37970543 Power Point Peranan Guru Panitia Moral

52
PENGURUSAN MATAPELAJARAN PENDIDIKAN MORAL DI SEKOLAH

Transcript of 37970543 Power Point Peranan Guru Panitia Moral

STRUKTUR DAN ORGANISASI Panitia Pendidikan Moral adalah sebuah badan ikhtisas yang dianggotai oleh semua guru yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Moral dan guru-guru Moral. Dipimpin oleh seorang guru kanan yang dilantik sebagai Ketua Panitia oleh Guru Besar.

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PANITIA

Melaksanakan tugas pembelajaran dan pengajaran

Mengajar dalam kelas pelajaran Pendidikan Moral. Menjadi guru contoh kepada guru-guru lain.

Pemimpin dan pengurus kurikulum

Merancang, melaksana, menyelia dan menilai P&P yang akan dijalankan dalam kelas. Mengurus dan menggerakkan panitia. Melaksanakan hasrat surat pekeliling. Menguruskan jadual waktu mata pelajaran Pendidikan Moral. Melaksanakan pemantauan ke atas pelajaran Pendidikan Moral. Membuat tindakan susulan seperti membuat kelas-kelas pemulihan dan pengayaan kepada pelajar.

Memastikan kemajuan staf

Membuat analisis keperluan-keperluan staf dalam mengajar moral. Merancang dan melaksanakan program latihan dalaman. Menilai program Pendidikan Moral di sekolah. Memastikan penyertaan guru dalam seminar, bengkel dan kursus.

Menyediakan bahan

Menyediakan bahan bantu mengajar dan bahan bantu belajar kepada guru-guru untuk digunakan di dalam kelas. Menambahkan koleksi Pusat Sumber Sekolah

SENARAI TUGASANKetua Panitia : Memahami kandungan Huraian Sukatan Pendidikan Moral (HSP) setiap tahun. Memastikan perancangan dan pelaksanaan pengajara dan pembelajran selaras dengan HSP. Menyemak kualiti draf soalan ujian dan peperiksaan sebelum penyediaan kertas soalan dijalankan.

Setiausaha Panitia :

Menyediakan surat panggilan mesyuarat. Mencatat minit semasa mesyuarat dijalankan. Menyelenggarakan fail-fail panitia, suratmenyurat dan rekod-rekod berkaitan. Menghadiri mesyuarat bersama ketua panitia atau mewakili ketua panitia moral bila diperlukan.

Bendahari Panitia : Mengendalikan kewangan panitia. Merekodkan dan mengemaskinikan pendapatan dan perbelanjaan panitia. Menyediakan penyata kewangan tahunan di akhir mesyuarat. Melaporkan kedudukan kewangan semasa mesyuarat atau bila diperlukan.

Ahli-Ahli Panitia : Menghadiri semua mesyuarat yang dikendalikan oleh panitia. Melibatkan diri dengan aktif dalam semua aktiviti yang dirancang oleh panitia dan Persatuan Moral. Menyediakan draf soalan ujian atau peperiksaan untuk disemak oleh Ketua Panitia sebelum menyediakan kertas. Menghadiri kursus-kursus yang dikelolakan di semua peringkat bila diwajibkan.

PENYAMPAI ILMU PENDIDIKAN MORALa) Membantu murid membentuk satu pandangan moral yang menyeluruh dan relevan bagi kedua-dua institusi; rumah dan sekolah. b) Menjadi pendorong dan fasilitator bagi setiap aktiviti serta membantu pelajar memulakan aktiviti. contoh: - Menggalakkan murid menceritakan pengalaman mereka. - Menggerakkan murid menganjurkan satu projek gotong-royong.

TELADAN INSAN MORALa) Guru- guru Pendidikan Moral perlu mempunyai ciriciri keperibadian tinggi dan personaliti yang seimbang.b) Guru yang memiliki personaliti yang seimbang mempunyai ciri-ciri berikut:

RAMAH Mudah dihampiri.

ADIL Menilai pelajar secara objektif.

FLEKSIBEL Berupaya mengubah pengajaran mengikut keupayaan murid.

TEGAS Memupuk disiplin dalam diri murid.

JENAKA Suasana p&p lebih menarik dan riang.

UTUH Jujur dan boleh dipercayai.

DEDIKASI Mengutamkan kebajikan murid.

PEKA Peka terhadap minat serta keperluan murid.

INOVATIF Sentiasa memperkenalkan strategi atau bahan yang baru.

WIBAWA Dapat memastikan segala aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan dengan baik.

BERMORAL Menjadi contoh kepada murid-murid.

TOLERAN Sabar serta dapat mewujudkan hubungan mesra dengan murid.

PAKAR RUJUK / PENASIHATMemerhati sama ada terdapat salah laku yang dilakukan oleh pelajar. Memberi ceramah-ceramah tentang kepentingan berbuat baik dan meninggalkan perkara jahat. Menggalakkan pelajar bergiat aktif dalam bidang ko-kurikulum. Mengadakan pameran atau kempen yang berkaitan dengan pembentukan moral. Memberi peluang kepada pelajar untuk menonton video tentang kelakuan yang bermoral dan tidak bermoral.

JENIS-JENIS SUMBER P & P PERSONAL Sumber berasaskan manusia contohnya rakan sebaya, guru, ahli sejarah, tokoh pemimpin dan sebagainya. BAHAN MAUJUD Bahan-bahan yang terdapat di sekeliling kita yang boleh dilihat dan disentuh contohnya bendera, model, pakaian & sebagainya.

BAHAN BERCETAK Sebarang dokumen yang dicetak pada kertas seperti risalah, poster, surat khabar, jurna majalah, buku & sebagainya. BAHAN PERMAINAN Alat-alat atau bahan yang boleh digunakan untuk sesuatu permainan contohnya patung haiwan, dam ular & tangga, kad teka teki, kad cantuman, sahiba & sebagainya.

BAHAN AUDIO VISUAL Bahan-bahan yang mengeluarkan suara yang boleh didengari & bahan-bahan yang mengeluarkan gambar suara & gambar serentak. SUMBER BERKOMPUTER Semua bahan yang diasaskan melalui komputer contohnya cakera padat, pendrive, word dan sebagainya.

KEPENTINGAN SUMBER Sumber menceritakan dan menjelaskan pengalaman, isu dan peristiwa yang dilalui sendiri oleh sumber personel. Melalu bahan maujud yang dilihat dan disentuh oleh murid-murid, perasaan mendalam (intrinsik) dapat dijelmakan pada jiwa murid-murid.

Sekiranya sesuatu peristiwa, isu atau pengalaman tidak dapat dibawa ke dalam bilik darjah, maka guru boleh menggunakan sumber bahan bercetak. Sumber seperti permainan penting untuk murid melakukan aktiviti amalan nilai murni secara hands-on melalui konsep analogi yang bersesuian. Sumber video-visual dapat membantu murid menerapkan dan mengamalkan nilai-nilai murni masyarakat sejagat apabila ia ditayangkan dalam bilik darjah.

Sumber P & P berasaskan komputer dapat membantu mendekatkan sumber dengan murid-murid agar murid-murid dapat menilai, menerima dan mengamalkan nilai-nilai murni yang dibawa atau disampaikan kepada kita.

KELEBIHAN & KELEMAHAN SUMBERSUMBERPERSONAL Contoh : Pemimpin masyarakat, pegawai kerajaan, aktivis masyarakat dll.

KELEBIHAN Sumber ini fleksibel Interaktif Secara langsung Mudah diakses

KELEMAHAN Kualiti tidak terjamin. Jadual waktu kelas dan jadual waktu sumber : bagi mendapatkan sumber juga bergantung kepada kesanggupan dan kesempatan masa sumber tersebut.

SUMBERBAHAN MAUJUD

KELEBIHAN

KELEMAHAN Memerlukan ruang yang besar untuk menyimpannya. Bahan hidup perlu tempat, pemeliharaan dan penjagaan yang sesuai. Perlukan tenaga untuk dibawa. tebal berat tidak boleh disunting menjadikan sumber ketinggallan dan tidak terkini.

Bahan sebenar sumber dapat dirujuk sebagai baha Contoh : model bangunan, sebenar yang boleh dilihat binatang pelbagai jenis, dan disentuh. bahan tebuang dll. Menarik dan dapat berinteraksi secara langsung. Boleh menyerupai bahan sebenar (model). murah, boleh dibeli dan mampu dimiliki Contoh : buku, majalah, senang dirujuk, bahan jurnal, poster, cerpen, lirik kekal tidak berubah-ubah lagu, gambar bersiri, carta, kecuali diedit dan dicetak kad situasi dll. semula. mudah alih mudah diakses BAHAN BERCETAK

SUMBERBAHAN PERMAINAN Contoh : dam ular dan tangga, tutup botol, sahiba, teka silang kata

KELEBIHANMudah diperoleh Menarik Meningkatkan daya kreativiti murid Mewujudkan daya saing dalam kelangan murid Mewujudkan semangat berpasukan dalam kalangan murid Amat fleksibel Mudah dikemaskini Multi media Jaringan tidak terhad Canggih Mesra pengguna

KELEMAHANAkan membazir jika tidak dirancang dari awal Sukar untuk memastikan sesuai dengan minat murid Tidak semua murid dapat mengambil bahagian jika bahan permainan tidak mencukupi Mahal Perisian terhad Bergantung kepada bekalan elektrik Perlu kemahiran untuk mengendalikannya

BAHAN BERASASKAN KOMPUTER Contoh : internet, power point, cakra padat dll.

KRITERIA PEMILIHAN SUMBER Selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara Tidak bercanggah dengan nilai-nilai masyarakat. Relevan dengan kurikulum. Selaras dengan prinsip pedagogi. Memberi maklumat terkini.

Harga yang berpatutan. Mudah. Pelbagai rangsangan. Dapat digunakan berulang kali. Fleksibel.

PEMBINAAN & PENGGUNAAN SUMBERBoleh didapati dengan dua cara: 1. Membeli sumber yang terdapat di pasaran. 2. Membuat atau membina sendiri.

PEMBINAAN BAHAN MAUJUDFaktor yang perlu diberi perhatian: 1. Selaras dengan hasil pembelajaran yang hendak dicapai. 2. Kos pembinaan model. 3. Keberkesanan model.

PEMBINAAN & PENGGUNAAN BAHAN BERCETAK Poster : - harus mempertimbangkan saiznya - menarik & berfungsi - berwarna-warni untuk menarik perhatian - cogankata yang ringkas, padat & mudah difahami - saiz tulisan poster cukup besar, bentuk huruf yang sesuai dan mudah dibaca

Kad cerita : - apakah nilai yang ingin diterapkan - cerita mudah difahami serta menarik - adalah lebih baik jika cerita dapat menyentuh perasaan murid-murid - cerita mesti sesuai dengan peringkat umur dan kebolehan murid-murid

Skrip lakonan : - teknik lakonan yang boleh menarik perhatian murid. Keratan media massa : - berita-berita yang mengandungi banyak isu moral tempatan & antarabangsa - kandungan nilai-nilai murni dalam keratasn media massa

PEMBINAAN BAHAN RAKAMAN Kaset rakaman suara Kaset rakaman gambar dan suara Cakera padat

Kebaikan bahan rakaman : - Boleh digunakan untuk belajar secara bersendirian. - Terdapat bahan rakaman yang boleh dipadam dan digunakan semula. - Menyalin dan memperbanyakkan bahan rakam murah dan cepat. - Boleh ditentukan masa pengajaran dengan tepat kerana bahan rakaman boleh ditentukan jangka masanya.

- Pelbagai bunyi dan peristiwa boleh dirakamkan. - Ruang penyimpanan tidak begitu besar. - Boleh digunakan dimana-mana asalkan ada alat pemainnya dan sumber elektrik.

PENGGUNAAN MULTI MEDIA DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN MORAL

KEPENTINGAN MENGGUNAKAN MULTI MEDIA Bahan multimedia boleh diterjemahkan dalam bentuk gambar, audio, visual dan sebagainya. Buku kerja elektronik adalah salah satu perisian yang boleh digunakan oleh muridmurid untuk melakukan aktiviti latih tubi, murif-murid boleh membuat latih tubi tanpa kehadiran guru.

Komputer berfungsi sebagai tutorial mengajar, memberi soalan, menganalisis tahap pencapaian murid. Komputer berfungsi dengan mewujudkan suasana yang menyerupai keadaan dan fenomena yang sebenar dalam dunia. Pembelajaran menggunakan perisian lebih menyeronokkan. Penyelesaian masalah menggunakan perisian komputer boleh menarik perhatian murid.

JENIS-JENIS MULTI MEDIA

Audio Visual CD Rom Internet

BAHAN SUMBER AUDIO-VISUAL DALAM PENGAJARAN MORAL Radio Pendidikan : - membantu proses pengajaran dengan berkesan terutama penguasaan bahasa. - murid-murid boleh mendengar Radio Pendidikan mengikut jadual yang telah ditetapkan. - Siaran yang dirancang membantu murid menguasai kemahiran berbahasa baku serta ilmu pengetahuan dalam sesuatu m/pelajaran.

TV Pendidikan - menyediakan siaran yang selaras dengan Sukatan Pelajaran - lebih berkesan kerana mengeluarkan gambar dan suara - murid boleh menggunakan pendengaran & penglihatan untuk mengikuti sesuatu yang diajar - boleh membantu guru menghadapi masalah kekurangan bahan-bahan pengajaran - menyediakan isu-isu yang boleh menjadi tajuk perbincangan untuk penerapan nilai-nilai murni kepada murid-murid

Internet & CD Rom Dalam Pengajaran Moral Internet dapat membantu proses pengajaran dengan cepat dan menarik. Internet digunakan untuk mendapatkan pelbagai maklumat tentang nilai-nilai dan isuisu moral di seluruh Negara dan di dunia.

CD Rom boleh menyimpan data, teks, gambar atau video pada kapasiti yang besar. Data, teks, video boleh dilihat atau dimainkan semula dengan menggunakan alat pemacu CD pada komputer.

Penyediaan & Cabaran Dalam Penggunaan Multimedia Penyediaan bahan sumber dalam P & P perlu dirancang dengan baik supaya tidak hanya menjadi sampingan yang tidak ada kaitan dengan kurikulum. Dalam memilih bahan sumber berasaskan teknologi komputer, aspek-aspek kesesuaian bahan sumber perlu diambil perhatian.

Penggunaan TMK perlu bersesuaian dengan kurikulum dan menyokong pendekatan P & P yang digunakan. Cabaran biasa ialah bahan-bahan berasaskan komputer selalunya memerlukan bekalan elektrik. Maka, penggunaannya harus mengambil kira kemudahan bekalan elektrik.

Kebaikan Menggunakan Sumber Berasaskan Komputer Berupaya meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid terhadap pelajaran. Memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua murid yang pelbagai keupayaan. Meningkatkan motivasi murid dan membolehkan pembelajaran individu. Meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi murid.

Membolehkan guru dan murid mengakses maklumat yang sukar diperoleh. Membolehkan murid mengumpul maklumat dengan cepat dan pada kadar yang murah. Mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar. Membolehkan murid mencuba atau melaksanakan eksperimen yang sukar, terlalu mahal atau mustahil atau bahaya untuk dilaksana dengan cara biasa.

Kekurangan Sumber Pengajaran Pembelajaran

Kos tinggi - Contoh gambar yang sesuai seperti tempat beribadat, keluarga dan sebagainya perlu disediakan dalam saiz yang besar. Sumber sukar ditemui - Buku cerita dan bahan ilmiah yang sesuai dijadikan bahan kurikulum adalah terhad.

Kekurangan Latihan Khusus dalam Bidang Pengajaran Pendidikan Moral

Tiada IPT yang menwarkan Pendidikan Moral sebagai pengkhususan utama. - Walaupun terdapat beberapa IPT yang menawarkan kursus Pendidikan Moral, ia hanya sebagai kursus minor sahaja.