25140283 Sejarah Palang Merah Copy (2)

24
  SEJARAH PALANG MERAH

Transcript of 25140283 Sejarah Palang Merah Copy (2)

8/6/2019 25140283 Sejarah Palang Merah Copy (2)

http://slidepdf.com/reader/full/25140283-sejarah-palang-merah-copy-2 1/24

 

 SEJARAH

PALANG MERA

8/6/2019 25140283 Sejarah Palang Merah Copy (2)

http://slidepdf.com/reader/full/25140283-sejarah-palang-merah-copy-2 2/24

 

SEJARAH JEAN HENRY DUNANT

Jean Henry Dunant dikenali sebagai bapa Palang Merah Sedunia. Beliau dilahirkan pada 8

Mei 1828, di Rue Verdaine, Geneva, Switzerland. Bapa Dunant adalah seorang ahli perniagaan

yang terkenal dan berjaya. Manakala ibunya seorang yang patuh pada ajaran agama serta

mementingkan pembentukan budi pekerti yang mulia dan luhur. Beliau adalah anak sulung dan

dibesarkan dalam keadaan yang cukup sempurna. Dia diasuh oleh ibu bapanya supaya

mementingkan hal ehwal agama dan kemasyarakatan.

Beliau melibatkan diri secara aktif dalam pelbagai pergerakan dengan membabitkan dirinya

dalam aktiviti-aktiviti amal dan agama. Salah satu pertubuhan yang beliau sertai adalah organisasi

yang dikenali sebagai League of Alma di Geneva. Organisasi ini diwujudkan bertujuan membantu

masyarakat dan memberi motivasi bagi keselesaan rohani dan jasmani. Disamping itu, pertubuhan

ini juga berperanan membantu golongan miskin, sakit dan mereka yang serba kekurangan. Beliau

 juga turut melibatkan diri memberi bimbingan dan kauseling dalam pemulihan banduan-banduan

  penjara di sekitar Geneva. Tujuannya agar para banduan dapat mengubah sikap dan perangai

mereka agar lebih bertanggungjawab.

Di samping minat yang tinggi pada kemasyarakatan, beliau juga megikut jejak langkah

ayahnya dengan menceburkan diri dalam bidang perniagaan. Mengikut Amzan Abd.Malek (2007)

di dalam bukunya Persatuan Bulan Sabit Merah, Dunant telah bekerja sebagai perantis di sebuah

 bank di Geneva untuk mendalami selok-belok ilmu perniagaan. Kesungguhannya bekerja, beliau

diberi jawatan sementara sebagai pengurus besar di cawangan bank itu di Algeria yang dikenali

sebagai C olonies Suisses de Setif . Kemudian beliau berhenti bekerja dengan bank itu dan

memulakan perniagaannya sendiri. Beliau mula menempa kejayaan yang cemerlang dalam bidang

 perniagaan.

Dalam bidang kemasyarakatan, Dunant memberi tumpuan pada pertubuhan di Switzerland,

France dan Belgium yang terkenal dengan nama Young Men¶s Christian Union (YMCU). Pada

tahun 1853, satu pertubuhan diwujudkan bagi menggabungkan beberapa kumpulan di Eropah.

Walau bagaimanapun, Dunant menentang rancangan itu dan beliau mencadangkan satu gagasan

sedunia termasuk Young Men¶s Christian Association (YMCA) di England patut diwujudkan dan

8/6/2019 25140283 Sejarah Palang Merah Copy (2)

http://slidepdf.com/reader/full/25140283-sejarah-palang-merah-copy-2 3/24

 

tidak hanya terhad di Eropah sahaja. Hasil daripada desakan Dunant, satu persidangan YMCA

sedunia diadakan di Paris pada tahun 1855.

8/6/2019 25140283 Sejarah Palang Merah Copy (2)

http://slidepdf.com/reader/full/25140283-sejarah-palang-merah-copy-2 4/24

 

K ENANGAN DI SOLFERINO

Pada Jun 1859, semasa Dunant menguruskan perniagaannya di Itali, beliau sampai di

Castiglione della Pieye. Semasa itu pertempuran Solferino sedang meletus dan beliau menyaksikan

dengan matanya sendiri peperangan tiga segi antara pasukan tentera Perancis, Pierontese dan

Austria. Pertempuran itu merupakan peperangan yang amat dahsyat pada abad ke 19. Dalam

 peperangan tersebut, beliau mendapati bandar kecil itu dipenuhi dengan mayat dan orang cedera.

Perkhidmatan perubatan tentera yang ada pula serba kekurangan dan tidak lengkap. Lebih kurang

40,000 orang tercedera, mati dan hilang. Perkhidmatan bantuan dan jururawat adalah sebahagian

anggota tentera yang terdedah kepada tembakan ataupun dijadikan tawanan. Dengan sifat beliau

yang suka memberi pertolongan, beliau sedaya upaya membantu orang yang cedera. Pengalaman

ini mengubah minatnya daripada aktif dalam perniagaan kepada memberi tumpuan bagi mencari

 jalan bagaimana penderitaan dapat dielakkan.

Megikut satu artikel yang dipetik daripada sebuah laman web memperkatakan mengenai

  pertempuran di Solferino. Artikel tersebut dari Wikipedia Bahasa Melayu menceritakan tentang

 pengalaman yang menyayat hati di Solferiono diabadikan dalam sebuah bukunya µ K enangan Di

Solferino¶ . Penulisan ini adalah permulaan kejayaan dalam kerjaya baru Dunnat. Dalam tulisannya,

 beliau mencadangkan agar sebuah persatuan yang terdiri daripada para sukarelawan yang terlatih

 patut ditubuhkan di semua negara bagi menjaga kebajikan para anggota tentera yang cedera dalam

 peperangan.

Saranan itu mendapat sambutan yang luar biasa daripada orang ramai. Tambahan pula,

konsepnya iaitu perjanjian antara-bangsa di antara negara bagi menentukan penjagaan orang sakit

menarik minat ramai. Pada masa yang sama, Genevese Society of Public Utility  bersetuju untuk 

mempraktikkan ideanya.  Justeru, pada September atau Oktober 1863, Dunant mengembara ke

 beberapa buah ibu kota di Eropah bagi menjelaskan ideanya. Perbincangan dan penjelasan beliau

  berkenaan perlunya memberi pertolongan kepada orang-orang yang cedera semasa peperangandisambut baik termasuklah orang-orang yang berpengaruh. Usaha ini adalah satu pengalaman yang

indah kepada Dunant yang muncul sebagai insan yang dikagumi yang berjaya mengusik jiwa dan

  pemikiran insan di Eropah. Antara 1863 hingga 1864 merupakan detik-detik kegemilangan

Dunant. Sebuah jawatan kuasa ditubuhkan, persidangan demi persidangan dibuat bagi

8/6/2019 25140283 Sejarah Palang Merah Copy (2)

http://slidepdf.com/reader/full/25140283-sejarah-palang-merah-copy-2 5/24

 

merealisasikan ideanya yang hebat itu. Pada 26-29 Oktober 1863 telah diadakan Persidangan

Antarabangsa di Geneva di mana Pertubuhan Palang Merah diasaskan.

Walau bagaimanapun, tahun 1863 hingga 1864, merupakan tahun-tahun kemerosotan

Dunant. Orang ramai memberi sokongan kepada sebuah jawantankuasa yang ditubuhkan serta

  persidangan-persidangan yang diadakan. Tahun 1865 dan 1866, penyertaan Dunant dalam

  pengerakan ini adalah merosot walaupun beliau adalah orang yang bertanggungjawab

mengilhamkan pergerakan yang murni ini. Dunant hanya mendiamkan diri dan akhirnya tempat

 beliau diambil oleh orang yang lebih praktikal dan agresif. Sehinggalah pada tahun 1867, malang

  bagi Dunant kerana dia terlalu menumpukan pada aktivit kemasyarakatan sehingga urusan

 perniagaan terabai dan mengalami kemerosotan. Akhirnya bagi menjelaskan hutang-hutang yang

ditanggungnya, beliau terpaksa menyerahkan segala hartanya untuk melunaskan beban hutang

yang ada. Akhirnya beliau berhijrah meninggalkan Geneva pada usia 39 tahun.

Jawantankuasa Nobel menganugerahkan beliau dengan Hadiah Keamanan atau Peace Prize 

yang pertama. Hadiah itu dikongsi bersama dengan Frederic Passy, seorang warganegara Perancis

  pada tahun 1901. Pada 30 Oktober 1910, Jean Henry Dunant semasa muda dikenali sebagai

µPemuda Berpakaian Putih¶  dan µ  Bapa Palang Merah Sedunia¶ menghembus nafas terakhir di

Hedden , iaitu sebuah penempatan di kawasan pergunungan. Di situ beliau bersama penduduk 

menikmati ketenangan dan jalinan hidup persahabatan yang mesra,aman dan damai.

8/6/2019 25140283 Sejarah Palang Merah Copy (2)

http://slidepdf.com/reader/full/25140283-sejarah-palang-merah-copy-2 6/24

 

JAWATANK UASA BERLIMA

Dunant mendapati Geneva adalah tempat yang sesuai bagi memulakan kegiatan

kemanusiaanya. T he Societe Genevoise d¶Utilite Publique dipengerusikan oleh Gustave Moynier,

seorang peguam muda. Bersama-sama Dunant, Guillaume-Henri Difour, Louis Appia dan

Theodore Mounior berminat untuk memulakan kegiatan ini. Tanpa berlengah mereka menubuhkan

Jawatankuasa Antarabangsa bagi membantu mereka yang tercedera. Jawatankuasa tersebut

dikenali sebagai Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (International C ommittee of the Red 

C ross-I C  RC). 

Walaupun jawankuasa ini hanya sebagai sebuah pertubuhan pesendirian, tetapi ia muncul

di peringkat antarabangsa dan berjaya mengadakan satu persidangan yang diwakili oleh pelbagai

negara. Delegasi tidak rasmi daripada 16 buah negara bermesyuarat di Geneva pada 26 hingga 29

Oktober 1863 dan bersetuju meluluskan Resolusi Jawantankuasa Geneva. Negara-negara itu

  bersetuju mewujudkan pertubuhan di negara masing-masing bagi membantu tugas-tugas

  perkhidmatan perubatan tentera. Kemudian status berkecuali bagi mereka yang tercedera, yang

merawat serta menjaga mereka yang tercedera termaktub dalam satu suratcara diplomatik. Pekerja-

 pekerja bantuan dan alat-alat perubatan mereka dilindungi oleh lambang khas. Lambang itu ialah

 palang merah yang berlatarkan belakang putih.

Dalam bulan Februari 1864, peperangan meletus antara Prussia dan Denmark.

Jawatankuasa ini menghantar Dr. Louis Appia bertugas dengan tentera Prussia. Palang merah pada

kain pergelangan lengannya membantu pergerakannya di medan perang. Walau bagaimanapun,

 pertubuhan-pertubuhan di beberapa buah negara hasil daripada persidangan tahun 1863, terutama

Jerman, menghadapi beberapa masalah di medan perang. Tugas-tugas mereka memerlukan

 pengiktirafan secara rasmi. Ini hanya dapat dilakukan dengan mengadakan suatu persidangan yang

dihadiri oleh wakil-wakil kerajaan negara yang diberi kuasa bagi melibatkan diri bagi pihak negara

masing-masing.

Oleh yang demikian, pada bulan Ogos 1864, Kerajaan Switzerland di atas gesaan

Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah, mengadakan µPersidangan Diplomatik¶  di Geneva

yang dihadiri oleh wakil-wakil daripada 12 buah negara. Konvensyen Geneva Pertama bertujuan

  bagi memperbaiki keadaan tentera yang cedera di medan pertempuran ditandatangani pada 22

8/6/2019 25140283 Sejarah Palang Merah Copy (2)

http://slidepdf.com/reader/full/25140283-sejarah-palang-merah-copy-2 7/24

 

Ogos 1864 oleh wakil-wakil dari 12 buah negara itu dan disusuli oleh negara-negara lain

kemudiannya.

8/6/2019 25140283 Sejarah Palang Merah Copy (2)

http://slidepdf.com/reader/full/25140283-sejarah-palang-merah-copy-2 8/24

 

K ONVENSYEN GENEVA PERTAMA 1864

Kemunculan Konvesyen Geneva yang pertama itu membuka satu lembaran penting dalam

sejarah manusia. Sebelum itu, peperangan dan undang-undang tidak dapat diselaraskan.

Konvensyen Geneva yang pertama menunjukkan undang-undang dapat dikuasakan walaupun

dalam masa perang. Selain itu, konvesyen itu mengenakan peraturan-peraturan kemanusiaan yang

ditetapkan kepada anggota-anggota kombatan. Persidangan itu juga mengesyorkan satu rancangan

yang istimewa bagi mendapatkan perlindungan antarabangsa bagi mereka yang tercedera, hospital

tentera dan anggota-anggota perubatan. Syor-syor ini diterima pakai dalam Konvesyen Geneva.

Konvesyen itu ada 10 artikel dan memperkenalkan apa yang dipanggil oleh Dunant µberkecuali¶.

Doktor dan jururawat tidak lagi dianggap anggota kombatan dan tidak boleh ditawan. Manakala

orang awam yang membantu doktor dan jururawat hendaklah dihormati. Ambulans tentera dan

hospital-hospital diiktiraf sebagai berkecuali.

Konvensyen tahun 1864 adalah asas bagi kerja-kerja kemanusian dalam masa perang di

antara Perancis dan Prussia pada tahun 1870-1871, Perang Sepanyol-Amerika tahun 1898 dan

Perang Rusia-Jepun tahun 1904. Dalam jangka masa selepas Konvesyen Geneva Pertama

ditandatangani, Palang Merah sering dijemput bertugas di medan perang. Pertubuhan ini juga

mengadakan persidangan-persidangan yang mengumpulkan delegasi-delegasi daripada

 pertubuhan-pertubuhan kebangsaan, daripada Jawantankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC)

dan wakil-wakil negara yang menjadi ahli kepada Konvensyen Geneva.

Tujuan persidangan-persidangan itu adalah bagi mencadangkan penerimaan pakai rukun-

rukun antarabangsa yang baru yang berasaskan pada pengalaman. Persidangan pertama diadakan

di Paris dalam tahun 1867, di Berlin 1869, Geneva, Karlsruhe di Rome 1892, Vienna 1897, dan

Saint Petersburg 1902. Pengasas-pengasas Palang Merah ini bertugas mewujudkan persatuan-

  persatuan yang baru. Mereka menubuhkan 22 persatuan kebangsaan dalam masa 10 tahun yang

 pertama. Semua Negara Eropah termasuk Russia dan Turki bersetuju menerima Konvensyen padatahun 1864.

Pada bulan November 1876, Turki yang sedang berperang dengan Russia selama enam

  bulan tiba-tiba mengumumkan kepada majlis Persekutuan Swiss, sebagai penjaga Konvesyen

Geneva, lambang palang merah merah menghina kepercayaan agama anggota-anggota tenteranya.

8/6/2019 25140283 Sejarah Palang Merah Copy (2)

http://slidepdf.com/reader/full/25140283-sejarah-palang-merah-copy-2 9/24

 

Oleh yang demikian, mereka menggunakan lambang bulan sabit merah untuk perkhidmatan

ambulans mereka.

Langkah ini diikuti oleh banyak negara-negara Arab atau negara-negara yang mempunyai

  banyak penduduk Muslim. Kedua-dua lambang ini, palang merah dan bulan sabit merah

dilindunigi oleh Konvenseyen Geneva sejak tahun 1929. Satu resolusi telah dicapai untuk 

mewujudkan pertubuhan-pertubuhan persendirian di negara masing-masing untuk membantu

tugas-tugas perkhidmatan tentera. Apa yang penting mereka µdikecualikan¶ daripada menjadi

mangsa peperangan dan mereka hendaklah berkecuali daripada menyebelahi mana-mana pihak 

yang bertempur dalam memberikan rawatannya. Resolusi ini akhirnya termaktub dalam satu surat

cara diplomatik.

8/6/2019 25140283 Sejarah Palang Merah Copy (2)

http://slidepdf.com/reader/full/25140283-sejarah-palang-merah-copy-2 10/24

 

PRINSIP-PRINSASAS BULAN

 SABIT MERA

8/6/2019 25140283 Sejarah Palang Merah Copy (2)

http://slidepdf.com/reader/full/25140283-sejarah-palang-merah-copy-2 11/24

 

Aspek penting Pengerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah ialah semua ahli harus

memahami falsafahnya yang dinyatakan melalui 7 prinsipnya. Adalah menjadi tanggunjawab ahli-

ahli untuk menguatkan Pengerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah dengan menjalankan

t u g a s - t u g a s b e r l a n d a s k a n k e p a d a p r i n s i p - p r i n s i p k e m a n u s i a a n i a i t u :

1.  Kemanusiaan

2.  Kesaksamaan

3.  Berkecuali

4.  Kebebasan

5.  Khidmat sukarela

6.  Bersatu

7.  Kesejagatan

Dengan menghormati dan melaksanakan setiap satu daripada prinsip-prinsip ini,

Pengerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah dapat membuat sumbangan yang ditetapkan

 pada keamanan sebenar di dunia ini.

Ditubuhkan atas dasar hormat menghormati sesama manusia. Ini adalah prinsip utama yang

terikat kukuh dengan idea keamanan, prinsip yang merangkumi kesemua hasrat pergerakan dan

menjadi asas pada prinsip-prinsip yang lain. Melihat dan bersama-sama mencegah dan

 K emanusiaan

Pergerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah dilahirkan dengan hasrat untuk memberi

 pertolongan tanpa diskriminasi kepada mereka yang tercedera di medan perang dan berusaha

untuk mencegah dan meringankan penderitaan manusia dimana jua ianya wujud. Tujuannya

adalah melindungi nyawa dan menjaga kesihatan serta hormat menghormati sesama manusia.

Ia mempupuk kesefahaman, persahabatan, kerjasama dan kedamaian yang berkekalan di

kalangan manusia.

8/6/2019 25140283 Sejarah Palang Merah Copy (2)

http://slidepdf.com/reader/full/25140283-sejarah-palang-merah-copy-2 12/24

 

meringankan kesensaraan dalam menghadapi kekejaman. Kemanusiaan adalah factor keamanan

yang penting yang tidak boleh diperoleh melalui penguasaan dan kekuasaan tentera.

Prinsip ini mendorong manusia tanpa diskriminasi. Prinsip ini menjelaskan kepada kita

tidak ada beza membeza dalam usaha kita member pertolongan.

Berkecuali tidak bermakna mengabaikan penderitaan ataupun menerima peperangan. Ia

adalah keadaan yang paling mustahak bagi khidmat kemanusiaan yang berkesan. Ia juga

 bergantung kepada kepercayaan semua.

Kebebasan Persatuan-persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah daripada kuasa-

kuasa awam adalah penting bagi aktiviti-aktivi kemanusiaanya dalam menghormati prinsip-prinsip

asas. Ia menanam semangat keamanan dalam sanubari tiap-tiap lelaki dan wanita yang

menganggotainya. Dengan tidak mengasingkan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah daripada

 K esaksamaan

Tidak membezakan antara bangsa, kaum, kepercayaan, agama, darjat ataupun fahaman

  politik. Ia berusaha meringankan penderitaan individu, berpandukan semata-mata pada

keperluan mereka dan memberi keutamaan pada kes-kes kecemasan yang serius.

 Berkecuali

Tidak menyebelahi mana-mana pihak dari segi fahaman politik,, ideologi dan sebagainya

semasa member bantuan kepada pesakit.

 K ebebasan

Pengerakan ini adalah bebas. Namun menjadi pembantu kepada khidmat kemanusiaan

kepada kerajaan masing-masing dan tertakluk kepada undang-undang negaranya.

8/6/2019 25140283 Sejarah Palang Merah Copy (2)

http://slidepdf.com/reader/full/25140283-sejarah-palang-merah-copy-2 13/24

 

yang lain, ia memberinya autonomi yang diperlukan bagi tugas-tugas kemanusiaannya yang

menjadikannya satu kuasa penyatuan di kalangan manusia.

Bertujuan bagi membantu sesama manusia secara sukarela dan dengan kerelaan hati,

mencerminkan semangat perkhidmatan yang baik dan persaudaraan yang membawa kepada

 permuafakatan.

Pergerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah menyatupadukan semua manusia dan menjadi

faktor bagi keamanan negara.

 K hidmat Sukarela

Setiap bantuan dan pertolongan yang diberikan itu haruslah dilakukan secara sukarela. Ahli-

ahli pertolongan cemas tidak mengharapkan keuntungan daripada pertolongan yang diberikan

 pada si pesakit atau si malang.

 Bersatu

Hanya satu sahaja Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah yang harus wujud dalam

sesebuah Negara dan terbuka kepada semua.

 K esejagatan

Semua persatuan sama ada Pengerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah mempunyai

taraf dan memikul tugas dan tanggungjawab yang sama rata dalam usaha membantu antara

satu sama lain.

8/6/2019 25140283 Sejarah Palang Merah Copy (2)

http://slidepdf.com/reader/full/25140283-sejarah-palang-merah-copy-2 14/24

 

Kesejagatan pergerakan ini berpunca daripada pertalian setiap ahlinya pada nilai-nilai yang sama.

Satu daripada cirri-cirinya ialah kewajipan menolong di antara satu sama lain dan penyebaran

nilai-nilai ini di semua negara yang mewujudkan persahabatan dan keamanan kepada sesama

manusia.

8/6/2019 25140283 Sejarah Palang Merah Copy (2)

http://slidepdf.com/reader/full/25140283-sejarah-palang-merah-copy-2 15/24

 

8/6/2019 25140283 Sejarah Palang Merah Copy (2)

http://slidepdf.com/reader/full/25140283-sejarah-palang-merah-copy-2 16/24

 

 STRUKTUR DAN ORGAN

PERGERAKAN PALA

 MERAH DAN BULAN S

 MERAH ANTARABAN

8/6/2019 25140283 Sejarah Palang Merah Copy (2)

http://slidepdf.com/reader/full/25140283-sejarah-palang-merah-copy-2 17/24

 

Buku yang ditulis oleh Henry Dunant pada tahun 1862 berkenaan kenangan di Solferino

mendapat sambutan yang luar biasa. Pada masa itu wujud sebuah Persatuan Kebajikan Awam di

Geneva yang dipengerusikan oleh Gustave Moynier, seorang peguam. Beliau sungguh terharu

dengan kandungan buku itu dan menggesa Dunant menceritakan pengalamannya kepada ahli-ahli

yang lain dalam persatuan tersebut. Satu perjumpaan diadakan pada 9 Februari 1863. Hasilnya satu

suruhanjaya terdiri daripada lima orang ditubuhkan bagi mengkaji saranan Moyneir yang

 berasaskan pada idea Dunant, seperti berikut :

1.  Memulakan tugas serta-merta pada paras antarabangsa.

2.  Menyertakan jururawat sukarela bertugas dengan tentera di medan perang.

Suruhanjaya itu berjumpa buat kali pertama pada 17 Februari 1863. Henry Dunant dan

Gustave Moynier menjadi ahli bersama-sama dengan General Guillaume-Henry Dufour, Dr. Louis

Appia dan Theodore Maunoir, warga Geneva. Suruhanjaya itu dikenali dengan nama

µJawatankuasa bagi membantu orang-orang yang cedera¶ yang kemudiannya dikenali International 

C ommitte of the Red  C ross (  I C  RC  ) atau Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah ( JAPM )

adalah komponen yang paling prihatin pada pembangunan Undang-Undang Kemanusiaan

Antarabangsa. Jawantankuasa ini diberi status pemerhati oleh Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa

Bersatu pada 16 Oktober 1990. Jawatankuasa ini juga adalah sebuah badan yang bebas daripada

  pengaruh kerajaan atau mana-mana badan yang lain. Keputusannya adalah berasaskan semata-

mata kepada pertimbangan kemanusiaan.

Badan-badan pentadbir JAPM dianggotai oleh warganegara Swiss. Badan membuat

keputusan tertinggi adalah terdiri daripada suatu jawatankuasa yang ada maksimun seramai 25

ahli. Ahli-ahli yang terdiri warganegara Swiss yang mempunyai banyak pengalaman dalam hal-

ehwal antarabangsa dan pengabdian mereka pada tugas-tugas kemanusiaan. Jawatan presiden

dipilih daripada ahli-ahli itu bagi jangka masa empat tahun. Jawantankuasa itu bermesyuarat dalam

suatu perhimpunan sebanyak lapan kali setahun bagi menentukan dasar am institusi dan prinsip-

 prinsip yang membimbing aktitivi-aktivitinya.

Lembaga eksekutif yang terdiri daripada tujuh orang ahli jawatankuasa bertanggungjawab

 berkenaan hal-hal operasi dan penyeliaan secara langsung hal-ehwal pentadbiran. Ia bermesyuarat

8/6/2019 25140283 Sejarah Palang Merah Copy (2)

http://slidepdf.com/reader/full/25140283-sejarah-palang-merah-copy-2 18/24

 

seminggu sekali. Seperti Majlis Perhimpunan, ia dipengerusikan oleh presiden JAPM. Dari

Geneva, Ibu Pejabat Direktorat mengendalikan pelbagai perkhidmatan yang menyokong aktiviti-

aktivitinya di medan seperti sokongan operasi iaitu pengurusan pentadbiran wilayah yang

mengendalikan Agensi Pengesanan Pusat, pertimbangan berkenaan undang-undang kemanusiaan

dan prinsip-prinsip pergerakan, sumber-sumber manusia, sokongan kewangan dan pentadbiran,

selain daripada komunikasi dan perhubungan raya. Kecuali beberapa orang sahaja, semua

kakitangan tetap JAPM terdiri daripada rakyat Swiss. Walau bagaimanapun ada beberapa delegasi

medan JAPM mempunyai kakitangan yang dipinjam daripada persatuan- persatuan kebangsaan

dan bertugas terutamanya dalam bidang perubatan dan logistik.

Pada dasarnya, JAPM bertindak dalam masa perang, perang saudara atau rusuhan dalam

negara atau ketegangan, melindungi dan menolong mangsa-mangsa awam dan tentera. Lawatan-

lawatan ke kem tahanan atau tawanan dan melaporkan kepada pihak-pihak berkuasa yang terlibat

secara terus.

Persekutuan Antarabangsa Palang Merah atau Bulan Sabit Merah (  International 

 Federation of RC  atau RC Societies ) ditubuhkan pada tahun 1919. Dahulu persekutuan ini dikenali

dengan nama Liga Persatuan Antarabangsa atau Bulan Sabit Merah dan ditukar namanya pada

tahun 1991. Antara fungsi-fungsi umum persekutuan ini adalah :

1.  Bertindak sebagai badan tetap berkenaan perhubungan, penyelarasan dan

 pengkajian di antara persatuan-persatuan kebangsaan dan bagi memberi mereka

apa jua pertolongan.

2.  Menggalakkan dan mempromosikan di setiap negeri berkenaan penubuhan dan

 pembangunan persatuan kebangsaan yang bebas serta diiktiraf.

3.  Memberi bantuan denganc apa jua cara kepada semua mangsa bencana alam.

4.  Membantu persatuan-persatuan kebangsaan dalam persediaan bantuan bencana

dalam organisasi tindakan bantuan dan dalam operasi bantuannya.5.  Mengatur, menyelaras dan mengarah tindakan bantuan antarabangsa selaras

dengan prinsip-prinsip dan peraturan-peraturan untuk bantuan bencana Palang

Merah dan Bulan Sabit Merah yang diterima pakai oleh Persidangan

Antarabangsa.

8/6/2019 25140283 Sejarah Palang Merah Copy (2)

http://slidepdf.com/reader/full/25140283-sejarah-palang-merah-copy-2 19/24

 

6.  Menggalak dan menyelaras penyertaan persatuan-persatuan kebangsaan dalam

aktiviti-aktiviti bagi menjaga kesihatan umum dan memajukan kebajikan

masyarakat dengan kerjasama pihak-pihak berkuasa kerajaan yang tertentu.

7.  Membantu persatuan-persatuan kebangsaan bagi pengambilan masuk ahli-ahli

daripada penduduk-penduduk pada keseluruhannya. Selain itu, memupuk 

 prinsip-prinsip asas dan hasrat unggul pengerakan.

8.  Memberi pertolongan kepada mangsa-mangsa konflik bersenjata selaras dengan

  perjanjian-perjanjian yang dibuat dengan Jawatankuasa Antarabangsa Palang

Merah ( JAPM ) atau ( ICRC ).

9.  Membantu JAPM atau ICRC memaju dan membangunkan undang-undang

kemanusiaan antarabangsa. Selain itu, bekerjasama dalam penyebaran undang-

undang ini dan prinsip-prinsip asas di antara persatuan-persatuan kebangsaan.

10. Menjadi perwakilan rasmi persatuan-persatuan ahli dalam bidang antarabangsa

dalam urusan yang bersangkutan dengan keputusan dan perakuan yang diterima

  pakai oleh Perhimpunan Agung Persekutuan serta menjadi penjaga pada

keutuhannya dan pelindung kepentingan mereka.

Sekretariat yang beribu pejabat di Geneva adalah pusat gerakan persekutuan. Tugasnya

adalah mempraktikkan segala keputusan yang dibuat oleh badan-badan pemerintahan dan

mengendalikan tugas-tugas pentadbiran. Sekretariat ini diketuai oleh setiausaha agung yang

dilantik oleh Perhimpunan Agung atas cadangan Majlis Eksekutif. Ia adalah kakitangan daripada

 pelbagai bangsa dan bertugas membantu setiausaha agung melaksanakan fungsi-fungsinya.

Sekretariat persekutuan adalah badan tetap yang menghubungkannya dengan persatuan-

 persatuan kebangsaan dan membolehkan mereka berdamping rapat di antara satu sama lain bagi

  bertukar-tukar pendapat, pengalaman dan peralatan. Sekretariat ini bertindak sebagai jurucakap

kepada persatuan-persatuan dalam hal-ehwal antarabangsa dan dalam perhubungan mereka dengan

Bangsa-Bangsa Bersatu dan organisasi-organisasi kerajaan dan bukan kerajaan yang lain. Ia juga

menghantar laporan tahunan aktiviti-aktivitinya kepada semua persatuan-persatuan kebangsaan

dan juga diterbitkan bersama dengan JAPM atau ICRC. Majalah ini juga memaparkan peristiwa

semasa dalam Pengerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa.

8/6/2019 25140283 Sejarah Palang Merah Copy (2)

http://slidepdf.com/reader/full/25140283-sejarah-palang-merah-copy-2 20/24

 

Sumber kewangan persekutuan diperoleh daripada sumbangan semua ahli-ahli persatuan di

mana kuatonya ditetapkan oleh Suruhanjaya Kewangan dan dibawa kepada Perhimpunan Agung

  bagi diluluskan. Semua operasi bantuan dibiayai oleh pemberian khas yang diperuntukkan bagi

tujuan tersebut. Sumbangan sukarela juga diterima bagi membiayai projek-projek khas terutama

sekali bagi tujuan pembangunan. Persekutuan ini menawarkan bantuan kepada persatuan-persatuan

yang sedang membangun dan kepada yang maju dalam semua jenis perancangan, latihan dan hal-

hal teknikal supaya membolehkan ahli-ahlinya berupaya mengendalikan tugas-tugas statut mereka.

Selain daripada usaha kemanusian yang terkandung dalam buku  K enangan di Solferino,

wawasan Dunant dalam tulisannya adalah bagi mewujudkan persatuan-persatuan kebangsaan.

Peranan utamanya ialah bagi memberi penjagaan perubatan kepada mereka yang sakit dan luka di

medan peperangan. Pada Oktober 1863, beberapa buah negara menghantar wakil-wakil ke

  perhimpunan di Geneva yang memutuskan Persatuan Bantuan Perubatan perlu ditubuhkan.

Perhimpunan ini diadakan hasil daripada usaha Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah yang

 baru sahaja ditubuhkan pada masa itu.

Pada mulanya, lebih 20 persatuan kebangsaan ditubuhkan di Eropah. Pada tahun 1995,

 persatuan kebangsaan semuanya adalah 163 dan ahlinya melebihi 250 juta orang. Satu daripadanya

adalah Persekutuan Bulan Sabit merah Malaysia. Tujuan utama persekutuan ini masih kekal seperti

asalnya iaitu memberi bantuan perubatan kepada mereka yang sakit dan luka di medan

  peperangan. Dalam masa aman, mereka berlatih menyediakan diri bagi membolehkan mereka

memainkan peranan yang lebih berkesan dalam pelbagai aktiviti yang lain bertujuan meringankan

 penderitaan manusia seperti latihan pertolongan cemas, bantuan semasa bencana alam dan aktiviti-

aktiviti yang berkaitan dengan kesihatan dan kebajikan.

Ketiga-tiga komponen ini bersama dengan kerajaan yang menandatangani Konvensyen

Geneva berjumpa empat tahun sekali bagi Persidangan Palang Merah Antarabangsa. Persidangan

Antarabangsa ini adalah satu perjumpaan dan persidangan bagi membuat keputusan yang tertinggi pada Pengerakan Palang Merah Sedunia. Semuan Palang Merah atau Bulan Sabit Merah beserta

dengan kerajaan-kerajaan yang menandatangani Konvensyen Geneva adalah terikat dengan

keputusan dan resolusi yang dibuat dalam persidangan.

8/6/2019 25140283 Sejarah Palang Merah Copy (2)

http://slidepdf.com/reader/full/25140283-sejarah-palang-merah-copy-2 21/24

 

EMBLEM YAN

 MELINDUNG MANUSIA

8/6/2019 25140283 Sejarah Palang Merah Copy (2)

http://slidepdf.com/reader/full/25140283-sejarah-palang-merah-copy-2 22/24

 

Satu emblem yang melindungi mereka yang ti

terlibat dalam peperangan 

8/6/2019 25140283 Sejarah Palang Merah Copy (2)

http://slidepdf.com/reader/full/25140283-sejarah-palang-merah-copy-2 23/24

 

8/6/2019 25140283 Sejarah Palang Merah Copy (2)

http://slidepdf.com/reader/full/25140283-sejarah-palang-merah-copy-2 24/24

Satu simbol sejagat yang membawa

maksud 356 bahasa di seluruh dunia - 

µJangan Tembak¶