Amalan Terbaik Dalam Pembanguan Bandar Mapan

9
AMALAN TERBAIK DALAM PEMBANGUNAN BANDAR MAPAN (PASONA URBAN AGRICULTURE, TOKYO) IRFAN HAKIMI BIN AZIZI A154663 LMCP1532 PEMBANGUNAN BANDAR MAPAN

Transcript of Amalan Terbaik Dalam Pembanguan Bandar Mapan

Page 1: Amalan Terbaik Dalam Pembanguan Bandar Mapan

AMALAN TERBAIK DALAM PEMBANGUNAN BANDAR MAPAN(PASONA URBAN AGRICULTURE, TOKYO)

IRFAN HAKIMI BIN AZIZIA154663LMCP1532 PEMBANGUNAN BANDAR MAPAN

Page 2: Amalan Terbaik Dalam Pembanguan Bandar Mapan

PERTANIAN URBAN PASONA / PASONA O2•Pada tahun 2010, sebuah firma dari New York

(Kono Designs) telah mencipta satu konsep berkebun yang urban, di dalam sebuah bangunan pejabat 9 tingkat, yang dimiliki oleh Pasona Group.

•3995 meter persegi ruang daripada 19,974 meter persegi ruang bangunan tersebut telah dijadikan kawasan hijau yang memanam beberapa spesis tanaman , buah-buahan, sayur-sayuran & padi.

•Idea ini membolehkan pekerja di bangunan tersebut untuk menanam dan menuai setiap hasil tanaman yang mereka lakukan.

Page 3: Amalan Terbaik Dalam Pembanguan Bandar Mapan

•Pekerja di Pasona Group juga digalakkan untuk kekal bertani dan menuai hasil tanaman mereka, dengan bantuan dari pasukan yang pakar mengenai pertanian.

•Hasil tani yang dituai boleh terus dijadikan sebagai makanan, dan dapat mengurangkan kos penghantaran serta menjimatkan masa.

•Hasil tani ini juga, telah dijadikan sebagai bahan masakan di kantin Pasona Group, untuk pekerja mereka.

•Salah satu cabaran yang perlu dihadapi, pekerja pejabat di bandar merasakan bahawa bertani adalah sesuatu yang jauh dari hidup mereka.

Page 4: Amalan Terbaik Dalam Pembanguan Bandar Mapan

•Dari projek seperti Pasona O2 ini, ia akan menjadi simbol untuk meningkatkan kesedaran mengenai pertanian.

•Potensi bidang pertanian itu sendiri mampu dikembangkan lagi melalui projek-projek seperti ini.

•Penggunaan tanah digunakan secara maksima untuk menempatkan bangunan, namun pertanian itu sendiri mampu dijalankan di bangunan-bangunan.

•Walaupun tanah telah dibangunkan dengan bangunan, masih terdapat lagi ruang-ruang yang mampu ditumbuhi hidupan hijau, yang mendatangkan hasil lumayan.

Page 5: Amalan Terbaik Dalam Pembanguan Bandar Mapan

• Tomato ditanam diatas kawasan meja persidangan, daun salad ditanam di dalam bilik seminar

Page 6: Amalan Terbaik Dalam Pembanguan Bandar Mapan

• Sistem kawalan iklim digunakan bagi mengawasi kelembapan, suhu dan aliran udara di dalam bangunan untuk memastikan ia sesuai bagi pekerja dan tanaman

Page 7: Amalan Terbaik Dalam Pembanguan Bandar Mapan

•Pasona percaya bahawa kelebihan pertanian urban dan ruang hijau di pejabat mereka mampu menjadikan ruang kerja yang lebih baik untuk pekerja mereka

•Idea pertanian urban di dalam ruang pejabat yang diketengahkan oleh Kono Designs dan Pasona Group ini mampu menjadikan persekitaran sesebuah bandar itu menjadi lebih mapan.

•Sesebuah bandar yang sudah sesak dengan pembangunan itu sendiri mampu menghasilkan produk pertanian.

•Ini merupakan amalan yang baik bagi sesebuah bandar yang mapan

Page 8: Amalan Terbaik Dalam Pembanguan Bandar Mapan