47985185 Hegemoni Barat Dan Globalisasi
-
Upload
adzmin-adenin -
Category
Documents
-
view
314 -
download
3
Transcript of 47985185 Hegemoni Barat Dan Globalisasi
-
7/28/2019 47985185 Hegemoni Barat Dan Globalisasi
1/24
Hegemoni Barat dan Globalisasi:Realiti dan Cabaran
#Ini adalah hasil kerja saya bersama siti samihah,zulfa,afrida,dan tohirah untuk subjek
Tamadun Islam Tamadun Asia pada semester yang lepas.Moga manfaat dapat
dikongsi bersama.
HEGEMONI BARAT DAN GLOBALISASI : REALITI DAN CABARAN
PENDAHULUAN
Abad ke-20 membawa kepada bermulanya perkembangan pesat sains dan teknologi
maklumat yang luar biasa. Kepesatan yang begitu cepat dan canggih ini berjaya
menciptakan peradaban moden yang menjanjikan pelbagai kemajuan dan kemudahan,
sekaligus memenuhi segala tuntutan arus kemodenan. Pelbagai alat sains dan
teknologi maklumat berjaya dihasilkan dan kehidupan manusia bertambah mudah
dengan segala kecanggihan ini. Namun, dalam manusia leka dengan limpahan
kemewahan dan kemajuan ini, penghujung abad ke-20 juga telah diwarnai oleh
pelbagai bencana dan kemelut yang hampir semua bidang kehidupan sosial, politik,
ekonomi dan sebagainya yang juga sedikit sebanyak berpunca dari kecanggihan
teknologi maklumat serta sains teknologi ciptaan manusia .
Abad 21 telah pun berada di hadapan kita, seiring dengan kelajuan proses globalisasi
dan dukungan kuat teknologi maklumat dan revolusi komunikasi yangmenjadikan kehidupan manusia semakin pantas dan kompleks. Namun, di sebalik
kehidupan manusia yang pantas dan serba canggih ini, kita menyaksikan kemelut
kemanusiaan pada saat kritikal dan tragis, wabak penyakit yang menular, terrorisrne
global, perang saudara yang berterusan dan pelanggaran hak asasi manusia. Sana-sini
dipaparkan di dalam media cetak dan elektronik kehidupan manusia semakin tragis
dengan semakin hebatnya arus kemodenan dunia .
Apabila diimbas kembali akan kehebatan Islam dalam menguasai dunia semenjak
zaman Nabi Muhammad SAW hinggalah kepada kejatuhan kerajaan Islam Sepanyol,
kita melihat bahawa dunia hidup dalam era yang aman kerana tiadanya dasar
penguasaan globalisasi Barat. Namun, kebangkitan tamadun Barat mula menampakkan
taringnya selepas kejatuhan kerajaan Islam Sepanyol sekaligus telah membuka era
baru kepada dasar penguasaan Barat terhadap negara lain terutamanya negara Islam
http://noorhistory.blogspot.com/2010/03/hegemoni-barat-dan-globalisasirealiti.htmlhttp://noorhistory.blogspot.com/2010/03/hegemoni-barat-dan-globalisasirealiti.html -
7/28/2019 47985185 Hegemoni Barat Dan Globalisasi
2/24
melalui dasar globalisasi ala-Barat yang diwar-warkan ke seluruh dunia. Inilah yang
membawa kepada permulaannya dominasi barat atau disebut sebagai hegemoni
Barat.Fenomena yang disebut sebagai hegemoni Barat ini ialah apabila Barat
menggunakan kuasanya sebagai kuasa terbesar dunia untuk menguasai politik,
ekonomi, budaya, pemikiran, teknologi dan lain-lain. Dan yang paling dahsyat apabila
Barat menggunakan kuasa tenteranya untuk menguasai negara yang tidak sehaluan
dengannya. Sebagai kesannya, tindakan membalas dendam secara keras juga tidak
dapat dibendung lagi dan di sinilah timbul isu keganasan dan terrorism yang selalunya
ditujukan kepada pejuang Islam.
BAB 1 : PENGENALAN HEGEMONI BARAT
1.2 DEFINISI HEGEMONI
Istilah hegemoni berasal daripada istilah yunani,hegeisthai (to lead). Konsep hegemoni
banyak digunakan oleh ahli sosiologi untuk menjelaskan fenomena terjadinya usaha
untuk mempertahankan kekuasaan oleh pihak pengusasa.
Perkataan hegemoni dalam perkataan Inggeris hegemony membawa maksud pengaruh
atau pengusaan. Perkataan hegemoni dalam kamus bermaksud pengaruh atau
dominasi ini merangkumi pelbagai sudut seperti politik,ekonomi,
sosial,budaya,ketenteraan, pendidikan, pendidikan,perundangan dan sebagainya.
Secara jelas hegemoni sebenarnya bermaksud dominasi oleh satu kelompok terhadap
kelompok lainnya, dengan atau tanpa ancaman kekerasan, sehingga idea-idea yang
diketengahkan oleh kelompok dominan terhadap kelompok yang didominasi diterima
sebagai sesuatu yang wajar (common sense). Dalam hegemoni, kelompok yang
mendominasi berhasil mempengaruhi kelompok yang didomnasi untuk menerima nilai-
nilai moral, politik dan budaya dari kelompok dominan (kelompok yang berkuasa).
Hegemoni juga boleh diterima sebagai sesuatu yang wajar, sehingga ideologi kelompok
dominan dapat disebarkan dan dipraktikkan. Nilai-nilai dan ideologi hegemoni ini
diperjuangkan dan dipertahankan oleh pihak dominan sehingga pihak yang didominasi
taat terhadap kepimpinan kelompok penguasa
-
7/28/2019 47985185 Hegemoni Barat Dan Globalisasi
3/24
1.2 SEJARAH RINGKAS TAMADUN BARAT
Tamadun eropah atau dikenali sebagai tamadun Barat telah dibahagikan oleh
sejarawan kepada tiga zaman utama ,iaitu Zaman Purba yang merujuk kepada
tamadun Yunani dan Romawi ,Zaman Pertengahan yang bermula pada sekitar 400M
hingga 1600M dan Zaman Moden selepas tahun 1600M ,yang kemudiannya
menyaksikan kebangkitan Revolusi Sains di barat .Manakala di Zaman Pertengahan
telah di bahagikan kepada tiga peringkat iaitu Zaman Pertengahan Awal yang disebut
juga sebagai Zaman Gelap eropah dan Zaman Pertengahan Tengah atau disebut juga
Zaman Kemajuan Eropah dan Zaman Renaissance .Terdapat juga ahli sejarah
mengatakan Zaman Gelap diakhiri pada 800M. Selepas Zaman Gelap muncul pula
Zaman Pertengahan Tengah yang disebut juga sebagai Zaman Kemajuan, kerana pada
waktu itu Eropah telah mula mengalami pembangunan intelektual yang pesat hasil
kemasukan pengaruh ilmu-ilmu dari tamadun Islam di Timur. Zaman pembangunan
intelektual ini telah menjadi tapak asas kepada tercetusnya Zaman Renaissance pada
sekitar 1450M. Zaman Renaissance ini benar-benar telah mengubah corak
penghidupan masyarakat Eropah kepada kemajuan intelek yang begitu tinggi, secara
agak drastik hinggalah ke hari ini.
1.3 ZAMAN KEBANGKITAN TAMADUN BARAT
1.3.1 PENGENALAN ZAMAN RENAISSANCE
Latar belakang Eropah zaman gelap iaitu zaman tertutup dari sudut ekonomi ,politik dan
sosial serta pemikiran yang dikuasai oleh pihak gereja .Rakyat pula pada ketika itu
terpaksa bergantung kepada golongan bangsawan .
Latar belakang Eropah selepas zaman gelap iaitu zaman belaku perubahan sikap dan
membuka minda serta membawa fahamn baru .
1.3.2 PENGERTIAN RENAISSANCE
Renaissance berasal dari bahasa Perancis yang bermaksud pemulihan atau
menghidupkan semula aspek kebudayaan dengan memberi penekanan terhadap
pemulihan budaya meliputi aspek ilmu pengetahuan seperti sains , sastera dan seni
-
7/28/2019 47985185 Hegemoni Barat Dan Globalisasi
4/24
klasik yang pernah menjulang Eropah sebagai pusat peradaban dunia pada ketika itu.
Zaman Renaissance berlangsung selama dua abad dari pertengahan abad ke 14
sehingga pertengahan abad ke 16. Ianya bermula di Itali kemudian telah merebak ke
seluruh Eropah melalui perkembangan intelektual dan pemikiran manusia.
1.3.3 PROSES PENYALURAN ILMU DARI TAMADUN ISLAM KE TAMADUN BARAT
DI ZAMAN PERTENGAHAN
Sebelum bermulanya proses kemasukan ilmu dari tamadun Islam ke tamadun Barat di
Eropah, masyarakat barat masih berada di zaman kegelapan, mundur dalam dalam
segala aspek kehidupan dan berada pada tahap paling rendah martabat inteleknya.
Pada zaman itu, di Eropah terdapat hanya cebisan-cebisan daripada pemikiran
Romawi,,dilonggokan semuanya dalam susunan tulisan-tulisan Martinus Capella, Bede,
Isodoe dan juga teknik tertentu, yang terselamat daripada pupus kerana luas
edarannya. Pengajian pada masa itu hanya berkisar di ilmu gereja;gospel yang
termaktub dalam Bible, wajib diterima bulat-bulat tanpa sebarang persoalan dan
pertikaian. Manakala tokoh intelek pada zaman tersebut tidak kreatif dan tidak
menyumbang idea asli. Mereka ini kebanyakannya menjadi penyusun idea-idea yang
telah sedia ada daripada tamadun Yunani. Mereka ini kebanyakkannya terdiri daripada
kalangan kelompak gereja dan penganut pagan yang belum menerima ajaran Kristian.
Antara tokoh-tokoh yang terkenal seperti St. Augustin (351-430), seorang pendeta
Kristian yang agak terbuka dan terkenal dengan sumbangannya dalam ilmu
kemanusiaan secara am dan Boethius (480-524), seorang tokoh intelek pagan yang
masyhur.
BAB 2 : PENGENALAN GLOBALISASI
2.1 Definisi globalisasi
Globalisasi yang dipelopori oleh Barat sebenarnya membawa kepada pelbagai definisi
dan penafsiran dari berbagai sudut pandangan. Definisi umum yang dipegang oleh
sebahagian daripada kita menafsirkannya sebagai proses pengecilan dunia atau
-
7/28/2019 47985185 Hegemoni Barat Dan Globalisasi
5/24
menjadikan dunia sebuah perkampungan yang kecil. Sebahagian kita yang lain
menafsirkannya sebagai usaha menyatukan masyarakat dunia dari segi gaya hidup dan
budaya.
Globalisasi merupakan satu proses untuk meletakkan dunia dibawah satu unit yang
sama tanpa dibatasi oleh sempadan dan kedudukan geografi sesebuah negara Melalui
proses ini, dunia akhirnya tidak lagi mempunyai sempadan dengan ruang udara dan
langit sesebuah negara itu terbuka luas untuk dimasuki oleh pelbagai maklumat yang
disalurkan menerusi pelbagai perantaraan media komunikasi seperti internet,media
elektronik,dan teknologi siber. Perkembangan ini memungkinkan perhubungan diantara
sesebuah negara dengan negara yang lain dan perhubungan sesama manusia dapat
dilakukan dalam tempoh yang singkat.
Menurut Kamus Dewan globalisasi didefinisikan sebagai fenomena yang menjadikan
dunia mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkan kepantasan perkembangan
teknologi maklumat. Manakala cediakawan barat mentakrifkan globalisasi sebagai satu
proses kehidupan yang serba luas dan infiniti merangkumi segala aspek kehidupan
seperti politik, sosial, dan ekonomi yang boleh dirasai oleh seluruh umat manusia
didunia ini. Ini bermakna segala-galanya menjadi milik bersama dalam konsep dunia
tanpa sempadan.
Dalam era globalisasi ini, dunia semakin dikecilkan ruangnya daripada yang asal. Jika
dulu dunia ini seluas saujana mata memandang dan dipagari dengan sempadan-
sempadan namun kini ia tidak berlaku lagi. Malah pada hari ini kita telah dapat
merasakan apakah dia itu globalisasi. Ledakan teknologi maklumat yang pesat
merupakan medium utama kepada agenda globalisasi ini.
Dunia bukan sahaja tidak bersempadan geografi tetapi pengaruh globalissasi
menjangkau sempadan ekonomi,teknologi ,bahasa, budaya, ideologi, politik dan dari
segenap aspek kehidupan sesebuah masyarakat.
-
7/28/2019 47985185 Hegemoni Barat Dan Globalisasi
6/24
Kerajaan Malaysia memberi keutamaan kepada globalisasi ekonomi. Disamping itu, ia
memberi perhatian besar kepada globalisasi maklumat dan ilmu dan globalisasi saintifik
serta teknologi Kesungguhan Kerajaan dalam menangani tiga jenis globalisasi ini jelas
kelihatan pada berbagai-bagai bentuk wacana di peringkat nasional dan peringkat
antarabangsa seperti dialog, seminar, persidangan dan forum dan juga pada
penubuhan berbagai-bagai jenis institusi dan projek. Koridor Raya Multimedia (MSC)
adalah simbol harapan serta kemegahan Malaysia dalam menyahut panggilan
globalisasi.
Globalisasi juga merujuk kepada perpindahan nilai, terutamanya cara berfikir dan gaya
bertindak dari satu daerah dunia kepada daerah dunia yang lain. Globalisasi yang diberi
erti luas ini adalah suatu hakikat yang tidak dapat dipertikaikan. Hakikatnya globalisasi
itu sudah wujud sebelum istilah globalisasi diperkenalkan lagi. Fenomena globalisasi
boleh dikiaskan sebagai gelombang yang melanda dunia.
2.2 Sejarah globalisasi
Banyak sejarawan yang menyebut globalisasi sebagai fenomena di abad ke-20 ini yang
dihubungkan dengan bangkitnya ekonomi internasional. Padahal interaksi dan
globalisasi dalam hubungan antarbangsa di dunia telah ada sejak berabad-abad yang
lalu. Bila ditelusuri, benih-benih globalisasi telah tumbuh ketika manusia mulai
mengenal perdagangan antarnegeri sekitar tahun 1000 dan 1500 M. Saat itu, para
pedagang dari Tiongkok dan India mulai menelusuri negeri lain baik melalui jalan darat
(seperti misalnya jalur sutera) maupun jalan laut untuk berdagang
Fasa selanjutnya ditandai dengan dominasi perdagangan orang islam di Asia dan
Afrika. Orang islam membentuk jaringan perdagangan yang antara lain meliputi Jepang,
Tiongkok, Vietnam, Indonesia, India, Persia, pantai Afrika Timur, Laut Tengah, Venesia,
dan Genoa. Di samping membentuk jaringan dagang, kaum pedagang islam juga
menyebarkan nilai-nilai agamanya, nama-nama, abjad, arsitek, nilai sosial dan budaya
Arab ke warga dunia.
Fasa selanjutnya ditandai dengan eksplorasi dunia secara besar-besaran oleh bangsa
-
7/28/2019 47985185 Hegemoni Barat Dan Globalisasi
7/24
Eropah. Sepanyol, Portugis, Inggeris, dan Belanda adalah pelopor-pelopor eksplorasi
ini. Hal ini didukung pula dengan terjadinya revolusi industri yang meningkatkan
keterkaitan antarbangsa dunia. berbagai teknologi mulai ditemukan dan menjadi dasar
perkembangan teknologi saat ini, seperti komputer dan internet. Pada saat itu,
berkembang pula kolonialisasi di dunia yang membawa pengaruh besar terhadap
kebudayaan di dunia.
Semakin berkembangnya industri dan kebutuhan akan bahan baku serta pasar juga
memunculkan berbagai perusahaan multinasional di dunia. Di Indonesia misalnya,
sejak politik pintu terbuka, perusahaan-perusahaan Eropah membuka berbagai
cabangnya di Indonesia. Freeport dan Exxon dari Amerika Syarikat, Unilever dari
Belanda, British Petroleum dari Inggeris adalah beberapa contohnya. Perusahaan
multinasional seperti ini tetap menjadi ikon globalisasi hingga saat ini.
Fasa selanjutnya terus berjalan dan mendapat momentumnya ketika perang dingin
berakhir dan komunisme di dunia runtuh. Runtuhnya komunisme seakan memberi
pembenaran bahawa kapitalisme adalah jalan terbaik dalam mewujudkan
kesejahteraan dunia. Implikasinya, negara-negara di dunia mulai menyediakan diri
sebagai pasar yang bebas. Hal ini didukung pula dengan perkembangan teknologi
komunikasi dan transportasi. Hasilnya, sekatan-sekatan antara negara pun mulai
kabur.
BAB 3- REALITI HEGEMONI BARAT DAN GLOBALISASI KINI
3.1 Media
Globalisasi yang diperkenalkan oleh Barat menjadikan media komunikasi sebagai alat
utama yang mampu menyebarluaskan segala maklumat. Oleh kerana Barat menguasai
media komunikasi dunia, segala berita dan maklumat yang disiarkan di seluruh dunia
adalah lebih berpihak kepada mereka dan menindas mana-mana negara yang tidak
bersekongkol dengan mereka khususnya negara-negara Islam.
Yang jelas, media massa kapitalis di Barat dan sosialis di Timur telah mempengaruhi
sepenuhnya media-massa media-massa yang ada di dalam masyarakat Islam dan
-
7/28/2019 47985185 Hegemoni Barat Dan Globalisasi
8/24
Arab. Merekalah yang menerbitkan program-program di negara Islam sama ada yang
dapat ditonton, didengar dan mencetaknya untuk dibaca. Program-program yang
menyebarkan kejahatan, memberi galakan untuk melakukan jenayah, menimbulkan
keraguan terhadap akidah dan menghancurkan akhlak dan nilai-nilai yang murni.
Kerana media di bawah kawalan mereka, segala berita dan maklumat tentunya
menyebelahi mereka dan sebaliknya menindas musuh-musuh mereka. Misalnya,
agensi berita antarabangsa terutamanya dari Amerika Syarikat menentukan dengan
meluasnya bagaimana maklumat tentang peristiwa antarabangsa diolah dan
dipersembahkan kepada masyarakat dunia. Manakala Hollywood pula merupakan
pengeksport komoditi hiburan terbesar dunia. Amerika Syarikat memperoleh
pendapatan melalui perkembangan ini sebanyak 20 bilion ( US dolar ) dan 70% adalah
langganan luar Amerika Syarikat iaitu dari negara-negara dunia ketiga.
3.2 Ekonomi
Globalisasi ekonomi ialah satu kod undang-undang ekonomi seragam yang diamalkan
dan digunapakai oleh seluruh masyarakat dunia. Ia membawa kepada penghapusan
halangan ekonomi antara sebuah negara dengan negara lain pada kadar yang amat
pantas terutamanya dalam tiga aspek utama ekonomi iaitu perdagangan, kewangan
dan pelaburan. Globalisasi berlaku dalam ketiga-tiga aspek ini apabila dasar-dasar
kerajaan yang mengawal ekonomi asing daripada mempengaruhi ekonomi tempatan
semakin longgar dan ekonomi tempatan terpaksa mengikut rentak ekonomi asing yang
akhirnya meminggirkan ekonomi tempatan. Ia berlaku dengan mudah akibat perubahan
teknologi di mana wang boleh dipindahkan, mata wang diniagakan dan saham boleh
dibeli dengan mudah.
Dalam globalisasi ekonomi, kadar mata wang yang tidak tetap dan pasaran modal
terbuka, spekulasi mula muncul dan membawa kepada manipulasi mata wang dan
saham. Ia kemudiannya membawa kepada peranan tiga buah institusi yang benar-
benar menyebarkan globalisasi dan menguasai ekonomi dunia iaitu Dana Kewangan
Antarabangsa (IMF), Bank Dunia dan Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO).
-
7/28/2019 47985185 Hegemoni Barat Dan Globalisasi
9/24
3.3 Politik
Globalisasi politik juga telah tersebar luas ke seluruh dunia dengan kehebatan
penawaran ilmu dan teknologi komunikasi yang mampu menyebarluaskan segala
maklumat. Hari ini, politik antarabangsa didominasi sepenuhnya oleh beberapa buah
negara kuasa besar (super power) yang secara tidak langsung menggambarkan
dominasi dunia Barat. Kita lihat sahaja contohnya di Iraq pada hari ini. Amerika Syarikat
yang mendominasi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
dengan kuasa vetonya bersama-sama dengan negara Rusia, United Kingdom telah
campur tangan dalam politik dalaman Iraq.
Boleh dikatakan dalam hampir semua persengketaan wilayah dan antarabangsa sarna
ada di Somalia, Bosnia-Herzegovina, Palestin, Kashmir, Iraq dan lain-lain, Amerika
Syarikat telah terlibat secara langsung dengan menggambarkan diri mereka sebagai
'polis dunia'. Kedudukan Amerika Syarikat sebagai sebuah kuasa besar dunia yang
tidak boleh ditandingi adalah disebabkan kekuatan ketenteraan dan militarinya. Setelah
berakhirnya Perang Dingin dan dengan kejatuhan Soviet Union, Arnerika Syarikat telah
muncul satu-satunya kuasa besar dunia yang tidak boleh ditandingi.
3.4 Sosial
Pada hari ini, dunia Barat terutama Amerika Syarikat telah membanjiri dunia dengan
pengeksportan budayanya. Berlaku pertukaran dan pernyataan simbol yang
mencerminkan kehidupan manusia dari segi gaya hidup, kepercayaan, citarasa, dan
lain-lain dari Barat ke dunia luar. Antara cabaran globalisasi yang perlu diperbahaskan
adalah cabaran ke atas aspek sosial budaya. Ia adalah satu persoalan yang sangat
kritikal kerana sesudah terlerainya benteng sosio-budaya sesuatu kelompok
masyarakat dapat disempurnakan maka segala usaha bagi mengatasi masalah lain
adalah lebih mudah.
Golongan muda sebahagian besarnya sudah terheret di dalam proses globalisasi sosio-
budaya. Golongan belia akan menjadi dan terus menjadi sasaran utama globalisasi
yang didalangi oleh syarikat-syarikat multinasional dan transnasional. Dalam
-
7/28/2019 47985185 Hegemoni Barat Dan Globalisasi
10/24
keghairahan untuk mengejar gaya hidup ala Barat, anak-anak muda ini secara
umumnya kini sudah tidak merasa bersalah dengan gaya peniruan secara bulat budaya
hidup barat.
Pengamatan yang jelas dapat membuktikan fenomena ini adalah menerusi kesan-
kesan globalisasi budaya di bawah :
(1) Budaya Makan : Pelbagai jenis makanan Barat telah dapat dinikmati dan semakin
popular di seluruh dunia. Spaghetti, pasta, minuman bergas seperti Coca Cola, Pepsi
tidak hanya boleh didapati di Barat malahan di seluruh dunia.
(2) Budaya Fesyen : Anak-anak muda semakin ghairah mengikuti segala perubahan
fesyen yang berlaku di Barat. Jenama-jenama alat solek seperti
Maybeline, Christian Dior dan jenama pakaian seperti Versace, Bonia, Padini, Levis
menjadi pilihan generasi muda walaupun mahal harganya.
(4) Budaya Hidup : Majlis-majlis sosial yang menonjolkan acara-acara ala barat serta
dunia lakonan dan pembikinan filem cara barat. Masyarakat dunia hari ini juga lebih
terdedah kepada budaya yang menggunakan produk rokok yang menajakan budaya
hidup barat.
(5) Budaya Muzik dan Hiburan : Muzik jazz, rock, disco dan yang terkini muzik 'black
metal' telah mula menguasai dunia. Tempat hiburan Disneyland juga diadakan di luar
Amerika.
3.5 Agama
Barat, telah melaungkan slogan sekular yang telah membataskan agama dan
menafikan sebarang peranan yang boleh dilakukan oleh agama dalam usaha
memperbaiki, merubah, membawa kemajuan atau tamadun. Konsep-konsep akidah
dan pemikiran telah berubah di kalangan umat Islam sehingga kemulhidan telah
berkembang di tengah-tengah kesesatan dan kekufuran mereka.
Islam Liberal sudah pun difatwakan sesat dan bercanggah dengan syariat Islam. Akhir-
akhir ini pelbagai salah faham terhadap syariat Islam sengaja digembar-gemburkan
-
7/28/2019 47985185 Hegemoni Barat Dan Globalisasi
11/24
oleh golongan Islam Liberal yang kuat berpegang kepada ideologi sekular-liberal dan
humanisme anjuran Barat. Golongan Islam Liberal ini mengakui berpegang kepada
ajaran Islam tetapi Islam yang dibawa oleh mereka adalah Islam yang beracuan
pemikiran semata-mata berteraskan ideologi Barat.
Sister In Islam (SIS) dikaitkan dengan fahaman Islam Liberal seawal bulan Disember
2002 setelah SIS terlibat secara langsung dalam usaha menubuhkan badan antara
agama yang mempunyai kuasa undang-undang menyeru kepada kebebasan
beragama. SIS juga dikaitkan dengan fahaman Liberal ini apabila sekumpulan aktivis
hak asasi manusia yang diketuai oleh SIS sendiri telah melancarkan kempen Anti
Kawalan Moral terhadap pihak berkuasa agama dan kerajaan tempatan ekoran
tindakan para penguatkuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)
menahan lebih 100 orang pengunjung kelab malam Zouk di Kuala Lumpur.
1.4 REALITI-REALITI YANG MENGKRITIK DUNIA BARAT
Bukan sahaja para sarjana Barat mahupun Islam yang mengkritik tamadun Barat,
bahkan realiti dan fakta-fakta ilmiah juga turut mengkritik peradaban Barat secara
majazi. Fakta-fakta tersebut juga mewakili keruntuhan tamadun Barat dan membuktikan
secara jelas, bahawa Barat sememangnya sudah kehilangan kemanusiaan bahkan
sudah jauh dari fitrah manusia.
Terlebih dahulu, fakta-fakta yang terlalu banyak yang dinukilkan oleh Dr. Yusuf Al-
Qaradhawi (di dalam buku beliau, Al-Islam Hadharah Al-Ghad,) mengenai
kepincangan yang berlaku di dalam masyarakat Barat, sudah cukup untuk
membuktikan betapa dunia Barat hari ini menuju kehancuran (terutamanya dalam
aspek kemanusiaan).
Beliau menyimpulkan bahawa, keburukan dan kesan buruk tamadun moden, tergambar
dari beberapa sudut iaitu: keruntuhan akhlak, kemusnahan keluarga, kegelisahan jiwa,
kecelaruan akal dan jenayah yang berleluasa.
Mari kita susuli satu persatu gambaran-gambaran yang dibentangkan oleh Prof. Dr.
Yusuf Al-Qaradhawi, mengenai keburukan yang dibawa oleh tamadun Barat.
-
7/28/2019 47985185 Hegemoni Barat Dan Globalisasi
12/24
1.Keruntuhan Akhlak
Dinyatakan dalam laporan tersebut bahawa malapetaka bom atom dan rasa takut yang
bakal menimpa dan meruntuhkan umat manusia adalah satu alasan yang
menyebabkan para remaja mengambil prinsip hidup untuk bersenang-senang merasai
kelazatan (hedonisme), suatu prinsip kelazatan yang tidak menghormati agama dan
ilmu. Ia tidak memperkirakan ikatan keluarga ataupun tanggungjawab sosial. Peraturan
yang berjalan sekarang mencari dan terus mencari kenikmatan hidup tanpa jemu.
Hal ini amat tepat. Jika disingkap, kehidupan sosial masyarakat Barat, sememangnya
hiburan-hiburan menjadi pilihan utama para remaja Barat. Artis-artis hiburan turut
didewakan sehingga menjadi idola para remaja. Bahkan, nyanyian dan lagu-lagu yang
diperkenalkan oleh artis-artis hiburan turut membahawa kepada budaya-budaya
tertentu.
Dalam bidang hiburan, budaya-budaya seperti rock, hip hop, trasher, rap, malah punk,
dan sebagainya menjadi acuan remaja-remaja dan artis-artis. Mereka saling
memperjuangkan budaya-budaya dan imej mereka sehinggakan (kadang-kalanya)
terjadi pertentangan dan pergaduhan sesama kumpulan budaya-budaya yang
berlainan.
Dalam bidang sosial umum pula, budaya-budaya seperti punk, hip-hop, skin head,
hippies, neo-nazi, mafia, gangster dan sebagainya tersebar meluas. Lebih
menyebabkan masyarakat Barat tertekan ialah, golongan yang berbudayakan budaya-
budaya tersebut sebenarnya berkait rapat dengan kegiatan jenayah-jenayah yang
berlaku di sekitar mereka
Golongan tersebut seolah-olah menentang hak asasi manusia, walaupun mereka hidup
di negara-negara yang memperjuangkan hak asasi manusia (iaitu negara-negara
Barat). Keganasan seolah-olah menjadi rutin harian mereka.
Secara umum pula, masyarakat Barat terdedah dengan gejala seks yang bebas. Para
lelaki dan wanita saling bertukar pasangan dan budaya melahirkan anak luar nikah
merupakan suatu kebiasaan. Bagi ibubapa yang mendapat tahu anak perempuannya
melahirkan anak luar nikah, merekalah yang akan tolong menjaganya tanpa sebarang
-
7/28/2019 47985185 Hegemoni Barat Dan Globalisasi
13/24
kejutan atau memberi teguran.
2.Kemusnahan Keluarga
Dr. Yusuf Al-Qaradhawi menukilkan pebagai penyelewengan yang berlaku di dalam
insititusi kekeluargaan masyarakat Barat, di dalam buku beliau. Penyelewengan-
penyelewengan tersebut adalah seperti menjual anak, tuntutan nafkah kaum lelaki
daripada kaum wanita yang lebih kaya daripada mereka (hasil persamaan hak yang
dituntut oleh kaum feminisme), ibu sewaan, menghindari kelahiran (tak mahukan anak),
pengguguran anak, menentang konsep perkahwinan, perkahwinan sejenis, keluarga
tanpa bapa (untuk pasangan lesbian), dan sebagainya.
Beliau turut mengemukakan fakta-fakta yang amat mengejutkan kita, yang
bertentangan dengan fitrah manusia dan tradisi masyarakat Timur. Dalam kajian juga,
tamadun Barat sebenarnya turut bertanggungjawab dalam melahirkan jenayah-jenayah
dalam rumahtangga.
Jelaslah bahawa, di negara-negara Barat khususnya, keluarga bukan lagi satu tempat
yang menjamin kesejahteraan, bahkan boleh jadi suatu tempat di mana keganasan
bermula. Tambahan pula, apabila bapa-bapa terlibat dengan arak dan dadah, dan
mereka akan melepaskan tindakan yang kejam dalam keadaan mabuk di dalam
rumahtangga mereka.
3.Kegelisahan Jiwa
Dr. Yusuf Al-Qaradhawi seterusnya membentangkan kes-kes berkenaan jiwa
masyarakat Barat yang amat tertekan dan gelisah. Di samping membentangkan isu-isu
kegelisahan masyarakat Hollywood, belau juga turut mendedahkan bahawa, kelahiran
golongan hippies dan vagabond juga merupakan natijah permberontakan jiwa
masyarakat Barat terhadap tamadun materialistik yang dibina di Barat.
Beliau turut mendedahkan bagaimana kebanyakkan daripada artis-artis Barat yang
mengalami kegelisahan jiwa, walaupun berada dalam alam populariti. Hal ini jelas
terzahir pada kehidupan artis-artis yang terkenal seperti Garetta Garbo, Brigita Bardot
(artis Perancis), Marlyn Monroe, Kurt Cobin dan sebagainya.
4.Kecelaruan akal
S.W Peres menegaskan bahawa, satu daripada setiap dua puluh dua penduduk kota
New York harus dimasukkan ke dalam rumah sakit mental dari masa ke semasa. Prof.
-
7/28/2019 47985185 Hegemoni Barat Dan Globalisasi
14/24
Alex Carel mengatakan bahawa: Yang menghairankan, penyakit mental lebih banyak
daripada semua pesakit lain secara keseluruhan.
Hal ini mendedahkan kepada kita bahawa, minda masyarakat yang disaluti oleh
perkembangan ilmu pengetahuan, sebenarnya dilanda kekusutan. Bahkan, penyakit
mental menjadi penyakit utama masyarakat Barat. Bukankah mereka merupakan
bangsa yang bangga dengan pencapaian mereka dalam ilmu pengetahuan? Tetapi,
dalam masa yang sama, mereka melahirkan begitu banyak orang-orang yang sakit
mental?
Bukan sahaja pesakit mental, bahkan ramai dikalangan masyarakat Barat yang
terdedah dengan gangguan mental. Kebanyakkan daripada mereka cenderung untuk
melakukan jenayah tanpa rasa bersalah.
33% daripada golongan lelaki (Barat) mengakui bahawa, jika mereka dapat lepas
daripada ditangkap oleh pihak berkuasa, mereka akan melakukan jenayah rogol.[24]
Bahkan, 51% daripada mahasiswa-mahasiswa yang menuntut di kolej-kolej mengakui
bahawa, jika mereka yakin dapat lepaskan diri, sudah tentu mereka akan lakukan
jenayah rogol.[25]
Inilah corak minda yang lahir daripada mentaliti masyarakat Barat yang terdedah
dengan pelbagai bentuk keganasan bahkan terdedah dengan keinginan untuk
melakukannya. Inilah yang paling membahayakan sesebuah tamadun manusia, yang
akhirnya mengembalikan manusia ke alam hutan dengan jenayah-jenayah mereka.
5.Jenayah dan Ketakutan
Dr. Yusuf Al-Qaradhawi turut mendedahkan fakta-fakta mengenai ketakutan
masyarakat Barat terhadap jenayah yang berlaku di sekitar mereka.
4 daripada 10 penduduk merasa bahawa mereka menjadi sasaran pembunuhan,
serangan, kecurian dan perogolan. 52% daripada warga bandar-bandar hidup dalam
ketakutan sepanjang masa. Ketakutan turut dirasai oleh 41% daripada warga bandar-
bandar kecil dan 31% daripada warga pingiran kampung. 52% daripada responden
masyarakat Barat menyimpan senjata untuk membela diri mereka.
Apa yang mereka takutkan? Mereka begitu takutkan jenayah-jenayah yang berleluasa
di sekitar mereka. Namun, gambaran mengenai jenayah yang diberikan oleh Dr. Yusuf
Al-Qaradhawi merujuk kepada apa yang berlaku pada tahun 1979. sedangkan, kini
-
7/28/2019 47985185 Hegemoni Barat Dan Globalisasi
15/24
sudah masuk ke alaf baru (2005). Adakah jenayah-jenayah yang didedahkan oleh Dr.
Yusuf Al-Qaradhawi menurun pada sepuluh tahun terakhir ini (1995-2005)?
Kes rogol di Barat khususnya Amerika amat membimbangkan masyarakat dunia.
Sehinggakan, laporan ada menyebut: Dalam suatu kajian, 13% daripada perempuan-
perempuan Amerika yang berumur 18 tahun ke atas, pernah melaporkan bahawa,
mereka pernah dirogol sekurang-kurangnya sekali. (Kilpatrick et al,1992, p.i)
Bahkan, dalam satu statistik umum, 1871 wanita dirogol setiap hari. Lebih malang lagi
laporan menyatakan bahawa, jenayah rogol merupakan jenayah yang paling banyak
yang tidak dilaporkan oleh masyarakat Barat. Hanya 16% sahaja daripada kes rogol
yang dilaporkan kepada pihak berkuasa. Pada 2001, sebanyak 248 250 kes rogol dan
jenayah seksual dilaporkan kepada pihak berkuasa.
Bayangkan, jika 248 250 kes, hanya merupakan 16% daripada jenayah rogol yang
berlaku, yang dilaporkan, berapakah sebenarnya kadar jenayah rogol yang berlaku
dalam masyarakat Barat!!! Ya, jenayah rogol di Barat telah mencecah lebih jutaan kes
pada hakikatnya, pada setiap tahun.
Setiap 2 minit, seorang wanita dirogol di US. 72 daripada 100 000 orang wanita dirogol
setiap tahun. 45% daripada perogol-perogol, merogol dalam keadaan mabuk. 47%
mangsa mengalami kecederaan yang teruk setelah dirogol. 80% daripada wanita yang
dirogol berusia 30 tahun ke bawah.
Di institusi-intitusi pengajian pula (kolej-kolej), 25% daripada mahasiswi-mahasiswi
pernah menjadi mangsa rogol. 8.5% daripada mahasiswa-mahasiswa pernah dipaksa
untuk melakukan hubungan seks (tetapi tidak dianggap sebagai kes rogol). 47%
daripada kes-kes rogol itu berpunca daripda temujanji.[32]
Dalam laporan laman web yang lain, dikatakan bahawa: setiap 6 saat, seorang
perempuan dirogol di Amerika Syarikat. Bahkan, seorang daripada 4 orang mahasiswi-
mahasiswi di institusi-institusi pengajian yang pernah dirogol atau hampir-hampir
dirogol. Menurut sebuah laman web yang lain (mengenai kes rogol di Barat),
http://womensissues.about.com/od/domesticviolence/a/dvstats2.htm, kes rogol turut
melibatkan orang-orang yang rapat dengan mangsa bahkan ahli keluarga mangsa
sendiri.
Dalam tahun 1992-1993, 5.4 juta perempuan dilaporkan menjadi mangsa jenayah,
-
7/28/2019 47985185 Hegemoni Barat Dan Globalisasi
16/24
termasuklah 500 000 kes rogol atau keganasan seksual. 29% daripada keganasan
terhadap wanita tersebut dilakukan oleh orang-orang yang mempunyai kaitan dengan si
mangsa, samada suami, bekas suami, teman lelaki mahupun teman lelaki.
503 485 perempuan mendakwa bahawa diri mereka diekori oleh kenalan-kenalan
rapatnya dalam keadaan mencurigakan, di Amerika. 76% daripada laporan keganasan
terhadap wanita secara fizikal mahupun seksual, melibatkan bekas suami, pasangan,
teman temu janji atau teman lelaki.
BAB 4 : CABARAN GLOBALISASI DAN HEGEMONI BARAT TERHADAP
UMAT ISLAM
Telah nampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan kerana perbuatan tangan
manusia; Allah menghendaki agar mereka merasakan sebahagian dari (akibat)
perbuatan mereka; agar mereka kembali (ke jalan yang benar) (Ar-Rum 30:41)
4.1 CABARAN DALAMAN
4.1.1 Ketaatan kepada syara dan sistem pentadbiran
Gerakan Islam ialah suatu yang membawa kepada taat akan Allah s.w.t. dan
syariatnya. Apabila taat kepada tanzim melebihi taat kepada Allah swt dan syariat akan
membawa kepada kebinasaan dan bahaya kerosakan yang amat besar.
Taat itu hanya wajib kepada Allah swt dan perkara-perkara yang berkaitan dengan
kebaikan (maruf). Seseorang muslim itu wajib taat kepada Allah swt, Rasul serta ketua
yang tidak menyuruh kepada kemaksiatan. Ini memberikan kepada kita satu kaedah
taat kepada ketua atau pemimpin itu ada had dan batasnya. Sabda Rasulullah saw :
Tiada ketaatan kepada makhluk yang menyuruh kepada kemaksiatan.
Terdapat perbezaan yang besar di antara sistem demokrasi dan syariat Allah swt.
-
7/28/2019 47985185 Hegemoni Barat Dan Globalisasi
17/24
Demokrasi merupakan hukum pada manusia manakala hukum Islam (syariat) itu hukum
pada sisi Allah swt.
4.1.2 Pergolakan di Kalangan umat Islam
Fenomena ini amat jelas seali sehinggakan ia menjadi sebab utama kepada kejatuhan
Islam. Berlakunya perselisihan pendapat yang mana masing-masing mengatakan
pendapatnya adalah benar, tiada sikap tolak ansur, tolong menolong dan bantu
membantu di antara umat Islam.
Dari sehari ke sehari umat Islam hanya sibuk dengan pertelingkahan sesama sendiri.
Hanya mengikut hawa nafsu. Tiada lagi pegangan pada ajaran Islam, tiada lagi bersifat
sebagai seorang Islam. Tanpa mereka sedari inilah sebab kenapa umat Islam dibunuh
dengan mudah.
Sebab-sebab Yang Membawa Kepada Perpecahan
a) Pentadbiran hanya mengikut peredaran zaman dan tidak lagi berpandukan kepada
Al-Quran dan sunnah.
b) Sesetengah generasi baru umat Islam yang tidak melihat kepada sejarah Islam.
c) Tiada tindakan bagi memastikan corak pemerintahan (Qiadi) dijaga dan dijadikan
panduan kepada generasi-generasi baru.
d) Tiada kesatuan dalam pemikiran dan gerak kerja.
e) Adanya perasaan bangga diri dalam diri masing-masing. Segala yang diutarakan di
anggap betul dan perlu diterima oleh semua orang. Firman Allah Taala :
Dan tiap-tiap orang yang berilmu pengetahuan, ada lagi di atasnya yang lebih
mengetahui. (Surah Yusuf : 76)
4.1.3 Kelemahan Aspek Kewangan
Harta merupakan sumber kekuatan kepada satu-satu gerakan Islam. Tanpa kewangan
yang mencukupi, gerakan Islam tidak akan dapat menjalankan segala aktiviti dan
perancangannya akan tergendala.
Harta dan wang ringgit kadang-kadang menjadi sebab kepada fitnah dalam gerakan
Islam apabila disalahgunakan.
-
7/28/2019 47985185 Hegemoni Barat Dan Globalisasi
18/24
Bila mana pengetahuan tentang agama kurang, pegangan akidah yang goyah, ia
mudah mempengaruhi umat Islam. Begitu juga dengan para pendakwah Islam. Apabila
kurang pentarbiyahan dalam hati dan jiwa, penyalahgunaan kuasa akan berlaku.
Lantaran itu akan merosakkan barisan petugas.
Berapa ramai di kalangan pemimpin Islam yang tidak terpengaruh dengan kekayaan
dunia ini. Kebanyakan berlakunya kejatuhan negara-negara Islam ini disebabkan oleh
pemimpinnya yang hanya mementingkan diri sendiri. Kesudahannya umat Islam
ditindas dan dibunuh oleh musuh-musuh Islam. Mereka tidak merasa malu dan
bersalah di atas tindakan yang dilakukan asalkan apa yang di inginkan tercapai.
Kesimpulannya kekuatan ekonomi boleh membawa kepada kebangkitan Islam dan
keruntuhan Islam.
4.2 CABARAN LUARAN
4.2.1 Perancangan Yahudi dan Freemason
Yahudi berkata di dalam protokol mereka: Kita mesti bekerja untuk merosakkan akhlak
di setiap tempat. Dengan itu penguasaan kita akan mudah dicapai. Sesungguhnya
Frued adalah daripada kalangan kita. Beliau akan terus membentangkan teori
hubungan seks sejelas-jelasnya supaya tidak ada suatu pun yang dianggap suci pada
pandangan pemda. Hasilnya ialah memuaskan kehendak nafsu seks adalah matlamat
mereka. Ketika itu, akan runtuhlah akhlak mereka
Yahudi adalah orang yang mendokong teori Nietche yang melenyapkan akhlak dan
mengharuskan bagi manusia melakukan semua perkara yang boleh membawa kepada
kepuasan. Di antara apa yang dikatakan oleh Frued, seorang Yahudi dari Austria:
Manusia hendaklah berusaha memuaskan nafsu dengan cara merungkaikan ikatan
akhlak dan halangan daripada masyarakat yang menghalangnya daripada bebas
melakukan itu semua. Oleh kerana itu, Yahudi telah mendokong teori Frued untuk
mengalihkan perhatian pemuda ke arah memuaskan syahwat dan fahaman
mengharuskan semua perkara.
4.2.2 Perancangan Penjajah dan Salibiah
Seorang pemimpin penjajah telah berkata: Gelas arak dan pelacur amat berperanan
-
7/28/2019 47985185 Hegemoni Barat Dan Globalisasi
19/24
dalam menghancurkan umat Muhammad lebih daripada apa yang dilakukan oleh seribu
meriam. Oleh itu tenggelamkanlah mereka ke dalam cintakan kebendaan dan syahwat.
Paderi Zeumer telah berkata pada satu muktamar pendakwah Kristian yang diadakan di
Baitul Maqdis: Kamu telah mewjudkan di negara Islam satu generasi yang tidak
mempunyai hubungan dengan Allah. Dengan itu lahirlah generasi yang mengikut apa
yang dikehendaki oleh penjajah. Mereka tidak menghiraukan agama, cintakan
kerehatan dan menjadi malas. Seluruh keinginan di dunia dicari semata-mata untuk
memenuhi kehendak syahwat. Apabila mereka belajar, mereka belajar kerana syahwat.
Mereka menduduki pangkat yang tinggi adalah untuk mencapai tuntutan syahwat.
Perancangan penjajah Salibiah ini adalah semata-mata bertujuan untuk mengalih
perhatian pemuda-pemuda Islam daripada medan jihad dan mempertahankan Islam.
Dengan itu mereka tidak akan berfikir untuk berusaha ke arah mencapai kemuliaan dan
keagungan.
4.2.3 Perancangan Komunis dan Aliran Materialisme
Dengan membiarkan umat Islam sibuk dengan hiburan dan pementasan daripada
menghayati aqidah Uluhiyah. Apabila ditanya kepada Karl Marx: Apakah ganti kepada
aqidah Uluhiyah? Beliau menjawab, Gantinya ialah hiburan dan pementasan.
Apakah anda mengetahui erti hiburan dan pementasan wahai para pemuda apabila ia
digunakan untuk meruntuhkan aqidah dan akhlak?
Di antara perancangannya lagi ialah memalingkan generasi Islam daripada Islam
dengan menggunakan novel, majalah, akhbar dan lain-lain. Penganut komunis telah
berkata di dalam dokumen rahsianya sebagaimana yang telah dinyatakan oleh staz
Akad di dalam bukunya Islam dan Komunis: Kita telah berjaya menyebarkan unsur-
unsur yang merosakkan agama di dalam masyarakat beragama yang terdiri daripada
novel, hiburan, pementasan, kursus-kursus, akhbar, majalah dan karangan-karangan
yang menyebarkan fahaman tidak bertuhan dan menyeru ke arahnya, menghina dan
memperolok-olokkan pejuang agama dan menyeru ke arah sains semata-mata serta
menjadikannya sebagai tuhan..
Adakah anda mengetahui wahai para pemuda apakah yang telah dilakukan oleh
akhbar, majalah, novel dan hiburan dalam usaha menghapuskan iman, meruntuhkan
-
7/28/2019 47985185 Hegemoni Barat Dan Globalisasi
20/24
akhlak dan menyebarkan akhlak yang buruk di seluruh negara Islam....?
BAB 5 : PENUTUP
5.1 STRATEGI MENGHADAPI CABARAN
Persoalan yang perlu dibincangkan ialah bagaimana kita menghadapi cabaran yang
mencengkam ini.Dalam hal ini semua pihak mempunyai peranan yang perlu dimainkan
sebaik mungkin. Antara cadangan strategi yang boleh dikemukakan ialah :
5.1.1 Menggunakan peluang
Umat Islam mestilah mengelakkan diri daripada terus berkonfrontasi dengan barat.Pada
masa yang sama kita mesti memperhebat usaha-usaha dakwah bilhal dan dialog antara
agama. Islam terbukti berkembang dengan positif selepas perjanjian Hudaibiyah
berbanding ketika perang sedang memuncak dan ini merupakan bukti bahawa suasana
aman adalah prasyarat terhadap perkembangan dakwah yang pesat.
5.1.2 Memperkasa Martabat Ulama dan sarjana
Pemerintah memberi kebebasan dan hak membuat kajian,menulis dan menyampaikan
ilmu dengan bebas dan bertanggungjawab.Nasib ulama dan intelektual di dunia islam
amat memilukan sehinggakan ramai yang menjadi buruan pemerintah kerana lantang
memperjuangkan kebenaran dan keadilan.Akibatnya ramailah ulama dan intelektual
yang bisu dalam pengertian tidak berani menegur pemerintah kerana ketakutan.
5.1.3 Mengeratkan hubungan 3 U (ulama ,umarak ,ummah)
Sejarah perkembangan islam telah membuktikan bahawa apabila hubungan padu
antara ulama dan umara menjadi erat dan kental,maka kerajaan akan bertambah kuat,
ummah akan terbela, negara akan menjadi aman dan damai.Di Alam melayu sejarah
kerajaan Islam Samudera Pasai,Melaka dan Aceh membuktikan bahawa wujudnya
kesalingan ini telah menjadikan kerajaan tersebut menjadi pusat perkembangan Islam
yang paling penting dan berpengaruh pada abad 14 hingga ke 17.Sebalik nya pula
sebaik sahaja ulama dan umara tidak bersatu,ummah tidak terbela ,negara akan
hancur samada kerana perpecahan dalaman akibat serangan luar atau itimpa bala
bencana.
5.1.4 Memperbaiki Sistem Pendidikan.
Pihak kerajaan perlu meneliti semula pelaksanaan dasar dan sistem pendidikan negara
-
7/28/2019 47985185 Hegemoni Barat Dan Globalisasi
21/24
memandangkan sistem pendidikan adalah saluran terpenting untuk mendidik
masyarakat.Kerajaan perlu kembali kepada falsafah pendidikan Islam yang lebih
komprehensif .Realiti masyarakat hari ini menunjukkan seolah-olah ada sesuatu yang
tidak kena dalam sistem pendidikan negara.Sistem pendidikan kita juga dilihat lebih
bercorak exam-oriented daripada menumpukan pemikiran, yang meliputi aspek
kekreatifan dan daya cipta seseorang pelajar .
5.2 PERANAN GENERASI MUDA
Sukarno, seorang pemimpin karismatik dan pemidato hebat daripada Indnesia pernah
berkata, Berikan aku sepuluh orang pemuda nescaya akan aku gegarkan dunia ini.
Sukarno dikatakan seorang pemimpin yang cukup berjaya dalam era revolusi. .Saidina
Umar Al-Khattab,Khalifah Islam yang kedua pernah mengimpikan lahirnya ramai
generasi muda seperti Abu Ubaidah Al-Jarrah,Khalid Al-Walid,Saad Bin Abi Waqas,Ali
Abi Talib untuk membantunya mendaulatkan kalimah suci Allah di atas muka bumi ini.
Dua tokoh di atas menggambarkan keinsafan seorang pemimpin yang berfikiran
futuristic tentang nasib agama dan bangsanya sendiri.Mereka menyedari betapa
pentingnya pemuda dalam sistem sosial manusia.Bagaimana dengan kita?Pernahkan
kita berfikir tentang nasib negara kita satu atau dua dekad akan datang?Bagaimana
kualiti kepimpinannya?Siapakah yang akan memimpin dan mampukah mereka?
Generasi muda pada hari ini menghadapi desakan yang hebat dan mencabar
kemampuan diri mereka untuk berdiri teguh dengan identiti sendiri . Cabaran ini
didorong oleh banyak faktor. Faktor yang paling utama sekali ialah peredaran zaman itu
sendiri. Dunia hari ini amat berbeza sekali berbanding beberapa dekad lalu. Pada hari
ini, dunia yang kita diami dikenali dengan 'perkampungan sejagat' atau 'global village'.
Mengibaratkan sebuah dunia yang besar ini sebagai sebuah perkampungan adalah
gambaran realiti peredaran zaman yang sedang didepani belia Islam hari ini. Hal ini
menuntut generasi muda mempersiapkan diri sebaik mungkin dari aspek
kerohanian,keilmuan, dan kemahiran hidup. . Generasi muda yang kita harapkan
adalah generasi yang mampu membentuk arus globalisasi akan datang bukan hanyut
mengikut arus globalisasi yang dibentuk oleh musuh agama. Sejarah telah
-
7/28/2019 47985185 Hegemoni Barat Dan Globalisasi
22/24
menyediakan para pemuda contoh yang berjaya membentuk arus di zaman mereka.
Antaranya ialah :
1. Jundub Bin Janadah (Abu Dzar Al-Ghiffari)
2. Usamah Bin Zaid
3. Zainab Al-Ghazali
4. Muhammad Bin Murad (Sultan Muhammad Al-Fateh)
5. Ashaabul kahfi
Mereka adalah generasi ulul albab yang memacu perubahan dan kegemilangan zaman
mereka. Generasi Ulul Albab inilah yang dinantikan dan diimpikan oleh umat sepanjang
zaman.Generasi ini merupakan generasi yang menekankan aspek zikir, fakir, dan amal
soleh kepada Allah . Mereka memiliki ilmu yang luas,penglihatan yang tajam, otak yang
cerdas, hati yang lembut,lidah yang basah mengingati Allah dan bersemangat serta
berdaya juang yang tinggi dalam menegakkan agama Allah di muka bumi.Ia di anggap
sebagai pemimpin umat yang sentiasa berjuang menegakkan keadilan ,membanteras
kezaliman dan menyelesaikan permasalahan umat serta kompeten sepanjang masa.
Terdapat istilah lain selain ulul albab yang bertujuan untuk melahir dan mengembalikan
kegemilangan Islam antaranya ialah Jiilun Nasr. Istilah ini diperkenalkan oleh Professor
Dr. Yusof Qaradawi yang bermaksud generasi kemenangan.Generasi yang dibina
melalui kekuatan roh dan jasad, kemudian menjadi binaan yang kukuh yang tidak boleh
dirungkaikan lagi.Terdapat 10 ciri kecemerlangan yang terkandung dalam Jiilun Nasr
iaitu :
1. Cita-cita besar para Muslah (pengubah)
2. Generasi yang terdiri daripada muslimin dan muslimat
3. Generasi yang percaya kepada reality dan ilmu
4. Generasi amal dan membina jamaiy
5. Generasi Rabbani dan ikhlas
6. Generasi yang bernasabkan islam
7. Generasi dakwah dan jihad
8. Generasi gagah dan agung
9. Generasi seimbang dan sederhana
-
7/28/2019 47985185 Hegemoni Barat Dan Globalisasi
23/24
10. Awwabun dan Tawwabun (sentiasa kembali ke jalan Allah dan memperbanyakkan
taubat)
Generasi ulul albab sebeginilah yang wajar dianggap sebagai generasi harapan,yang
mempunyai kepelbagaian watak iaitu pemikir, cendekiawan, pembimbing,
intelektual,dan pemimpin berwatak glokal yang mampu mengembalikan kegemilangan
dan memakmurkan sekalian alam. Kecemerlangan umat banyak bergantung kepada
generasi seperti ini.Golongan muda adalah pelapis yang akan membawa obor Islam
selepas golongan tua tiada.Setiap organisasi dan institusi menjadi bermasaalah apabila
ketandusan pelapis.Jesteru fokus perlu diberikan kepada mereka.
5.3 KESIMPULAN
Melalui apa yang telah diperbincangkan dalam bab-bab ini dan sebelum ini jelaslah
bahawa kehidupan bertamadun dalam konsep globalisasi sentiasa menghadapi
pelbagai bentuk cabaran. Namun bukanlah satu ketetapan bahawa barat akan
selamanya menguasai arus globalisasi tanpa ada peluang pada tamadun lain untuk
mendominasi.Segalanya bergantung kepada diri masing-masing.Firman Allah s.w.t
telah menjelaskan bahawasanya yang bermaksud :
(Balasan) yang demikian itu, ialah kerana sesungguhnya Allah tidak akan mengubah
sesuatu nikmat yang telah dikurniakanNya kepada sesuatu kaum sehingga mereka
mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri dan (ingatlah) sesungguhnya Allah
Maha mendengar, lagi Maha Mengetahui
(Surah Al-Anfaal : ayat 53)
Marilah kita berharap agar suatu ketika nanti akan mucul generasi ulul albab. Generasi
harapan ini dikatakan bakal mengembalikan kegemilangan dan kemakmuran yang
dilimpahi rahmat dan berkat dariNya.Harapan bukan sekadar mimpi.Harapan juga
bukan satu ilusi malah harapan yang disulami dengan gagasan,berpaksikan kepada
keimanan, berupaya mengubah diri, membangkitkan motivasi,mencetuskan inspirasi,
menjelmakan realiti dan merapatkan hubungan dengan Ilahi.
Setiap insan yang mengaku diri mereka pemuda, tidak wajarlah bagi mereka untuk
mengharapkan orang lain kerana mereka lah sebenarnya generasi yang diharapkan.
-
7/28/2019 47985185 Hegemoni Barat Dan Globalisasi
24/24
Maka azam perlu ditanam, langkah perlu diatur, tindakan perlu di mulakan.Siapa tahu
barangkali andalah pelakar sejarah dunia seterusnya.Membentuk arus globalisasi yang
baru,yang memenuhi keperluan insani, mengubah islamophobia kepada hegemoni
Islam ke alam sarwa jagat, mencabar hegemoni barat yang merosakkan. Baik pemuda
hari ini,baik lah generasi akan datang. Insafilah sejarah wahai pemuda..Sabda
Rasulullah s.a.w yang bermaksud Sabda Rasulullah s.a.w: Islam bermula dalam
keadaan dagang,ia akan kembali dagang.Beruntunglah orang yang berpegang dengan
islam ketika ia dagang.-hadith riwayat Muslim.