27951472 Permainan Bahasa Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Arab

download 27951472 Permainan Bahasa Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Arab

of 14

Transcript of 27951472 Permainan Bahasa Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Arab

  • PERMAINAN BAHASA

    DALAM PENGAJARAN DAN

    PEMBELAJARAN

    BAHASA ARAB

    Oleh:

    Nazri bin Samsudin

    ISI KANDUNGAN:

    Pengenalan

    Objektif Permainan Bahasa

    Kelebihan Permainan Bahasa

    Bentuk Pengelolaan Permainan Bahasa

    Contoh Permainan Bahasa dalam P&P Bahasa Arab Tahun 2

    1

  • Pengenalan

    Permainan Bahasa ialah suatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang

    dilaksanakan di dalam bilik darjah yang bertujuan untuk membekalkan ilmu pengetahuan

    dan pelbagai kemahiran bahasa kepada para pelajar dalam suasana yang seronok dan

    santai, mengikut kaedah-kaedah yang telah ditetapkan di bawah pengawasan guru1.

    Penggunaan permainan bahasa sebagai satu teknik pengajaran dan pembelajaran

    bahasa bukan lagi merupakan satu perkara baru dalam dunia pendidikan. Ia merupakan

    salah satu teknik yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab

    mutakhir ini.

    Penglibatan dalam permainan bahasa memberi peluang kepada pelajar untuk

    memperoleh latihan intensif, pembelajaran bermakna dan sebagai alat diagnostik.

    Kebanyakan aktiviti yang dijalankan meliputi 4 kemahiran berbahasa iaitu kemahiran

    mendengar, bertutur, membaca dan menulis.

    1. Objektif Permainan Bahasa

    Permainan bahasa mempunyai hala tuju yang bertepatan dengan matlamat dalam

    sistem pendidikan negara amnya dan Falsafah Pendidikan Negara khususnya. Hala tuju

    ini dirangkumkan melalui objektif tersirat dalam permainan bahasa tersebut iaitu2:

    1.1 Merangsang interaksi verbal pelajar Dalam permainan bahasa, para pelajar akan diminta bercakap dan mempraktikkan

    ungkapan-ungkapan tertentu. Di samping itu, mereka juga diminta memberikan

    kerjasama dan melibatkan diri sepenuhnya secara aktif. Tiada seorang pun daripada

    mereka dibenarkan bersendiri dan terkecuali. Sebaliknya mereka harus menggunakan

    peluang tersebut untuk berkomunikasi sesama mereka.

    1 Radhi Fauzi Hanafi (Dr), Al-Alaab Al-Lughawiyyah wa At-Tabir As-Syafahi Al-Ibdaiy: (http://vb.arabsgate.com/showthread.php?s=30972f37217e021350122313cce2a82f&p=3902715#post3902715) 2 Lihat 5 isi penting ini dalam: http://bobezani.tripod.com/teknik.htm. Huraiannya pula adalah daripada penulis sendiri.

    2

  • 1.2 Menambah kefasihan dan keyakinan Permainan bahasa bertujuan untuk meningkatkan kefasihan berbahasa serta

    menambahkan keyakinan diri para pelajar. Pelajar biasanya merasa seronok apabila

    berhadapan dengan permainan-permainan yang mencabar. Secara tidak langsung

    mereka akan menyedari kebolehan dan keupayaan mereka dalam bahasa yang

    dipelajari.

    1.3 Menyediakan konteks pembelajaran Permainan bahasa bukan sahaja boleh digunakan selepas selesai pengajaran

    sesuatu isi pelajaran tetapi ia dapat menyediakan konteks pembelajaran itu

    sendiri. Pelajar dapat lebih mengikuti proses pembelajaran apabila sesuatu

    aktiviti seperti permainan bahasa dijalankan dalam masa yang sama

    pengajaran guru dilakukan. Ini dapat dilakukan apabila pelajar menjalankan

    permainan bahasa dan guru bertindak sebagai fasilitator bagi mengawasi dan

    memantau pembelajaran mereka.

    1.4 Bertindak sebagai alat yang dapat mengikis rasa bosan Dalam waktu persekolahan yang panjang, rasa bosan dan jemu akan dihadapi

    oleh guru apatah lagi para pelajar yang perlu memahami isi kandungan

    pelbagai mata pelajaran. Maka permainan bahasa dapat mengikis perasaan ini

    dengan kepelbagaian aktiviti yang dijalankan dapat menimbulkan perasaan

    seronok dan gembira sekaligus pelajar dapat menerima pengajaran guru

    dengan lebih baik.

    1.5 Bertindak sebagai alat pemulihan, pengukuhan dan pengayaan Dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran, terdapat pelajar

    bermasalah yang memerlukan kepada aktiviti pemulihan, pengukuhan atau

    pengayaan bergantung kepada tahap penguasaan mereka selepas melalui

    aktiviti biasa seperti mendengar penerangan guru, soal jawab dan membaca

    buku teks. Maka permainan bahasa sangat membantu dalam mengatasi

    masalah pembelajaran.

    3

  • 2. Kelebihan Permainan Bahasa

    Permainan bahasa mempunyai peranan penting dalam pengajaran dan

    pembelajaran bahasa bagi membantu menguasai pelbagai kemahiran bahasa. Ia juga

    dapat membantu dalam memudahkan lagi aktiviti pembelajaran bahasa kerana

    pembelajaran bahasa merupakan satu tugas yang sukar yang memerlukan kepada latihan

    yang berterusan untuk mempraktikkannya dan menguasai segala aspek kemahiran

    berbahasa. Antara kelebihan permainan bahasa ialah1:

    2.1 Memberikan peluang kepada pelajar untuk melatih dan menguasai pelbagai

    kemahiran bahasa iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis

    dalam pelbagai situasi dan keadaan. Oleh itu, permainan bahasa merupakan

    kaedah terbaik dalam membantu pelajar menguasai kemahiran bahasa sama ada

    secara lisan dan tulisan.

    2.2 Ia dapat mengurangkan rasa bosan dan jemu semasa pembelajaran bahasa

    selain daripada memperbaiki dan menyelesaikan masalah emosi dan perasaan

    negatif yang dihadapi oleh segelintir pelajar seperti suka menyendiri,

    mendiamkan diri dan mengasingkan diri daripada para pelajar yang lain. Oleh itu,

    permainan bahasa dapat membantu mereka untuk meluahkan buah fikiran dan

    perasaan mereka dengan lebih jelas.

    2.3 Ia dapat menggalakkan pelajar untuk menggunakan bahasa secara lebih

    kreatif, inovatif dan semulajadi (fitrah).

    2.4 Ia dapat membantu guru memperbetulkan kesilapan dan kesalahan yang biasa

    dilakukan oleh pelajar sama ada dari segi sebutan atau bacaan sesuatu perkataan

    yang berbeza penggunaannya sesuai dengan situasi dan keadaan tertentu.

    1 Radhi Fauzi Hanafi (Dr), Al-Alaab Al-Lughawiyyah wa At-Tabir As-Syafahi Al-Ibdaiy: (http://vb.arabsgate.com/showthread.php?s=30972f37217e021350122313cce2a82f&p=3902715#post3902715)

    4

  • 2.5 Ia memberi peluang kepada guru dan sesama para pelajar untuk berbincang,

    bertanyakan soalan dan mengeluarkan pandangan sambil melaksanakan aktiviti

    permainan bahasa. Oleh itu, para pelajar dapat menambahkan ilmu pengetahuan

    dalam keadaan rehat dan santai.

    3. Bentuk Pengelolaan Permainan Bahasa

    Berikut adalah teknik pengelolaan aktiviti permainan bahasa. Guru boleh menjayakannya

    sama ada secara berkumpulan, berpasangan ataupun secara individu1:

    (a) Secara Berkumpulan

    Guru boleh melaksanakan permainan bahasa menerusi pembentukan kumpulan-

    kumpulan yang kecil. Bilangan empat hingga enam orang pemain dalam satu kumpulan

    sudah memadai. Guru perlu teliti dalam menentukan bilangan ahli dalam sesebuah

    kumpulan kerana ia memainkan peranan dalam menentukan kelancaran permainan. Jika

    bilangan pelajar di dalam kelas anda terlalu ramai, anda hendaklah membahagikan pelajar

    ke dalam banyak kumpulan. Keadaan ini mungkin kurang selesa. Walau bagaimanapun,

    jika keadaan ini tidak dapat dielakkan, permainan bahasa bolehlah digantikan dengan

    jenis permainan yang tidak memerlukan terlalu banyak gerak kerja menulis. Sebagai

    alternatif, guru boleh membawa pelajar anda keluar kelas untuk meneruskan permainan.

    Sebelum guru memulakan satu permainan yang baru secara kumpulan, guru perlulah:

    (i) Jelaskan kepada pelajar apakah jenis permainan yang hendak dimainkan itu.

    (ii) Adakan tunjuk ajar atau demonstrasi. Dalam hal ini sebahagian daripada pelajar boleh

    diminta membantu guru.

    (iii) Arahan-arahan boleh ditulis di papan hitam, jika pelajar sudah boleh menulis,

    membaca dan memahaminya.

    1 Zawawi Ismail, Mohd Abdul Nasir Abdul Latif, Wan Nordin Wan Abdullah (2009). Pengenalan Pendidikan Bahasa Arab. m/s 99-100, Malaysia: Open University

    5

  • (b) Secara Berpasangan

    Permainan secara berpasangan boleh memberi lebih banyak peluang latihan mendengar

    dan bertutur. Biasanya, permainan secara berpasangan tidak banyak menimbulkan

    masalah jika dibandingkan dengan permainan secara berkumpulan. Guru boleh mengawal

    pelajar dengan mudah.

    (c) Secara Individu

    Permainan secara individu amat sesuai untuk aktiviti pengayaan. Cara ini biasanya

    dilakukan bagi pelajar yang pintar, cergas serta telah menghabiskan tugasan yang

    diberikan oleh guru dalam sesuatu masa yan tertentu. Dalam situasi begini, pelajar

    berfikir sendirian untuk menyelesaikan masalah yang diberikan. Jika tidak dapat

    menyelesaikannya. Pelajar boleh merujuk kepada guru untuk mendapatkan petunjuk dan

    panduan.

    6

  • 4. Contoh permainan bahasa yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran

    Bahasa Arab Tahun 2 di sekolah kebangsaan:

    Nama Permainan Bahasa Mengenal Nombor dan Bilangan ( )

    Tajuk dalam Buku Teks

    Bahasa Arab Tahun 2

    (mukasurat 14) dan (mukasurat 30)

    Kemahiran Bahasa Mendengar dan Bertutur

    Isi kandungan Nombor dan Bilangan 21 hingga 30 ( - ) Objektif 1. Mengenal bentuk nombor dan bilangan Bahasa Arab

    2. Membilang nombor dalam Bahasa Arab

    3. Menyebut nombor dan bilangan Bahasa Arab

    dengan betul dan lancar

    Bahan Wang kertas RM1 dan RM10, 3 set kad nombor Arab

    ( - ) Kaedah Kelas, kumpulan dan individu

    LANGKAH-LANGKAH

    Pendahuluan

    (2 minit)

    Guru masuk ke dalam kelas dan meminta murid-murid

    membaca doa secara beramai-ramai.

    Set Induksi

    (3 minit)

    - Guru menunjukkan 10 keping wang kertas RM1 dan

    sekeping wang kertas RM10.

    7

  • - Guru membilang setiap keping wang kertas RM1 dari 1

    hingga 10.

    - Kemudian, guru mengeluarkan sekeping wang kertas

    RM10 dan mencampurkan dengan 10 keping wang kertas

    RM1 satu persatu serta membilang dari 11 hingga 20.

    Langkah 1

    (5 minit)

    - Guru membahagikan murid di dalam kelas kepada 3

    kumpulan iaitu setiap kumpulan mempunyai 10 orang murid

    (jumlah murid di dalam kelas ialah 30 orang).

    - Guru mengagihkan kad nombor 21 hingga 30 kepada

    setiap kumpulan. Ini bermakna setiap murid mendapat

    nombor yang berlainan.

    Langkah 2

    (15 minit)

    - Guru menyebut nombor 21 hingga 30 satu persatu

    mengikut urutan tanpa menunjukkan kad nombor dan

    meminta semua murid menyebutnya semula secara beramai-

    ramai.

    - Guru menyebut nombor 21 hingga 30 satu persatu

    mengikut urutan dengan menunjukkan kad nombor dan

    meminta semua murid menyebutnya semula secara beramai-

    ramai.

    8

  • Langkah 3

    (20 minit)

    - Guru menyebut nombor 21 hingga 30 satu persatu dan

    meminta murid dari setiap kumpulan untuk datang ke

    hadapan kelas membawa dan menunjukkan nombor yang

    dipegangnya.

    - Kemudian, 3 orang murid dari setiap kumpulan itu tadi

    diminta untuk menyebut nombor yang ditunjukkan itu tadi.

    - Kumpulan yang berjaya menunjukkan dan menyebut

    nombor dengan betul akan diberikan 1 markah bagi setiap

    kad nombor yang betul dan 1 markah lagi bagi setiap

    sebutan nombor yang betul. Markah penuh ialah 2 markah

    bagi aktiviti ini.

    Langkah 4

    (10 minit)

    - Setiap kumpulan diberikan semula 10 keping kad nombor

    21 hingga 30.

    - Setiap kumpulan diminta untuk menyusun semula 10

    keping kad nombor tersebut dengan betul dan teratur.

    - Kumpulan yang berjaya menyusun semula 10 keping kad

    nombor 21 hingga 30 tersebut dengan betul akan diberikan 1

    9

  • markah bagi setiap nombor yang disusun dengan betul.

    Penutup

    (5 minit)

    - Setiap kumpulan diminta untuk menyebut nombor 21

    hingga 30 satu persatu mengikut giliran.

    Beberapa manfaat yang boleh diperolehi oleh guru dan murid daripada permainan bahasa

    ini:

    1) Permainan ini hanya menggunakan bahan bantu mengajar iaitu wang kertas dan

    kad nombor tanpa menggunakan buku teks. Maka para murid lebih berasa teruja

    dan seronok serta bersedia untuk memulakan pembelajaran melalui permainan.

    2) Semua murid memberikan perhatian kepada pengajaran guru apabila guru

    memulakan pengajaran dengan mengeluarkan wang kertas yang pelbagai jenis.

    Sekaligus, dapat menghilangkan rasa jemu dan bosan terhadap pengajaran dan

    pembelajaran.

    3) Guru dapat meningkatkan kemahiran pengajaran dan pembelajaran kerana dapat

    menghasilkan suatu permainan bahasa yang kreatif dan inovatif. Ini dapat

    memberikan motivasi dan suntikan semangat yang baru kepada guru untuk

    mencipta aktiviti permainan bahasa yang lain.

    4) Dalam permainan bahasa ini, guru dapat mempelbagaikan kaedah, teknik dan

    strategi pengajaran dan pembelajaran. Seterusnya, guru dapat melihat dan menilai

    kepelbagaian sikap dan tingkah laku daripada para murid yang terlibat.

    5) Permainan bahasa ini adalah lebih mudah untuk dipelajari dan lebih cepat untuk

    diterima oleh para murid kerana aktiviti yang dilaksanakan adalah berpusatkan

    murid dan isi kandungan pelajaran disampaikan dalam bentuk yang kreatif.

    10

  • Penutup

    Dengan adanya permainan bahasa dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran

    Bahasa Arab, khususnya apabila melibatkan murid yang belajar Bahasa Arab sebagai

    bahasa asing ketiga (selepas Bahasa Inggeris) di Malaysia ini, maka diharapkan dapat

    menambahkan lagi minat mereka dalam mempelajari bahasa ini.

    Aktiviti permainan bahasa ini juga dapat mengubah persepsi murid bahawa

    mempelajari Bahasa Arab adalah sesuatu yang susah dan membebankan. Hasil daripada

    penglibatan dan kejayaan mereka dalam menjalankan permainan bahasa ini, maka

    mempelajari Bahasa Arab sebenarnya adalah mudah.

    11

  • RUJUKAN

    1. Zawawi Ismail, Mohd Abdul Nasir Abdul Latif, Wan Nordin Wan Abdullah (2009).

    Pengenalan Pendidikan Bahasa Arab. m/s 99-100, Malaysia: Open University

    2. Majdi Ibrahim, Amiruddin Ishak, Rijaludin Yahya (2008). Buku Teks Bahasa Arab

    Tahun 2. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

    3. Radhi Fauzi Hanafi (Dr), Al-Alaab Al-Lughawiyyah wa At-Tabir As-Syafahi Al-

    Ibdaiy:

    (http://vb.arabsgate.com/showthread.php?s=30972f37217e021350122313cce2a82f&p=39

    02715#post3902715)

    4. http://bobezani.tripod.com/teknik.htm

    12

  • LAMPIRAN

    Contoh Bahan WANG KERTAS yang digunakan dalam permainan Bahasa Arab

    13

  • Contoh Bahan KAD NOMBOR yang digunakan dalam permainan Bahasa Arab

    14

    PERMAINAN BAHASA DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA ARAB Oleh: Nazri bin Samsudin ISI KANDUNGAN: Pengenalan Objektif Permainan Bahasa Kelebihan Permainan Bahasa Bentuk Pengelolaan Permainan Bahasa Contoh Permainan Bahasa dalam P&P Bahasa Arab Tahun 2 Pengenalan Permainan Bahasa ialah suatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan di dalam bilik darjah yang bertujuan untuk membekalkan ilmu pengetahuan dan pelbagai kemahiran bahasa kepada para pelajar dalam suasana yang seronok dan santai, mengikut kaedah-kaedah yang telah ditetapkan di bawah pengawasan guru . Penggunaan permainan bahasa sebagai satu teknik pengajaran dan pembelajaran bahasa bukan lagi merupakan satu perkara baru dalam dunia pendidikan. Ia merupakan salah satu teknik yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab mutakhir ini. Penglibatan dalam permainan bahasa memberi peluang kepada pelajar untuk memperoleh latihan intensif, pembelajaran bermakna dan sebagai alat diagnostik. Kebanyakan aktiviti yang dijalankan meliputi 4 kemahiran berbahasa iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. 1. Objektif Permainan Bahasa Permainan bahasa mempunyai hala tuju yang bertepatan dengan matlamat dalam sistem pendidikan negara amnya dan Falsafah Pendidikan Negara khususnya. Hala tuju ini dirangkumkan melalui objektif tersirat dalam permainan bahasa tersebut iaitu : 1.1 Merangsang interaksi verbal pelajar Dalam permainan bahasa, para pelajar akan diminta bercakap dan mempraktikkan ungkapan-ungkapan tertentu. Di samping itu, mereka juga diminta memberikan kerjasama dan melibatkan diri sepenuhnya secara aktif. Tiada seorang pun daripada mereka dibenarkan bersendiri dan terkecuali. Sebaliknya mereka harus menggunakan peluang tersebut untuk berkomunikasi sesama mereka. 1.2 Menambah kefasihan dan keyakinan Permainan bahasa bertujuan untuk meningkatkan kefasihan berbahasa serta menambahkan keyakinan diri para pelajar. Pelajar biasanya merasa seronok apabila berhadapan dengan permainan-permainan yang mencabar. Secara tidak langsung mereka akan menyedari kebolehan dan keupayaan mereka dalam bahasa yang dipelajari. 1.3 Menyediakan konteks pembelajaran Permainan bahasa bukan sahaja boleh digunakan selepas selesai pengajaran sesuatu isi pelajaran tetapi ia dapat menyediakan konteks pembelajaran itu sendiri. Pelajar dapat lebih mengikuti proses pembelajaran apabila sesuatu aktiviti seperti permainan bahasa dijalankan dalam masa yang sama pengajaran guru dilakukan. Ini dapat dilakukan apabila pelajar menjalankan permainan bahasa dan guru bertindak sebagai fasilitator bagi mengawasi dan memantau pembelajaran mereka. 1.4 Bertindak sebagai alat yang dapat mengikis rasa bosan Dalam waktu persekolahan yang panjang, rasa bosan dan jemu akan dihadapi oleh guru apatah lagi para pelajar yang perlu memahami isi kandungan pelbagai mata pelajaran. Maka permainan bahasa dapat mengikis perasaan ini dengan kepelbagaian aktiviti yang dijalankan dapat menimbulkan perasaan seronok dan gembira sekaligus pelajar dapat menerima pengajaran guru dengan lebih baik. 1.5 Bertindak sebagai alat pemulihan, pengukuhan dan pengayaan Dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran, terdapat pelajar bermasalah yang memerlukan kepada aktiviti pemulihan, pengukuhan atau pengayaan bergantung kepada tahap penguasaan mereka selepas melalui aktiviti biasa seperti mendengar penerangan guru, soal jawab dan membaca buku teks. Maka permainan bahasa sangat membantu dalam mengatasi masalah pembelajaran. 2. Kelebihan Permainan Bahasa Permainan bahasa mempunyai peranan penting dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa bagi membantu menguasai pelbagai kemahiran bahasa. Ia juga dapat membantu dalam memudahkan lagi aktiviti pembelajaran bahasa kerana pembelajaran bahasa merupakan satu tugas yang sukar yang memerlukan kepada latihan yang berterusan untuk mempraktikkannya dan menguasai segala aspek kemahiran berbahasa. Antara kelebihan permainan bahasa ialah : 2.1 Memberikan peluang kepada pelajar untuk melatih dan menguasai pelbagai kemahiran bahasa iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis dalam pelbagai situasi dan keadaan. Oleh itu, permainan bahasa merupakan kaedah terbaik dalam membantu pelajar menguasai kemahiran bahasa sama ada secara lisan dan tulisan. 2.2 Ia dapat mengurangkan rasa bosan dan jemu semasa pembelajaran bahasa selain daripada memperbaiki dan menyelesaikan masalah emosi dan perasaan negatif yang dihadapi oleh segelintir pelajar seperti suka menyendiri, mendiamkan diri dan mengasingkan diri daripada para pelajar yang lain. Oleh itu, permainan bahasa dapat membantu mereka untuk meluahkan buah fikiran dan perasaan mereka dengan lebih jelas. 2.3 Ia dapat menggalakkan pelajar untuk menggunakan bahasa secara lebih kreatif, inovatif dan semulajadi (fitrah). 2.4 Ia dapat membantu guru memperbetulkan kesilapan dan kesalahan yang biasa dilakukan oleh pelajar sama ada dari segi sebutan atau bacaan sesuatu perkataan yang berbeza penggunaannya sesuai dengan situasi dan keadaan tertentu. 2.5 Ia memberi peluang kepada guru dan sesama para pelajar untuk berbincang, bertanyakan soalan dan mengeluarkan pandangan sambil melaksanakan aktiviti permainan bahasa. Oleh itu, para pelajar dapat menambahkan ilmu pengetahuan dalam keadaan rehat dan santai. 3. Bentuk Pengelolaan Permainan Bahasa Berikut adalah teknik pengelolaan aktiviti permainan bahasa. Guru boleh menjayakannya sama ada secara berkumpulan, berpasangan ataupun secara individu : (a) Secara Berkumpulan Guru boleh melaksanakan permainan bahasa menerusi pembentukan kumpulan-kumpulan yang kecil. Bilangan empat hingga enam orang pemain dalam satu kumpulan sudah memadai. Guru perlu teliti dalam menentukan bilangan ahli dalam sesebuah kumpulan kerana ia memainkan peranan dalam menentukan kelancaran permainan. Jika bilangan pelajar di dalam kelas anda terlalu ramai, anda hendaklah membahagikan pelajar ke dalam banyak kumpulan. Keadaan ini mungkin kurang selesa. Walau bagaimanapun, jika keadaan ini tidak dapat dielakkan, permainan bahasa bolehlah digantikan dengan jenis permainan yang tidak memerlukan terlalu banyak gerak kerja menulis. Sebagai alternatif, guru boleh membawa pelajar anda keluar kelas untuk meneruskan permainan. Sebelum guru memulakan satu permainan yang baru secara kumpulan, guru perlulah: (i) Jelaskan kepada pelajar apakah jenis permainan yang hendak dimainkan itu. (ii) Adakan tunjuk ajar atau demonstrasi. Dalam hal ini sebahagian daripada pelajar boleh diminta membantu guru. (iii) Arahan-arahan boleh ditulis di papan hitam, jika pelajar sudah boleh menulis, membaca dan memahaminya. (b) Secara Berpasangan Permainan secara berpasangan boleh memberi lebih banyak peluang latihan mendengar dan bertutur. Biasanya, permainan secara berpasangan tidak banyak menimbulkan masalah jika dibandingkan dengan permainan secara berkumpulan. Guru boleh mengawal pelajar dengan mudah. (c) Secara Individu Permainan secara individu amat sesuai untuk aktiviti pengayaan. Cara ini biasanya dilakukan bagi pelajar yang pintar, cergas serta telah menghabiskan tugasan yang diberikan oleh guru dalam sesuatu masa yan tertentu. Dalam situasi begini, pelajar berfikir sendirian untuk menyelesaikan masalah yang diberikan. Jika tidak dapat menyelesaikannya. Pelajar boleh merujuk kepada guru untuk mendapatkan petunjuk dan panduan. 4. Contoh permainan bahasa yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab Tahun 2 di sekolah kebangsaan: Nama Permainan BahasaMengenal Nombor dan Bilangan ( )Tajuk dalam Buku Teks Bahasa Arab Tahun 2 (mukasurat 14) dan (mukasurat 30)Kemahiran BahasaMendengar dan BertuturIsi kandungan Nombor dan Bilangan 21 hingga 30 (21-30)Objektif1. Mengenal bentuk nombor dan bilangan Bahasa Arab 2. Membilang nombor dalam Bahasa Arab 3. Menyebut nombor dan bilangan Bahasa Arab dengan betul dan lancarBahanWang kertas RM1 dan RM10, 3 set kad nombor Arab (21-30)Kaedah Kelas, kumpulan dan individuLANGKAH-LANGKAHPendahuluan (2 minit)Guru masuk ke dalam kelas dan meminta murid-murid membaca doa secara beramai-ramai.Set Induksi (3 minit)- Guru menunjukkan 10 keping wang kertas RM1 dan sekeping wang kertas RM10. - Guru membilang setiap keping wang kertas RM1 dari 1 hingga 10. - Kemudian, guru mengeluarkan sekeping wang kertas RM10 dan mencampurkan dengan 10 keping wang kertas RM1 satu persatu serta membilang dari 11 hingga 20.Langkah 1 (5 minit)- Guru membahagikan murid di dalam kelas kepada 3 kumpulan iaitu setiap kumpulan mempunyai 10 orang murid (jumlah murid di dalam kelas ialah 30 orang). - Guru mengagihkan kad nombor 21 hingga 30 kepada setiap kumpulan. Ini bermakna setiap murid mendapat nombor yang berlainan.21222324252627282930Langkah 2 (15 minit)- Guru menyebut nombor 21 hingga 30 satu persatu mengikut urutan tanpa menunjukkan kad nombor dan meminta semua murid menyebutnya semula secara beramai-ramai. - Guru menyebut nombor 21 hingga 30 satu persatu mengikut urutan dengan menunjukkan kad nombor dan meminta semua murid menyebutnya semula secara beramai-ramai.21222324252627282930Langkah 3 (20 minit)- Guru menyebut nombor 21 hingga 30 satu persatu dan meminta murid dari setiap kumpulan untuk datang ke hadapan kelas membawa dan menunjukkan nombor yang dipegangnya. - Kemudian, 3 orang murid dari setiap kumpulan itu tadi diminta untuk menyebut nombor yang ditunjukkan itu tadi. - Kumpulan yang berjaya menunjukkan dan menyebut nombor dengan betul akan diberikan 1 markah bagi setiap kad nombor yang betul dan 1 markah lagi bagi setiap sebutan nombor yang betul. Markah penuh ialah 2 markah bagi aktiviti ini.21222324252627282930Langkah 4 (10 minit)- Setiap kumpulan diberikan semula 10 keping kad nombor 21 hingga 30. - Setiap kumpulan diminta untuk menyusun semula 10 keping kad nombor tersebut dengan betul dan teratur. - Kumpulan yang berjaya menyusun semula 10 keping kad nombor 21 hingga 30 tersebut dengan betul akan diberikan 1 markah bagi setiap nombor yang disusun dengan betul.Penutup (5 minit)- Setiap kumpulan diminta untuk menyebut nombor 21 hingga 30 satu persatu mengikut giliran. Beberapa manfaat yang boleh diperolehi oleh guru dan murid daripada permainan bahasa ini: 1) Permainan ini hanya menggunakan bahan bantu mengajar iaitu wang kertas dan kad nombor tanpa menggunakan buku teks. Maka para murid lebih berasa teruja dan seronok serta bersedia untuk memulakan pembelajaran melalui permainan. 2) Semua murid memberikan perhatian kepada pengajaran guru apabila guru memulakan pengajaran dengan mengeluarkan wang kertas yang pelbagai jenis. Sekaligus, dapat menghilangkan rasa jemu dan bosan terhadap pengajaran dan pembelajaran. 3) Guru dapat meningkatkan kemahiran pengajaran dan pembelajaran kerana dapat menghasilkan suatu permainan bahasa yang kreatif dan inovatif. Ini dapat memberikan motivasi dan suntikan semangat yang baru kepada guru untuk mencipta aktiviti permainan bahasa yang lain. 4) Dalam permainan bahasa ini, guru dapat mempelbagaikan kaedah, teknik dan strategi pengajaran dan pembelajaran. Seterusnya, guru dapat melihat dan menilai kepelbagaian sikap dan tingkah laku daripada para murid yang terlibat. 5) Permainan bahasa ini adalah lebih mudah untuk dipelajari dan lebih cepat untuk diterima oleh para murid kerana aktiviti yang dilaksanakan adalah berpusatkan murid dan isi kandungan pelajaran disampaikan dalam bentuk yang kreatif. Penutup Dengan adanya permainan bahasa dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab, khususnya apabila melibatkan murid yang belajar Bahasa Arab sebagai bahasa asing ketiga (selepas Bahasa Inggeris) di Malaysia ini, maka diharapkan dapat menambahkan lagi minat mereka dalam mempelajari bahasa ini. Aktiviti permainan bahasa ini juga dapat mengubah persepsi murid bahawa mempelajari Bahasa Arab adalah sesuatu yang susah dan membebankan. Hasil daripada penglibatan dan kejayaan mereka dalam menjalankan permainan bahasa ini, maka mempelajari Bahasa Arab sebenarnya adalah mudah. RUJUKAN 1. Zawawi Ismail, Mohd Abdul Nasir Abdul Latif, Wan Nordin Wan Abdullah (2009). Pengenalan Pendidikan Bahasa Arab. m/s 99-100, Malaysia: Open University 2. Majdi Ibrahim, Amiruddin Ishak, Rijaludin Yahya (2008). Buku Teks Bahasa Arab Tahun 2. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 3. Radhi Fauzi Hanafi (Dr), Al-Alaab Al-Lughawiyyah wa At-Tabir As-Syafahi Al-Ibdaiy: (http://vb.arabsgate.com/showthread.php?s=30972f37217e021350122313cce2a82f&p=3902715#post3902715) 4. http://bobezani.tripod.com/teknik.htm LAMPIRAN Contoh Bahan WANG KERTAS yang digunakan dalam permainan Bahasa Arab Contoh Bahan KAD NOMBOR yang digunakan dalam permainan Bahasa Arab 21222324252627282930