Acf422 fasa2 tema pemikiran latar analisis penilaian

5
Analisis Penilaian Fasa 2 Fasa kedua ini merupakan pengajaran tema, pemikiran dan latar kepada teks drama Jalan Sempit. Secara sepintas lalu, langkah ini mengandungi: 1. Perbincangan berkenaan catatan audio untuk mencerakin tema, 2. Pengisian penyusun grafik secara berkumpulan untuk menganalisa teks bagi pemikiran dan latar, 3. Pengisian nota penyusun grafik sewaktu perkongsian kumpulan-kumpulan, 4. Renungan kendiri di akhir pengajaran. Secara keseluruhan, jenis penilaian yang digunakan pada langkah ini berbentuk formatif yang dilakukan secara formal kerana melibatkan penyusun grafik, catatan dan nota diisi disamping perbincangan dan perkongsian. Memandangkan pelajaran ini merupakan pelajaran pertama bagi teks drama ini yang mendalami salah satu aspek teks, maka jenis penilaian sedemikian diperlukan. Lebih-lebih lagi, ini berpadanan dengan jenis aktiviti dan pelajaran yang lebih kepada tahap-tahap awal dalam Taksonomi Bloom. Penilaian yang dilakukan ialah dalam bentuk pemerhatian, lisan dan penulisan. Melalui aktiviti catatan audio, penilaian yang dilakukan berdasarkan perbincangan selepas audio petikan-petikan dialog dari teks dan pemerhatian guru ketika permainan itu dijalankan. Melalui perbincangan, guru mengajak para pelajar untuk memberi sumbangan berdasarkan catatan mereka untuk mencerakin teks.

Transcript of Acf422 fasa2 tema pemikiran latar analisis penilaian

Page 1: Acf422 fasa2 tema pemikiran latar analisis penilaian

Analisis Penilaian Fasa 2

Fasa kedua ini merupakan pengajaran tema, pemikiran dan latar

kepada teks drama Jalan Sempit. Secara sepintas lalu, langkah ini

mengandungi:

1. Perbincangan berkenaan catatan audio untuk mencerakin tema,

2. Pengisian penyusun grafik secara berkumpulan untuk menganalisa

teks bagi pemikiran dan latar,

3. Pengisian nota penyusun grafik sewaktu perkongsian kumpulan-

kumpulan,

4. Renungan kendiri di akhir pengajaran.

Secara keseluruhan, jenis penilaian yang digunakan pada langkah ini

berbentuk formatif yang dilakukan secara formal kerana melibatkan penyusun

grafik, catatan dan nota diisi disamping perbincangan dan perkongsian.

Memandangkan pelajaran ini merupakan pelajaran pertama bagi teks drama

ini yang mendalami salah satu aspek teks, maka jenis penilaian sedemikian

diperlukan. Lebih-lebih lagi, ini berpadanan dengan jenis aktiviti dan pelajaran

yang lebih kepada tahap-tahap awal dalam Taksonomi Bloom. Penilaian yang

dilakukan ialah dalam bentuk pemerhatian, lisan dan penulisan.

Melalui aktiviti catatan audio, penilaian yang dilakukan berdasarkan

perbincangan selepas audio petikan-petikan dialog dari teks dan pemerhatian

guru ketika permainan itu dijalankan. Melalui perbincangan, guru mengajak

para pelajar untuk memberi sumbangan berdasarkan catatan mereka untuk

mencerakin teks. Penilaian ini dapat membolehkan guru menganggarkan jika

Page 2: Acf422 fasa2 tema pemikiran latar analisis penilaian

para pelajar mempunyai idea bagi tema teks yang dibaca. Bagi aktiviti ini,

guru mengajukan dan memancarkan soalan-soalan seperti berikut untuk

menggalakkan pemikiran, juga yang ada pada catatan:

Apakah persamaan yang boleh dikesan pada petikan-petikan

yang diperdengarkan?

Apakah tema bagi teks Jalan Sempit ini?

Apakah perasaan atau pandangan anda berkenaan audio petikan-

petikan teks tadi?

Tuliskan beberapa kata kunci yang berkenaan tema teks ini

berdasarkan apa yang telah kamu baca sebelum ini dan mendengar

tadi.

Melalui perbincangan dan pemerhatian yang dijalankan guru bagi

aktiviti tersebut, guru dapat mengukur kebolehan para pelajar untuk

mengemukakan isu-isu atau kata-kata kunci yang mereka kesan sewaktu

membaca teks. Guru dapat menggunakan yang tersebut dan membimbing

perbincangan kepada tema teks ‘Jalan Sempit’. Ini dapat menggalakkan

sumbangan dari pelajar berbanding guru memberikan sahaja tema teks.

Catatan dilakukan secara individu agar setiap pelajar dapat menulis dan

meluahkan pemikiran mereka pada kertas.

Perbincangan setelah menganalisa pemikiran teks serta bukti dan

huraian yang dilakukan secara berkumpulan ialah untuk menilai kebolehan

dan pemahaman para pelajar menyaring bukti dari teks dan menyatakan

huraiannya berkenaan pemikiran. Ianya dilakukan secara berkumpulan agar

Page 3: Acf422 fasa2 tema pemikiran latar analisis penilaian

pada tahap pengenalan kepada aspek pemikiran teks ini, lebih banyak minda

yang menyumbang dapat mendetikkan lebih idea atau peringatan dan

perbincangan berkenaannya. Guru juga telah membahagikan kumpulan

kepada campuran tingkatan kebolehan pelajar dengan sekurang-kurangnya

satu pelajar HA dalam setiap kumpulan. Rasionalnya ialah langkah ini diambil

agar para pelajar tidak merasakan pelajar HA akan berkumpul dalam satu

kumpulan dan melakukan hasil yang jauh lebih baik berbanding mereka juga

agar terjalinnya perkongsian pandangan yang rencam dari berbagai sudut

dan tahap.

Pengisian nota penyusun grafik sewaktu perkongsian kumpulan-

kumpulan dijalankan agar setiap para pelajar memberi perhatian terhadap

perkongisian, menimba bukti dan huraian yang dapat diperuntukkan untuk

setiap pemikiran dan mempunyai bahan rujukan untuk masa seterusnya bagi

pembelajaran teks ini dan waktu ulangkaji. Ini boleh dianggap sebagai

penilaian formatif bagi menggabung aspek-aspek yang dipelajari pada

pengajaran ini.

Renungan kendiri di akhir pengajaran merupakan penilaian atau

penaksiran guru terhadap pemahaman, penimbaan dan refleksi pada hari

tersebut. Pada masa yang sama guru dapat menilai dan mengetahui apa

yang pelajar ingin mengetahui lebih lagi dan apa yang guru boleh perbaiki

bagi pengajaran akan datang. Soalan-soalan bercapah yang diajukan kepada

para pelajar bagi renungan ini ialah:

Page 4: Acf422 fasa2 tema pemikiran latar analisis penilaian

Dua perkara yang saya bangga tentang diri saya pada hari ini,

Satu perkara yang saya suka tentang pembelajaran hari ini,

Satu perkara yang boleh diperbaiki tentang pembelajaran hari

ini,

Satu perkara yang saya ingin kepastian tentang pengajaran hari

ini atau teks.

Sepertimana yang difahamkan, penilaian formatif merupakan penilaian

berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ia juga bertujuan

untuk mengesan penguasaan dan kemajuan pelajar untuk memperbaiki

kelemahannya dengan serta merta. Ini dapat dilakukan dengan ulasan guru

sewaktu perbincangan dan perkongsian juga maklum balas guru setelah

renungan kendiri pelajar ditulis dan dihantar kumudian diberikan semula

kepada pelajar. Objektif penilaian yang dilakukan ialah untuk menilai

pemahaman para pelajar mengenai tema, pemikiran dan latar teks Jalan

Sempit. Selain itu, ia juga untuk mereka memahami dan memetik maklumat

yang relevan untuk menyokong hujah mereka. Mereka harus membuat

intepretasi dan menyatakan respons peribadi terhadap audio yang

diperdengarkan dan renungan pembelajaran di akhirnya.

Unsur kepelbagaian kecerdasan yang terlibat ialah interpersonal

terutamanya sewaktu perbincangan kumpulan dan perkongsian baik

menyampaikan hasil atau memberikan pendapat. Berdasarkan Taksonomi

Bloom, kemahiran berfikir yang dilatih melalui pelajaran ini ialah kemahiran

Page 5: Acf422 fasa2 tema pemikiran latar analisis penilaian

memahami, dan menganalisa. Ini selari dengan Hasil yang Diingini melalui

Pendidikan (DOE). Hasil yang diingini dalam setiap pelajar setelah tamat

tahap sekolah menengah ialah:

1. mempunyai kebolehan bekerjasama dalam kumpulan dan menunjuk

empati kepada orang lain,

2. dapat menghargai perbezaan pendapat dan berkomunikasi secara

efektif, dan akhir sekali.