Acf422 fasa8 ujian analisis penilaian js

4
Analisis Penilaian Fasa 8 Fasa kelapan ini merupakan penilaian dalam bentuk kuiz dan ujian bagi teks drama Jalan Sempit. Secara sepintas lalu, fasa ini mengandungi: 1. Kuiz 2. Ujian penuh, 3. Ujian-ujian kecil, Secara keseluruhan, jenis penilaian yang digunakan pada langkah ini berbentuk sumatif yang dilakukan secara formal kerana kuiz beraneka pilihan (MCQ) dan ujian bertulis. Memandangkan fasa ini merupakan bentuk penilaian terakhir bagi teks drama ini yang merangkumi kesemua aspek teks, maka jenis penilaian sedemikian diperlukan. Melalui kuiz MCQ yang disediakan di blog kelas sebagai persediaan atau latihan sebelum ujian bertulis secara formal, para pelajar boleh melatih diri untuk mendapatkan kesemua jawapan yang betul untuk berlatih atau menilai diri mereka sendiri dan melihat sejauh mana mereka telah menguasai teks. Kuiz ini merangkumi kesemua aspek teks walau bagaimanapun tidak seperinci ujian. Dengan menggunakan bentuk soalan beraneka pilihan, para pelajar boleh memerhatikan bagaimana jawapan yang betul dibina. Ini juga bertujuan untuk melatih mereka bagi ujian. Penilaian berbentuk kuiz ini tidak memberikan maklum balas untuk guru tetapi secara kendiri oleh para pelajar untuk menilai diri. Maka baik jika guru mengajukan soalan kepada para pelajar melalui

Transcript of Acf422 fasa8 ujian analisis penilaian js

Page 1: Acf422 fasa8 ujian analisis penilaian js

Analisis Penilaian Fasa 8

Fasa kelapan ini merupakan penilaian dalam bentuk kuiz dan ujian

bagi teks drama Jalan Sempit. Secara sepintas lalu, fasa ini mengandungi:

1. Kuiz

2. Ujian penuh,

3. Ujian-ujian kecil,

Secara keseluruhan, jenis penilaian yang digunakan pada langkah ini

berbentuk sumatif yang dilakukan secara formal kerana kuiz beraneka pilihan

(MCQ) dan ujian bertulis. Memandangkan fasa ini merupakan bentuk

penilaian terakhir bagi teks drama ini yang merangkumi kesemua aspek teks,

maka jenis penilaian sedemikian diperlukan.

Melalui kuiz MCQ yang disediakan di blog kelas sebagai persediaan atau

latihan sebelum ujian bertulis secara formal, para pelajar boleh melatih diri

untuk mendapatkan kesemua jawapan yang betul untuk berlatih atau menilai

diri mereka sendiri dan melihat sejauh mana mereka telah menguasai teks.

Kuiz ini merangkumi kesemua aspek teks walau bagaimanapun tidak

seperinci ujian. Dengan menggunakan bentuk soalan beraneka pilihan, para

pelajar boleh memerhatikan bagaimana jawapan yang betul dibina. Ini juga

bertujuan untuk melatih mereka bagi ujian. Penilaian berbentuk kuiz ini tidak

memberikan maklum balas untuk guru tetapi secara kendiri oleh para pelajar

untuk menilai diri. Maka baik jika guru mengajukan soalan kepada para

pelajar melalui blog atau komen di blog atau di kelas untuk menanyakan jika

Page 2: Acf422 fasa8 ujian analisis penilaian js

mereka mempunyai kemusykilan, bantuan atau inginkan penerangan lanjut

bagi mana-mana soalan atau aspek.

Terdapat hambatan bagi bentuk penilaian ini selain maklum balas yang

diterima guru. Suatu lagi merupakan bentuk soalan yang digunakan bagi kuiz

ini. Soalan beraneka pilihan mengurangkan pemikiran pelajar untuk membina

jawapan sepertimana merupakan bentuk ujian nanti iaitu soalan subjektif.

Untuk mengatasi hambatan ini, guru boleh memberitahu terlebih dahulu

bentuk ujian kepada para pelajar agar mereka lebih bersedia dan meneliti

kuiz ini dengan lebih mendalam lagi. Bagi kuiz ini, guru mengajukan dan

memancarkan soalan-soalan seperti berikut:

Apakah tema bagi drama ini?

Nyatakan watak wanita yang cantik dan bergaya juga suka membebel.

Dua watak manakah yang mempunyai perselisihan berkenaan motor

dan makanan?

Pilih puncak atau klimaks plot bagi drama ini.

Nyatakan latar masa bagi teks ini.

Pilih latar tempat bagi drama ini.

Nyatakan huraian bagi nilai murni 'Perpaduan'.

Ujian merupakan penilaian sumatif yang boleh dijalankan guru untuk

menilai pemahaman dan penggarapan teks selain peperiksaan. Ujian ini

meliputi semua aspek teks yang telah dijalankan guru dalam pengajaran dan

pembelajaran. Ujian ini disiapkan dalam dua bentuk. Ujian penuh dan dua

ujian kecil. Ujian penuh disiapkan dan boleh dijalankan jikalau guru

Page 3: Acf422 fasa8 ujian analisis penilaian js

merasakan para pelajar telah menggarap teks dengan baik di akhir fasa 7,

pada dua masa. Walau bagaimanapun, jikalau guru merasakan para pelajar

belum begitu sedia untuk menjawab ujian yang meliputi semua aspek teks,

guru boleh menjalankan satu ujian kecil dahulu, selama satu masa, yang

meliput aspek tema, watak dan perwatakan dan plot yang telah dijalankan

pada fasa-fasa awal dan yakin telah dikuasai pelajar. Setelah ujian kecil

pertama ini telah dijalankan, guru boleh berbincang tentang jawapan-jawapan

yang baik dan jika perlu, menjalankan suatu lagi latihan sumatif formal atau

mengadakan lembaran kerja rumah dan menjawab soalan-soalan berbentuk

ujian. Kemudian barulah mengadakan ujian kecil kedua bagi penilaian akhir

sebelum peperiksaan. Jika mana pelajar yang meraih keputusan yang lemah,

guru boleh mengadakan kelas tambahan atau latihan lebih intensif bagi

mereka agar dapat dibantu sebelum peperiksaan dan memastikan apakah

yang boleh ditingkatkan dari segi pemahaman mahupun teknik menjawab.

Soalan-soalan yang diajukan kepada para pelajar bagi ujian ini ialah:

Apakah tema bagi drama Jalan Sempit ini? Berikan huraian yang

sesuai.

Pilih dua watak dari teks ini dan huraikan/bincangkan dua

perbandingan antara mereka bersertakan bukti.

Bincangkan dua teknik plot yang digunakan penulis.

Huraikan drama ini berdasarkan struktur plot dengan bukti-bukti yang

sesuai.

Nyatakan latar tempat dan masyarakat teks drama ‘Jalan Sempit’ ini.

Bincangkan dua nilai positif dalam teks ini.

Huraikan aspek sudut pandangan bagi teks ini.

Drama ’Jalan Sempit’ tergolong dalam drama realisme. Buktikan.

Page 4: Acf422 fasa8 ujian analisis penilaian js

Kesimpulannya, penilaian, baik dalam bentuk sumatif atau formatif, formal

atau informal, perlulah dijalankan keseluruhannya pada tahap-tahap

berlainan. Ini agar guru dapat mengetahui pemahaman dan penggarapan

para pelajar dan mengingkatan yang perlu dilakukan guru untuk

pengajarannya sebelum mengakhir suatu topik.