5taktik_SifuFBAds

download 5taktik_SifuFBAds

of 64

Transcript of 5taktik_SifuFBAds

  • 8/11/2019 5taktik_SifuFBAds

    1/64 1

  • 8/11/2019 5taktik_SifuFBAds

    2/64 2

  • 8/11/2019 5taktik_SifuFBAds

    3/64 3

  • 8/11/2019 5taktik_SifuFBAds

    4/64 4

    TAJUK

    ISI KANDUNGAN

    Pengenalan 5 - 6

    7 - 22

    23 - 34

    35 - 46

    47 - 54

    55 - 62

    TAKTIK KILLER 1# Orang membeli kerana mereka percaya!

    TAKTIK KILLER 2# Follow up Mereka, Jualan Akan Naik!

    TAKTIK KILLER 3# Fokus Pada Targeed Prospect, Lubuk

    TAKTIK KILLER 4# Push Prospek Untuk Membeli!

    TAKTIK KILLER 5# Pantau, Kira & Perbaiki Iklan FB Anda!

    MUKASURAT

  • 8/11/2019 5taktik_SifuFBAds

    5/64 5

    Pendahuluan

    Kerjaya dalam bidang perniagaan dan keusahawanan sememangnya penuh risiko tetapi ia

    menjanjikan pulangan yang lumayan bagi mereka yang berusaha dan bekerja keras. Namun begitu,

    peluang perniagaan dak mudah dikenal pas dan hanya individu yang mempunyai sifat dan ciri-ciri

    keusahawanan sebenar dapat menghidu peluang tersebut.

    Pada masa yang sama mereka berupaya memberi penumpuan dan menjana daya pemikiran

    berterusan dalam bidang yang diceburi. Mereka senasa mengkaji senario dan masalah-masalah

    semasa, kehendak pengguna, kemahiran individu dan kumpulan, produk atau servis dari pesaing,

    keperluan pasaran dan sebagainya.

    Sehubungan dengan itu, mereka akan bertambah yakin , lebih kompef, bersemangat dan merangka

    strategi yang sesuai untuk merebut peluang-peluang yang ditawarkan.

    Pengenalan

    Sifuads Sdn Bhd adalah sebuah syarikat bumiputera pemilikan sendirian berhad yang menyediakanperkhidmatan memberi lahan seminar dan bengkel pemasaran keusahawanan melalui medium

    pemasaran di internet.

    Di samping itu, syarikat ini menjalankan perniagaan dengan memberi khidmat FB Ads consultant,

    pemasaran pengiklanan di internet, khidmat copywring bagi pemasaran pengiklanan,

    perkhidmatan tempahan mencetak baju, buku & DVD,menyediakan khidmat rekabentuk graphic bagi

    pembinaan produk syarikat dan menyediakan sewaan bilik seminar . Syarikat ini asalnya telah

    dibangunkan atas nama Jamal Online Markeng Enterprise yang ditubuhkan pada 24hb April 2010

    dengan 3 orang kakitangan yang membantu.

    Kemudian ia terus berkembang dan nama syarikat di perbaharui kepada Sifuads Sdn Bhd pada 17hbApril 2013 yang kini mempunyai pekerja seramai

    7 orang dan 2 orang pekerja separuh masa.

    Sifuads Sdn Bhd kini beroperasi di alamat No

    2-2, Jalan Tasik Utama 9 , Medan Niaga Tasik

    Damai , 57000 Sungai Besi, Kuala Lumpur.

    Visi

    Sifuads Sdn Bhd berusaha membantu untuk

    melahirkan lebih ramai usahawan yang berjayadi atas talian.

    Misi

    Sifuads Sdn Bhd berusaha mengembeleng tenaga dalam pelbagai sumber dan berilzam untuk

    mencapai misi dengan :-

    Memberi ilmu, pengalaman dan lahan yang terbaik melalui program - program yang

    dianjurkan

    Mengamalkan semangat kerja berpasukan yang beramanah,profesional dan produkf. Berazam memberikan perkhidmatan dan produk yang terbaik serta bekuali di dalam industri

    kami

  • 8/11/2019 5taktik_SifuFBAds

    6/64 6

    Makluman

    Terima kasih kerana anda telah dapatkan Manual Blackbook ini dari sifuads.com. Peringatan bahawa

    sifuads dak menjanjikan apa-apa jaminan hasil selepas anda gunakan panduan ini. Pihak sifuads

    juga dak bertanggungjawab dengan apa-apa yang terjadi selepas anda gunakan manual ini. UPDATE

    ini bertarikh 13 JUN 2014!

    Ini cuma perkongsian ikhlas dari sifuads.. Yang mungkin sedikit sebanyak mampu membantu anda

    memahami dan memprakkkan ads untuk tujuan bisnes anda.

    Pihak sifuads juga ingin memaklumkan bahawa Facebook senasa berubah. Jadi, dinasihatkan anda

    supaya senasa alertdengan perubahan-perubahan FB yang mana ianya akan mempengaruhi akan

    keberkesanan pemasaran anda di FB. Cuba dapatkan ilmu-ilmu terkini dari sifuads samada dari

    seminar, di fanpage mahupun blog sifuads.

    Untuk dapatkan info-info terkini, cara terkini tentang ilmu FB ads Markeng, sifuads sarankan anda

    mendaar untuk:

    1) Like fanpage kami di hps://www.facebook.com/sifufesbukads2) Iku ps-ps di blog www.sifuads.com dan juga melalui newsleer melalui emel.

    Siapa Sifuads

    Nama glemer, JaMaL. Berumur 32 tahun (pada tahun ebook ni ditulis),

    berpendidikan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam. Mula melibatkan

    diri dalam perniagaan internet hasil dari pendedahan oleh Dr Irfan Khairi

    sejak 2008 lagi.

    Pada mulanya beliau menjalankan perniagaan Internet secara sambilan dimana beliau membahagikan masa sebagai seorang jurutera awam di siang

    hari dan menjalankan perniagaan ebook selepas tamat waktu perkhidmatan

    sektor awam.

    Sejak April 2010, JaMaL telah mengambil keputusan untuk memulakan perniagaan Internet dengan

    lebih serius. Keputusan ini dibuat setelah beliau mendapa pendapatan sambilan yang diperolehi

    adalah konsisten dan jauh lebih nggi dari gaji penjawat awam yang diterimanya seap bulan.

    JaMaL mula terlibat dalam dunia perniagaan Internet sebagai usahawan produk digital,

    usahawan produk zikal, pemasar aliate, dan juga blogger. Beliau dikenali oleh penggiat industri

    perniagaan Internet di Malaysia sebagai pengajar sejak tahun 2009 lagi. Selain itu, beliau juga seringmenghasilkan panduan-panduan perniagaan dan pemasaran Internet yang sering dijadikan rujukan

    usahawan-usahawan lain.

    JaMaL @ sifuads mula fokus pada pembelajaran/kajian/eksperimen tentang Facebook Ads

    Markeng secara khusus bermula pada tahun 2011 lagi.Beliau menghabiskan puluhan ribu ringgit bagi

    tujuan tersebut.Beliau juga mula mengajar pelajarnya FB Ads Markeng bermula 2011 sehingga lah

    sekarang.Lebih 50 ribu orang telah mempelajari ilmu FB Ads Markeng dari beliau dari blog, fanpage,

    dari emel. Beliau juga telah hasilkan beberapa panduan dalam bentuk ebook, video yang mengajar

    ilmu FB Ads Markeng.Selain itu, banyak seminar-seminar dan juga program-program Training FB Ads

    Markeng yang telah dianjurkan di bawah syarikat beliau, Sifuads Sdn Bhd.

  • 8/11/2019 5taktik_SifuFBAds

    7/64 7

  • 8/11/2019 5taktik_SifuFBAds

    8/64 8

    Semakin tinggi kepercayaan prospek terhadap sesuatu perniagaan, semakin mudah mereka

    membeli. Mereka menjadi pembeli kerana mereka percaya! Sesuatu perniagaan boleh jatuh

    sekiranya pelanggan sudah hilang kepercayaan, setuju?

    Begitu juga di facebook. Peniaga di facebook yang dipercayai, mudah mendapat pelanggan yang

    ramai. Semakin dipercayai, semakin ramai pelanggan yang datang, dan sudah pasti semakin tinggi

    jualannya. Dan sebaliknya, sekiranya peniaga kurang dipercayai, maka kurang pelanggannya, rendah

    jualannya.

    Dalam pemasaran facebook, terdapat 3 elemen percaya yang perlu anda ketahui, iaitu;

    1. Percaya kepada fanpage

    2. Percaya kepada penjual

    3.

    Percaya kepada produk

    Percaya kepada fanpage

    Fanpage boleh diibaratkan sebagai kedai anda di facebook. Jika kedai anda menarik, ianya mampu

    menarik perhatian pelanggan untuk berkunjung ke kedai anda. Dan mereka lebih mudah menjadi

    pembeli apabila mereka percaya dengan kedai anda. Percaya dengan kedai? Bagaimana tu?

    Saya kongsikan pada anda satu cerita.

    Sewaktu saya dan keluarga berkunjung ke Kuantan, saya teringin nak merasai ikan bakar di Tanjung

    Lumpur, Kuantan. Saya sering mendengar cerita ramai orang tentang keenakan masakan ikan bakar

    Tanjung Lumpur ini. Ini membuatkan saya terus berkunjung ke sana untuk mencubanya sendiri.

    Tapi sebaik sahaja sampai di sana, saya menjadi bingung! Terdapat banyak restoran ikan bakar di

    sana. Mana satu yang saya patut singgah? Saya pun menyusuri jalan pesisir pantai sepanjang

    kawasan Tanjung Lumpur untuk mencari restoran yang mampu menarik perhatian saya. Restoran

    pertama, menjual ikan bakar. Restoran kedua, ketiga dan seterusnya turut menjual ikan bakar.

    Semuanya turut menyediakan menu ikan bakar.

    Setelah meninjau lebih kurang 8 10 buah restoran yang menyediakan menu ikan bakar, saya

    tertarik dengan satu restoran ini.

  • 8/11/2019 5taktik_SifuFBAds

    9/64 9

    Agak unik restoran ini berbanding restoran-restoran lain yang telah saya lihat. Kedainya agak besar

    berbanding kedai-kedai lain. Ianya dicat dengan warna hijau dan papan tandanya bertajuk ANA

    IKAN BAKAR PETAI. Menarik! Saya tertarik dengan nama restoranini. Saya lihat restoran ini dipenuhi

    oleh ramai pelanggan. Semua meja penuh!

    Saya rasa inilah restoran ikan bakar yang saya cari selama ini. Melihatkan restorannya yang luas dan

    dipenuhi oleh ramai pelanggan, saya percaya bahawa masakannya juga pasti lazat. Apabila saya

    sekeluarga memasuki restoran tersebut, kami terus diberikan tempat. Memandangkan semua meja

    penuh, kami diberikan meja tambahan di suatu ruang yang baru. Dan mereka terus berikan senarai

    menu untuk kami pilih.

  • 8/11/2019 5taktik_SifuFBAds

    10/64 10

    Setelah menunggu lebih kurang 15 minit, makanan yang dipesan pun sampai. Dan kami terus

    menikmatinya. Wow! Memang sedap rasanya. Ikan bakar petai, ketam masak merah, udang goreng

    kunyit, memang lazat! Ternyata pilihan restoran ikan bakar yang saya buat, tepat!

    Apa yang saya boleh kaitkan cerita di atas dengan kepercayaan kepada fanpage?

    Mudah saja

    Saya singgah di restoran Ana Ikan Bakar Petai tadi kerana restoran ini berjaya menarik perhatian

    saya. Saya tertarik kerana;

    1. Nama restorannya yang unik

    2. Saiz kedai yang lebih besar, lebih luas berbanding restoran-restoran ikan bakar yang lain

    3.

    Warna kedai yang sesuai dengan tema masakan yang dihidangkan

    4.

    Pelanggannya jauh lebih ramai berbanding restoran ikan bakar yang lain

    Ini membuatkan saya percaya bahawa restoran ini bakal menyajikan masakan ikan bakar yang enak,

    sesuai dengan apa yang saya bayangkan sebelum ini.

    Begitu juga situasinya apabila anda berniaga menggunakan fanpage. Fanpage adalah kedai anda.

    Kedai yang meyakinkan, bakal membuatkan orang percaya dan membuatkan mereka berminat

    untuk singgah di fanpage anda. Apabila mereka sudah singgah ke fanpage anda, anda sebelah

    langkah saja lagi untuk tukarkan mereka menjadi pembeli.

  • 8/11/2019 5taktik_SifuFBAds

    11/64 11

    Bagaimana caranya untuk membuatkan pelawat menjadi yakin atau percaya untuk singgah di

    fanpage anda?

    Saya kongsikan 6 tips rahsia di sini.

    # Tips 1 : Berikan Nama Yang Unik Pada Fanpage

    Letakkan nama fanpage yang unik, lain dari lain. Ianya akan membezakan fanpage anda dengan

    pesaing-pesaing anda. Pastikan nama fanpage anda mudah disebut, mudah diingati dan juga

    menarik sebutannya. Gunakan perkataan Bahasa Melayu pada nama fanpage anda adalah lebih baik

    berbanding menggunakan Bahasa Inggeris (bergantung kepada pasaran sasaran anda).

    Dalam kisah yang saya kongsikan tadi, nama restoran Ana Ikan Bakar Petai memang unik, ada

    tarikannya tersendiri. Ini membuatkan saya singgah di restoran tersebut.

    Anda lihat fanpage Rahsia Gadis Korea. Namanya memang unik. Ianya menarik perhatian pelawat

    untuk ketahui apa yang dijual di fanpage tersebut. Fanpage Rahsia Gadis Korea menjual produk-

    produk kecantikan dan kesihatan dari Korea Selatan, iaitu produk mencerahkan wajah dan juga

    supplimen menambahkan ketinggian.

    # Tips 2 : Cover Page Menarik Perhatian

    Letakkan cover page yang menarik di timeline cover di fanpage anda. Gunakan warna yang

    bersesuaian dengan tema perniagaan anda. Cover page ini boleh dianggap sebagai papan tanda

    ataupun signboard kedai anda. Nama page anda turut dipaparkan di sini beserta alamat untuk

    dihubungi seperti laman web, no telefon, emel dan lain-lain.

  • 8/11/2019 5taktik_SifuFBAds

    12/64 12

    Signboard Restoran Ana Ikan Bakar Petai juga menarik perhatian saya. Dengan menggunakan warna

    hijau sebagai warna utama, dan ditambah pula oleh cahaya yang terang dari lampu signboard yang

    dipasang, tiada sebab kenapa pelawat tidak singgah ke kedai ini, lebih-lebih lagi pada waktu malam.

    Lihat fanpage Sifu FB Ads. Saya menggunakan logo syarikat pada cover page untuk menarik

    perhatian pelawat untuk singgah. Cover page ini melambangkan syarikat saya sendiri.

    # Tips 3 : Tingkatkan Jumlah Fans

    Tingkatkan jumlah fans ataupun jumlah like ke fanpage anda. Fans boleh diibaratkan sebagai

    pelanggan yang pernah singgah di fanpage anda.

    Tahukah anda, semakin tinggi jumlah fans anda, semakin tinggi kepercayaan pelawat terhadap

    fanpage anda. Mereka lebih yakin kepada fanpage yang memiliki ramai fans berbanding fanpage

    yang memiliki jumlah fans yang rendah.

  • 8/11/2019 5taktik_SifuFBAds

    13/64

  • 8/11/2019 5taktik_SifuFBAds

    14/64 14

    # Tips 4 : Galakkan Fans Anda Berikan Respons

    Galakkan fans ataupun pelawat berikan komen pada post yang dibina dalam fanpage anda. Bina post

    yang relevan dengan bisnes anda, dan galakkan mereka berikan komen. Mungkin anda boleh bina

    post yang menanyakan soalan, post yang galakkan fans berikan pendapat, post yang menanyakan

    pilihan fans dan anda juga boleh bina post yang berbentuk perkongsian.

    Semakin banyak respons yang diterima pada sesuatu post, semakin tinggi kepercayaan pelawat pada

    fanpage anda. Mereka lihat fanpage anda hidup. Fanpage anda sentiasa aktif, dan sentiasa

    mendapat sambutan. Ianya juga turut menimbulkan keterujaan kepada fans yang baru dan juga

    pelawat baru. Mereka ingin turut sama untuk memberikan respons di post yang anda bina.

  • 8/11/2019 5taktik_SifuFBAds

    15/64 15

    Anda boleh pelbagaikan penulisan post anda, samada menggunakan gambar, video, text sahaja,

    mahupun perkongsian artikel dari blog anda di fanpage. Ini membuatkan page anda lebih menarik,

    lebih istimewa di mata pelanggan.

    TIPS BONUS: Anda boleh bina satu post khas untuk promosi produk anda. Anda letakkan post

    tersebut di atas sekali di fanpage anda dengan memilih fungsi pin to top.Kemudian, bina beberapa

    iklan yang mempromosikan post tersebut. Iklankan post tersebut sehingga memperolehi beribu-ribu

    komen.

    Setiap kali pelawat masuk ke fanpage anda, mereka akan lihat post yang memiliki jumlah komen

    yang besar ini. Ini membuatkan mereka lebih percaya dengan fanpage anda, dan seterusnya mampu

    menimbulkan niat mereka untuk mencuba produk anda.

    Teknik ini, saya namakannya sebagai Teknik Rempit Fb Ads!

    # Tips 5 : Bina post secara konsisten di page anda.

    Post yang dibuat secara konsisten, mampu membantu meningkatkan kepercayaan pelawat terhadap

    page anda. Mereka melihat fanpage anda aktif! Mereka percaya kepada fanpage anda.

    Saya sarankan anda bina sekurang-kurangnya satu post sehari, dan paling banyak, 3 post sehari

    secara konsisten. Anda boleh paparkan post di fanpage anda setiap 4-5 jam bagi setiap post. Jangan

  • 8/11/2019 5taktik_SifuFBAds

    16/64 16

    paparkan post terlalu rapat jangka masanya di antara satu sama lain. Jika anda dah paparkan post

    pertama pada jam 9 pagi, mungkin anda boleh paparkan post kedua pada 2 petang pula. Post yang

    ketiga pula, mungkin anda boleh paparkan pada pukul 8 malam pula.

    Anda boleh ketahui masa-masa yang sesuai untuk anda bina post di fanpage anda dengan melihat

    maklumat di fanpage insight. Lihat paparan di bawah!

    # Tips 6: Berikan Respons Dengan Pantas

    Berikan respons dengan pantas! Apabila pelawat memberikan komen di post anda, sila balas

    sepantas yang boleh. Anda perlu berikan respons kepada pelawat tidak boleh lewat dari 24 jam

    selepas mereka memberikan komen. Lebih cepat, lebih bagus!

    Dengan menjawab komen pelawat dengan pantas, ianya bakal membuatkan fanpage anda lebih

    dipercayai dan seterusnya mampu menarik pelawat-pelawat baru untuk mendapatkan produk yang

    anda tawarkan di fanpage.

  • 8/11/2019 5taktik_SifuFBAds

    17/64 17

    Percaya kepada penjual

    Anda dah tahu bagaimana untuk membuatkan pelawat percaya pada fanpage, iaitu kedai anda. Kini,

    anda juga perlu tahu bagaimana caranya untuk buatkan pelawat percaya kepada anda pula sebagai

    penjual. Penjual yang dipercayai bakal menerima keuntungan yang berterusan.

    Adakah anda tahu, bagaimana caranya untuk meningkatkan kepercayaan pelawat kepada anda

    sebagai penjual?

    Mari saya kongsikan kepada anda, strategi-strateginya.

    1. Gunakan nama anda di ruangan about fanpage anda.

    2. Letakkan nama syarikat di ruangan about dan juga pada cover timeline page anda. Jika perlu,

    letakkan juga no pendaftaran SSM.

    3. Gunakan gambar anda pada profile pic, ataupun di cover timeline.

    4. Letakkan cara untuk pelawat menghubungi anda. Anda boleh gunakan no telefon, emel

    ataupun anda berikan alamat premis perniagaan anda.

  • 8/11/2019 5taktik_SifuFBAds

    18/64 18

    5.

    Letakkan signature nama (kalau rajin) anda setiap kali anda menjawab pertanyaan pelawatsamada di ruangan komen post, mahupun ketika menjawab pertanyaan di ruangan personal

    message.

    6.

    Bina post yang memaparkan gambar anda bersama pelanggan, gambar anda sedang

    menjalankan kerja, atau gambar anda bersama produk.

    Dengan melaksanakan strategi-strategi yang dikongsikan di atas, insyallah pelawat-pelawat fanpage

    anda semakin percaya kepada anda sebagai penjual. Mereka tahu siapa pemilik fanpage, mereka

  • 8/11/2019 5taktik_SifuFBAds

    19/64 19

    tahu dengan siapa mereka berurusan, mereka tahu dari siapa mereka membeli dan mereka juga

    tahu siapa yang patut dihubungi sekiranya mereka menghadapi masalah berkaitan produk.

    Mereka tidak takut untuk membeli dari anda kerana mereka sudah pun mengenali anda. Mereka

    kenal, mereka juga suka, dan mereka juga percaya kepada anda. Kajian ada mebuktikan bahawa

    kebanyakan pembeli lebih suka membeli dari individu yang mereka kenali.

    Percaya kepada produk

    Pembeli membeli produk kerana mahu produk tersebut dapat membantu menyelesaikan masalah

    mereka dan memenuhi harapan atau impian mereka. Dan ketika mereka ingin mendapatkan sesuatu

    produk, mereka terlebih dahulu ingin tahu bagaimana produk dapat membantu mereka. Setelah itu,

    barulah mereka akan percaya.

    Jadi, bagaimana anda boleh buatkan pelawat percaya dengan produk yang anda jual di facebook?

    Saya kongsikan beberapa tips di sini.

    1. Gunakan gambar yang meyakinkan. Apa maksud gambar yang meyakinkan ? Maksudnya

    adalah ; apabila prospek melihat gambar yang anda post kan di fanpage, mereka berasa

    yakin dengan produk yang anda jual. Sebagai contoh, gambar model menggayakan baju

    kurung yang dijual di fanpage mampu meyakinkan prospek untuk membeli berbanding

    gambar yang menggunakan patung.

    2. Senaraikan ciri-ciri produk. Anda senaraikan akan ciri-ciri produk yang anda tawarkan. Ciri-

    ciri produk termasuklah warna, saiz, bahan buatannya, komponennya, aksesorinya,

    fungsinya, cara guna dan lain-lain.

  • 8/11/2019 5taktik_SifuFBAds

    20/64 20

    3. Senaraikan kelebihan produk. Apa beza produk anda berbanding produk yang lain yang

    terdapat di pasaran? Apa kelebihan atau keistimewaan produk anda? Adakah produk anda

    memiliki kelulusan khas, pengiktirafan khas atau apa saja yang membezakan produk anda

    lebih baik dari yang lain. Senaraikan di dalam penulisan ayat post iklan anda!

  • 8/11/2019 5taktik_SifuFBAds

    21/64 21

    4. Beritahu apa manfaat produk? Beritahu prospek akan manfaat yang bakal diperolehi oleh

    mereka setelah mendapatkan produk dari anda. Manfaat dari segi kos yang dilaburkan,

    masa yang diluangkan, dan mungkin tenaga yang digunakan. Mungkin juga manfaat kepada

    perhubungan, dan sebagainya. Lihat contoh;

    5. Perbanyakkan testimonial. Semakin banyak testimonial dari pengguna produk, semakin

    tinggi kepercayaan prospek terhadap produk. Mereka akan berasa lebih yakin dengan

    produk yang anda tawarkan. Mereka yakin bahawa produk anda mampu membantu mereka

    sepertimana produk anda telah membantu pelanggan-pelanggan terdahulu (pelanggan yang

    berikan testimonial)

  • 8/11/2019 5taktik_SifuFBAds

    22/64 22

    6. Gunakan video.Anda juga boleh gunakan video untuk menerangkan fungsi dan kelebihan

    produk. Jika perlu tunjukkan demo penggunaan produk. Ianya sangat membantu! Video

    mampu membantu meningkatkan kepercayaan prospek untuk memiliki produk. Anda juga

    boleh gunakan video testimonial pengguna. Boleh cuba!

    Bagaimana dengan tips-tips yang saya berikan? Anda pernah gunakan mana-mana tips tersebut? Jika

    ya, tahniah! Anda juga boleh cuba praktikkan tips-tips yang lain pula.

    Ingat! Prospek akan menjadi lebih mudah percaya jika produk yang ditawarkan kepada mereka

    mampu membantu selesaikan masalah mereka, dan seterusnya memenuhi harapan atau impian

    mereka. Jadi, tunjukkan kepada prospek bagaimana produk anda mampu membantu mereka.

    Gunakan tips-tips yang telah pun diberikan tadi.

    Sebagai kesimpulan bagi bab ini, dapat saya rumuskan bahawa anda mampu tingkatkan jualan anda

    di facebook apabila anda mampu meningkatkan kepercayaan prospek kepada perniagaan anda.

    Orang lebih suka membeli daripada orang yang mereka percaya. Jadi, tingkatkan kepercayaan

    mereka dan jaga kepercayaan mereka terhada perniagaan anda. Jangan melakukan sesuatu yang

    boleh menghakis kerpercayaan mereka. Hilang kerpercayaan, bisnes anda juga boleh hilang! Ingat

    ya..

  • 8/11/2019 5taktik_SifuFBAds

    23/64 23

  • 8/11/2019 5taktik_SifuFBAds

    24/64 24

    Follow up, istilah ni memang popular dalam pemasaran facebook. Follow up bermaksud, tindakan

    susulan yang dibuat untuk mendapatkan pelanggan. Dengan membuat follow up, ianya mampu

    membantu anda meningkatkan lagi jualan di facebook.

    Biasa tak anda alami situasi di bawah:

    Kes 1

    Anda menerima banyak mesej masuk (personal messages (PM)) di fanpage anda. Mereka

    menyatakan minat dengan produk anda. Akan tetapi, selepas anda menjawab pertanyaan mereka,

    mereka diam, tiada respons langsung. Sudah pasti juga, tiada jualan berlaku!

    Kes 2

    Anda terima banyak komen di ruangan komen di post yang anda iklankan. Mereka mengatakan

    mereka berminat dengan tawaran anda. Akan tetapi, situasi sama berlaku, di mana prospek tiada

    respons selepas anda membalas komen mereka.

    Mengapa hal ini terjadi? Adakah prospek tadi sengaja mempermain-mainkan anda sebagai penjual?

    Mungkin ya, mungkin tidak!

    Sebelum itu, anda perlu ketahui bahawa:

    1.

    Semua orang sibuk! Begitu juga dengan prospek anda. Mungkin mereka berminat untuk

    mendapatkan produk dari anda, tapi mereka amat sibuk dan tiada masa untuk bertindak

    segera untuk mendapatkannya. Mereka fikir, mereka akan cuba dapatkan produk anda

    apabila mereka berasa lapang nanti. Akan tetapi, kebiasaannya mereka akan lupa akan

    tawaran anda, mereka akan lupa page anda!

    2. Orang mudah lupa!Bukannya melayu mudah lupa ye tapi kebanyakan orang memang

    mudah lupa. Mereka lupa dengan produk anda. Mereka lupa dengan fanpage anda. Mereka

    lupa yang sebenarnya mereka ingin dapatkan produk anda sebelum ini. Jadi, anda perlu

    ingatkan mereka kembali akan tawaran dari anda dengan strategi-strategi follow up yang

    bakal saya kongsikan nanti.

    3. Mereka tiada duit lagi!Jangan fikir semua orang berduit! Mungkin mereka menyatakan

    minat untuk mendapatkan produk anda, tetapi mereka tiada duit pada ketika itu. Minat

    mereka dihalang dek duit yang tak mencukupi.

  • 8/11/2019 5taktik_SifuFBAds

    25/64 25

    4. Masa yang tidak sesuai.Mungkin prospek melihat tawaran anda pada waktu yang kurang

    sesuai. Mungkin mereka melihat tawaran anda di smartphone mereka sewaktu mereka

    berbaring di atas katil untuk tidur. Atau mungkin mereka menjumpai tawaran anda ketika

    mereka sedang menaiki LRT untuk ke tempat kerja. Atau mungkin mereka menjumpai

    tawaran anda semasa mereka sedang bercuti.

    5. Cuci mata sahaja.Ada juga orang yang suka cuci-cuci mata. Mereka hanya ingin tahu

    tawaran anda saja. Mereka juga akan pergi ke fanpage yang lain untuk membanding-

    bandingkan harga yang ditawarkan.

    6. Cara tempahan kurang disenangi.Ada pelanggan suka membeli terus pada web. Ada juga

    yang suka membeli terus melalui mesej, ada yang suka melalui whatsapp dan ada yang terus

    menghubungi si penjual. Maka, tak hairanlah ada kalanya tiada yang membeli walaupun

    anda dah berikan cara tempahan produk kepada mereka.

    Jadi, apa nak dibuat?

    Biarkan saja mereka? Kan mereka tidak ingin membeli? Buang masa saja layan mereka?

    Jangan begitu..

    Mereka sebenarnya telah menunjukkan minat untuk mendapatkan produk dari anda. Anda masih

    boleh dapatkan mereka untuk menjadi pembeli. Anda dah tahu apa sebab-sebab utama mereka

    tidak membeli. Dah tahu sebab, mudah untuk anda tarik mereka untuk menjadi pembeli.

    Gunakan tindakan susulan! Juga dipanggil, follow up..

    Buat follow up! Anda perlu buat tindakan susulan untuk menarik prospek yang berminat tadi

    bertukar menjadi pembeli! Anda perlu pujuk mereka menjadi pembeli.

    Sifufbads, bagaimana caranya ? anda dah tak sabar-sabar lagi untuk ketahuinya?

    Baiklah! Saya terangkan di bawah.

    Terdapat 3 taktik bagaimana anda boleh membuat follow up di facebook.

    1. Iklan facebook

    2.

    Mesej personal (PM)

    3. Email autopilot

  • 8/11/2019 5taktik_SifuFBAds

    26/64 26

    Follow up menggunakan iklan facebook

    Bagaimana ya, membuat tindakan susulan gunakan iklan facebook? Jangan risau! Mudah sahaja

    sebenarnya. Apa yang anda perlu buat adalah, dengan setniasa menukar iklan anda samada pada

    gambar mahupun tajuk (headline) mengikut jangkamasa yang anda rasakan sesuai dengan prospek

    anda.

    Katakan anda membina satu iklan promosi satu seminar kepada fans anda. Anda biarkan iklan

    tersebut dilihat oleh audiens selama 1 minggu.

    Selepas cukup seminggu, anda tukarkan iklan anda kepada iklan yang baru. Iklan lama dihentikan,

    manakala iklan baru disasarkan kepada audiens yang sama, iaitu fans anda. Nyatakan dalam iklan

    anda, bahawa tawaran promosi yang anda tawarkan masih ada, dan mereka masih boleh

    dapatkannya. Maklumkan juga berapa lama lagi tawaran anda boleh didapati.

  • 8/11/2019 5taktik_SifuFBAds

    27/64 27

    Seminggu selepas itu, anda tukarkan pula iklan anda kepada iklan yang baru pula. Anda boleh

    gunakan push button pada gambar dan juga pada ayat iklan anda. Nyatakan bahawa tawaran anda

    bakal berakhir. Seperti minggu sebelumnya, iklan ini disasarkan kepada audiens yang sama. Dalam

    kes ini, audiens tersebut adalah fans anda sendiri.

    Sebenarnya, anda boleh juga membuat follow up dengan menukar tajuk (headline) ayat post iklan

    anda setiap 3-4 hari. Anda boleh gunakan gambar iklan yang sama, cuma tajuknya sahaja berbeza

    (seperti contoh gambar yang saya tunjukkan di atas)

    Dengan melakukan iklan follow up seperti Ini, ianya membantu anda meningkatkan kesedaran

    prospek terhadap mesej iklan yang ingin anda sampaikan. Pakar ada berkata, biasanya prospek

    boleh bertukar menjadi pembeli selepas 7 kali melihat sesuatu mesej iklan. Jadi, anda boleh

    lakukannya dengan membina iklan follow up seperti ini!

    Di samping itu, anda juga boleh meningkatkan kesedaran (awareness) prospek terhadap tawaran

    anda dengan meningkatkan kekerapan iklan anda dilihat oleh audiens (frequency). Untuk

    meningkatkan frequency ini, anda boleh memilih paparan iklan di bahagian kanan ataupun dipanggil

    right column placement. Lihat gambarajah di bawah.

  • 8/11/2019 5taktik_SifuFBAds

    28/64 28

    Follow up menggunakan personal message

    Anda pasti biasa ataupun pernah alami kes di mana prospek tidak memberikan apa-apa respons

    selepas anda menjawab pertanyaan mereka berkaitan produk, terutamanya melalui personal

    messages di fanpage, SMS, mahupun whatsapp.

    Apa sebabnya?

    Adakah ayat yang gunakan tidak sesuai? Adakah ayat anda terlalu menekan prospek untuk membeli?

    Adakah masa ketika anda menjawab pertanyaan mereka tidak sesuai? Ada banyak sebab

    sebenarnya.

    Tips-tips ketika menjawab persoalan prospek

    Mulakan dengan ucapan seperti As salam, Salam sejahtera, terima kasih.

    Sebut nama prospek yang bertanya seperti As salam Puan Minah..

    Jangan ulang info pada post ketika menjawab soalan. (ciri-ciri, manfaat produk)

    Tulis maksima 5 baris bagi setiap perenggan.

    Akhiri jawapan anda dengan soalan.

    Perkenalkan siapa anda yang menjawab pertanyaan prospek.

  • 8/11/2019 5taktik_SifuFBAds

    29/64 29

    Jom kita lihat contoh follow up yang boleh dibuat berdasarkan ayat yang diberikan oleh prospek.

    Ayat Dari Prospek Contoh Ayat Respons Dari Anda

    Saya minat

    Nak

    Bagaimana nak dapatkannya?Berapa harga?

    As salam Puan Minah.

    Saya Wawa, dari page KRIM AAA. Terima kasih

    kerana PM.

    HARGA SEBENAR KRIM AAA RM200

    HARGA PROMOSIRM 150 SAHAJA

    Harga Promosi akan TAMAT pada 2 Okt 2014.

    Dengan kos PELABURAN RM150, puan akan dapat;

    1)

    3 TIUB KRIM AAA

    2)

    PERCUMA TUALA AAA

    3)

    PENGHANTARAN PERCUMA

    Puan BERMINAT dengan tawaran promosi ini?

    cara bayar

    order

    bayar bagaimana ye?

    no akaun Maybank ada tak?

    hari ni saya nak bayar

    Puan boleh buat bayaran RM150 ke salah satu

    akaun di bawah ye;

    1)

    MEBENK56834343434

    2)

    CIMP89343434

    Jikalau puan buat bayaran pada hari ni sebelum jam

    3 petang, kami akan poskan hari ini juga.

    Dan kami berikan..

    BONUS XCLUSIFPERCUMA 1 TIUB KRIM AAA

    (JIMAT RM70)

    Adakah Puan nak buat bayaran SEKARANG?

  • 8/11/2019 5taktik_SifuFBAds

    30/64 30

    Jika anda dah berikan ayat-ayat di atas, tapi prospek langsung tidak berikan respon, bagaimana? Apa

    nak dibuat? Anda boleh cuba ayat-ayat follow up seperti di jadual berikut.

    Ayat yang anda berikan. Tindakan yang boleh diambil sekiranya tiada

    respons dari prospek.

    As salam Puan Minah.

    Saya Wawa, dari page KRIM AAA. Terima kasih

    kerana PM.

    HARGA SEBENAR KRIM AAA RM200

    HARGA PROMOSIRM 150 SAHAJA

    Harga Promosi akan TAMAT pada 2 Okt 2014.

    Dengan kos PELABURAN RM150, puan akan dapat;

    1)

    3 TIUB KRIM AAA

    2)

    PERCUMA TUALA AAA

    3) PENGHANTARAN PERCUMA

    Puan BERMINAT dengan tawaran promosi ini?

    Selepas 2-3 hari, anda boleh hantar ayat follow up

    ini;

    As salam Puan Minah.

    Beberapa hari yang sudah saya ada hantar mesej

    pada puan. Ada terima tak?

    Untuk makluman puan, harga promosi KRIM AAA

    masih lagi ada. Kini TINGGAL 2 HARI LAGI sebelum

    harga promosi BERAKHIR.

    Puan boleh buat bayaran RM150 ke salah satu

    akaun di bawah ye;

    1)

    MEBENK

    56834343434

    2)

    CIMP89343434

    Jikalau puan buat bayaran pada hari ni sebelum jam

    3 petang, kami akan poskan hari ini juga.

    Dan kami berikan..

    BONUS XCLUSIFPERCUMA 1 TIUB KRIM AAA

    (JIMAT RM70)

    Selepas buat bayaran, puan maklumkan pada kami

    ya.

    Puan nak kami poskan ke ALAMAT RUMAH atau

    ALAMAT PEJABAT?

  • 8/11/2019 5taktik_SifuFBAds

    31/64

  • 8/11/2019 5taktik_SifuFBAds

    32/64 32

    - Ada cop SIRIM.

    - Berdaftar dengan KKM. No siri 0343434A/3

    JAMINAN 100% PULANGAN WANG KEMBALI JIKA

    puan tidak berpuas hati selepas gunakan KRIM AAA.

    Puan nak cuba 1 TIUB atau 2 TIUB dahulu?

    Mahal la!

    Saya takde bajet lagi

    Kat tempat lain lagi murah!

    Puan, ini adalah HARGA TERBAIK yang kami berikan

    untuk puan.

    Puan bukan saja dapat produk yang TERBAIK &

    BERKUALITI, malah puan juga akan dapat;

    - FREE PRODUCT CONSULTATION dari kami.

    - WARRANTY TAMBAHAN 1 TAHUN.

    - PENGHANTARAN PERCUMA.

    DITAMBAH LAGI DENGAN BONUS KRIM AAA

    BERNILAI RM70..

    Puan cuba dulu, dan puan tunggu 7 hari untuk lihat

    kesannya. KAMI JAMIN puan pasti teruja melihat

    perubahannya nanti.

    TESTIMONIAL PENGGUNA

    --> LINK ALBUM TESTIMONIAL

    TAK BERKESAN?

    Hubungi kami di 01023232323 dan kami pulangkan

    duit puan serta-merta.

    PELABURAN BERBALOI UNTUK HASIL YANG

    BERBALOI-BALOI. HANYA RM150 SAHAJA!

    Puan ada PERSOALAN lagi?

  • 8/11/2019 5taktik_SifuFBAds

    33/64 33

    Follow up menggunakan emel

    Pakar-pakar pemasaran internet sering menggunakan kaedah pemasaran emel bagi membuat follow

    up. Terma popular untuk kaedah ini dipanggil Autopilot Email Follow Up. Bagaimana tu? Hantar emel

    guna robot ke?

    Begini

    Apabila prospek mendaftarkan nama dan emel mereka pada borang yang dipanggil opt in box,

    maklumat mereka akan disimpan secara automatik dalam satu sistem pengurusan/penghantaran

    emel yang dipanggil sistem autoresponder. Dan secara automatik, emel-emel follow up yang telah

    dipasang dan disusun pada sistem autoresponder akan dihantar kepada prospek tadi mengikut

    selang masa yang telah dirancang.

    Sebenarnya, follow up melalui emel lebih menjurus ke arah mendidik prospek . Anda boleh

    menerangkan produk anda secara berperingkat-peringkat. Anda boleh hantar emel seperti ini;

    1) Emel 1Memperkenalkan produk secara ringkas, secara umum.

    2) Emel 2Menceritakan ciri-ciri, fungsi, atau cara guna produk

    3)

    Emel 3 Menyenaraikan kelebihan-kelebihan produk

    4)

    Emel 4 Kongsikan testimonial produk

    5) Emel 5 Berikan tawaran kepada prospek

    6) Emel 6Tunjukkan jaminan terhadap produk

    7) Emel 7 Senaraikan manfaat produk

  • 8/11/2019 5taktik_SifuFBAds

    34/64 34

    Atau..

    Anda boleh juga gunakan susunan emel seperti ini;

    1) Emel 1Tips relevan dengan produk

    2)

    Emel 2Masalah relevan dengan produk

    3) Emel 3Cerita relevan dengan produk

    4) Emel 4Perkenalkan produk

    5) Emel 5Tips relevan dengan produk

    6)

    Emel 6Tips relevan dengan produk

    7)

    Emel 7Tekankan prospek untuk membeli produk.

    Sebenarnya, berapa jumlah emel follow up yang perlu dihantar bergantung kepada objektif dan

    jangkamasa yang anda letakkan. Jika anda ingin membuat jualan berterusan untuk masa 1 tahun,

    anda boleh buat emel 30 50 susulan. Jika anda ingin dapatkan jualan pantas, untuk jangkamasa

    yang singkat juga, 35 emel sudah memadai!

  • 8/11/2019 5taktik_SifuFBAds

    35/64 35

  • 8/11/2019 5taktik_SifuFBAds

    36/64 36

    Ramai pengiklan, terutamanya pengiklan baru sering mensasarkan iklan mereka kepada audien yang

    kurang tepat (pada sangkaan mereka tepat). Apabila pemilihan audiens kurang tepat, maka tak

    hairanlah jualan juga kurang memuaskan.

    Didapati, ramai pengiklan facebook;

    1. Menyasarkan iklan mereka kepada 100 ribu hingga 1 juta audiens tanpa membuat penapisan

    dari segi demografi (umur, jantina, status), geografi (lokasi berada, lokasi tempat tinggal,

    tempat belajar), psychografi (minat, selebriti, aktiviti dll) dan sociografi (hubungan dengan

    fanpage).

    2. Mencampurkan banyak interest dalam satu iklan.

    3.

    Mencampurkan interest yang berbeza dalam satu iklan.

  • 8/11/2019 5taktik_SifuFBAds

    37/64 37

    4. Membiarkan iklan disasarkan kepada friends of fans tanpa membuat tapisan.

    5. Menggunakan lookalike audiens secara terus untuk promosikan produk.

    Tahukah anda;

    1. Audiens yang besar, kurang efektif. Saya telah banyak jalankan banyak ujikaji untuk

    kenyataan ini. Didapati conversion rate bagi audiens ini adalah rendah. Semakin besar

    audiens anda, semakin rendah conversion rate nya.

    2. Dengan mencampurkan interest dalam satu iklan, ianya mampu mempengaruhi jualan yang

    bakal diperolehi. Setiap interest memiliki potensi conversion yang berbeza di antara satu

    sama lain. Apabila anda gabungkan beberapa interest dalam satu iklan, anda tidak tahu

    interest yang mana satu yang menyumbangkan reach, klik dan juga jualan.

    3. Pemilihan friend of fans yang tidak ditapis, akan membuatkan iklan anda akan dilihat oleh

    rakan-rakan fans anda yang mungkin mereka tiada minat dengan produk anda, tidak sesuaidari segi jantina, umur, bangsa dan agama mereka.

    4. Lookalike audiens lebih sesuai dijadikan sasaran audiens bagi iklan like.

    Untuk meningkatkan jualan anda lebih tinggi dari biasa, anda perlu fokus pada audien tertumpu,

    atau disebut targeted audience. Ianya mampu menghasilkan conversion rate yang tinggi, dan

    seterusnya mampu meningkatkan jualan anda.

  • 8/11/2019 5taktik_SifuFBAds

    38/64 38

    Di dalam pemasaran facebook, saya boleh bahagikan audiens ini kepada 2 kategori utama iaitu:

    1. SUSPEKmereka yang belum tentu berminat dengan produk anda. 50 - 50

    2. PROSPEKmereka yang berminat dengan produk anda.

    Bagi audiens jenis SUSPEK ini, adalah lebih sesuai anda tarik mereka untuk menjadi prospek terlebih

    dahulu. Manakala audien jenis PROSPEK pula, anda boleh terus tukarkan mereka menjadi pembeli

    pula.

    Jenis audiens yang dikategorikan sebagai SUSPEK;

    1. Lookalike audienceaudiens yang boleh dibina menggunakan fungsi khas dalam facebook

    yang mana ianya menyurupai, atau hampir tepat dengan audiens jenis prospek, iaitu fans

    page anda, Web Custom Audience (WCA) dan Custom Audience (CA).

    2. Fans pesaingaudiens yang terdiri daripada fans fanpage pesaing ataupun page yang sama

    kategori dengan fanpage anda.

    3. Interest audiens yang memiliki minat yang berkaitan dengan kategori bisnes anda.

    Jenis audiens yang dikategorikan sebagai PROSPEK pula;

    4.

    Fans fanpage anda sendiri

    audiens yang merupakan mereka yang telah like, atau yang

    telah jadi fans fanpage anda.

    5. Web Custom Audience (WCA)audiens yang pernah masuk ke website anda, pelawat

    website anda!

    6. Custom Audience (CA) audiens yang dibina dari database anda, contohnya dari data

    senarai emel & no telefon prospek anda ataupun pelanggan sediada anda.

    Anda dah lihat bukan? Terdapat 2 kategori audiens yang anda boleh sasarkan dalam pemasaran

    facebook. Jika anda masih belum memiliki prospek, anda boleh gunakan data audiens jenis suspek,

    dan tukarkannya kepada prospek. Inilah rahsia bagaimana jutawan facebook membuat untung besar

    dengan kos yang menjimatkan!

    Mereka fokus menyampaikan mesej jualan mereka kepada prospek, bukannya suspek! Mereka

    hanya gunakan suspek untuk ditukarkan menjadi prospek.

  • 8/11/2019 5taktik_SifuFBAds

    39/64 39

    Sebelum kita pergi lebih jauh dalam pemasaran dan pengiklanan facebook kepada prospek, saya

    tunjukkan terlebih dahulu kepada anda bagaimana menarik suspek menjadi prospek.

    Teknik Tukarkan Suspek Kepada Prospek

    1. Bina Iklan LikeAnda bina iklan LIKE yang bertujuan untuk menarik suspek tadi menjadi

    fans fanpage anda. Anda boleh lihat contoh iklan di bawah.

    2. Buat Iklan Share Link PostAnda pasangkan kod pixel Web Custom Audience di

    blog/web/minisite anda. Tarik suspek yang berminat untuk melayari web anda terlebih

    dahulu. Gunakan ayat yang relevan yang bersesuaian. Mereka yang masuk ke web anda,

    akan menjadi pelawat website dan seterusnya bertukar menjadi Web Custom Audience.

    Lihat contoh di bawah.

  • 8/11/2019 5taktik_SifuFBAds

    40/64 40

    3. Buat Iklan Kumpul ListAnda bina squeeze page untuk kumpul database emel prospek.

    Anda iklankan squeeze page ini kepada suspek menggunakan fb ads. Database ini anda

    boleh gunakan terus dalam pemasaran emel ataupun jadikannya sebagai Custom Audience,

    yang mana anda boleh sasarkan iklan secara spesifik kepada mereka.

    Dan apabila anda dah tukarkan suspek menjadi prospek, anda perlu bina perhubungan (relationship)

    dengan mereka terlebih dahulu. Anda boleh laksanakan tips-tips seperti di bawah;

    1. Bina relationship di fanpageanda bina post dengan konsisten di fanpage anda. Anda juga

    boleh galakkan fans untuk berikan komen/pandangan/maklumbalas di fanpage anda. Ini

    akan mewujudkan komunikasi 2 hala di antara anda sebagai pemilik fanpage dan juga fans.

    2.

    Bina relationship melalui emel

    hantar emel-emel yang bertanyakan khabar, berikan tips-tips yang berkaitan, bantu prospek selesaikan masalah.

    Anda perlu sentiasa berhubung dengan prospek anda, supaya mereka TERTARIK, SUKA &PERCAYA

    kepada anda. Apabila mereka sudah percaya, kerja menjual menjadi jauh lebih mudah.

  • 8/11/2019 5taktik_SifuFBAds

    41/64 41

    Apabila anda telah memiliki prospek, anda boleh menjual produk anda kepada mereka melalui

    beberapa cara.

    1. Menjual kepada fans

    Menjual kepada fans, adalah lebih mudah berbanding kaedah-kaedah yang lain. Ada 3

    kaedah yang anda boleh gunakan di sini.

    Kaedah 1 # (organic reach):Anda bina post pada waktu, dan hari yang mana paling ramai

    fans anda sedang online. Anda boleh ketahuinya dengan melihat data insight fanpage anda,

    di ruangan posts!

    Semasa anda menulis ayat di post anda, gunakan ayat yang menggalakkan fans anda

    memberikan respons. Contohnya, BERMINAT ? , SIAPA NAK ? . Anda boleh respons

    kepada fans yang memberikan respons. Dan biasanya, anda juga akan terima personal

    message (PM) ketika ini. Anda menjual ketika membalas terima personal message (PM) ini.

  • 8/11/2019 5taktik_SifuFBAds

    42/64 42

    Selain itu, dengan menggunakan teknik ini, ianya juga membantu anda mendapatkan

    engagement yang tinggi pada post tersebut. Post yang memiliki engagement yang tinggi,

    mampu membantu mendapatkan organic reach (mereka yang lihat post anda tanpa

    menggunakan iklan facebook) lebih tinggi tanpa sebarang kos. Anda boleh dapat jualan

    dengan hanya post di fanpage anda!

    Kaedah 2 # (Fb ads ):Anda perlu tahu, apabila anda membina post di page anda, seperti

    kaedah yang digunakan di dalam kaedah 1 tadi, jumlah reach yang diperolehi adalah lebih

    kurang 5 10% sahaja. Jika anda memiliki 100 ribu fans, hanya 5000 10 ribu sahaja yang

    akan melihat post anda. Jadi, anda perlu gunakan iklan facebook untuk mencapai lebih ramai

    fans melihat post tawaran anda. Anda boleh gunakan iklan yang menyasarkan paparan

    (placement) desktop feed, sidebar dan juga mobile feed.

    Desktop feed

    dengan menyasarkan pada paparan ini, iklan anda mampu memperolehi

    jumlah klik yang besar. Dan berita baiknya, ianya mampu hasilkan conversion (kadar pembeli

    dari klik yang diperolehi) yang tinggi. Untuk paparan ini, sebaiknya anda gunakan tawaran

    istimewa dengan memasukkan urgency factor seperti masa terhad, stok terhad, harga akan

    dinaikkan, bonus dan sebagainya.

  • 8/11/2019 5taktik_SifuFBAds

    43/64 43

    Mobile FeedAnda perlu berhati-hati apabila menggunakan paparan ini. Biasanya jumlah

    klik yang diperolehi sangat tinggi, tetapi conversion nya rendah. Ada banyak faktor yang

    mempengaruhinya. (saya ada sediakan satu panduan bagaimana untuk dapatkan conversion

    yang bagus untuk iklan yang menyasarkan mobile feed, iaitu TEKNIK OREN. Anda boleh

    dapatkannya di http://sifufbads.com/teknikoren/

  • 8/11/2019 5taktik_SifuFBAds

    44/64 44

    Right ColumnIni antara paparan terbaik untuk fans anda. Anda sasarkan iklan di paparan

    kanan facebook, iaitu di right column. Kelebihan iklan yang dipaparkan pada right column ini

    adalah; iklan anda mampu mencapai jumlah frequency yang tinggi, iaitu kekerapan yang

    tinggi dalam satu hari. Dalam masa sehari, iklan anda boleh dilihat 410 kali oleh fans anda.

    Dari pengalaman saya, iklan anda boleh dilihat 5080 kali dalam masa sebulan. Teknik ini

    mampu tingkatkan kesedaran (awareness) fans anda terhadap mesej iklan anda kepada

    mereka. Saya amat sukakan teknik ini!

    Kaedah 3 # (Fb ads dark post): Anda boleh membina iklan facebook yang disasarkan terus

    kepada fans anda tanpa ianya dipaparkan pada timeline fanpage anda. Di sini, anda perlu

    membina post baru yang dinamakan unpublished post yang mana ianya hanya boleh dibina

    menggunakan power editor. Kelebihan kaedah ini adalah, anda boleh menawarkan tawaran

    khas untuk fans anda tanpa ianya dipaparkan pada timeline fanpage anda. Anda boleh

    gunakan ketiga-tiga placement bagi tujuan ini.

    PScuba cari post ni di page sifu FB ads, anda takkan jumpainya

  • 8/11/2019 5taktik_SifuFBAds

    45/64 45

    2. Menjual kepada WCA dan CA (gunakan fb ads)

    WCA (web custom audience) sudah terbukti mampu hasilkan conversion yang paling tinggi

    dalam sejarah pengiklanan facebook. Saya sendiri biasanya mampu menghasilkan

    conversion rate 2050% dari audiens jenis ini. Kebiasaannya, jumlah audiens WCA ni

    memang agak kecil berbanding audien jenis lain. Lihat kaedah-kaedah yang boleh anda

    gunakan bagi menjual kepada audien jenis ini.

    Kaedah 1 # (Fb ads ): Anda boleh gunakan post yang anda gunakan sebelum ini, dan anda

    sasarkan iklan kepada mereka. Sebaiknya, gunakan post yang telah miliki banyak respons

    (social proof)! Ini akan menimbulkan minat mereka untuk mendapatkan produk anda

    selepas mereka dah lihat ramai orang mengatakan tentang produk anda.

    Untuk kaedah ini, saya lebih suka menggunakan ayat urgency di tajuk post iklan yang dibina.

    Conversion yang dihasilkan biasanya lebih tinggi dari biasa. Audiens jenis ini pernah masuk

    ke website jualan anda. Jadi, mereka kenal siapa anda, dan mereka kenal bagaimana produk

    anda mampu membantu mereka.

  • 8/11/2019 5taktik_SifuFBAds

    46/64 46

    Paparan iklan pada desktop feed dan right column antara placement yang menyumbang

    conversion yang tertinggi. Untuk dapatkan klik lebih tinggi, anda boleh fokus pada paparan

    desktopfeed, manakala untuk dapatkan frequency yang lebih tinggi, anda boleh pilih

    paparan right column. Ataupun, anda gunakan kedua-duanya serentak.

    Kaedah 2 # (Fb ads dark post ): Jika anda hanya mahu iklan anda disasarkan kepada WCA

    sahaja, kaedah ini paling disyorkan. Gunakan dark post pada paparan desktop feed atau

    right column.

    Jika mahu berceloteh tentang pemilihan targeted audience ini, satu buku tak habis! Akan tetapi,

    sabagai kesimpulan, saya boleh katakan adalah lebih baik anda fokus untuk mendapatkan audien

    yang paling berpotensi untuk menjadi pelanggan anda. Keutamaan perlu diberikan bagi

    mendapatkan prospek, bukannya suspek!

  • 8/11/2019 5taktik_SifuFBAds

    47/64 47

  • 8/11/2019 5taktik_SifuFBAds

    48/64 48

    Anda pernah pergi ke pusat membeli belah, seperti SOGO di Kuala lumpur? Jika ya, anda pasti sering

    melihat ramai orang membeli belah di sana, terutamanya di hujung minggu. Setiap hujung minggu,

    SOGO dipenuhi oleh orang ramai.

    Apa sebabnya ramai orang berpusu-pusu ke sana? Jawapannya satu sahaja, iaitu JUALAN DISKAUN!

    Ramai yang berkunjung ke sana pada hujung minggu kerana SOGO sering mengadakan jualan

    diskaun terhad. Contohnya, baju kanak-kanak berjenama diberikan diskaun sehingga 50-70% pada

    masa itu.

    Mengapa mereka membeli? Di bawah ini, jawapan dari pakar psikologi pemasaran.

    85% keputusan untuk membeli dibuat berdasarkan EMOSI

    Ramai pengunjung mengunjungi SOGO pada hujung minggu kerana emosi mereka telah diganggu

    oleh tawaran-tawaran hebat yang diberikan oleh SOGO. Siapa yang tak mahu, pakaian-pakaian

    berjenama boleh didapati pada harga diskaun, harga yang lebih murah dari biasa. Semua orang

    sukakan harga yang menjimatkan.

    Dan emosi manusia memang mudah diusik dengan perkataan-perkataan ajaib seperti di bawah;

    Jimat

    Diskaun

    Mudah

    Berkualiti

    Cantik

    Unik

    Hebat

  • 8/11/2019 5taktik_SifuFBAds

    49/64 49

    Dan banyak lagi!

    Dan anda mampu mempengaruhi emosi prospek dengan lebih kuat lagi sekiranya anda masukkan

    elemen yang menekan dan mengarahkan prospek bertindak dengan segera seperti;

    Stok terhad

    Masa terhad

    Freegift ataupun bonus

    Jadi anda perlu mainkan sedikit emosi mereka dengan masukkan elemen urgency ini. Anda boleh

    tingkatkan jualan anda dengan memasukkan elemen urgency factor. Ianya juga bertindak sebagai

    pressure button. Prospek tidak bertindak membeli selagi tiada tekanan dikenakan kepada mereka.

    Jadi, urgency factor ini dimasukkan untuk meningkatkan atau mewujudkan pressure button dalam

    tawaran anda. Urgency dalam pengiklanan facebook ini boleh dibahagikan kepada dua jenis bentuk.

    1- Urgency pada Gambar

    2- Urgency pada Text (Headline)

    Sifufbads sendiri sering menggunakan urgency bentuk text. Anda boleh lihat contoh-contoh posting

    di fanpage sifufbads. Ramai yang bertindak membeli dengan segera kerana mereka takut terlepas

    tawaran istimewa yang diberikan. Lebih bagus jika anda dapat gabungkan kedua bentuk urgency ini,

    gambar + text. Anda lihat contoh dibawah :-

    Gambar :Menunjukkan Free T-Shirt tersebut adalah terhad. Siapa cepat, dia dapat!

  • 8/11/2019 5taktik_SifuFBAds

    50/64 50

    Text :Pastikan letak di bahagian headline atau 2 row selepas headline, supaya mereka boleh lihat

    tanpa klik see more. Post tersebut menunjukkan free tshirt bakal berakhir kuotanya.

    3 Jenis Urgency Factor

    Dalam pemasaran facebook ini, terdapat 3 jenis urgency yang anda boleh digunakan.

    #1 Masa :

    Letakkan dateline untuk offer yang anda berikan. Nyatakan offer anda akan tamat dalam tempoh

    tertentu. Jika anda gunakan urgency bentuk text, anda boleh letakkan dateline pada headline post

    anda.

    Update dari hari ke hari, seperti contoh Offer tinggal 7 hari lagi!, Offer tinggal 48 jam lagi! atau

    Last Call Offer tinggal 24jam lagi!. Anda perlu edit post anda supaya ada jalan cerita dan mereka

    nampak lebih real.

    Tapi post dah tak boleh nak edit! Nak buat macam mana tu? Jangan risau.. Ada caranya.. Anda perlu

    delete dulu iklan yang pernah run post tersebut. Itu sahaja! Kemudian, anda boleh edit seperti biasa!

    Lihat contoh urgency factor yang menggunakan kaedah masa :-

  • 8/11/2019 5taktik_SifuFBAds

    51/64 51

    #2 Stok

    Biasanya pelanggan suka bertangguh-tangguh untuk membeli. Mungkin disebabkan mereka tiada

    desakan untuk bertindak membeli dengan segera. Mungkin mereka rasakan stok produk yang

    ditawarkan sentiasa ada. Tiada tekanan untuk mereka untuk bertindak membeli. Oleh itu, anda perlu

    bagitahu kuantiti stok yang ada untuk memberi desakan kepada mereka untuk bertindak.

    Untuk mendapat hasil yang lebih ummmph, adalah lebih sesuai jika anda gunakan urgency ini dalam

    bentuk text dan gabungkannya bersama dengan urgency dalam bentuk gambar. Contohnya, pada

    gambar iklan anda, anda boleh nyatakan harga offer tersebut hanya untuk 99 unit sahaja!manakala

    pada text headline, update dari masa ke semasa stok semasa yang tinggal.

    Selain itu anda juga boleh gunakan headline seperti stok dah nak habis! , stok makin susut! , last

    round pembelian sebelum tutup!. Lihat contoh urgency factor yang menggunakan kaedah stok

    pada gambar dibawah :-

  • 8/11/2019 5taktik_SifuFBAds

    52/64 52

    #3 Kuota Pembeli

    Saya paling suka kaedah ini. Tapi jaga-jaga! Kebanyakan prospek rasakan ianya hanyalah trik dari si

    penjual! Pastikan anda benar-benar memaklumkan kuota semasa pembeli, ataupun kuota sebenar

    yang ditawarkan. Apabila kuota sudah habis, sila tutup tawaran anda!

    Katakan anda menjual satu produk yang mana harga asanyal adalah RM100, tetapi anda berikan

    tawaran permulaan dengan harga hanya RM70 untuk 30 orang pembeli terawal sahaja. Selepas

    kuota 30 orang membeli telah penuh, anda perlu naikkan harganya. Mungkin anda boleh naikkan

    harganya kepada RM80 untuk 30 orang yang seterusnya. Begitulah dengan tawaran yang seterusnya

    sehingga lah harga kembali kepada harga asal.

    Apa yang penting, pastikan jalan cerita yang dibuat kelihatan tulin. Orang tak suka dipermain-

    mainkan, tak suka diperbodoh-bodohkan.

    Kaedah ini juga sesuai digunakan pada gambar iklan yang digunakan dan lebih baik jika ianya

    diletakkan juga pada tajuk iklan (headline).

    Lihat contoh urgency factor yang menggunakan kaedah kuota pembeli pada gambar dibawah :-

  • 8/11/2019 5taktik_SifuFBAds

    53/64 53

    Untuk menguatkan lagi urgency factor ini, anda perlu masukkan beberapa jenis offer yang mampu

    membuatkan prospek merasakan mereka tidak boleh lepaskan peluang untuk membeli produk anda

    dengan segera. Anda boleh gunakan tawaran-tawaran seperti di bawah;

    1- Diskaun

    Anda boleh gabungkan offer jenis diskaun ini dengan kaedah kuota pembeli ataupun stok.

    Contohnya seperti. Harga asal RM300, tetapi untuk 100 pembeli terawal hanya RM260 sahaja!

    Anda juga boleh gunakannya pada kaedah stok.

    2- Freegift

    Saya suka add value produk saya dengan menggunakan offer jenis freegift ini. Anda tawarkan

    freegift ini untuk 90 pembeli terawal sahaja, kemudian tamatkan pemberian freegift ini apabilakuota 90 pembeli terawal berjaya dicapai.

    3- Baucer / Rebat

    Masih menggunakan cara yang sama, cuma cara ini lebih sesuai jika anda tawarkan pada produk

    pakaian.

    Anda boleh lihat contoh offer jenis diskaun dan freegift yang digunakan dalam bentuk gambar.

    Kemudian pilih salah satu kaedah urgency factor masa/stok/kuota pembeli dan letakkan pada text

    headline anda.

  • 8/11/2019 5taktik_SifuFBAds

    54/64 54

    Selepas itu, beberapa ayat power yang wajib anda mainkan dalam text headline untuk menguatkan

    lagi urgency factor anda.

    1- Jualan ditamatkan!

    2- Harga akan dinaikkan!

    3- Bonus dah nak habis!

    4- Stok dah nak habis!

    5- Freegift tinggal _ _ unit lagi!

    6- Jualan tinggal __ hari lagi!

    Bila waktu paling sesuai nak gunakan urgency factor ni? Perlu setiap masa ke? Kalau boleh jangan

    terlalu kerap buat. Waktu yang paling sesuai nak gunakan urgency factor ini ialah :-

    1- Time gaji

    2- Peristiwa raya haji/ raya cina/ dll

    3- Orang bonus

    4- Lihat offer

    5- 2-3bulan sekali

    Adakah anda pernah gunakan mana-mana kaedah urgency factor dan jenis offer-offer ni? Mungkin

    anda pernah guna, tapi mungkin caranya kurang sesuai. Anda boleh cuba apa-apa kaedah yang

    dikongsikan dalam bab ini.

    Sebagai kesimpulan bagi bab ini, saya dapat rumuskan yang urgency factor atau pressure button

    ini dapat meningkatkan lagi jualan dan mempercepatkan lagi jualan anda. Yang penting berikan offer

    yang kelihatan tulin beserta jalan cerita yang juga tulin supaya pelanggan anda lebih percaya dan

    seterusnya bertindak membeli dari anda.

  • 8/11/2019 5taktik_SifuFBAds

    55/64 55

  • 8/11/2019 5taktik_SifuFBAds

    56/64 56

    Saya percaya, memang sangat ramai yang menggunakan iklan facebook di Malaysia ini. Tapi

    malangnya, ramai di antara mereka membuat iklan secara membuta tuli sahaja. Mereka buat iklan

    asalkan ada untung sahaja. Kebanyakannya tidak tahu atau tidak sedar betapa pentingnya untuk

    memantau, mengira dan memperbaiki iklan mereka.

    Mereka tidak tahu;

    Mengira conversion rate

    Mengira ROI

    Mengira nett profit

    Bagaimana melakukan penambahbaikan (optimization)

    Akibatnya, mereka berpotensi terlepas peluang-peluang keemasan yang sepatutnya mereka mampu

    capai. Dan ramai juga yang akhirnya mengalami kerugian untuk jangkamasa panjang.

    Saya kongsikan suatu kisah.

    Pada Julai 2013, seorang pelajar saya datang berjumpa. Seperti biasa, saya menanyakan pencapaian

    bisnesnya. Dia kata ada la 3-5 sales sehari sifu! . Saya minta dia tunjukkan data klik dan kos iklan

    hariannya, lalu saya kirakan conversion rate, ROI dan nett profit nya. Didapati conversion rate

    iklannya sangat tinggi! Sudah pasti ROI juga sangat tinggi! Untung bersih lebih kurang RM200

    RM300 sehari.

    Saya kata pada dia Conversion rate dan ROI tinggi ni, cuma data klik tak mencukupi. Awak perlu

    tambahkan bajet iklan ni. kena naikkan beberapa kali ganda lagi! Bila awak naikkan, insyallah jualan

    akan semakin meningkat, dan untung bersih juga akan meningkat berkali-kali ganda.

    Ya ke sifu? Bagaimana nak buat tu sifu? - jawab beliau.

    Awak tambahkan bajet, tambahkan kempen bagi iklan yang dah dibuat tadi. Gunakan iklan yang

    sama. Cuma tingkatkan bajet lagi. Jika sekarang sehari RM30, cuba naikkan sehingga RM100

    dahulu tambah saya lagi.

    Dan selepas beberapa hari, saya diberitahu bahawa jualannya meningkat berkali-kali ganda, iaitu

    dari 3-5 jualan meningkat kepada 60 jualan sehari! Wow, hebat! Dan kini, selepas setahun lebih,

    untung bersih dari perniagaannya di facebook sudah melepasi 7 angka Ringgit Malaysia.

    Anda lihat, betapa pentingnya untuk kita memantau iklan yang kita jalankan. Ianya bakal

    menentukan halatuju bisnes kita untuk jangkamasa panjang.

    Apa yang anda perlu tahu?

  • 8/11/2019 5taktik_SifuFBAds

    57/64 57

    1.

    Conversion Rate (CR)

    Conversion rate ni, kata mudahnya adalah, peratusan pembeli yang diperolehi dari jumlah

    trafik (klik) pada iklan anda. Katakan iklan anda memperolehi 1000 klik dalam satu hari.

    Katakan dari 1000 klik tersebut, berlaku 20 pembelian. Jom kira conversion rate iklan ini.

    Conversion Rate (CR)= (Jumlah Pembeli / jumlah klik) x 100%

    = ( 20 / 1000) x 100%

    = 2%

    Dalam pemasaran internet, conversion rate minima yang perlu dicapai adalah 1%.

    Maksudnya, anda perlu dapatkan sekurang-kurangnya 1 pembeli dari setiap 100 klik. 1000

    klik, 10 pembeli! Cuba kira conversion rate harian anda sekarang!

    Semakin tinggi conversion rate yang anda perolehi, semakin tinggi potensi keuntungan anda.

    Mana taknya, jumlah pembeli semakin bertambah!

    2. Return On Investment (ROI)

    Sebutan English nya, begitulah! Sebutan dalam Bahasa Melayunya adalah; berapa yang

    anda dapat dari apa yang dilaburkan. Jika labur RM10, dapat untung bersih RM100, berapa

    ROI nya? ROI nya adalah 10. Anda labur satu, pulangannya adalah sebanyak 10 kali atau1000%. ROI juga boleh dikira dalam bentuk peratusan. Dalam pengiklanan facebook, kita

    akan kira ROI seperti di bawah;

    Return On Investment (ROI) = (Untungkos iklan) / kos iklan

    = (RM100RM10) / RM10

    = 9

    Dalam pengiklanan facebook, saya sendiri meletakkan ROI minima yang perlu dicapai adalah

    3.0. Maknanya, setiap kali iklan dijalankan, keuntungannya yang diperolehi perlu sekurang-

    kurangnya 3 kali ganda dari kos iklan yang dilaburkan. Jika ROI kurang daripada 3.0,

    penambahbaikan perlu dibuat! Saya akan terangkan tentang penambahbaikan

    (optimization) dalam muka surat seterusnya.

    3. Nett Profit

    Untung bersih, senang saja kirakannya. Berapa untung bersih yang anda dapat selepas tolak

    kos iklan.

  • 8/11/2019 5taktik_SifuFBAds

    58/64 58

    4. Nett Profit (NP) = Untung kos iklan

    Anda faham kan? Bagaimana cara mengiranya? Tahu kan? Jadi, tak perlu saya tunjukkan

    dah. Mudah saja!

    Apabila anda menjalankan iklan, adalah sangat penting untuk anda tentukan berapakah

    untung bersih yang anda mahukan setiap hari. Letakkan satu sasaran untung bersih harian

    yang anda perlu capai setiap hari. Ini bakal membuatkan anda lebih bermotivasi untuk

    berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai apa yang anda mahukan.

    Bagaimana? Mudah saja untuk kira CR, ROI, dan NETT PROFIT ini bukan? Memang mudah, tapi

    ramai orang tak mengiranya. Mungkin mereka sibuk! Mungkin mereka tak ingat formula? Atau

    mungkin mereka langsung tak tahu berkenaannya?

    Bagi saya, penting untuk anda kira data-data ini semua. Ianya akan menentukan;

    1.

    Iklan yang anda jalankan berkesan untuk mendapatkan pelanggan atau tidak (conversion

    rate)

    2. Adakah anda mampu mencapai untung bersih harian yang anda tetapkan?

    3. Adakah trafik (klik) yang anda perolehi cukup ataupun tidak untuk membantu anda

    tingkatkan jualan?

    4.

    ROI anda ok atau tidak?5. Apa tindakan seterusnya jika data-data ini tak mencapai aras yang sepatutnya?

    FBADSCALC.COM

    Izinkan saya kongsikan satu fungsi dalam sistem fbadscalc.com yang telah saya bina khas untuk

    pemasaran facebook ini. Fungsi ini, saya namakannya CALCULATOR. Lihat di bawah:

    SAMPEL 1:

  • 8/11/2019 5taktik_SifuFBAds

    59/64 59

    Untuk iklan ini, saya letakkan sasaran untung bersih (nett profit) RM1000 sehari! Sistem ini

    meletakkan nilai conversion rate minima adalah 1%, manakala untuk ROI adalah 3.0. Didapati:

    1. Nett Profits pada 8/9/14 kurang dari nilai yang ditetapkan, iaitu RM1000. Tanda amaran

    berwarna oren dikeluarkan dan notis dalam kotak hitam seperti di bawah diberikan. Dan

    seterusnya, cadangan pembaikan akan diberikan. Dalam kes ini, didapati jumlah trafik (klik)

    menjadi punca kenapa nett profit kurang dari sasaran yang ditetapkan. Tindakan yang

    dicadangkan adalah saya perlu tingkatkan jumlah trafik harian. Pada hari seterusnya, saya

    tingkatkan bajet untuk tingkatkan klik. Dan hasilnya, nett profit berjaya ditingkatkan lebih

    dari 50%.

    2. Conversion Rate untuk kempen iklan ini semuanya melepasi 1%. Jadi, tiada apa-apa tindakan

    untuk memperbaiki iklan diperlukan.

    3.

    ROI untuk kempen iklan ni semuanya melebihi 3.0 (standard sifufbads). Iklan yang dijalankan

    menghasilkan pulangan yang sangat berbaloi-baloi.

  • 8/11/2019 5taktik_SifuFBAds

    60/64 60

    Kesimpulan yang boleh dibuat dari sampel dari sistem fbadscalc ini, iklan ini menghasilkan ROI dan

    CR yang baik. Tindakan selanjutnya adalah, tingkatkan keuntungan bersih yang mampu dijana oleh

    iklan ini dengan meningkatkan trafik (klik). Untuk tingkatkan klik, beberapa tips di bawah boleh

    diikuti:

    Tingkatkan bajet iklan.

    Tambah ad set iklan.

    SAMPEL 2

    Untuk produk yang lain pula, saya meletakkan sasaran untung bersih (nett profit) harian adalah

    RM300. Conversion rate seperti biasa, 1%, manakala ROI adalah 3.

    1. Conversion rate bagi kesemua hari iklan dijalankan melepasi 1%. Tiada perubahan perlu

    dibuat pada iklan yang dibuat.

    2. ROI pada 11/8, 12/8, 14/8 dan 19/8 didapati kurang daripada 3.0. Amaran merah

    dikeluarkan. Tindakan susulan yang perlu saya buat adalah mencuba untuk dapatkan kos per

    klik iklan yang lebih rendah dengan mencuba 3 kaedah ini, iaitu beriklan pada placement

    yang lain pula, gunakan post jenis lain pula ataupun gunakan akaun fb ads yang berbeza

    pula.

  • 8/11/2019 5taktik_SifuFBAds

    61/64 61

    3. Nett Profit kebanyakannya kurang dari nilai sasaran yang telah ditetapkan, iaitu RM300.

    Salah satu sebab utamanya adalah nilai ROI yang rendah. Sekiranya ROI dapat diperbaiki,

    sasaran untung bersih ni mampu dicapai. Selain itu, jumlah trafik juga rendah. Ianya perlu

    ditingkatkan supaya nilai sasaran untung bersih RM300 sehari dapat dicapai.

  • 8/11/2019 5taktik_SifuFBAds

    62/64 62

    Sebagai kesimpulan, dapat dikatakan bahawa masalah besar iklan ini adalah nilai ROI yang rendah

    disebabkan kos per klik yang agak tinggi. Tindakan penambahbaikan perlu dilakukan dengan segera,

    mengikut tips dan trik yang diberikan oleh sistem fbadscalc tadi. Selain itu, jumlah klik yang

    diperolehi juga agak rendah, dan ianya perlu ditingkatkan supaya keuntungan bersih harian dapat

    dipertingkatkan.

    Sebagai kesimpulan bagi bab ini, untuk tingkatkan jualan, anda perlu pantau, kira prestasi iklan yang

    anda buat! Kemudian, buat penambahbaikan (optimization) supaya yang kurang baik menjadi lebih

    baik. Dan yang baik prestasinya, kita boleh pertingkatkan lagi keberkesanannya untuk menyedut

    lebih banyak jualan.

  • 8/11/2019 5taktik_SifuFBAds

    63/64 63

  • 8/11/2019 5taktik_SifuFBAds

    64/64