengutamakan kebersihan· Masyarakat yang mengenang jasa.

Gaya Bahasa1. Penggunaan bahasa Arab.

Insyaalah, surah , khatam2. Simile

Umpama menghadap raja3. Personifikasi

…lumpur pula melumuri tangga dan beranda…4. Peribahasa

Sekangkang kera5. Pengulangan kata – Kalau dia kata jangan, maka segera kami jauhi; kalau katanya

mesti, maka cepat-cepat kami patuhi.

Nilai1. Ketaatan

2. Keprihatinan.

3. Baik hati .

4. Mengenang jasa .

5. Kasih sayang.

Pengajaran1.    Kita hendaklah taat kepada guru.2.    Kita haruslah prihatin terhadap orang lain. 3.    Kita perlulah mengamalkan sikap baik hati sesama manusia. 4.    Kita hendaklah mengenang jasa.5. Kita hendaklah menyayangi antara satu sama lain. CERPEN “HARGA SEBUAH LUKISAN”Baharudin A. Manan

Page 51: Antologi Harga Sebuah Lukisan

Sinopsis

Kamal Hijaz  murid tingkatan dua di Sekolah Menengah Sirusa , dia akan berpindah ke Terengganu kerana mengikut bapanya. Dia seorang pelajar yang berbakat dalam lukisan. Seminggu sebelum berpindah, dia menyertai pertandingan melukis. Pada pagi hari  pertandingan,  Kamal Hijaz bertemu kawannya, Maryati dan Norlela. Mereka bersarapan bersama-sama di kantin.  Maryati mengkhianati  Kamal Hijaz dengan menukar kertas lukisannya.   Walau bagaimanapun, Kamal Hijaz berjaya jua memenangi hadiah pertama dalam pertandingan itu. Akhirnya,  Maryati mengaku bahawa dialah yang berbuat khianat terhadap Kamal Hijaz. Dia meminta maaf, dan Kamal Hijaz menghadiahi Maryati sebuah lukisan.

Tema

Tema cerpen ini ialah keluhuran hati dalam persahabatan.

Persoalan

1. Kesungguhan untuk menghasilkan karya yang terbaik.

2. Keikhlasan dalam persahabatan.

3. Kesabaran dalam menghadapi masalah.

4. Cepat menginsafi kesalahan yang telah dilakukan

5. Baik hati dan berlapang dada memaafkan kesilapan orang.

Plot

(i)            Permulaan

Kamal Hijaz membelek-belek buku kumpulan lukisan artis-artis tersohor untuk mencari ilham yang akan dilukiskan dalam pertandingan lukisan yang akan disertainya. Pembaca dikenalkan dengan watak Kamal Hijaz sebagai pelajar yang hebat dalam lukisan di sekolahnya.

(ii)           Pengembangan

Sebelum pertandingan lukisan dimulakan Kamal Hijaz duduk bersandar di bangku simen terazo di taman mini sekolah. Dia didatangi oleh Maryati dan Norlela. Mereka bertegur sapa dan usik-mengusik dengan isu yang berkisar dengan pertandingan melukis yang akan disertai oleh mereka sebentar lagi.  Sejurus kemudian, Maryati mengeluarkan bekas makanan dan mengajak Kamal Hijaz makan bersama-sama mereka.   Pada mulanya, Kamal Hijaz agak keberatan dan malu untuk menerima pelawaan Maryati, tetapi atas permintaan mereka untuk kali yang terakhir, Kamal Hijaz mengalah. Setelah selesai makan, Kamal Hijaz dan Norlela pergi mencuci pinggan dan gelas di kantin.Semasa pertandingan berlangsung , Kamal Hijaz keresahan kerana kertas lukisannya bermasalah dan sukar untuk diwarnai kerana telah disapu lilin. Dia terpaksa menukar kertas lukisan. Sekali  gus

Page 52: Antologi Harga Sebuah Lukisan

dia mengubah fikiran,lalu melukis Hang Tuah bertikam dengan Hang Jebat. Tatkala itu, fikirannya berkonflik; berfikir tentang kisah sejarah Hang Tuah dan Hang Jebat

(iii)          Puncak        Pada perhimpunan mingguan di sekolah,  dia  diumumkan sebagai pemenang Pertandingan Melukis Peringkat Daerah, manakala Maryati sebagai pemenang kedua.

(iv)         Peleraian

Hari terakhir persekolahan Kamal Hijaz diberi peluang memberikan ucapan perpisahan. Ucapannya amat menyentuh hati Maryati, dan Maryati berasa bersalah dan kesal. Maryati menemui Kamal Hijaz untuk ,meminta maaf kerana dia telah menukar kertas lukisan Kamal ketika Kamal mencuci pinggan di kantin. Kamal Hijaz memaafkan Maryati dan menghadiahinya sebuah lukisan.

Teknik Plot

1.    PemerianWalau apa-apapun, Kamal Hijaz akan berlatih untuk membuat kedua-duanya sekali , tetapi dia tidaklah mahu melukis…

2.    Monolog dalaman.Patutlah begitu. Tetapi kenapakah jadi begitu? Telah disemak ketika di rumah tadi, semuanya dalam keadaan elok. Mengapakah tiba-tiba jadi begini? Hatinya mula diserang goyah.  

3.    Dialog“Marilah kita sama-sama menjamu selera,  Kamal.” Tangan Maryati pantas, memenuhi pinggan dengan sate ayam, kuah , dan nasi himpit.

4.    Imbas kembaliSebenarnya, akulah yang menukar kertas lukisanmu ketika kamu pergi ke kantin dulu. Sengaja aku tukar supaya kamu menggelabah dan tidak memenangi hadiah, tetapi kamu memang handal.

5.    Imbas mukaYa, tahun depan kita akan menghadapi peperiksaan Penilaian Menengah Rendah . Semoga kita akan sama-sama mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan.

Watak  dan Perwatakan

Kamal Hijaz

· Berusia 14 tahun· Pelajar  Tingkatan 2 di Sekolah Menengah Kebangsaan Sirusa.· Berbakat dan berminat dalam lukisan/ sentiasa mendapat markah A dalam mata

pelajaran Lukisan.· Pelajar yang gigih dan bersungguh-sungguh.· Tekun mencari ilham untuk persediaan pertandingan melukis.

Page 53: Antologi Harga Sebuah Lukisan

· Berjiwa mulia  kerana menyumbangkan hadiah yang diperoleh kepada PIBG bagi membantu rakan-rakan yang kurang bernasib baik.

· Tabah dan tenang ketika menghadapi masalah. Dia tetap bersabar dan meneruskan lukisannya yang kedua sehingga berjaya.

· Bersikap terbuka dan pemaafMaryati

· Berusia 14 tahun· Rakan sekelas Kamal Hijaz.· Seorang yang peramah dan mudah mesra. Hal ini terserlah sewaktu dia dan

Norela bertemu dengan Kamal Hijaz sebelum pertandingan melukis.· Hasad dengki dan telah  menggunakan taktik kotor untuk mengalahkan  Kamal

Hijaz dalam pertandingan melukis.· Mudah insaf dan menyesali kesilapannya.

Gaya Bahasa

1. Penggunaan bahasa Inggeris            Water colour, poster colour           2. Simlile

Macam nenek kebayan

3. Unsur  peribahasaLurus bendul, membuta tuli

4. PersonifikasiKekecewaan menghambat perasaannya

5. Unsur  hiperbolaMenusuk rongga hidung

Latar Tempat

Di kawasan Sekolah Menengah Kebangsaan Sirusa ;Di taman mini sekolahDi tapak perhimpunan dan di kantin sekolah.

Latar Masa1. Hari Sabtu semasa pertandingan lukisan diadakan.

2. Hari Isnin semasa perhimpunan

Latar Masyarakat1. Latar masyarakat yang berbakat dalam melukis.

Page 54: Antologi Harga Sebuah Lukisan

2. Latar masyarakat yang ikhlas dalam persahabatan.

3. Latar masyarakat remaja yang gigih berusaha.

4. Latar masyarakat remaja yang menghargai sejarah.

5. Latar masyarakat remaja yang mengkhianati rakan untuk memenangi dalam

pertandingan.

6. Masyarakat yang berhati mulia.

Nilai1. Kegigihan

2. Kesyukuran.

3. Bersemangat tinggi

4. Bersabar

5. Keinsafan

6. Baik hati.

Pengajaran

1. Kita hendaklah gigih berusaha untuk berjaya.

2. Kita hendaklah bersyukur akan nikmat Tuhan.

3. Kita hendaklah bersemangat untuk berjaya.

4. Kita hendaklah bersabar dan bertenang.

5. Kita hendaklah menginsafi kesilapan sendiri.

6. Kita hendaklah berhati mulia.

CERPEN  “ BUDI SEMANGKUK DAGING”(Amy Suzani Ainuddin)

Sinopsis            Puan Ainun  hidup berjiran dengan Puan Salbiah, Puan Cheng dan Cik Punita. Puan Ainun telah memberi semangkuk  daging masak Minang kepada  setiap jirannya . Semua jirannya memuji  keenakan masakannya kecuali  Cik Punita yang mengembalikan pemberiannya. Akibat semangkuk daging, Puan Ainun tidak berpuas hati dan berdendam dengan Puan Punita sehingga sanggup menyuruh anaknya mengembalikan buah limau pemberian Cik Punita. Akhirnya, mereka berbaik semula apabila suami Puan Ainun memaklumkan bahawa penganut agama Hindu tidak makan daging lembu kerana lembu ialah binatang suci bagi penganut agama Hindu.

TemaKepentingan semangat kejiranan dalam kehidupan seharian tanpa mengira kaum.

Page 55: Antologi Harga Sebuah Lukisan

Persoalan1.    Rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama hidup dalam harmoni.2.    Ketidakfahaman tentang budaya bangsa lain boleh menimbulkan prasangka buruk.3.    Dendam  boleh mengakibatkan permusuhan.4.    Remaja yang ringan tulang .

Plot(i)         Permulaan

Puan Ainun memasak daging masak Minang.(ii)        Perkembangan

Puan Ainun meminta anak-anaknya menghantar masakan tersebut kepada tiga orang jirannya iaitu Puan Cheng, Cik Punita dan Puan Salbiah.

(iii)       Konflik/PerumitanKonflik timbul apabila, Cik Punita mengembalikan semula masakan tersebut  menyebabkan  Puan Ainun berkecil hati dan berdendam kepada  Cik Punita.

(iv)       KlimaksPuan Ainun akhirnya mengetahui  punca Cik Punita mengembalikan masakannya  melalui penjelasan suaminya. Cik Punita tidak makan daging kerana dia penganut agama  Hindu yang dilarang  makan daging lembu.

(v)        PeleraianPuan Ainun sedar akan kesilapannya dan menghantar sendiri bubur kacang kepada Cik Punita.

Teknik Plot/Penceritaan1.    Pemerian

Puan Ainun tersenyum puas. Bau harum masakkanya memenuhi ruang udara dapur.2.    Dialog

“Tak mengapa! Ada ubi ada batas. Hari ini engkau buat pada aku. Esok lusa , aku akan buat begitu pada engkau pula,” kata Puan Ainun dala hati.

3.    Imbas KembaliPuan Ainun mengingati kembali peristiwa dia tidak membeli produk barangan kesihatan yang dijual oleh Cik Punita.

4.    Monolog“Orang lain pun berniaga juga, taklah macam dia. Nak paksa-paksa orang pula,” rungut Puan Ainun lagi.

5.    Monolog dalamanBiarkan daging itu empuk untuk beberapa minit lagi, fikir Puan Ainun.

6.    SuspensPuan Ainun duduk sambil menongkat dagu di atas meja. Fikirannya ligat mencari jawapan tentang  punca jiran di sebelah kanan rumahnya itu menolak pemberiannya.

7.    KejutanPuan Ainun terkejut mendengar penjelasan suaminya . Rupa-rupanya Cik Punita tidak makan daging kerana penganut agama  Hindu tidak dibenarkan  makan daging lembu.

Watak dan Perwatakan

Page 56: Antologi Harga Sebuah Lukisan

Watak UtamaPuan Ainun

· Isteri kepada Encik Hilal· Ibu kepada Shafiq dan Hanif· Berjiran dengan Cik Punita, Puan Cheng dan Puan Salbiah· Mempunyai semangat kejiranan dan suka menolong jiran.· Gemar memasak dan memberi masakan kepada jiran-jirannya.· Berprasangka buruk.· Seorang yang mudah berkecil hati dan  pendendam.· Insaf akan kesilapannya

Watak SampinganPunita

· Jiran Puan Ainun yang berketurunan India dan beragama Hindu.· Berusia 30-an tetapi belum berkahwin.· Fasih berbahasa Melayu.· Berasal dari Ipoh.· Menjual barangan kesihatan keluaran syarikat jualan langsung.· Patuh pada ajaran agamanya . · Mempunyai semangat kejiranan . 

                                                                 Encik Hilal

· Suami kepada Puan Ainun.· Bapa kepada Shafiq dan Hanif.· Suami yang penyabar dan berjaya menyedarkan kesilapan isterinya.· Memahami adat dan budaya masyarakat kaum lain  .     

Latar

Latar Masa1.    Waktu pagi2.    Waktu tengah hari3.    Waktu petang

Latar  Tempat1.    Rumah Puan Ainun2.    Kawasan Perumahan

Latar Masyarakat

1.    Masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum.2.    Masyarakat yang mengamalkan semangat kejiranan .3.    Masyarakat remaja rajin menolong jiran.

Page 57: Antologi Harga Sebuah Lukisan

4.    Masyarakat remaja yang taat kepada ibu bapa.5.    Masyarakat yang prihatin terhadap adat ,budaya dan agama pelbagai kaum.6.    Masyarakat yang berprasangka dan berdendam.

Gaya Bahasa

1.     Penggunaan bahasa InggerisBest

                        2. Simile

Sakit hati Puan Ainun makin bertambah bagai dicucuk dengan duri.                        3. Peribahasa            Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali.

Nilai

1.    Bantu-membantu2.    Hormat-menghormati3.    Baik hati4.    Kepatuhan5.    Keinsafan.6.    Prihatin

Pengajaran

1.    Kita mestilah bantu-membantu sesama jiran.2.    Kita hendaklah menghormati jiran dan amalan kepercayaan bangsa lain..3.    Kita hendaklah berprasangka baik sesama jiran.4.    Kita mestilah mendidik anak-anak dengan nilai-nilai yang baik.5.    Kita mestilah menginsafi kesilapan diri dan cari jalan penyelesaian.6.    Kita mestilah prihatin dengan adat dan kepercayaan jiran.

CERPEN : MENCARI NAFAS BARU[Ayusari mj]

Sinopsis

                 Cikgu Ana  bertugas di Sekolah Kebangsaan  Kampung Chat, Hulu Pahang. Cikgu Ana dan semua guru gigih berusaha menaikkan nama sekolah. Cikgu Ana mula gelisah apabila anak murid kesayangannya Milah tidak hadir ke sekolah selama tiga hari berturut-turut. Cikgu Ana terus ke rumah Milah untuk menziarahinya dan mendapati  Milah sakit dan dalam keadaan yang lemah. Cikgu Ana membawa Milah ke hospital dan doktor Izah mengesahkan Milah  menghidap penyakit leukemia

Page 58: Antologi Harga Sebuah Lukisan

jenis limfoblastik (ALL). Cikgu Ana berasa sedih kerana Milah meninggal dunia akibat penyakit tersebut sebelum sempat menerima sumsum tulang Cikgu Ana. Peristiwa sedih itu menyebabkan Cikgu Ana minta ditukarkan kembali ke tempat  kelahirannya.

Tema

Tema cerpen ini ialah kegigihan seorang guru yang mengajar di kawasan pedalaman.

Persoalan

1.    Kasih sayang seorang guru terhadap muridnya.2.    Kesungguhan guru menaikkan prestasi sekolah.3.    Ketabahan guru yang mengajar di pedalaman.4.    Kepentingan perubatan moden.

Plot

1.     PermulaanCikgu Ana mengingati kisah  ketika mengajar di Sekolah Kebangsaan Kampung Chat.  Cikgu Ana telah mengambil keputusan untuk bertukar sekolah selepas kematian Milah. Milah merupakan anak murid kesayangannya yang dianggap seperti adiknya meninggal dunia kerana menghidap penyakit leukemia.

2.     PerkembanganPada bahagian ini, Cikgu Ana mengimbas kembali saat-saat dia dihantar bertugas di Sekolah Kebangsaan Kampung Chat, Pahang. Cikgu Ana amat menyayangi  Milah, salah seorang muridnya yang dianggap seperti adiknya sendiri.

3.      KonflikKonflik timbul apabila Milah tidak hadir ke sekolah lebih dari tiga hari. Milah disahkan menghidap penyakit leukemia jenis limfoblastik (ALL).

  4.     Klimaks

Milah meninggal dunia sebelum sempat menerima sumsum tulang Cikgu Ana.

5.     PeleraianCikgu Ana reda dengan ketentuan Ilahi dan mengambil  keputusan untuk  bertukar ke tempat kelahirannya.

Teknik Plot

1.     PemerianKini segala-galanya hanya tinggal kenangan. Ana sudah mengambil keputusan. Keputusan yang diambilnya ini bukan bermakna Ana kecewa tetapi itu ialah cara yang terbaik..

Page 59: Antologi Harga Sebuah Lukisan

2.      Dialog“ Belum. Ayah Molah dan cari air penawar, tetapi tak kurang-kurang demamnya. Risau pula kakak dibuatnya!” keluh emak Milah.

3.     Monolog“Ya Allah , sekiranya ini yang terbaik bagi Millah dan orang di sekelilingnya, maka kami terima dengan penuh keredaan… Soal hidup dan mati terletak pada tangan-Mu!” Ana mengangkat tangan memohon restu ilahi.

4.      Imbas KembaliAna masih teringat lagi akan detik-detik yang begitu mendebarkan apabila dia ditempatkan untuk mengajar di Kampung Chat, Hulu Pahang.

5.     SuspensCikgu Ana gelisah apabila sudah tiga hari Milah tidak hadir ke sekolah.

6.     KejutanMilah menghidap penyakit leukemia jenis limfoblastik (ALL)dan meninggal dunia.

Watak dan Perwatakan

Watak utama

Cikgu Ana· Guru lulusan universiti pendidikan tempatan.· Berkhidmat di Sekolah Kampung Chat, Hulu Pahang.· Gigih melaksanakan tugas.· Bertanggungjawab terhadap anak didiknya· Prihatin masalah kesihatan anak muridnya.· Baik hati untuk menderma sumsum tulang untuk anak muridnya.· Penyayang.

Watak SampinganMilah

· Murid tingkatan 3.· Murid di sekolah Ana .· Anak sulung daripada enam orang adik-beradik.· Ibunya berniaga secara kecil-kecilan· Ayahnya penangkap ikan.· Seorang pelajar yang rajin dan aktif bersukan.· Menghidap penyakit leukemia.· Meninggal dunia sebelum sempat menerima sumsum tulang daripada Cikgu Ana.

Latar

Page 60: Antologi Harga Sebuah Lukisan

Latar Masa1.    Waktu pagi Sabtu2.    Waktu petang3.    Pada hari Jumaat.

Latar  Tempat1.    Kampung Chat, Hulu Pahang.2.    Sekolah kebangsaan Kampung Chat.3.    Kampung Lenjun4.    Hospital Daerah, Kuala Lipis

Latar Masyarakat1.    Masyarakat  guru yang bertanggungjawab terhadap anak muridnya.2.    Masyarakat guru yang penyayang.3.    Masyarakat yang murid yang gigih dalam pelajaran dan kokurikulum.4.    Masyarakat kampung di pedalaman.5.    Masyarakat yang tabah menghadapi takdir Tuhan.6.    Masyarakat guru yang ikhlas sebagai pendidik.

Gaya Bahasa

1.     Penggunaan istilah SainsVincristine, Cytosine Arabinoside,

2.     Personifikasi…keindahan hutan dara yang menghijau disulami nyanyian unggas dan percikan air jeram semasa menyusuri Sungai Kuah benar-benar menggamit Ana …

                  3.     Simile

Tanpa suara manja Milah bagaikan lagu berirama.

Nilai

1.    Bertanggungjawab2.    Kasih sayang.3.    Pengorbanan.4.    Kerajinan.5.    Bersimpati.

Pengajaran

1.    Kita hendaklah bertanggungjawab dalam menjalankan tugas.2.    Kita hendaklah mengasihi sesama insan .

Page 61: Antologi Harga Sebuah Lukisan

3.    Kita  hendaklah berkorban untuk kebahagiaan semua.4.    Kita hendaklah rajin membantu untuk meringankan beban orang lain.5.    Kita hendaklah bersimpati dengan nasib malang yang menimpa orang lain.

Drama Sebuah Perjuangan(Ab Manaf Kamarudin)

Sinopsis

Babak 1

Pangeran Syahbandar menyampaikan ucapan kepada penduduk di kawasan Sungai Padas bahawa mereka bebas bercucuk tanam tanpa diganggu gugat oleh polis Inggeris. Kawasan itu di bawah pemerintahan adik Tunku Sultan Hashim Jalilul Alam.

Babak 2

Jahul melaporkan kepada Pegawai Inggeris bahawa Pangeran Syahbandar mendakwa beliau berkuasa di Sungai Padas. Pegawai Inggeris marah kerana  Pangeran Syahbandar menentangnya. Sungai Padas dipajak kepada kompeni Inggeris oleh Sultan Brunei melalui satu perjanjian.

Babak 3

Pangeran Syahbandar dan Awang meluahkan perasaan marah kepada kompeni Inggeris kerana cuba menguasai kawasan Sungai Padas. Dia mahu mereka bertindak terhadap penghasut.

Babak 4

Satu pertempuran berlaku antara penduduk kampung dengan pihak Inggeris. Pangeran Syahbandar mengarahkan pengikutnya memburu dan menangkap penduduk kampung yang belot.

Babak 5

Jahul memberitahu Pegawai Inggeris bahawa Pangeran Syahbandar  telah menyerang dan menawan penduduk yang menyokong kompeni Inggeris. Pengawai Inggeris akan membuat bantahan kepada Sultan Brunei agar menghentikan kegiatan Pangeran Syahbandar yang menentang kompeni Inggeris.

Babak 6

Tunku Sultan meminta Pangeran Syahbandar membebaskan tawanan dan menghentikan penentangan terhadap Inggeris. Pangeran Syahbandar kesal kerana Sultan termakan hasutan Inggeris. Pangeran tidak akan tunduk dengan desakan tersebut, malah akan menyerang markas Inggeris yang berada di seberang.

Page 62: Antologi Harga Sebuah Lukisan

Babak 7

Berlaku pertempuran antara Pangeran Syahbandar dan polis-polis kompeni Inggeris. Pangeran Syahbandar mengarahkan pengikut-pengikutnya menyerang, membunuh dan merampas senjata api orang Inggeris.

Babak 8

Pegawai Inggeris marah kerana tindakan Pangeran Syahbandar menyebabkan Inggeris kalah teruk. Kedegilan Pangeran Syahbandar akan dibalas kerana pihak Inggeris telah mendapat kebenaran daripada Tuan Residen untuk menyerang balas kota Manggalela iaitu kubu kuat Pangeran Syahbandar.

Babak 9

Pegawai Inggeris mengetahui tentang kebijaksanaan Pangeran Syahbandar membina kubu untuk menahan serangan kompeni Inggeris tetapi pihaknya tidak akan berputus asa dan akan menyerang sekali lagi kubu tersebut. Kompeni  Inggeris juga mendapat bantuan polis Sikh dari Perak yang mempunyai senjata api.

Babak 10

Berlakunya pertempuran antara Pangeran Syahbandar dan polis kompeni. Tiada lagi kedengaran tembakan daripada polis-polis kompeni. Pangeran Syahbandar menganggap pihak kompeni telah berundur.

Babak 11

Keadaan kelam kabut berlaku kerana tembakan meriam daripada polis kompeni yang menyerang kubu Pangeran Syahbandar sekali lagi. Awang berasa cemas kerana bilangan polis kompeni yang ramai dan dibantu oleh polis Sikh manakala pihaknya hanya mempunyai senjata lembing dan keris. Pangeran Syahbandar memberi kata-kata semangat agar berjuang habis-habisan.

Babak 12

Awang memberitahu mereka tidak boleh bertahan kerana ramai pengikut terkorban. Awang menyarankan supaya mereka menyahut seruan Gabenor untuk berunding dan menghentikan peperangan. Akhirnya Pangeran Syahbandar bersetuju tetapi pengunduran mereka bukan bererti mereka tewas. Pangeran Syahbandar  dan pengikut-pengikutnya keluar dari kubu dan menyerah diri kepada kompeni Inggeris.

Tema

Page 63: Antologi Harga Sebuah Lukisan

Tema drama ini ialah semangat patriotik anak watan menentang penjajahan.

Persoalan

1. Kepentingan mempertahankan hak kebebasan memerintah  di negara sendiri.

2. Pengkhianatan terhadap bangsa sendiri untuk kepentingan diri sendi

3. Bekerjasama dalam mempertahankan tanah air.

4. Peperangan banyak membawa kemusnahan. 

5. Bijak membuat menyusun strategi.

PlotPembinaan plot

(i)         PermulaanSemasa ucapan , Pangeran Syahbandar menyeru penduduk kampung menentang kompeni Inggeris kerana daerah ini ialah kawasan mereka.

(ii)        PerkembanganDi pejabat Pegawai Inggeris, Jahul melaporkan berita tentang Pangeran Syahbandar yang mendakwa beliau berkuasa di Sungai Padas. Sungai Padas telah dipajak kepada kompeni Inggeris oleh Sultan Brunei. Pangeran Syahbandar mendakwa Sungai Padas tidak termasuk dalam kawasan pajakan Inggeris.

Pangeran Syahbandar meluahkan perasaan marah terhadap kompeni Inggeris dan menyatakan bahawa kompeni tidak akan berjaya menghasut penduduk kampung.

Pertempuran berlaku antara orang kampung dengan sekumpulan  pembelot. Pangeran Syahbandar telah mengarahkan pengikut-pengikutnya memburu dan menangkap pembelot-pembelot.

Pegawai Inggeris membuat bantahan kepada Sultan Brunei supaya menghentikan tindakan Pangeran Syahbandar menentang kompeni.

Tunku Sultan mengarahkan Pangeran Syahbandar membebaskan tawanan dan menghentikan penentangan terhadap kompeni tetapi tidak diendahkan. Awang menerangkan bahawa perjuangan mereka adalah untuk menegakkan hak dan kebebasan.

(iii)       Konflik

Pertempuran dan tembak-menembak antara Pangeran Syahbandar dan polis-polis kompeni. Pangeran Syahbandar mengarahkan pengikut-pengikutnya supaya menyerang, membunuh dan merampas senjata api orang Inggeris. Ramai polis kompeni dibunuh  dan senjata api dirampas.

Page 64: Antologi Harga Sebuah Lukisan

Tindakan Pangeran Syahbandar menyebabkan pegawai Inggeris mendapatkan kebenaran daripada Tuan Residen untuk menyerang balas Kota Manggalela iaitu kubu kuat Pangeran Syahbandar.

Keadaan kelam kabut berlaku apabila serangan sekali lagi dilakukan oleh kompeni Inggeris dengan bantuan polis Sikh. Bilangan polis kompeni lebih ramai pada kali lagi. Awang berasa cemas  tetapi pangeran syahbandar member kata semangat supaya berjuang habis-habisan

(iv)       KlimaksPangeran Syahbandar bersetuju berunding dengan pihak Inggeris.

(v)        Peleraian

Pangeran Syahbandar dan pengikut-pengikutnya keluar dari kubu dan menyerah diri kepada pihak kompeni Inggeris.

Teknik Penceritaan

1. Teknik Pemerian

Di tengah pentas kelihatan Pangeran Syahbandar  sedang memberikan ucapan kepada penduduk kampung dalam suatu perhimpunan.

2. Imbas kembali

Jahul: Begini tuan, semalam Pangeran dan pengikut-pengikutnya telah menyerang dan menawan penduduk yang menjadi rakyat kompeni itu, tuan.

3. Imbas muka

Awang: Tapi, apa Pangeran? Ada baiknya kita menyahut saja seruan Gabenor baharu kompeni itu. Bukankah dia mengajak kita berunding dan menghentikan peperangan? Daripada kita semua terkorban tanpa warisan, baik kita berdamai, Pangeran.

4. Teknik kejutan

Pihak Inggeris datang menyerang dengan tiba-tiba selepas tembakan daripada polis-polis tidak ada seketika.

Watak dan PerwatakanWatak Utama

Page 65: Antologi Harga Sebuah Lukisan

Pangeran Syahbandar· Ketua penentang· Tokoh pejuang di Sungai Padas.· Berani menentang kompeni Inggeris.· Berfikiran matang dan rasional dalam membuat keputusan.· Pemimpin yang berkarisma.· Bijak mengatur strategi peperangan .· Bersemangat kental

Watak SampinganAwang

· Pembantu kepada Pangeran Syahbandar.· Bersemangat patriotik.· Berfikiran jauh.

Jahul· Pengkhianat bangsanya sendiri.· Tali barut Inggeris.· Seorang yang senang dipujuk apabila menerima ganjaran.

LatarLatar Masa1. Berlaku hampir 4 bulan

2. Waktu malam

3. Waktu pagi

Latar Tempat1. Di kawasan sungai Padas.

2. Pejabat Pegawai Inggeris

3.    Kubu Kota Manggalela

Latar Masyarakat

1. Masyarakat  kampung yang sanggup patriotik .

2. Masyarakat  yang mengkhianati bangsanya sendiri.

3. Masyarakat penjajah yang suka campur tangan dalam hal-hal pentadbiran orang-

orang tempatan.

4. Masyarakat yang tamak dan mementingkan diri sendiri.

5. Masyarakat yang bertimbang rasa.

6. Masyarakat penjajah.

Gaya bahasa

Page 66: Antologi Harga Sebuah Lukisan

1.         Penggunaan bahasa Inggeriswhat, special for you, coming

2.         PeribahasaTali barut , Biar berputih tulang, jangan berputih mataAlang-alang mandi biar basah

Nilai1. Patriotisme.

2. Kesetiaan .

3. Bersatu padu.

4. Keberanian.

5. Rasional

6. Keikhlasan

Pengajaran

1. Kita haruslah memiliki semangat cinta akan negara.

2. Kita hendaklah setia kepada ketua.

3. Kita hendaklah  bersatu dalam menghadapi musuh.

4. Kita hendaklah berani menentang penjajah.

5. Kita hendaklah berfikiran rasional dalam tindakan.

6. Kita perlulah ikhlas dalam melakukan sesuatu pekerjaan.

Drama Cabaran[A.Ghaafar Ibrahim]

Page 67: Antologi Harga Sebuah Lukisan

Sinopsis

Babak 1

Perbualan antara Yahya, Mariah, Firdaus, Hani, Zainal dan Husin tentang cabaran yang dihadapi pada masa sekarang iaitu cabaran kemajuan,ekonomi dan pelajaran. Kemunduran berpunca daripada sikap masyarakat yang suka membuang masa dan bersikap negatif. Zainal dianggap mementingkan diri. Perbincangan bertambah sengit apabila Zainal tidak mahu menerima pendapat orang lain.

Babak 2

Perbualan antara Yahya dan Mariah tentang sikap rakan-rakan yang suka bertekak dan  berbual kosong. Mariah  mengatakan masyarakat kita yang miskin namun bercita-cita tinggi. Yahya mencadangkan agar satu yayasan ditubuhkan  untuk membantu anak-anak ke universiti.  Barisan Pembela Rakyat Desa ditubuhkan untuk mengutip wang bagi tabung pelajaran yang diharapkan dapat membela nasib rakyat desa. Rancangan itu dimulai dengan menubuhkan kelas pemimpin dan Kedai Syarikat Kerjasama.

Babak 3

Hani tidak puas hati tentang sikap pemuda yang suka melepak. Firdaus menjelaskan sikap masyarakat sendiri yang lemah dan beku. Hidup perlulah percaya kepada diri sendiri dan hidup hendaklah bekerjasama. Hani menyatakan tidak ramai pemuda yang sanggup berubah ke  arah kebaikan malah ramai yang boleh bercakap tetapi tidak dapat melaksanakan apa-apa yang diperkatakan. Perkara yang lebih penting ialah daya usaha.

Babak 4

Yahya menyindir sikap pemimpin yang sudah lupa pada orang bawahan. Hal ini di perlihatkan dalam imbas kembali ucapan pemimpin yang berjanji untuk menolong orang bumiputera tetapi tidak menunaikannya.

Babak 5

Yahya berpendapat bahawa perniagaan penting untuk menambahkan pendapatan dan membawa kemajuan kepada negara. Zainal  berpandangan negatif dan tidak bersetuju tentang kebaikan berniaga kerana terdapat satu syarikat kilang padi yang telah ditutup kerana pekerja yang tidak amanah. Firdaus memberikan kata-kata semangat iaitu  kita  tidak boleh berlembut atau merendah diri lagi.

Babak 6

Page 68: Antologi Harga Sebuah Lukisan

Yahya gembira kerana rancangan mereka telah berjaya hasil permuafakatan. Kejayaan dan gambar  mereka telah terpapar di surat khabar dan Zainal akhirnya mengakui kesilapan dirinya.

Tema

Drama ini ialah perubahan sikap dan pemikiran generasi muda untuk mencapai kemajuan diri dan bangsa .

Persoalan1.    Masyarakat yang menentang arus perubahan.2.    Pemimpin yang tidak berpegang pada janji.  3.    Masyarakat yang tidak jujur .4.    Masyarakat yang mahu memajukan bangsa

Plot

Pembinaan plot

1.     PermulaanPerbualan antara Yahya, Mariah, Firdaus, Hani, Zainal dan Husin tentang cabaran yang dihadapi oleh masyarakat sekarang iaitu cabaran dalam kemajuan, ekonomi dan pelajaran.

2.     PerkembanganPerbualan antara Yahya dan Mariah  tentang sikap  anak-anak muda  mereka yang berbual kosong. Yahya  mencadangkan penubuhan satu yayasan sebagai dana untuk membantu anak-anak ke universiti.

Barisan Pembela Rakyat  Desa ditubuhkan untuk mengutip wang bagi tabung pelajaran yang  dapat membela nasib rakyat desa.Rancangan ini dimulai dengan penubuhan kelas pemimpin dan Kedai Syarikat Kerjasama.

Hani menyatakan ketidakpuasan hatinya tentang sikap pemuda yang suka berlepak pada hal mereka harapan bangsa. Mereka juga harus sanggup berubah ke arah kebaikan.

Firdaus berpendapat bahawa hidup mestilah percaya kepada diri sendiri untuk maju serta berfikir dahulu sebelum membuat keputusan.

3.     Konflik

Yahya menyindir sikap pemimpin yang sudah lupa pada orang bawahan. Yahya teringat kembali ucapan pemimpin yang berjanji untuk menolong orang bumiputera.

Page 69: Antologi Harga Sebuah Lukisan

Zainal bersikap  dan berpandangan negatif tentang perniagaan. Buktinya syarikat  kilang padi yang ditutup kerana pekerja yang tidak amanah.

4.     KlimaksYahya gembira kerana rancangan mereka berjaya hasil permuafakatan. Kejayaan mereka terpapar di surat khabar.

5.     PeleraianZainal menyedari kesilapannya dan sedar akan kekuatan permuafakatan.

Teknik Penceritaan

1. Imbas Kembali

Yahya teringat ucapan Yang Berhormat Encik Osman semasa berkempen menjelang pilihan raya sedikit masa dahulu.

2. Monolog

Yahya: (Berdiri, katawa dan bercakap pada diri sendiri) Yang Berhormat Encik Osman tak dapat datang. Tak dapat datang ke kampung ini. Maklmumlah. Orang besar banyak urusan. Hai , yalah dah banyak berpangkat sikit, lupa kepada orang-orang bawah! Memandang bulan di langit, lupa akan rumput di bumi.

3. Suspen

Husin : (Menjerit. Berjalan tak tentu arah) Ooo, kita berjaya! ( Membentangkan surat khabar) Yahya, lihat gambar kau pun ada di samping gambar dia.

4.     KejutanYahya : (Senyum  megah. Surat khabar di tangan) Suatu kegemparan. Ya, satu negeri gempar! Rancangan kita berjaya. Ya , kita berjaya! Kita semua rakyat jelita. Kita berhak untuk menuntut hak kita. Mana boleh jadi pak turut saja. Angguk kepala dengan tidak tentu hujung pangkalnya.

Watak dan PerwatakanWatak UtamaYahya

· Ketua Pemuda Parti.· Pemuda kampung yang mempunyai semangat yang tinggi untuk berubah ke arah

kemajuan.· Pemuda yang berpandangan jauh dan berpendirian tegas.· Pemuda yang gigih berusaha untuk menubuhkan kelas pemimpin dan Kedai Syarikat

Kerjasama.· Yahya percaya bahawa setiap usaha yang bersungguh-sungguh pasti akan berjaya.

Page 70: Antologi Harga Sebuah Lukisan

Watak SampinganFirdaus

· Pemimpin muda yang sentiasa mempunyai idea yang positif.· Firdaus sentiasa mengeluarkan pendapat yang bernas tentang perubahan masyarakat

dan menerima adat resam lama yang boleh membawa kebaikan.· Mahu mencipta satu generasi baru yang dinamis, progresif, dan maju.· Kata-katanya selalu memberi motivasi kepada rakan-rakan lain.

Zainal· Sentiasa berfikiran negatif tentang kemajuan.· Mementingkan diri sendiri.· Berfikiran sempit.· Seorang yang keras hati.·

Osman· Seorang ahli parlimen.· Pemimpin yang pandai berjanji tetapi tidak menunaikan janji tersebut.· Pandai berkata-kata.· Pandai mempengaruhi orang lain.

Latar

Latar Masa1. Malam - Di rumah Yahya, Yahya dan adiknya Mariah berbual-bual tentang

penubuhan barisan Pembela Rakyat Desa.

2. Petang - Di balai raya mereka berbual-bual tentang berita yang tersiar di dada akhbar

tentang kerugian syarikat kilang padi.

Latar Tempat1. Rumah Yahya

2. Rumah Firdaus

3.     Balai raya

Latar Masyarakat

1          Masyarakat yang tinggal di kampung.2.         Masyarakat muda yang mahukan perubahan.3.         Masyarakat yang mementingkan diri sendiri..4.         Masyarakat muda yang berusaha membela nasib bangsa sendiri.5.         Masyarakat yang suka membuang masa . 6.         Masyarakat yang mementingkan agama.

Gaya bahasa

Page 71: Antologi Harga Sebuah Lukisan

1.     Penggunaan bahasa InggerisFlashback, transistor

2. Simile

Engkau semua terlalu besar cita-cita. Macam harimau lapar saja.    3. Peribahasa

Hangat-hangat tahi ayam , cakap besar, keras hati.4.     Personifikasi

Hawa nafsu bermaharajalela dalam dada.           Nilai

1.    Kerajinan.2.    Bekerjasama.3.    Keberanian4.    Rasional5.    Bersatu padu6.    Berwawasan.

Pengajaran

1.    Kita hendaklah rajin berusaha untuk kesenangan hidup.2.    Kita mestilah bekerjasama ke arah kebaikan.3.    Kita hendaklah berani mengeluarkan pendapat dan memajukan diri.4.    Kita hendaklah rasional dalam tindakan.5.    Kita hendaklah hidup bersatu padu dan bergotong-royong untuk kejayaan masyarakat6.    Kita hendaklah berwawasan dan berfikiran luas.