161663063 Bmm 3114 Kebudayaan Melayu

99
BMM 3114:KEBUDAYAAN MELAYU KONSEP BUDAYA : Definisi, Kandungan (Budaya Material dan Bukan Material), Ciri, Konsep Asimilasi, Akultrasi, dan Akomodasi. Definisi Umum : Seluruh cara hidup masyarakat atau seluruh aspek pemikiran dan tingkah laku manusia yang diwarisi daripada suatu generasi ke generasi yang lain Melayu proses pembelajaran. Budaya juga didefinisikan sebagai kemajuan fikiran, akal budi (cara berfikir) dan berkelakuan masyarakat. Budaya juga boleh didefinisikan sebagai satu cara hidup yang diamalkn oleh kumpulan tertentu dan Melayu yang meliputi sistem sosial, susunan organisasi, ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat resam, sikap dan nilai. Edward Tylor (satu87satu) : Keseluruhan sistem masyarakat yang komplek yang dalamnya ada unsur ilmu pengetahuan, kepercayaan, seni, moral, undang-undang, adat istiadat dan kemahiran yang diperoleh oleh manusia sebagai anggota masyarakat Kroeber dan Kluckhohn (1952) Geertz (1973) : Ahli sosiologi : Merujuk kepada gaya satu cara hidup manusia secara keseluruhan, tmasuklah pemikiran, nilai, pgetahuan, perlakuan dan bhn material yang dikongsi oleh mereka. Thomas J.Sullivan (1993) : Merujuk kepada tradisi, adat dan perlakuan seseorang Lucy Mair: Milik bersama sesuatu masyarakat yang ada tradisi yang sama. Taib Osman (1988) : Kebudayaan adalah cara hidup, cara mengatur hidup sesuatu kelompok manusia. Lebih penting daripada perbuatan hari-hari seperti cara makan, cara beribadah, cara menegur seseorang dan cirri-ciri lain iaitu tanggapan 1

description

dodo

Transcript of 161663063 Bmm 3114 Kebudayaan Melayu

  • BMM 3114:KEBUDAYAAN MELAYU

    KONSEP BUDAYA : Definisi, Kandungan (Budaya Material dan Bukan Material), Ciri, Konsep Asimilasi, Akultrasi, dan Akomodasi.

    Definisi Umum :Seluruh cara hidup masyarakat atau seluruh aspek pemikiran dan tingkah laku manusia yang diwarisi daripada suatu generasi ke generasi yang lain Melayu proses pembelajaran.

    Budaya juga didefinisikan sebagai kemajuan fikiran, akal budi (cara berfikir) dan berkelakuan masyarakat.

    Budaya juga boleh didefinisikan sebagai satu cara hidup yang diamalkn oleh kumpulan tertentu dan Melayu yang meliputi sistem sosial, susunan organisasi, ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat resam, sikap dan nilai.

    Edward Tylor (satu87satu) : Keseluruhan sistem masyarakat yang komplek yang dalamnya ada unsur ilmu pengetahuan, kepercayaan, seni, moral, undang-undang, adat istiadat dan kemahiran yang diperoleh oleh manusia sebagai anggota masyarakat

    Kroeber dan Kluckhohn (1952) Geertz (1973) : Ahli sosiologi : Merujuk kepada gaya satu cara hidup manusia secara keseluruhan, tmasuklah pemikiran, nilai, pgetahuan, perlakuan dan bhn material yang dikongsi oleh mereka.

    Thomas J.Sullivan (1993) : Merujuk kepada tradisi, adat dan perlakuan seseorang

    Lucy Mair: Milik bersama sesuatu masyarakat yang ada tradisi yang sama.

    Taib Osman (1988) : Kebudayaan adalah cara hidup, cara mengatur hidup sesuatu kelompok manusia. Lebih penting daripada perbuatan hari-hari seperti cara makan, cara beribadah, cara menegur seseorang dan cirri-ciri lain iaitu tanggapan

    1

  • alam sekitar dan nilai sosial atau etos kerana kedua-dua ciri inilah yang mewarnakan sesuatu budaya dan menjadi pendorong bagi tindakan manusia.

    Ibn Khaldun: Merujuk kepada kebiasaan cara hidup. Membezakan manusia dengan haiwan.

    Manusia ada kemampuan intelek dan daya berfikir Melayu intelek. Manusia dapat berhubung, memahami satu sama lain. Manusia dapat menyesuaikan cara hidup dengan alam sekaliling proses penyesuaian Melayu melahirkan budaya yang berbeza antara kawasan.

    Prof Koetjaraningrat : Keseluruhan daripada kelakuan dan hasil kelakuan manusa yang teratur oleh tatakelakuan yang harus diperoleh dengan cara belajar

    Ralph L. Beats dan Harry Hoijer : Mengenal pasti perlakuan yang selalu dipraktikkan, diperoleh melalui pembelajaran oleh kumpulan masyarakat.

    Pendapat Lain : Kebudayaan berasal daripada kata sankrit buddyah iaitu bentuk jamak daripada buddha yang bererti budi atau akal. Dengan itu kebudayaan dapat diertikn sebagai hal yang bersangkutan dengan akal dan budi.

    KANDUNGAN BUDAYABudaya Material

    Objek fizikal atau artifak, peralatan atau kelengkapan hidup seperti rumah, kereta.

    Keris : alat kebesaran bagi raja atau lambang kekuasaan atau kedaulatan.

    Lambang kehebatan orang Melayu yang bijak mencampurkan bahan logam

    hingga terbentuk senjata

    Bukan Material Unsur yang tidak wujud secara fizikal: adat, kepercayaan, bahasa dan nilai. Adat Istiadat :

    2

  • Sistem nilai yang berhubung dengan cara berfikir, pegangan hidup serta

    amalan sesuatu masyarakat.

    Tingkah laku yang diterima oleh masyarakat disebut kebiasaan, kebiasaan

    menjadi adat yang diterima secara bersama oleh masyarakat

    Adat menjadi peraturan yang dipatuhi dan dihormati oleh masyarakat yang

    mendukungnya tanpa paksaan

    Adat: peraturan yang sudah diamalkn secara turun-temurun dalam

    masyarakat sehingga menjadi hukum dan peraturan yang harus dipatuhi.

    Istiadat: cara-cara atau peraturan untuk Melayu melakukan sesuatu yang

    sudah menjadi kebiasaan atau resam,

    Dalam masyarakat Melayu ada adat Pepatih dan adat Temenggung.

    KONSEP-KONSEP BUDAYAKonsep Akulturasi

    Perpaduan dua budaya. Dua kebudayaan bertemu dapat hidup berdampingan dan saling mengisi

    kekosongan yang lainnya. Ia tidak bertentangan dan tidak hilang unsur asli kedua-dua kebudayaan.

    Konsep Akomodasi Proses menyebabkan setiap kumpulan etnik menyedari dan menghormati

    norma dan nilai kumpulan etnik lain. Tetap mempertahankan budaya hidup masing-masing

    A + B + C = A + B + C

    Budaya Melayu diamalkan di Malaysia dan di Switzerland

    Konsep Asimilasi A + B + C = A

    3

  • satu proses pencantuman dan penyatuan antara kumpulan etnik berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok dengan kebudayaan dan identiti yang sama.

    Asimilasi mutlak: berlaku penghapusan penuh perbezaan daripada segi budaya dan identiti.

    Contoh: orang Melayu di Thai nama, bahasa, cara hidup (kecuali agama) disatukan menjadi amalan dan cara hidup orang Thai. Malaysia : Baba Nyonya, Orang Cina Kelantan.

    CIRI BUDAYABudaya yang menjadi amalan masyarakat Melayu yang melambangkan keperibadian identiti dan jati diri. Bersifat dinamik :

    amalan dan cara hidup masyarakat mengalami perubahan kesan perkmbangan masa dan kemajuan masyarakat.

    Contoh, masyarakat Melayu menerima kedatangan Islam dengan senang hati tanpa ada sikap penolakan.

    Dari aspek pekerjaan: pertanian bertukar menjadi sektor perindustrian dan perdagangan.

    Menerima dan Menolak Unsur Tertentu Didorong oleh sikap masyarakat yang ingin mempertahankan dan

    mengekalkan nilai dan cara hidup lama yang sedia ada. Perubahan diterima dengan syarat tidak bercanggah dengan kepercayaan

    dan nilai yang dipegang oleh masyarakat berkenaan (agama).

    Diwarisi Amalan nenek moyang suatu masa dulu diperturunkan kepada generasi

    baharu dan secara tidak langsung menjadi amalan dan perlakuan masyarakatnya.

    4

  • Contoh: adat perkahwinan berandam, malam berinai, khatam Quran, bersanding, beri salam, basuh tangan

    Proses kesinambungan Dalam bentuk seni bina, peralatan dan budaya bukan kebendaan seperti

    kepercayaan, nilai dan adat resam. Contoh: seni bina dulu sederhana, sekarang lebih kreatif dan kontemporari

    (rumah).

    Boleh Dipelajari oleh pengamal budaya dan diperkembangkan.

    Boleh Dikongsi oleh ahli budaya atau antara budaya.

    Bagaimana Ciri Budaya Dilaksana, Sejauhmana Ia Diwarisi Diwarisi dari satu generasi ke generasi yang lain. Amalan nenek moyang suatu masa dulu diperturunkn kepada generasi

    baharu dan secara tidak langsung menjadi amalan dan perlakuan masyarakatnya.

    KONSEP MASYARAKAT(Definisi, Ciri, dan Perkembangan Masyarakat)

    Definisi Masyarakat : Sekelompok orang yang membentuk sebuah sistem interaksi sosial. Sebahagian besar interaksi yang berlaku dalam lingkungan sistem sosial itu

    adalah lahir daripada individu yang berada dalam kelompok tersebut.

    Sekumpulan manusia yang hidup bersama di suatu tempat tertentu dalam satu komuniti yang teratur.

    Masyarakat menurut definisi Kamus Dewan (2005) ialah kumpulan manusia yang hidup bersama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu. Individu, keluarga dan kumpulan-kumpulan kecil merupakan anggota sesebuah masyarakat.

    5

  • Ciri Masyarakat satu kelompok dan tinggal tetap dalam kumpulannya Komuniti yang saling bergantung dan memerlukan antara satu sama lain

    Ada peranan tertentu

    Ada kebudayaan dan kebudayaan boleh terus berkembang

    Ada statifikasi iaitu kelas dan status

    Berinteraksi Melayu bahasa

    Ciri Masyarakat

    1.Manusia Yang Hidup BerkelompokManusia ialah mereka hidup bersama dan membentuk kelompok. Kelompok inilah yang membentuk masyarakat. Mereka mengenali antara satu sama lain dan saling bergantungan. Kesatuan sosial wujud dalam perhubungan sesama manusia ini. Seseorang manusia tidak mungkin dapat meneruskan hidupnya tanpa bergantung kepada manusia lain.

    2.Melahirkan KebudayaanTiada masyarakat, tiadalah budaya dan sebaliknya. Masyarakat akan melahirkan kebudayaan, sama ada kebendaan atau bukan kebendaan. Budaya itu pula diwarisi dari generasi ke generassi berikutnya dnegan proses penyesuaian.

    3.Mengalami PerubahanSebagaimana budaya, masyarakat juga turut mengalami perubahan. Suatu perubahan terjadi kerana faktor-faktor yang berasal dari masyarakat itu snediri. Sebagai contoh, suatu penemuan baru mungkin akan mengakibatkan perubahan kepada masyarakat itu.

    4.BerinteraksiSalah satu syarat kewujudan massyarakat ialaah terdapatnya perlakuan berhubung dan bekerjasama di antara ahli dan ini akan mencetuskan interaksi. Interaksi ini boleh berlaku secara lisan atau tidak lisan.komunikasi berlaku apabila masyarakat

    6

  • bertemu di antara satu sama lain.

    5,Terdapat KepimpinanPemimpin adalah terdiri daripada ketua keluarga, ketua kampung, ketua negara dan sebagainya. Dalam masyarakat Melayu awal, kepimpinan adalah bercorak tertutup kerana pemilihan berdasarkan keturunan.

    6.Stratifikasi SosialStratifikasi sosial meletakkan seseorang pada kedudukan dan peranan yang harus dimainkannya atau merujuk kepada susunlapis masyarakat. Stratifikasi sosial boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu kelas, status dan kasta. Kelas ialah kedudukan seseorang dalam masyarakat berdasaarkan pemilikan harta atau kekayaan seperti orang kaya kelas atasan dan orang miskin, kelas bawahan

    Status ialah jangkaan peranan yang dimainkan oleh individu dalam masyarakat seperti penerimaan gelaran iaitu haji, lebai, dato' dan sebagainya. Kasta ialah kelas sosial yang keahlinya ditentukan hanya melalui kelahiran dan dalam hidupnya tidak berlaku mobiliti sosial. Ini dapat dilihat dalam zaman tradisional India yang memecahkan kasta kepada Brahmin, Ksyatria, Vaisya dan Sundra/Parya.

    Perkembangan Masyarakat

    Jaringan erat wujud dalam kalangan anggota masyarakat khususnya melalui Hubungan Bersemuka. Daripada pergaulan ini, terbina pola hubungan sosial yang berulang sifatnya seperti kegiatan gotong royong, bersama-sama merayakan sesuatu perayaan melalui rumah terbuka, berkumpul menyambut pembesar yang datang berkunjung, menghadiri kenduri majlis perkahwinan, membantu mereka yang ditimpa malapetaka atau menziarahi jiran yang sakit tenat atau yang telah meninggal dunia. Kekerapan pergaulan ini membina satu kesepaduan dalam masyarakat tersebut sebagai satu unit sosial. Dalam konteks Malaysia, hubungan harmonis antara pelbagai kumpulan etnik dapat membina sebuah masyarakat Malaysia yang teguh.

    7

  • Setiap masyarakat pula mempunyai budayanya tersendiri yang terbentuk daripada hubungan rapat sesama anggotanya semenjak masyarakat itu wujud. Sebagai contoh, masyarakat Melayu kampung di kawasan luar bandar Malaysia telah wujud berpuluh abad lamanya, semenjak sebelum kedatangan kebudayaan asing (sama ada dari negara China, India, Tanah Arab atau Eropah). Masyarakat Melayu luar bandar yang paling baru dibentuk pada tahun 1956 ialah perkampungan FELDA (Federal Land Development Authority atau Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan). Perkampungan FELDA adalah untuk mereka yang berpendapatan rendah.

    Para sarjana sains sosial dan kajian kemanusiaan telah menegaskan bahawa kebudayaan tidak wujud jika tidak ada masyarakat. Pendapat ini berasaskan fakta sejagat bahawa manusia sebagai anggota masyarakat telah bertanggungjawab mencipta, mengubah, menokok dan melestarikan budaya, dan telah menurunkannya daripada generasi kepada generasi untuk jutaan tahun dalam peradaban manusia sedunia. Proses mewariskan budaya melibatkan interaksi dua generasi; pertama, generasi yang menurunkan budaya; dan kedua, generasi yang menerima budaya.

    Generasi yang menurunkannya ketika menerima budaya tersebut telah pun mengubahsuaikannya secocok dengan keadaan persekitaran sosial dan fizikal semasa mereka. Begitu jugalah yang dilakukan oleh generasi yang menerima, iaitu anak-anak mereka pun turut mengubah suai budaya yang mereka terima berasaskan situasi sosial dan fizikal semasa. Dengan cara inilah, sesuatu budaya terus menerus diperturun, diubah suai dan dilestarikan sepanjang zaman, yang selanjutnya menjadi asas pembinaan sesebuah tamadun besar seperti di Mesir, negara China, India atau di wilayah yang lain.

    Masyarakat yang berbudaya berkembang dengan menurunkan dua bentuk budaya: budaya material seperti Tembok Besar China dan Piramid di Mesir; dan budaya bukan material sepeti sistem kepercayaan dan agama, falsafah dan kesusasteraan, dan pemikiran sains serta kemampuan mencipta teknologi. Paduan kedua-dua komponen budaya inilah yang menjadi pemacu kepada perkembangan dan kemajuan sesebuah masyarakat. Penglibatan setiap anggota masyarakat

    8

  • diperlukan bukan setakat untuk mengatur kehidupan berlandaskan undang-undang, sistem politik, ekonomi dan pentadbiran tetapi juga dari segi nilai, norma, emosi dan semangat mencintai masyarakat atau sesebuah negara, yang seterusnya pula mengandungi pelbagai rupa bentuk masyarakat.

    MASYARAKAT MELAYU

    (Definisi, Takrif Melayu, Bangsa Melayu, Sejarah dan Latar Belakang Bangsa Melayu)

    Latar Belakang Istilah Melayu

    Dalam kitab Hindu purba (Purana) terdapat perkatan Malayadvipa yang merujuk kepafa pulau Sumatera iaitu tempat asal bahasa Melayu.

    Dalam catatan China semasa Dinasti Tang, menyatakan terdapat utusan Mo-lo-yeu mengirim utusan ke China Mo-lo-yeu merujuk kerajaan Jambi di Sumatera.

    Satu lagi catatan China oleh I Tsing menyebut bahawa terdapat sebuah kerajaan di Sumatera dinamakan Mo-lo-yu iaitu kerajaan Sriwijaya di Palembang.

    Dalam catatan kesusasteraan China, pengembara mereka menyebut satu bahasa yang dikenali Kun-lun dipercayai bahasa Melayu dipertuturkan oleh kerajaan Sriwijaya di Sumatera.

    Konsep Melayu.

    Menurut Zuber Osman, Melayu berasal dari perkataan Malaya iaitu kependekan dari hima alaya bermaksud tempat bersalji iaitu tempat asal bangsa Melayu dari pergunungan Himalaya.

    Dalam batu bersurat Bukit Gombak Satu di Sumatera ditemukan perkataan Malayapura yang bermaksud kerajaan Melayu.

    Dalam bahasa Jawa Kuno, perkataan Melayu berasal dari Mlayu bermaksud mengembara kerana kerana orang Melayu ialah pengembara dari Yunan.

    9

  • Dari segi bangsa pula, UNESCO memberikan makna istilah Melayu merujuk kepada suku bangsa Melayu di Semenanjung Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina dan Madagaskar.

    Dalam Perlembagaan Malaysia perkara 153, Melayu ditakrifkan sebagai bangsa Melayu yang bertutur dalam bahasa Melayu, berkebudayaan Melayu, mengamalkan adat istiadat Melayu dan beragama Islam.

    Secara umumnya, Melayu bolehlah diertikan sebagai bangsa Melayu yang menjadi penutur asli bahasa Melayu yang menduduki kawasan Kepulauan Melayu, Semenanjung Malaysia, selatan Thailand dan Filipina, Campa, Sri Langka, Madagaskar dan Afrika Selatan.

    Bangsa Melayu

    Melayu merujuk kepada mereka yang bertutur bahasa Melayu dan mengamalkan adat resam orang Melayu. Perkataan Melayu mungkin berasal daripada nama sebuah anak sungai yang bernama Sungai Melayu di hulu Sungai Batang Hari, Sumatera. Di sana letaknya Kerajaan Melayu sekitar 1500 tahun dahulu sebelum atau semasa adanya Kerajaan Srivijaya. Sehubungan itu, dari segi etimologi, perkataan Melayu itu dikatakan berasal daripada perkataan Sanskrit Malaya yang bermaksud bukit ataupun tanah tinggi. [9] Ada juga sumber sejarah yang mengatakan bahawa perkataan Melayu berasal dari Sungai Melayu di Jambi.

    Etimologi

    Istilah Melayu ditakrifkan oleh UNESCO pada tahun 1972 sebagai suku bangsa Melayu di Semenanjung Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina, dan Madagaskar. Bagaimanapun menurut Perlembagaan Malaysia, istilah Melayu hanya merujuk kepada seseorang yang berketurunan Melayu yang menganut agama Islam. Dengan kata yang lain, bukan semua orang yang berketurunan daripada nenek moyang Melayu adalah orang Melayu.

    Istilah Melayu untuk merujuk kepada nama bangsa atau bahasa adalah suatu perkembangan yang agak baru dari segi sejarah, iaitu setelah adanya Kesultanan Melayu Melayuayuaka. Walaupun demikian, tidaklah sehingga abad ke-17 bahawa

    10

  • istilah Melayu yang merujuk kepada bangsa semakin digunakan secara Melayuayuuas. Sebelum itu, istilah Melayu hanya merujuk kepada keturunan raja Melayu dari Sumatera sahaja.

    Penggunaan istilah Melayu muncul buat pertama pada kira-kira 100-150 Masihi dalam karya Ptolemy, Geographike Sintatidakis, yang menggunakan istilah maleu-kolon. G. E. Gerini menganggap istilah itu berasal daripada perkataan Sanskrit, iaitu malayakom atau malaikurram, yang merujuk kepada Tanjung Kuantan di Semenanjung Malaysia. Sebaliknya, Roland Bradell menganggap tempat itu merujuk kepada Tanjung Penyabung.

    Istilah Malaya dvipa muncul dalam kitab Purana, sebuah kitab Hindu purba, yang ditulis sebelum zaman Gautama Buddha sehingga 500 Masihi. Dvipa bermaksud tanah yang dikelilingi air dan berdasarkan maklumat-maklumat yang lain dalam kitab itu, para pengkaji beranggapan bahawa Malaya dvipa ialah Pulau Sumatera.

    Istilah Mo-lo-yu juga dicatat dalam buku catatan perjalanan pengembara Cina pada sekitar tahun 644-645 Masihi semasa zaman Dinasti Tang. Para pengkaji bersependapat bahawa perkataan Mo-lo-yo yang dimaksudkan itu ialah kerajaan yang terletak di Jambi di Pulau Sumatera, serta juga Sriwijaya yang terletak di daerah Palembang.

    Masalah Dalam Penakrifan Orang Melayu

    Penakrifan orang Melayu merupakan satu pekerjaan yang sukar. Sekiranya menurut penakrifan orang Melayu sebagai orang yang bertutur dalam Bahasa Melayu, penakrifan ini merangkumi kebanyakan orang di Malaysia, Indonesia, dan sebahagian dari negeri Thai dan Filipina. Tetapi, apa yang menjadi masalahnya, di Indonesia, orang Melayu hanya merupakan salah satu daripada beratus-ratus kaumatausuku di negara itu. Lebih-lebih lagi, warga Indonesia lebih suka mengenali diri mereka sebagai orang Indonesia dan mengenali bahasa mereka sebagai bahasa Indonesia. Walaupun demikian, secara amnya terdapat dua jenis penakrifan untuk menentukan sama ada seseorang itu orang Melayu. Iaitu:

    Penakrifan undang-undang

    11

  • Penakrifan antropologi

    Penakrifan undang-undang

    Di negara Malaysia, orang Melayu didefinisikan menurut perlembagaan dalam pekara 160(2). Menurut perkara ini, orang Melayu ditakrifkan sebagai:

    1. Seorang yang beragama Islam2. Bertutur bahasa Melayu

    3. Mengamalkan adat istiadat Melayu

    4. Lahir sebelum hari merdeka sama ada di Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) atau di Singapura atau pada hari merdeka, dia bermastautin di Persekutuan atau di Singapura.

    Takrifan undang-undang ini adalah ditetapkan demi keperluan politik di negara Malaysia. Maka dengan itu, ia adalah tidak menepati hakikat di mana sebenarnya terdapat juga orang Melayu yang bermastautin di luar Persekutuan Malaysia. Contohnya di selatan Thailand terdapat juga kelompok manusia yang bertutur dalam Bahasa Melayu dan mengamalkan budaya orang Melayu.

    Penakrifan Antropologi

    Menurut Syed Husin Ali yang merupakan ahli antropologi di negara Malaysia, orang Melayu itu dari segi zahirnya, lazimnya berkulit sawo matang, berbadan sederhana besar serta tegap dan selalu berlemah lembut serta berbudi bahasa. Dari segi etnologi, Melayu bermakna kelompok masyarakat yang mengamalkan sistem kemasyarakatan dwisisi dan kegenerasian yang termasuk dalam bangsa Mongoloid.

    Asal- usul Bangsa Melayu

    Asal usul bangsa Melayu merupakan sesuatu yang sukar ditentukan. Walaupun terdapat beberapa kajian dilakukan untuk menjelaskan perkara ini, tetapi kata

    12

  • sepakat antara para sarjana belum dicapai. Secara amnya terdapat dua teori mengenai asal-usul bangsa Melayu iaitu:

    Bangsa Melayu berasal dari Yunnan (Teori Yunnan) Bangsa Melayu berasal dari Nusantara (Teori Nusantara)

    Selain itu ada juga pendapat yang mengusulkan bahawa orang Minangkabau itu berasal daripada pengikut Nabi Nuh, iaitu bangsa Ark yang mendarat di muara Sungai Jambi dan Palembang, semasa banjir besar berlaku di bumi. Tetapi pendapat ini masih belum mendapat bukti yang kukuh.

    Teori ini disokong oleh beberapa sarjana seperti R.H Geldern, J.H.C Kern, J.R Foster, J.R Logen, Slametmuljana dan juga Asmah Haji Omar. Secara keseluruhannya, alasan-alasan yang menyokong teori ini adalah seperti berikut:

    1. Kapak Tua yang mirip kepada Kapak Tua di Asia Tengah ditemui di Kepulauan Melayu. Perkara ini menunjukkan adanya migrasi penduduk dari Asia Tengah ke Kepulauan Melayu.

    2. Adat resam bangsa Melayu mirip kepada suku Naga di daerah Assam (berhampiran dengan sempadan India dengan Myanmar).

    3. Bahasa Melayu adalah serumpun dengan bahasa di Kemboja. Dengan lebih lanjut lagi, penduduk di Kemboja mungkin berasal dari dataran Yunnan dengan menyusuri Sungai Mekong. Perhubungan bangsa Melayu dengan bangsa Kemboja sekaligus menandakan pertaliannya dengan dataran Yunan.

    Teori ini merupakan teori yang popular yakni diterima umum. Contohnya, dalam buku Teks Pengajian Malaysia, adapun menyatakan nenek moyang orang Melayu itu berasal dari Yunan.

    Berdasarkan teori ini, dikatakan orang Melayu datang dari Yunnan ke Kepulauan Melayu menerusi tiga gelombang yang utama, yang ditandai dengan perpindahan Orang Negrito, Melayu Proto, dan juga Melayu Deutro. Berikut adalah huraiannya.

    Orang Negrito13

  • Orang Negrito merupakan penduduk paling awal di Kepulauan Melayu. Mereka diperkirakan ada di sini sejak 1000 SM berdasarkan penerokaan arkeologi di Gua Cha, Kelantan. Daripada orang Negrito telah diperturunkan orang Semang yang mempunyai ciri-ciri fizikal berkulit gelap, berambut keriting, bermata bundar, berhidung lebar, berbibir penuh, serta saiz badan yang pendek.

    Melayu Proto

    Perpindahan orang Melayu Proto ke Kepulauan Melayu diperkirakan berlaku pada 2,500 SM. Mereka mempunyai peradaban yang lebih maju daripada orang Negrito, ditandai dengan kemahiran bercucuk tanam. Terdapat satu lagi persamaan antara Melayu Proto dimana dikenali sebagai Melayu Negosiddek dimana kebanyakan terdapat disebuah pulau yang dikenali sebagai Pinang. Melayu Negosiddek ini mahir dalam bidang lautan tetapi tidak pandai berenang.

    Melayu Deutro

    Perpindahan orang Melayu Deutro merupakan gelombang perpindahan orang Melayu kuno yang kedua yang berlaku pada 1,500 SM. Mereka merupakan manusia yang hidup di pantai dan mempunyai kemahiran berlayar.

    Teori Nusantara

    Teori ini didukung oleh sarjana-sarjana seperti J.Crawfurd, K.Himly, Sutan Takdir Alisjahbana dan juga Gorys Keraf. Teori ini adalah disokong dengan alasan-alasan seperti di bawah:

    1. Bangsa Melayu dan bangsa Jawa mempunyai tamadun yang tinggi pada abad ke-satu9. Taraf ini hanya dapat dicapai setelah perkembangan budaya yang lama. Perkara ini menunjukkan orang Melayu tidak berasal dari mana-mana, tetapi berasal dan berkembang di Nusantara.

    2. K.Himly tidak bersetuju dengan pendapat yang mengatakan bahawa Bahasa Melayu serumpun dengan Bahasa Champa. Baginya, persamaan yang berlaku di kedua-dua bahasa adalah satu fenomena ambilan.

    14

  • 3. Manusia kuno Homo Soloinensis dan Homo Wajakensis terdapat di Pulau Jawa. Penemuan manusia kuno ini di Pulau Jawa menunjukkan adanya kemungkinan orang Melayu itu keturunan daripada manusia kuno tersebut yakni berasal daripada Jawa dan mewujudkan tamadun bersendirian.

    4. Bahasa di Nusantara (Bahasa Austronesia) mempunyai perbezaan yang ketara dengan bahasa di Asia Tengah (Bahasa Indo-Eropah).

    Teori ini merupakan teori yang kurang popular khususnya di negara Malaysia.

    Kekeluargaan orang Melayu

    Sistem kekeluargaan Melayu mempunyai ciri-ciri yang agak fleksibel. Ciri-ciri ini terlihat dalam perkahwinan Melayu yang boleh berbentuk matrilokal atau patrilokal, monogami atau poligami. Lebih-lebih lagi, perkembangan keluarga mempunyai beberapa variasi. Dalam sistem ini, keluarga boleh bercerai dan bergabung sekiranya berlaku perceraian ibu bapa dan perkahwinan semula. Malah bukan semua keluarga akan mengalami perkembangan kepada keluarga luas yakni sebuah keluarga (yang mendiami sebuah rumah) mempunyai golongan tiga generasi. Kelahiran cucu mungkin membawa kepada perkembangan ini tetapi juga mungkin membawa kepada perpecahan keluarga dengan perginya ibu bapa yang baru demi mencari ruangan yang baru di luar rumah untuk keluarganya yang mengalami penambahan ahli. Di samping itu, faktor yang menyebabkan seorang anak mewarisi rumah ibu-bapa mereka juga tidak menentu dan ia mungkin disebabkan oleh desakan ekonomi dan alasan-alasan yang lain.

    Perkahwinan Orang Melayu

    Orang Melayu amat beradat. Perkahwinan mereka secara umumnya terbahagi kepada lima peringkat istiadat: merisik, melamar, bertunang, bernikah dan bersanding.

    Melayu Kacukan

    Oleh kerana Nusantara Melayu adalah tempat perdagangan dan pernah dijajah oleh kuasa Eropah, banyak orang Melayu berkahwin campur dengan bangsa asing dan

    15

  • anak mereka dikenali sebagai Melayu Kacukan. Sesetengah mereka ada mempunyai kemiripan orang Melayu dan yang lain tidak ternyata dan susah hendak dikatakan. Di antara masyarakat Melayu Kacukan yang terkenal adalah Melayu Eropah, Melayu India dan Melayu Arab.

    KEBUDAYAAN MELAYU SISTEM POLITIK

    (Sistem Pemerintahan dan Pentadbiran, Institusi Sosial, dan Sistem Kekeluargaan)

    Politik ialah proses dan cara membuat keputusan untuk sesuatu kumpulan. Walaupun perkataan ini biasanya digunakan bagi merujuk kepada kerajaan, tingkah laku politik juga boleh didapati di korporat, akademik, agama, dan institusi lain. Kebanyakan proses politik membentuk hierarki dominan (dominance hierarchies). Politik manusia awal berbentuk kumpulan tersusun seperti keluarga, kerabat (clan), dan suku kaum ( tribes ) dan berkembang menjadi kerajaan.

    Sistem politik masyarakat Melayu Tradisional sebelum campur tangan British melibatkan tiga unit politik yang utama.

    NEGERI paling besar ialah negeri yang diketuai oleh seorang raja, sultan ataupun

    Yang Dipertuan Besar. Raja digunakan untuk negeri Perlis dan gelaran Yang Dipertuan Besar untuk

    Negeri Sembilan. Negeri-negeri Melayu yang lain menggunakan gelaran sultan

    mempunyai keistimewaan tertentu untuk bezakan daripada rakyat biasa.

    Misalnya, warna kuning, cop mohor, permainan nobat, penggunaan bahasa istana, serta alat kebesaran yang hanya dikhaskan untuk mereka.

    DAERAH daerah yang diketuai oleh seorang pembesar daerah kawasan yang dihadkan oleh penggunaan sungai sebagai alat perhubungan

    16

  • diletakkan dibawah kawalan seorang pemerintah yang bergelar pembesar daerah

    Pembesar daerah ini akan membentuk satu kumpulan pemerintah yang bersatu bagi seluruh negeri.

    diberikan kuasa mentadbir oleh Sultan yang memerintah negeri tersebut melalui surat tauliah

    mejalankan tugas menjaga keamanan dan keselamatan daerah, mengutip cukai, menjalankan perdagangan, dan merupakan penghubung antara rakyat biasa dengan Sultan.

    KAMPUNG paling kecil ialah kampung yang diketuai oleh seorang penghulu atau

    penggawa. Ketua kampong ialah penggawa atau penghulu kecuali di Negeri Sembilan.

    merupakan orang perantaraan antara orang kampong dengan pembesar daerah.

    selalunya dipilih daripada golongan rakyat yang mempunyai darjat yang lebih tinggi.

    dicalonkan oleh pembesar daerah dan Sultan akan melantik mereka melalui surat tauliah

    menjalankan tugas menjaga keamanan dan keselematan kampong

    mengutip cukai dan membekalkan tenaga kerah bagi pembesar daerah atau Sultan semasa peperangan

    mendorong rakyat untuk taat setia kepada pemerintah

    Maksud Daulat / Tulah

    17

  • Daulat berasal daripada daulah. Dipercayai, kalimah daulat itu mempunyai pengertian yang amat rapat dengan daulah iaitu negeri atau negara. Jadi 'Raja berdaulat' atau Raja yang ada daulatnya, bererti Raja itu mempunyai negaranya untuk diperintah.

    Tindakan mengangkat sembah 'Daulat Tuanku' adalah doa rakyat supaya raja-raja Melayu sentiasa berdaulat atau memiliki negara untuk memerintah dengan adil.

    konsep daulat, sultan dianggap mempunyai kuasa dan tidak boleh disentuh.

    konsep daulat memberi pengertian bahawa sultan merupakan seorang yang terpilih dan diterima oleh tuhan untuk memimpin kesejahteraan masyarakat.

    juga berkaitan dengan knsep tulah. Tulah bermaksud sumpahan. Seseorang yang terkena tulah sultan dianggap sebagai seorang yang derhaka.

    ditulah maka ia akan menerima bencana seperti keturunan Laksaman Bentan Megat Sri Rama.

    konsep daulat memberi ruang kepada sultan untuk meletakkan dirinya berbeza dengan orang lain. Hal ini juga berkaitan dengan unsur ketuhanan atau sebagai wakil tuhan yang dimilik sultan. Ia seterusnya mencerminkan kelebihan-kelebihan yang ada pada sultan serta tidak boleh digunakan oleh orang lain. Hal ini mencetuskan konsep daulat dari segi kehidupan sultan itu sendiri sebagai golongan elit yang tidak boleh dikongsi bersama dengan rakyat. Ini memberikan banyak keistimewaan kepada sultan seperti hanya sultan yang boleh berpakaian kuning, penggunaan bahasa dalam yang sering menggambarkan kehinaan rakyat, penggunaan alat-alat kebesaran , nobat, dan lambang kebesaran dan kemuliaan.

    Pemerintahan Beraja Pemerintahan beraja merupakan sistem politik Melayu yang bermula daripada zaman Kerajaan Melaka. Pemerintahan beraja bermula daripada pengaruh Kerajaan Sriwijijaya, iaitu Sistem Beraja Mutlak serta Sistem Pembesar Empat Lipatan. Sistem Pembesar Empat Lipatan pula terdiri daripada Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung, dan Laksamana. Sistem ini kekal turun- temurun hingga kini. Hal ini

    18

  • demikian dibuktikan dengan kenyataan A.Aziz Deraman yang berbunyi:...Sistem pemerintahan beraja alam Melayu juga unik. Sistem pemerintahan beraja ini berasakan prinsip kedaulatan yang menjadi warisan budaya yang secara positif menjadi simbol maruah negara. ...

    Sistem Demokrasi Sistem politik Melayu kini pula ditambah nilai dengan aspek demokrasi. Sistem demokrasi berbentuk musyawarah yang dipimpin oleh ketua atau pemangku adat setempat. Demokrasi berparlimen yang menjadi sistem politik Melayu kini ialah pentadbiran kerajaan yang dipilih oleh rakyat dan untuk rakyat dengan peranan Raja atau Yang Dipertuan Agong untuk meluluskan undang-undang yang dibuat di Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Hal ini demikian menjelaskan konsep pemerintahan yang berbentuk musyawarah, iaitu ketetapan bersama dalam menentukan undang-undang yang perlu dilaksanakan. A.Aziz Deraman membuat kenyataan yang berbunyi:...Sistem demokrasi berparlimen adalah rupa bentuk budaya politik zaman ini, manakala raja berperlembagaan yang unik adalah warisan sejarah budaya yang diamalkan sejak zaman-berzaman. Institusi yang di Pertuan Agong kekal kesinambungannya daripada tradisi beraja negara. Segala adat istiadat dan upacara yang berhubung dengannya bererti pemupukan budaya yang berterusan.

    Institusi SosialPerkataan sosial dari segi kebudayaan membawa maksud yang sangat luas meliputi segala aspek yang berrkaitan dengan masyarakat. Sosial dalam pendefinisian ini merangkumi sistem sosial, stratifikasi sosial, struktur sosial, perhubungan antara anggota masyarakat, mobiliti sosial dan bentuk kepercayaan.[3] Dalam konteks masyarakat tradisional, sistem sosialnya merupakan struktur masyarakat yang belum menerima pengaruh peradaban Barat.

    Herarki Sosial Masyarakat MelayuHerarki merupakan susunan sesebuah masyarakat yang bakal membentuk pentadbiran. Herarki ini menggambarkan kedudukan sesuatu golongan atau kelompok dalam masyarakat. Bagi masyarakat Melayu tradisional, sistem sosial

    [19

  • atau herarkinya bersifat feudal. Raja atau Sultan berkuasa dan menduduki tempat tertinggi dalam sistem sosial masyarakat Melayu tradisional. Herarki masyarakat Melayu tradisional dipengaruhi oleh beberapa faktor iaitu keturunan, hubungan kekeluargaan, pangkat dan kedudukan yang disandang, tugas dan sebagainya. Dari aspek demografi pula, kedudukan masyarakat dapat dikategorikan mengikut jumlah pemilikan harta, reka bentuk rumah, gaya pakaian dan penggunaan istilah dalam pertuturan.

    1) Golongan Yang Memerintah

    a) Raja/Sultan/Yang DipertuanPada zaman Melayu tradisional, raja dianggap sebagai pemerintah yang berdaulat dan amat mulia. Daulat ini dikaitkan dengan spiritual dan kepercayaan tradisi. Melalui pengagungan Raja ini maka timbullah konsep Daulat dan Derhaka. Sesiapa yang ingkar kepada perintah Raja akan dihukum bunuh akibat tulah yang mereka hadapi. Contohnya, Tun Hussien yang merupakan seorang pembesar Sultan telah dibunuh kerana didapati ingin menderhakai sultan, walhal, beliau bertindak atas dasar kemanusiaan yang cuba untuk menegakkan keadilan untuk menuntut bela kematian ayahnya[4].

    Secara umumnya, Sultan berperanan penting dalam tiga aspek utama iaitu politik, sosial dan ekonomi. Dari segi politik, Sultan berperanan sebagai ketua kerajaan yang memerintah secara mutlak dan dibantu oleh pembesar yang bertindak sebagai penasihat. Selain itu, baginda juga berperanan sebagai pemimpin utama angkatan tentera di mana baginda akan mengepalai angkatan tentera bagi mempertahankan negeri dan meluaskan jajahan taklukan. Di samping itu, baginda juga merupakan ketua Agama Islam dan penggubal undang-undang.

    Daripada aspek sosial pula, baginda bertindak sebagai penyelesai masalah rakyat dengan menjalankan pemerintahan dan hukuman yang adil kepada rakyat. Oleh sebab itu, Sultan menjadi tempat mengadu masalah dan dijadikan simbol perpaduan. Seterusnya, bagi aspek ekonomi pula. Sultan berperanan penting dalam mengawal kewangan kerajaan. Maka dengan itu, Sultan telah meminta rakyat agar [

    20

  • memberikan hasil kegiatan ekonomi kepada kerajaan. Hasil ini dikutip melalui sistem cukai yang telah diperkenalkan.

    b) Keluarga dan Kerabat DirajaKedudukan dan status kedua tertinggi selepas Sultan ialah golongan anak raja dan kerabat diraja. Mereka merupakan golongan yang mempunyai jurai keturunan Sultan yang memerintah sesebuah kerajaan. Mereka ini diberi gelaran sebagai Raja atau Tengku. Anak raja sebenarnya tidak semestinya seorang putera kepada Sultan yang sedang memerintah. Anak raja atau putera puteri raja Sultan juga mempunyai keistimewaan yang sama dengan Sultan. Namun demikian, keistimewaan yang diberikan kepada anak raja tidak melebihi keistimewaan Sultan sebagai ketua kerajaan. Antara keistimewaan anak raja ialah mempunyai payung putih dan menggunakan bahasa dalam. Dalam kalangan golongan keluarga dan kerabat diraja ini, terdapat beberapa orang yang mempunyai kedudukan yang lebih istimewa hasil daripada hubungan yang rapat dengan Sultan. Antaranya ialah hak keistimewaan dalam politik negeri.

    c) PembesarAnggota masyarakat yang paling hampir dengan pihak bangsawan ialah golongan pembesar. Secara umumnya, masyarakat melayu tradisional menggunakan sistem pembesar empat lipatan yang tediri daripada Bendahara, Penghulu Bandahari, Temenggung dan Laksamana.

    d) BendaharaBendahara merupakan ketua eksekutif seluruh mekanisme pentadbiran melayu tradisional. Jika Sultan mempunyai kuasa spiritual dan divine. Bendahara pula mempunyai pemerintahan secara fizikal. Taraf Bendahara lebih tinggi berbanding pembesar yang lain apabila beliau merupakan golongan ketiga selepas kedudukan Sultan. Semasa ketiadaan Sultan, Bendahara mempunyai hak untuk memangku tugas dan peranan Sultan[5], dengan dibantu oleh Seri Nara Diraja(Penghulu Bendahari) dan Seri Bija Diraja. Beliau akan menjadi ketua turus tentera, ketua hakim dam ketua di balai sendiri kedudukan Bendahara dibuktikan melalui kedudukan beliau semasa di balairung istana di mana beliau duduk di sebelah [

    21

  • kanan Sultan[6]. Selain itu, Bendahara juga turut dianugerahkan usungan untuk berjalan-jalan. Keistimewaan Bendahara telah disentuh dalam Sejarah Melayu yang menerangkan seperti berikut;jikalau Tun Perpatih Permuka Berjajar (Bendahara) duduk di balai, jikalau anak-anak raja datang, tiada dituruninya, melainkan anak raja yang akan ganti kerajaan maka turuninya; dan jikalau Bendahara masuk mengadap, tempatnya duduk itu akan dibentangi permaidani; jikalau raja masuk maka Bendahara pulang, dan segala orang besar-besar dan orang kaya-kaya pergi menghantar Bendahara kembali ke rumahnya[7]

    Dalam jawatan Bendahara, tiada sistem yang tetap dalam perlantikan jawatan ini. Oleh sebab itu, Bendahara selalunya akan dilantik daripada pembesar kanan yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Sultan. Kebiasaannya, Bendahara adalah merupakan bapa saudara Sultan sendiri.

    e) Penghulu BendahariPenghulu Bendahari menduduki tempat kedua selepas Bendahara dalam golongan pembesar dalam sistem sosial masyarakat Melayu tradisional. Penghulu Bendahari mempunyai peranan utama dalam memegang harta benda dan hasil mahsul kerajaan. Para pembesar yang berada di bawah bidang kuasanya ialah bendahari-bendahari, pemegang hasil negeri, syahbandar-syahbandar dan hamba-hamba raja[8]. Penghulu sebenarnya merupakan Menteri Kewangan dan beliau menjalankan tugas dengan menjadi wakil yang menerima ufti daripada kawasan taklukan kerajaan. Selain itu, penghulu Bendahari juga boleh dititahkan untuk menjadi ketua angkatan tentera perang untuk menyerang negeri asing seperti Melaka menentang Kampar.

    f) TemenggungPembesar yang ketiga ialah Temenggung. Temenggung berperanan sebagai Ketua

    [

    [

    [22

  • Keamanan Negeri[9]. Temenggung juga menjadi pengatur orang makan di balai istana. Menghakimkan perbicaraan yang besar sebagai Timbalan Ketua Hakim, menangkap orang yang melakukan kesalahan, membaiki keadaan pasar dan pekan, dan ketua perancang bandar dan jalan raya. Kecuaian yang dilakukan oleh Temenggung akan menjadikan sesebuah negeri huru-hara. Sebenarnya, tugas temenggung ada dibicarakan dalam Undang-undang Melaka seperti berikut;Adapun hukum yang diserahkan kepada Temenggung itu barang yang dihukumkan di dalam negeri seperti tahafus-mentafahus dan seperti tengkap-menangkap orang yang jahat di dalam negeri.[10]

    Selalunya, Temenggung dilantik daripada kalangan keluarga pembesar-pembesar itu sendiri. Umpamanya, Tun Mutahir yang menjadi Temenggung Melaka adalah anak kepada Seri Nara Diraja Tun Ali dan anak saudara kepada Tun Perak.

    g) LaksamanaJawatan terakhir dalam sistem empat lipatan dalam herarki zaman tradisional Melayu ialah Laksamana. Sebelum jawatan ini wujud, jawatan sebagai ketua angkaatan tentera laut dipegang oleh Hulubalang Besar. Jawatan ini merupakan monopoli orang melayu dari Bentan yang bergelar Seri Bija Diraja. Tokoh yang terkenal ialah Tun Hamzah (Datuk Bongkok) dan Tun Ketuyup (yang dibunuh oleh Sultan Mahmud Syah).

    Apabila jawatan Laksamana diperkenalkan oleh Sultan Mansor Syah, jawatan ini mula dipegang oleh Laksaman Hang Tuah yang merupakan golongan kebanyakan. Pada awalnya, taraf Hulubalang dan Laksamana adalah sama tetapi lama-kelamaan ianya berbeza. Dalam acara pencercaan, Laksamana dan Temenggung ditugaskan untuk mengawal keselamatan Bendahara. Dalam hal ini dapat menunjukkan kedudukan kedua-dua pembesar ini hampir sama. Rakyat yang biadap menentang Bendahara akan dibunuh oleh Temenggung atau Laksamana.

    [

    [23

  • Tugas-tugas utama Laksamana ialah ketua organisasi angkatan laut, pembawa utusan diraja dan pengawal peribadi Bendahara.

    Bagi jawatan Laksamana, ia diganti mengikut lunas kekeluargaan. Contohnya, pengganti-pengganti kepada Laksaman Hang Tuah ialah Laksamana Khawaja Hassan, iaitu menantunya, dan kemudian Hang Nadim yang juga menantu beliau. Seperti Bendahara, Laksamana juga dikurniakan usungan.

    h) SyahbandarSyahbandar juga merupakan pembesar yang terpenting pada zaman Melayu tradisional walaupun tidak tergolong dalam pembesar empat lipatan. Syahbandar bererti pemerintah pelabuhan yang diambil daripada perkataan Parsi. Syahbandar menjadi ketua organisasi pelabuhan dan wakil saudagar-saudagar asing. Syahbandar diletakkan di bawah bidang kuasa Penghulu Bendahari. Menurut Tome Pires[11], kehadiran empat orang Syahbandar di Melaka menandakan kehadiran ramai pedagang daripada berbagai-bagai kumpulan etnik.

    Sebenarnya, jawatan Laksamana dan Syahbandar adalah kerana keperluan semasa. Hal ini kerana sumber ekonomi zaman tradisional Melayu pada ketika itu bergantung kepada kegiatan laut, terutama perdagangan dan perniagaan. Oleh itu, Laksamana diperlukan untuk mengawal keselamatan laut. Manakala, kelancaran dan kepimpinan diperlukan di kawasan pelabuhan untuk memudahkan urusniaga sehingga terciptanya jawatan Syahbandar. Keadaan ini sehinggakan menyifatkan Laksamana sebagai raja di laut dan syahbandar sebagai raja di pelabuhan.

    i) UlamaGolongan yang dikatakan penting dalam masyarakat tradisional Melayu ialah golongan ulama. Golongan ini merupakan golongan intelek dan alim ulam yang pakar dalam hal ehwal agama Islam. Ekoran daripada kepentingannya dalam sistem sosial masyarakat Melayu, maka golongan ini telah diangkat darjatnya dalam susun lapis masyarakat Melayu tradisional. Biasanya, golongan ini terdiri daripada masyarakat yang mempunyai keturunan Arab-Melayu. Golongan ini digelar sebagai maulana, makhdum, kadi dan pendeta tasawuf. Lazimnya, mereka juga turut [

    24

  • menggunakan gelaran kebesaran seperti Maharaja Kadi, Dato Mufti Seri Utama dan Imam Maharaja. Golongan ini sebenarnya hanya mula memainkan peranan yang penting dalam masyarakat Melayu selepas tersebarnya Islam ke Nusantara. Pada mulanya, mereka mengajar asas agama Islam. Namun, apabila Islam berkembang dengan pesat, mereka mula mengajar ilmu dalam bidang tasawwuf, tafsir, dan hadis.

    Selain itu, golongan ini juga telah dilantik oleh Sultan untuk menjadi guru, ketua agama, kadi dan bertugas menasihati Sultan dalam bidang hukum syarak. Oleh itu, golongan ulama ini dikatakan mempunyai hubungan yang rapat dengan Sultan.

    Seterusnya, pendeta pula merupakan golongan yang pakar dalam bidang kesenian, kebudayaan, kesusasteraan, adat istiadat dan salasilah raja. Golongan ini mempunyai bilangan yang sedikit dalam masyarakat Melayu. Namun begitu, mereka menjadi rujukan Sultan dan golongan istana selain menjadi perawi Sultan.

    2) Golongan Diperintah

    a) RakyatRakyat merupakan lapisan pertama dalam golongan yang diperintah dalam sistem sosial masyarakat Melayu. Rakyat merupakan golongan yang terbesar dalam masyarakat Melayu. Fungsi utama rakyat adalah dari aspek mental, fizikal, dan tradisi ialah menyokong dan patuh kepada institusi raja dan pembesar. Sebahagian besar daripada golongan rakyat adalah orang Melayu dan selebihnya adalah orang asing dan Orang Laut yang terlibat dalam kegiatan ekonomi sebagai pedagang, peniaga, pedagang-mubaligh dan senteri yang menyebarkan agama Islam.

    Rakyat kebiasaannya menjadi pengikut atau pengiring pembesar-pembesar dan raja sebagai hulubalang. Mereka juga terlibat secara langsung dalam apa jua jenis perang yang melibatkan kerajaan. Sejarah Melayu ada menyebut bahawa orang asing juga terlibat dalam kumpulan ini seperti Khawaja Baba, Naina Isahak dan Sayyid Ahmad[12].

    [25

  • Selain itu, rakyat biasa juga terdiri daripada golongan peniaga dan saudagar. Mereka ini mempunyai taraf ekonomi yang lebih rendah daripada golongan buruh kasar dan tukang mahir.

    b) Orang AsingSelain daripada empat golongan yang terdapat dalam herarki masyarakat tradisional Melayu, terdapat lagi sebuah golongan yang turut terlibat dalam masyarakat sosial pada zaman tradisional Melayu iaitu golongan orang asing. orang asing turut dikenali sebagai orang dagang dan orang perantau yang terdiri daripada dua jenis utama. Pertama, golongan yang terlibat dalam pelbagai jenis kegiatan sosial seperti tentera upahan yang kebanyakannya daripada Jawa dan Pasai selain sebagai mubaligh. Kedua, mereka yang terlibat dalam aspek ekonomi seperti peniaga kecil-kecilan sehingga menjadi pemborong dan peniaga besar. Golongan yang terlibat dalam kerja mahir juga dipelopori oleh golongan asing seperti dalam perlombongan bijih yang didominasi oleh golongan Cina.

    Secara umumnya, orang asing ini dikategorikan kepada dua kumpulan. Pertama mereka yang menetap terus di Tanah Melayu. Manakala, golongan kedua adalah mereka yang menjadi pengunjung sekali-sekala untuk tujuan perdagangan dan perniagaan. Antara golongan orang asing pada zaman tradisional Melayu ialah orang Cina, Keling (Tamil), Gujerat, suku-suku dari Arab, Ghori, Parsi dan Siam.

    c) HambaInstitusi perhambaan di dalam masyarakat tradisional Melayu dikaitkan dengan tradisi perhambaan di Tanah Arab atau Islam dan wujudnya sistem kasta dalam kepercayaan Hindu. Sebenarnya, institusi perhambaan ini wujud akibat daripada dorongan keperluan dan kepentingan sosial serta ekonomi masyarakat melayu. Hamba berfungsi menyediakan tenaga manusia bagi menyokong dan menjalankan pelbagai jenis kerja yang wujud dalam masyarakat. Hamba dikatakan mampu meningkatkan taraf hidup pemiliknya kerana semakin ramai hamba yang dimiliki oleh seseorang, semakin tinggi taraf hidup dan kukuh ekonominya. Contoh yang paling ketara ialah Tun Mutahir yang mempunyai ratusan hamba dan dianggap sebagai orang terkaya pada ketika itu.

    26

  • Hamba terbahagi kepada tiga golongan utama iaitu hamba biasa hamba berhutang dan hamba raja.

    d) Hamba RajaPertama sekali adalah golongan hamba raja. Mereka terdiri daripada orang yang merdeka yang telah melakukan kesalahan jenayah, kemudian tertangkap lalu mendapat keampunan daripada sultan, dan berjanji akan menjadi hamba turun temurun.dengan cara ini mereka kan terlepas daripada menerima hukuman atas kesalahan yang mereka lakukan. Selain itu, golongan ini juga terdiri daripada tawanan perang atau banduan. Haamba raja juga dikenali sebagai biduanda yang melakukan hampir kesemua jenis pekerjaan. Hamba raja ini mendapat perlindungan daripada pihak pemerintah.[13] Golongan hamba raja ini mempunyai kedudukan yang lebih tinggi berbanding dua kelompok hamba yang lain sehingga sesiapa yang membunuh hamba raja akan mendapat hukuman yang berat seperti yang dinyatakan dalam Hukum Kanun Melaka sebagai:

    Adapun jikalau hamba rajin dan segala hartanya (si pencuri) itu dirampas. Jikalau nakhoda sekalipun demikian juga hukumannya.[14]

    e) Hamba BiasaHamba biasa terdiri daripada tiga kelompok kecil iaitu abdi, dengan dan hamba. Hamba daripada golongan ini biasa diperoleh melalui pembelian dan pertukaran tuan. Golongan ini menjadi hamba seumur hidup secara turun-temurun.

    Hamba abdi terbahagi pula kepada beberapa jenis. Hamba abdi yang pertama ialah hamba tawanan yang menjadi hamba apabila tertawan dalam sesebuah peperangan. Kedua ialah hamba diranggah iaitu hamba yang bukan daripada orang Islam yang ditawan seperti Batak dan orang asli atau penduduk Islam lain di rantau ini yang diculik dan dijual oleh peniaga hamba abdi termasuk mereka yang ditawan oleh lanun dan menjadi hamba. Hamba abdi yang ketiga ialah kamba habsyi iaitu hamba yang diimport dari Afrika. Kebanyakan mereka merupakan orang kulit hitam

    [

    [27

  • yang dibeli oleh orang Melayu semasa menunaikan haji di Makkah. Terdapat juga hamba afrika yang dibawa oleh penjajah Eropah.

    Selain itu, dalam hamba abdi juga terdapat hamba hulur. Hamba hulur merupakan mereka yang melakukan kesalahan jenayah dan mereka yang menyerah diri kepada pemerintah kerana tidak mampu untuk membayar semula hutang darah atau denda. Manakala, hamba serah pula mereka yang menghadapi kesukaran hidup dan menjadi hamba dengan menyerah diri kepada mereka yang sanggup memberikan makanan atau nafkah hidup. Akhir sekali ialah hamba keluarga atau anak hamba yang merupakan anak dan isteri kepada hamba abdi.[15]

    f) Hamba BerhutangHamba yang kedua iaitu hamba berhutang merupakan golongan yang tidak dapat membayar hutang kepada si pemiutang. Golongan hamba berhutang ini pada asalnya merupakan golongan orang yang merdeka. Oleh kerana tidak mampu membayar hutang, maka mereka terpaksa menjadi hamba berhutang untuk melunaskan hutan-hutang mereka. Lebih memeritkan lagi apabila bukan sahaja mereka yang menjadi hamba, tetapi turut dialami oleh anak-anak dan isteri sebagai hamba tebusan. Tempoh perkhidmatan hamba berhutang adalah sehingga hutang tersebut telah selesai dibayar seperti yang telah dijanjikan. Hamba berhutang melakukan pelbagai jenis kerja termasuklah bercucuk tanam, melombong, kerja-kerja domestik dan lain-lain.Hamba berhutang sebenarnya terbahagi kepada empat bahagian yang kecil. Pertama ialah orang berhutang. Orang berhutang merupakan orang yang terikat dengan hutang dan akan dibebaskan selepas menjelaskan hutang tersebut. Kedua ialah anak emas yang merupakan orang yang menjadi hamba melalui perkahwinan iaitu hamba lelaki yang berkahwin dengan hamba wanita dan terikat kepada tuannya. Seterusnya merupakan hamba waris yang merupakan isteri dan anak-anak hamkba orang berhutang. Akhir sekali ialah hamba bayar yang merupakan abdi yang diserahkan oleh tuannya kepada orang lain untuk tujuan membayar hutang tuannya kepada pemiutang.

    Sesuatu yang menarik dalam golongan hamba ialah mereka dilindungi oleh Hukum [

    28

  • Kanun Melaka yang menyebut bahawa hamba terlindung daripada kezaliman. Hamba bebas untuk bergerak seperti mengambil upah daripada orang lain.[16] Hasil pendapatan boleh disimpan sendiri atau diberikan kepada tuan mereka. Kedudukan sosial hamba ini dibicarakan secara panjang lebar dalam Hukum Kanun Melaka.[17]

    Kebudayaan Melayu Sistem EkonomiEkonomi Masyarakat MelayuEkonomi merupakan satu cabang sains sosial yang mengkaji pembahagian sumber yang terhad untuk memenuhi kehendak manusia. Hal ini termasuklah kajian tentang pengeluaran dan penggunaan barang dan perkhidmatan.

    Ekonomi berasaskan Hasil Perdagangan AntarabangsaMelayu telah berjaya mencapai kejayaan yang lebih besar melalui Kerajaan Melaka pada Abad ke-15 kesan daripada perdagangan yang berkembang pesat. Melaka telah muncul sebagai kuasa besar di Kepulauan Tanah Melayu yang setaraf dengan kuasa besar lain seperti Siam, Srivijaya, dan China. Melaka yang pada mulanya merupakan sebuah kerajaan kecil telah berkembang dan mengambil alih peranan pusat perdagangan yang dulunya dipegang oleh Srivijaya.

    Kejayaan Melaka bertindak sebagai penerima atau pembeli barang-barangan, menjadi pengantara menemukan pedagang Timur dan Barat termasuk Nusantara, dan juga bertindak sebagai penyebar barang-barangan yang dibawa ke Melaka ke tempat lain. Hal ini demikian dibuktikan dengan kenyataan A.Aziz Deraman dalam bukunya pada halaman 9 dan 16 yang berbunyi:

    ...Kerajaan Melayu membangun dengan pesat dalam bidang pelabuhan semasa sistem kerajaan yang mengagumkan sewaktu Kegemilangan Melayu Melaka pada abad ke-15. ...

    2.2 Sistem Sara Hidup Berasaskan Pertanian

    [

    [29

  • Sistem ekonomi Melayu pada abad ke-15 adalah berasaskan hasil pertanian. Hal ini berbeza daripada sistem ekonomi orang Melayu kini yang tinggal di kota yang kebanyakannya bekerja dalam sektor perindustrian, perdagangan, pengangkutan, dan lain-lain. Buktinya dapat dilihat pada halaman ke-9 dan ke-16 yang membuktikan bahawa sistem ekonomi Melayu pada abad ke-15 adalah daripada hasil pertanian.

    ...Melayu pada zaman dahulu berekonomikan sistem sara hidup yang mengusahakan ladang untuk kegunaan dan keperluan diri sendiri. ...Kebudayaan Melayu Sistem Sosial

    Sosial Masyarakat MelayuSosial adalah perihal tentang kemasyarakatan. Secara umumnya sosial meliputi aspek persahabatan, pergaulan atau ajaran yang bertujuan untuk membangunkan masyarakat secara damai. Ruang lingkup sosial masyarakat Melayu sangat besar. Oleh sebab itu aspek yang dibincangkan dalam bidang sosial masyarakat Melayu meliputi nilai murni, kesenian, undang-undang, dan bahasa.

    1. Nilai-nilai murni yang diamalkan...Kebudayaan Melayu menerima nilai-nilai yang dibawa Islam seperti kebebasan, kebenaran, keadilan, kejujuran, kesetiaan dan cinta kepada negara. Norma hidup positif yang turut diamalkan juga adalah bergotong-royong, muafakat dan kerjasama. Nilai-nilai yang diamalkan ini merupakan panduan pembentukan imej masyarakat....

    Begitulah kenyataan A.Aziz Deraman terhadap masyarakat Melayu pada halaman 85. Sifat orang Melayu sangat terpuji lebih-lebih lagi setelah penyebaran Islam di Melaka. Semangat masyarakat Melayu yang cinta akan negara diluahkan A.Aziz Deraman dalam kenyataan yang berbunyi:...Sikap Melayu cintakan negara. Kata pepatah Melayu Hujan emas di negeri orang, hujan keris lembing di negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri ....

    2. KesenianHasil seni Melayu jelasnya bukan sekadar pada imejnya walhal mempunyai

    30

  • takrifan makna bersamanya. Keindahan dan kecantikan dapat dibuktikan dengan kata-kata A.Aziz yang berbunyi:...Dalam kesenian sekalipun tidak membawa imejnya semata-mata. Falsafah dan pemikiran tergambar pada awan larat dan sobekannya mampu menunjukkan imej cita-cita budaya kita. ... (Halaman 87).

    Dalam masyarakat Melayu, seni dapat dibagi menjadi dua: seni persembahan (tarian, nyanyian, persembahan pentas seperti makyong, wayang kulit, ghazal, hadrah, kuda kepang) dan seni tampak (seni ukir, seni bina, seni hias, pertukangan tangan, tenunan, anyaman dll). Permainan tradisi seperti gasing, wau, congkak, juga termasuk dalam kategori seni persembahan. Kegiatan seni Melayu mempunyai identitas tersendiri yang juga memperlihatkan gabungan berbaga-bagai unsur asli dan luar.

    3. Kemahiran Seni HalusBangsa Melayu kaya dengan hasil seni halus. Yang dimaksudkan dengan seni halus ialah hasil seni yang melibatkan penggunaan motor halus tangan seperti anyaman dan tenunan. Hasil tangan masyarakat Melayu ini sangat cantik dan berkualiti. Yang berikut merupakan antara kenyataan yang dikemukakan A.Aziz:...Kesenian kita baik seni lakon (muzik, seni tari, seni suara) mahupun seni tampak (seni lukis, ukir, arca,tekatan, anyaman) perlu digerakkan secara besar-besaran untuk menonjolkan identiti budaya dan tamadun kita. ......Kemahiran yang kita ada perlu dilatih untuk membangunkan kejiwaan contohnya dalam bidang tradisi tekstil (batik, songket, tenunan), logam (kepandaian bertukang emas, perak, kraf tangan). ... (Halaman 6)

    4. Seni Busana/ PakaianBangsa Melayu juga kaya dengan seni busananya. Baju kurung merupakan salah satu pakaian masyarakat Melayu yang longgar pada lubang lengan, perut, dan dada. Pada mulanya, baju kurung biasa dipakai untuk upacara kebesaran Melayu dan kini dipakai oleh masyarakat biasa. Walaupun baju kurung atau baju Melayu ini merupakan asimilasi bangsa ini namun pemakaiannya berupaya menjaga identiti Melayu. Justeru jelaslah bahawa bangsa Melayu mempunyai seni busana atau pakaian sendiri yang dipelihara. Hal ini dibuktikan dengan kenyataan A.Aziz, iaitu:

    31

  • ...Proses penerapan budaya berlaku sejak awal hubungan tamadun Melayu dengan tamadun Cina, India, dan Eropah mengikut kesesuaian dan kewajaran budaya itu diterima dalam rumpun Melayu. Pengaruh seperti pada baju Melayu dan songkok sebenarnya berasal daripada India-Pakistan kini menjadi unsur nasional kita. ... (Halaman 84)

    Baju tradisional Melayu merujuk kepada baju tradisional orang Melayu, terutamanya baju Melayu dan baju kurung. Selain itu, ia juga termasuk baju kebaya, celana, kain sarung, samping dan selendang. Pakaian orang Melayu kini lahir daripada pertumbuhan dan perkembangan pakaian orang dahulukala melalui proses ubah ansur. Proses ini bukan sahaja berlaku akibat peradaban awal masyarakat ditempat itu sendiri, malahan yang lebih penting akibat daripada pengaruh daripada pedagang India, Cina, Arab dan Eropah. Unsur-unsur tamadun dari timur dan barat ini diolah dan digabungkan menjadi satu budaya yang beraneka rupa serta indah dan unik Pakaian kaum lelaki yang masih popular hingga kini ialah Baju Melayu manakala pakaian wanita yang masih popular termasuklah Baju Kurung,Baju Kebaya Panjang, Baju Kebaya Pendek, Baju Kurung Kedah dan Baju Pahang. Selain itu terdapat juga pakaian yang dianggap klasik seperti pakaian Puteri Perak, Cik Siti Wan Kembang, Baju Menora dan Baju Minangkabau. Antara baju yang terkenal ialah:-

    Baju Riau Baju Belah Kebaya

    Panjang Baju Melayu Cekak

    Musang Baju Teluk Belanga Baju Kurung

    a) Baju RiauBaju berbelah ini seakan-akan kebaya pendek. Baju Riau juga disebut 'Engku Puteri atau Raja Hamidah' puteri pada Raja Haji iaitu Yang Dipertuan Muda Riau yang kelima dari keturunan Bugis. Pada umumnya baju traisional melayu untuk kaum laki-laki biasanya dilengkapi dengan kain Songket.

    32

  • b) Baju Belah Kebaya PanjangWalaupun wanita Johor terkenal dengan baju kurung, tetapi dalam acara majlis, mereka muncul juga dengan memakai kebaya, sebagai warisan daripada Kerajaan Johor-Riau.Pola baju belah panjang ini masih bersifat mengurungkan anggota badan. Secara tradisi potongannya labuh sehingga buku lali. Cuma bezanya ia berbelah dan berpesak di hadapan baju ini, umumnya dipakai sebagai pakaian di luar rumah atau upacara rasmi. Baju belah panjang ini terkenal di Melaka, Perak, Selangor dan Kedah-Perlis. Baju kurung belah ini kemudiannya dikenali sebagai baju panjang dan kebaya panjang. Tradisi ini berkembang menjadi kebaya dan bertangan panjang berpesak lurus di hadapan, berkekek dan berbelah dada yang ditutup dengan kancing atau kerongsang tiga.

    c) Baju Melayu Cekak MusangIstilah ini berhubung langsung dengan pola lingkaran leher baju, tengkuk cekak tinggi atau leher tegak empang leher. Pengertian cekak musang merakamkan imej alami untuk leher baju yang bercekak tinggi berdiri (2.5cm) melingkari leher. Ukuran ditentukan oleh lingkaran (bulat) yang dibuat dengan ibu jari lain yang bertemu hujungnya. Baju ini mula dipakai di Johor ketika pemerintahan Sultan Ibrahim Ibni Sultan Abu Bakar.

    d) Baju Teluk BelangaBaju ini mula di perkenalkan di Teluk Belanga, Singapura dan tersebar luas sebagai ciri khas johor khususnya pada abad ke-19. Ia juga dikatakan sejenis pakaian lelaki yang dikatakan telah direka oleh Sultan Abu Bakar pada tahun 1866 untuk meraikan perpindahan ibu negeri Johor dari Teluk Belanga di Singapura ke Johor Bahru. Walau bagaimanapun istilah ini akhirnya menjadi ciri khas masyarakat Melayu hingga disebut selengkapnya Baju Melayu.

    e) Baju KurungBaju kurung dianggap popular dan dipakai oleh lelaki dan perempuan. Perbezaannya terletak pada bahagian kocek iaitu lelaki mempunyai tiga kocek manakala perempuan mempunyai satu kocek serta perbezaan daripada segi

    33

  • pemakaian. Pengertian kurung secara tidak langsung telah membawa erti mengurung atau menutup anggota tubuh. Cara ini menepati konsep pakaian cara Melayu setelah kedatangan Islam, sehinggalah istilah kurung diertikan sebagai baju yang selesa dan longgar, labuh atau panjang. Sehingga disebut dengan berbagai-bagai nama misalnya baju kurung bernyawa walaupun mempunyai pelbagai nama namun baju kurung telah menampilkan ciri-ciri tersendiri

    5. Kemahiran Seni LakonIdentiti budaya kita juga ditonjolkan dengan seni lakon Melayu. Lakonan ialah salah satu aktiviti manusia yang bertujuan untuk menggembirakan hati dengan cara meniru watak yang berlainan dengan dirinya yang sebenar. Lakonan teater masyarakat Melayu boleh dibahagikan kepada lakonan tradisional seperti Bangsawan, Main Puteri dan Menora yang mana watak dan jalan cerita tidak lagi berubah walaupun setelah berlakunya perubahan zaman. Wayang kulit bermula semenjak pengenalan kamera wayang pada sekitar 40an, 1950-an hingga 60-an. Teater moden pula merujuk kepada yang lain daripada yang di atas. Jelaslah bahawa masyarakat Melayu kaya dengan seni lakonnya. Seni lakon ini dijelaskan oleh A.Aziz dalam kenyataannya yang menceritakan asal usul pergerakan seni lakon masyarakat Melayu yang berbunyi:...Daripada prinsip unzuru dan tafakkaru inilah budaya Melayu mencipta gerak tari berdasarkan lambaian sulur, buaian ranting dan dedaun serta gerak geri fauna. Bunyi yang lahir daripada desiran angin, titisan hujan dan deruan ombak dan diolah menjadi nada lagu. ... (Halaman 111)

    6. Permainan TradisionalPermainan tradisional telah berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan yang dilalui

    oleh nenek moyang masyarakat masing-masing. Asas penting yang menjamin kesinambungan

    permainan tradisional pada masa lalu ialah keseragaman cara hidup nenek moyang kita. Malah

    sejak dari kecil lagi mereka membiasakan diri dengan keadaan yang demikian. Ada di antara

    permainan ini yang sekarang tidak dimainkan lagi tetapi hanya diketahui oleh ibu bapa dan

    datuk nenek kita sahaja. Tetapi ada juga yang masih dimainkan lagi oleh kanak-kanak sehingga

    hari ini. Di antara permainan itu termasuklah congkak, wau, selambut, sepak raga, gasing, dan

    lain-lain.

    34

  • Permainan tradisional merupakan sebahagian daripada kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang masyarakat Melayu. Permainan tradisional merupakan hiburan masyarakat Melayu pada waktu lapang. Hal ini dibuktikan dengan kenyataan pada halaman 127 seperti yang berikut:...Kesenian pula terbahagi kepada bentuk tradisional atau sezaman. Bagi Malaysia bentuk tradisional ada yang berupa etnik seperti makyung, wayang kulit, ngajat, gamelan atau kesenian rakyat yang mencirikan penyertaan dan penglibatan rakyat seperti permainan tradisional wau, gasing, dan sebagainya. ...

    a) Sepak Raga/ TakrawPermainan sepak raga telah sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka. Pada masa itu permainan

    ini dimainkan oleh golongan bangsawan.Rakyat Biasa juga menggemari permainan ini. Pada

    masa sekarang sepak raga lebih dikenali dengan nama sepak takraw. Ia bukan hanya dimainkan

    oleh orang Melayu sahaja tetapi bangsa-bangsa lain, malah telah dikenali di seluruh. Bola sepak

    raga diperbuat daripada bilah-bilah rotan yang dianyam bulat seperti raga sebesar isi buah

    kelapa dua atau tiga lapis. Permainan ini dimulakan dengan salah seorang pemain melambung

    bola kepada rakannya dengan tangan. Rakannya itu akan menimang bola itu dengan kakinya

    sekali atau beberapa kali, sebelum menendangnya ke arah pemain lain. Pemain-pemain yang

    membentuk lingkungan atau bulatan itu mestilah bergilir-giliran menimang bola itu dan

    mengawalnya supaya tidak jatuh ke bumi. Jika bola itu jatuh, permainan dalam pusingan

    tersebut ditamatkan.

    b) Batu SerembanBatu Seremban juga dikenali sebagai permainan Selambut atau Serembat. Sering dimainkan di

    waktu lapang.Permainan ini dimainkan oleh kanak-kanak perempuan sama ada secara individu

    atau berpasangan. Ianya dimainkan secara berkumpulan seramai dua hingga empat orang atau

    lebih.Biasanya ia menggunakan guli kaca, biji getah, ketul batu yang kecil atau ketulan-ketulan

    objek lai berbentuk bulat. Bilangan yang biasa digunakan sebanyak lima biji. Objek-objek ini

    dikenali sebagai buah Dalam bermain Batu Seremban ini terdapat beberapa peringkat atau cara

    sambutan buah yang berlainan. Bermula dengan peringkat pertama yang mudah dengan

    menggunakan sebiji buah yang dinamakan sebagai buah satu hinggalah kepadaperingkat lebih

    tinggi atau peringkat yang teratas dinamakan buah tujuh.

    c) Congkak

    35

  • Congkak merupakan sejenis permainan tradisional Melayu. Permainan ini telah wujud sejak

    zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi, tetapi tidak pasti asalnya, samada pengaruh luar telah

    datang bersama pedagang atau sememangnya telah dicipta oleh orang Melayu ketika itu.

    Permainan congkak dipercayai berasal daripada dunia Afrika atau Arab, bergantung kepada

    teori mana yang anda percayai. Bagaimanapun, bukti tertua yang dijumpai oleh cari gali purba

    yang dibiayai oleh Persatuan National Geographic menjumpai kepingan batu kapur yang

    mempunyai dua liang selari bertarikh semenjak 5000 hingga 7000 SM di masa kini Jordan.

    Dalam permainan tradisional ini, alatan yang digunakan adalah papan congkak dan buah

    congkak. Kadang-kadang sebagai ganti papan congkak, lubang-lubangnya dibuat di atas tanah.

    Sementara biji-biji congkak pula ialah guli-guli kaca, buah getah, biji saga, batu-batu kecil dan

    sebagainya. Setiap papan congkak hanya boleh dimainkan oleh dua orang sahaja. Papan

    congkak mengandungi 14 lubang yang dipanggil "kampung". Terdapat dua lubang besar di

    setiap hujung papan congkak. Lubang ini dipanggil "rumah". Panjang papan congkak tujuh

    lubang biasanya sekitar 80 cm dan lebanya 18 cm. Papan congkak lazimnya dibuat dari kayu

    hutan seperti merbau, keruing, balau dan sebagainya. Terdapat juga papan congkak yang dibuat

    dari kayu rambutan, nangka dan sebagainya, mengikut kemampuan si tukang pembuat

    congkak.

    Cara-cara bermain permainan ini ialah dua orang pemain duduk berhadapan menghadap papan congkak dan kedua-dua pemain akan mula dengan serentak. Mereka akan memasukkan buah satu demi satu di dalam lubang kampung dengan pergerakan dari kanan ke kiri hingga ke rumah dan kampung lawan. Gerakan diteruskan hingga buah yang terakhir pada tangan dimasukkan dalam kampung kosong di kawasan sendiri atau lawan dan pemain hendaklah berhenti, sekiranya buah itu jatuh atau mati di kampung sendiri. Pemain itu boleh menembak kampung lawan yang setentang dengan kampungnya iaitu mengaut kesemua buah (jika ada) di dalam kampung tersebut. Pihak lawan mengambil giliran meneruskan permainan hingga buahnya mati. Sekiranya buah terakhir jatuh di dalam rumah sendiri, pemain boleh meneruskan permainan dengan mengambil buah yang masih banyak di mana-mana kampung sendiri. Sekiranya buah terakhir jatuh di kampung kosong pihak lawan, maka permainan itu mati di situ sahaja dan pihak lawan boleh memulakan permainan seterusnya hingga mati. Setelah tamat pusingan pertama, setiap pemain mengisi semula kampung dengan buah congkak dan jika ada

    36

  • kampung yang tidak cukup buah, ia dianggap terbakar. Kampung ini tidak boleh diisi apabila bermain pada pusingan yang kedua, ketiga dan seterusnya hingga pihak lawan mengaku kalah.

    d) Galah PanjangPermainan galah panjang adalah sejenis permainan yang melintasi garisan-garisan berhalang. Tujuan permainan ini adalah untuk menguji kecekapan pemain berlari melepasi halangan. Permainan ini dimainkan oleh kanak-kanak lelaki dan perempuan dan bilangannya seramai sepuluh orang. Ianya juga dimainkan di kawasan tanah rata dan lapang dan permainan ini tidak memerlukan sebarang alatan.

    e) GuliPermainan guli ialah sejenis permainan menuju atau melontarkan guli dengan tepat mengenai sasarannya. Ia biasanya dimainkan oleh kanak-kanak yang berumur antara 7 hingga dua belas tahun. Permainan ini dimainkan tidak lebih dari lima orang dan dimainkan dikawasan yang lapang dan rata. Alatan yang diperlukan didalam permainan ini ialah beberapa biji guli.

    f) Sepak Raga BulatanSepak raga bulat adalah sejenis permainan menimbang dan mengawal bola raga. Ia bertujuan untuk menguji kecekapan permain untuk menyepak, menanduk, mendada atau melutut bola raga dan menghalangnya daripada jatuh ke tanah. Permainan ini dimainkan oleh kaum lelaki dan ia memerlukan pemain yang ramai. Kawasan yang sesuai untuk bermain permainan ini adalah di kawasan yang lapang dan rata

    g) WauPermainan wau adalah satu permainan yang menguji kepakaran dan kecekapan pemain membuat, manaikkan dan melayangkan wau. Ia biasanya dimainkan oleh golongan lelaki dewasa. Permainan ini tidak menetapkan jumlah pemain dalam permainan ini. Lebih ramai pemain lebih menyeronokkan dan dimainkan dikawasan yang luas dan lapang. Alat yang digunakan dalam permainan ini adalah wau dan tali atau benang kasar yang panjang.

    37

  • Permainan wau turut dipertandingkan. Terdapat pertandingan untuk memilih wau yang naik tinggi, kemahiran menaikkan wau, wau yang mengeluarkan bunyi yang merdu, wau yang mempunyai warna yang menarik, wau yang mempunyai lukisan yang cantik dan wau yang naik tegak.

    h) GasingGasing adalah satu permianan tradisional yang bertujuan menguji kepintaran pemain memusingkan gasing supaya gasing dapat berpusing dalam jangka masa yang panjang. Permainan ini dimainkan oleh lelaki dewasa dan kanak-kanak yang berumur Sembilan tahun ke atas. Jumlah pemain bagi permianan ini adalah 2 orang atau lebih dan dimainkan di kawasan yang lapang dan rata. Alat yang diperlukan untuk permainan ini ialah gasing timah, tali gasing, lopak, bong, bulu ayam, getah kecupu, bilah, dan sedikit minyak pelincin.

    Perbezaan Cara Permainan Dahulu dan SekarangPermainan merupakan satu aktiviti rekreasi sama ada untuk mendapat keseronokan, mengisi masa lapang ataupun bersenam. Ia boleh dilakukan berseorangan ataupun secara berkumpulan. Permainan biasanya mempunyai peraturan yang perlu diikuti semua orang. Adat bermain, ada yang menang dan ada yang kalah, ataupun seri. Permainan yang melibatkan aktiviti fizikal biasanya dipanggil sukan. Permainan masih diadakan sehingga kini tetapi terdapat perbezaan antara permainan dahulu dan permainan sekarang. Perbezaan permainan dahulu dan permainan sekarang akan dibincangkan selepas ini.Permainan-permainan dahulu seperti permainan Wau, tarian Naga atau permainan gasing mempunyai ciri-ciri kesenian yang melambangkan keindahan dan keharmonian rakyat di Malaysia. Aktiviti ini kebiasaannya akan dilakukan secara berkumpulan dimana mereka mempunyai minat yang sama. Masing-masing akan berkongsi tenaga, pendapat, dan masa semata-mata untuk memastikan aktiviti seperti ini dapat dilaksanakan. Manakala bagi permainan sekarang, biasanya adalah permainan komputer yang tidak melambangkan apa-apa dan tidak perlu dilakukan oleh sekelompok manusia serta tidak dapat mengeratkan hubungan antara manusia seperti permainan dahulu. Selain itu, permainan komputer akan menyebabkan

    38

  • ketagihan di kalangan pemain. Pemain yang terlalu ketagih kepada permainan tersebut tidak akan mempedulikan kesihatan mereka, tidak makan atau tidur semata-mata untuk bermain permainan tersebut.

    Permainan dahulu biasanya bersifat harmoni berbeza dengan permainan sekarang yang berunsur ganas seperti permainan-permainan komputer seperti counter strike yang bersifat ganas yang mendapat sambutan hangat daripada golongan remaja lelaki. Ini dengan secara tidak langsung akan mencemarkan minda golongan orang muda zaman ini. 7. Seni SuaraSeni suara merupakan bunyi yang diterima oleh individu dan berbeza bergantung kepada sejarah, lokasi, budaya dan cita rasa seseorang. Persembahan seni suara dan muzik dalam masyarakat Melayu adalah unik bukan sahaja sekadar hiburan kosong. Persembahan seni suara sebenarnya mempunyai pelbagai maksud pengajaran. Buktinya adalah dalam kenyataan berikut:...Seni muzik membawa lagu Islam dan zikir, digunakan untuk kepentingan rohaniah di kalangan sufi bagi mendapatkan ghairat, marhaban, qasidah, berzanji dan digabungkan dalam bahasa Melayu-Arab dalam dikir berodah. ... (Halaman 106)

    8. Undang-udang, Adat dan Kepercayaan...Nilai dan norma merupakan peraturan masyarakat yang terdiri daripada undang-undang, adat resam, pantang larang dan gaya perlakuan....Begitulah kenyataan A.Aziz Deraman pada halaman 37 yang memperkatakan tentang warisan masyarakat Melayu. Undang-undang merupakan satu sistem peraturan atau norma yang cuba diikuti oleh ahli-ahli masyarakat. Undang-undang kebiasaannya ialah peraturan sesuatu negara. Yang melanggar peraturan tersebut mungkin dihukum atau didenda.

    9. BahasaBahasa ialah satu kod yang digunakan oleh pakar linguistik untuk membezakan antara bentuk dan maksud. Bahasa Melayu yang merupakan sejenis bahasa Melayu-Polinesia di bawah keluarga bahasa Austronesia telah berusia lebih 1,000

    39

  • tahun lalu. Bahasa Melayu dikatakan berasal dari Sumatera Selatan di sekitar Jambi dan Palembang. Rekod terawal bahasa Melayu Kuno ialah sebuah batu bersurat bertarikh 682 Masihi yang dijumpai di Sumatera Selatan.

    a) DialekLoghat (loghat daerah, dialek atau bahasa daerah) ialah kelainan dalam sesuatu bahasa yang menjadi ciri satu golongan tertentu dalam kalangan penutur bahasa itu. Istilah ini paling biasa digunakan untuk menghuraikan corak pertuturan setempat juga ditentukan oleh faktor-faktor lain seperti darjat sosial. Bahasa Melayu mempunyai pelbagai dialek. Buktinya adalah berikut:...Kita mempunyai pelbagai dialek yang menunjukkan asas keserumpunan. Perjalanan budaya dan tamadun Melayu berkembang subur dan memukau pengamatan bangsa lain melingkungi rantau geografi Malaysia, Indonesia, Filipina, Brunei, Singapura, Selatan Thai, Indo cina dan berkembang ke Kepulauan Pasifik di bahagian timur dan mencecah Malagasi di Barat sehingga Taiwan (Formosa di bahagian utara ... (Halaman 10)

    b) TulisanBahasa Melayu mempunyai bentuk tulisan yang tersendiri. Tulisan Jawi telah mengangkat martabat Melayu dalam bidang keilmuan. Penerangan yang menunjukkan bahawa tulisan Jawi ini penting dapat dilihat dalam keterangan berikut:...Melayu ditingkatkan menjadi bahasa Islam dengan tulisan baru melalui pengenalan huruf jawi dan mampu menyatakan konsep dan ilmu baru yang berkembang atau disempurnakan. ... (Halaman 102)

    10. Tarian Melayu

    a) Mak Yong Berasal dari Patani di selatan Thailand. Dicipta untuk hiburan kerabat DiRaja wanita,permaisuri serta puteri sewaktu ketiadaan kerabat DiRaja lelaki. Menggabungkan drama romantis, serta tarian dannyanyian tradisional dengan gaya yang menawan,yang mengisahkan zaman kegemilangankesultanan Melayu

    40

  • b) Kuda Kepang

    Permainan kuda kepang ialah sejenis tarian pahlawan berkuda yang berasal dari Jawa, Indonesia. Ia turut dibawa oleh penghijrah-penghijrah ke Tanah Melayu. Para penari menggunakan kuda kepang untuk menggambarkan kisah kejayaan perjuangan suci Islam, diiringi paluan gendang, gong dan angklung. Permainan ini kini merupakan salah satu permainan rakyat di Indonesia, Singapura dan Malaysia, khususnya di negeri Johor, dan biasa dimainkan di majlis perkahwinan atau di majlis keramaian.

    Tarian kuda kepang di Yogyakarta

    Tarian kuda kepang memerlukan sekurang-kurang 25 orang seperti berikut: 9 orang penari 5 orang pemain muzik 2 orang yang bertindak sebagai "Bomoh Pemulih" 9 - 15 orang penjaga kawasan.

    Bagaimanapun dalam sesuatu persatuan, jumlah ahlinya adalah sebanyak 40 orang. Seorang daripada penari-penari itu bertindak sebagai pemimpin yang dipanggil "Danyang". Penari-penari biasanya berpakaian seragam. Peralatan tarian kuda kepang terdiri daripada:

    lima buah angklung sebuah gendang beberapa gong beberapa bonang(caklempong) beberapa saron beberapa jidur beberapa kenong sekurang-kurang sembilan kuda sebatang pecut serantai tali sepanjang 100 kaki (30 meter).

    41

  • Angklung yang berbentuk empat segi diperbuat daripada buluh dan rotan dan dimainkan dengan cara menggoyangkan dan menggoncangkan buluh tersebut. Gabungan bunyi nyaring daripada buluh yang kecil serta bunyi bergema daripada buluh yang besar menghasilkan bunyi yang indah dan menarik. Gendang diperbuat daripada kayu leban dan kulit lembu, sedangkan pengikatnya diperbuat daripada rotan. Gendang ini yang dipalu mengikut irama yang tertentu berdiameter lebih kurang tiga kaki. Gong menyedapkan lagi bunyi muzik pengiring. Pecut diperbuat daripada kedua-dua buluh dan tali yang dipintal menjadi satu. Fungsi pecut adalah untuk mengarah dan mengawal permainan, iaitu penari-penari kuda kepang. Selain itu, perkakas yang penting ialah kuda yang diperbuat daripada kulit lembu dan dibentukkan menyerupai kuda dan diwarnakan merah, putih, atau kelabu. Tali digunakan untuk membuat pagar bagi mengelakkan penari-penari yang mabuk daripada berkeliaran serta untuk memudahkan bomoh mengawal tarian.Kuda kepang biasanya dipersembahkan di tempat terbuka atau di atas pentas yang besar. Sebelum tarian bermula, Tok Bomoh akan membakar kemenyan dan membaca jampi untuk memberikan tenaga kepada kuda-kuda. Beliau menggunakan telur mentah, bunga, rumput, dan air untuk persembahan.

    Dikawali oleh seorang "danyang" yang melecutkan pecut untuk menentukan rentak tarian, setiap penari akan naik ke atas kuda masing-masing. Apabila muzik mula bergema, penari-penari yang dipimpin oleh "danyang" itu masuk ke gelanggang. Rentak muzik bermula dengan perlahan dan agak membosankan. Setiap penari akan menunggang dan memacu kuda menurut pola yang ditentukan oleh rentak dan irama lagu itu. Ketika muzik menjadi lebih pantas, kuda-kuda akan menderap dengan lebih laju. Kekadang pihak penganjur akan merentang kain licik untuk pemain menitinya. Penari-penari boleh melakukan pergerakan yang aneh dan luar biasa seperti bersilat melompat-lompat setinggi enam kaki dan sebagainya. Semasa penari dalam keadaan sedemikian, bunyi-bunyian yang mengiringi tarian ini akan bertambah rancak. Kononnya jika alunan muzik tidak rancak, penari-penari akan akan menerkam atau menendang pemain muzik seakan-akan kuda yang sedang berang.

    Penari-penari menari selama dua jam sehingga mengalami keadaan bersawai, terpukau dengan kehebatan pergerakan-pergerakan mereka. Ketika mabuk, mereka

    42

  • kekadang akan bermimpi menunggang kuda yang benar sambil menari-nari dengan iringan muzik. Disebabkan itu, mereka mencuba mengejar muzik itu. Keadaan ini dipanggil "naik syeh". Jika keadaan bertambah liar dan tidak dapat dikawali, Tok Bomoh akan mengarahkan pengawal-pengawal yang ditempatkan di setiap sudut gelanggang untuk menangkap dan merebahkan mereka ke tanah, dan seterusnya Tok Bomoh akan membaca jampi untuk memulihkan mereka

    Kumpulan pemain kuda kepang diperlukan menyerahkan pengeras kepada Tok Bomoh untuk persembahan. Pengeras ini terdiri daripada kemenyan, air mentah, nasi campur dengan lauk ayam dan sayur, serta beberapa jenis kuih. Selain itu, kumpulan pemain juga dikehendaki menyerahkan wang sebanyak RM2.25 kepada tuan rumah atau penganjur untuk Tok Bomoh persembahan. Kumpulan pemain mengenakan bayaran yang tidak kurang dari RM200 untuk setiap persembahan.

    Sebagai pantang larangan dalam permainan kuda kepang, pemain-pemain tidak boleh diacah semasa dalam permainan atau ketika sedang mabuk kerana ditakuti akan melarat dan menjadikan keadaan tidak terkawal. Pemain-pemain juga tidak boleh melihat kain merah kerana ini merupakan pantang larangan semulajadi. Selain itu, pemain-pemain juga tidak boleh terlihat kaca kerana takut bahawa mereka akan makan kaca itu.

    c) Zapin Pengaruh Islam ketara dalam tarian Zapin. Terkenal di negeri Johor. Diperkenalkan oleh para mubaligh dari Timur Tengah. Pada mulanya digunakan dalam amalan berzikir yang bertujuan menyebarkan pengetahuanmengenai sejarah tamadun Islam.

    d) Tarian Lilin Dipersembahkan oleh penari wanita sambilmenatang lilin di dalam piring kecil di atas telapak tangan mereka. Memaparkan gerak-geri yang penuh dengankelembutan

    e) Tarian Gamelan

    43

  • Dikesan di empayar Riau dan Lingga dalam kurunke-17. Mula di persembahkan buat pertama kali dikhalayak ramai di Pekan Pahang dalam tahun 1811 dalam upacara persandingan Tengku Hussain,putera kepada Sultan Abdul Rahman yangmemerintah Lingga, dengan Wan Esah yakni adikperempuan kepada Bendahara Ali dari Pahang. Mula di perkenalkan di Terengganu selepasTengku Mariam iaitu seorang puteri di Pahang,mengahwini Tengku Sulaiman yakni putera kepadaTengku Zainal Abidin dari Terengganu. Dipersembahkan secara eksklusif oleh penari wanita. Boleh dipentaskan secara dalaman ataupun persembahan terbuka. Elemen Jawa boleh dilihat dari segi seni tarian tersebut. Secara estetikanya, tarian ini adalah sangat cantik dan merupakan bentuk tarian yang paling kaya dari segi jenisnya dalam kebanyakan kostum tarianMelayu

    f) Tarian Cik Siti Wau Bulan Pada musim menuai di negeri-negeri sebelah Pantai Timur sering diadakan permainan seperti main gasing, main wau, rebana ubi, rebana kertuk,rebana kayu dan lain-lain lagi. Bersempena dengan permainan wau maka satu tarian yang diberi nama Cik Siti Wau Bulan telah dicipta. Tarian ini mengisahkan anak muda bermain-mainwau di musim menuai. Kemeriahan tarian ini tergambar dalam gerak-geripenari-penari yang terdiri daripada anak mudalelaki dan perempuan.

    g) Joget Terkenal di Malaysia ini adalah sebuah tarian yangmeriah, dengan rentak yang agak laju. Dipersembahkan oleh pasangan penari dengangerak-geri pantas yang disulami pelbagai usikan,berasal dari tarian tradisi Portugis yangdiperkenalkan di Melayuayuaka sewaktu era perdagangan rempah di situ.

    h) Tarian Asyik Sejenis tarian Melayu klasik dari daerah - daerah di Kelantan yang ditarikan di istana raja raja Kelantan dan Patani. Asyik bererti kekasih, oleh itu tarian ini bersesuaian dengan gerak - geri bersifat lemah lembut danpenuh dengan

    44

  • ketertiban. Dimulai dengan sepuluh orang penari masuk kedewan tarian terlebih dahulu , lalu duduk bersimpuh.

    11. Seni Muzik/ LaguSeni muzik merupakan salah satu seni yang telah lama wujud dalam masyarakat sosial di negara kita. Seni muzik merupakan salah satu hiburan yang paling diminati di negara kita dari dahulu hingga kini. Muzik juga merupakan satu tarikan kepada manusia dalam kehidupan sosial. Ahli falsafah berpendapat manusia secara semulajadi mempunyai tarikan terhadap muzik.. Fakta ini jelas kerana muzik menjadi kegemaran sejak manusia dilahirkan lagi. Muzik bukan sahaja dapat dinikmati melalui pacaindera malahan dapat dirasai melalui hati dan perasaan seseorang itu. Muzik dapat memberi kesan dalam hidup orang ramai melalui seni,irama dan lagu. Muzik juga dapat ditontonkan dan dipersembahkan melalui pelbagai cara samaada secara terus ataupun melalui media. Persembahan muzik bukan sahaja dapat dilakukan dengan pelbagai cara malahan dapat dipersembahkan oleh kaum lelaki mahupun wanita. Menurut kamus dewan pula seni muzik merupakan satu gubahan bunyi yang menghasilkan hiburan dalam bentuk lagu dan irama yang indah dan menyenagkan. Seni muzik juga sentiasa berubah-rubah melalui aliran dari zaman ke zaman.

    Di Malaysia,seni muzik tradisional merupakan seni yang tidak lapuk di kalangan pelbagai etnik di negara kita. Seni muzik tradisional merupakan warisan turun temurun sesuatu kaum dan mempunyai keunikan tersendiri. Setiap bangsa mempunyai ciri-ciri muzik yang tersendiri. Seni muzik tradisional juga bergantung kepada adat dan budaya sesuatu bangsa. Pada zaman dahulu muzik hanya dimainkan oleh golongan bangsawan ataupun untuk hiburan diraja sahaja. Namun begitu terdapat juga muzik yang dimainkan untuk rakyat. Jelas disini seni muzik pada zaman dahulu mempunyai hieraki tersendiri. Selaras dengan peredaran zaman rakyat juga dapat menikmati seni ini pada masa kini. Alat muzik juga merupakan lambang estitika dalam masyarakat kita. Ia bukan sahaja dijadikan sebagai hiburan malahan menjadi alat untuk penyebaran maklumat dan sahsiah. Sesetengah alatan muzik juga mempunyai unsur magis yang boleh menaikan semangat dan digunakan dalam upacara tertentu.

    45

  • CONTOH CONTOH ALAT MUZIK TRADISIONALGONG

    Gong ialah salah satu alat muzik yang digunakan muzik tradisional melayu. Gong diperbuat daripada logam . Antara logam yang selalu digunakan ialah tembaga dan besi. Ia dimainkan dengan cara mengetuk secara berselang seli dan lazimnya dimainkan bersama bonang,gendang dan serunai. Ia diaminkan dalam muzik gendang silat,gendang keling dan gamelan.BONANG

    Bonang juga menghasilkan bunyi seperti gong tetapi mempunyai bunyi yang lebih halus dan mempunyai pelbagai bunyi.Ia mempunyai 10 buah canang yang dibuat dari perenggu. Canang cang ini berwarna keemasan dan disusun kemas dalam dua baris dan diapungkan di atas dua ingkar.Bonang lazimnya dimainkan dalam muzik Gamelan.GENDANG

    46

  • Gendang pula terbahagi kepada dua iaitu gendang ibu dan gendang penganak.Gendang dihasilkan dengan sebatang kayu yang ditebuk.kayu yang lazimnya digunakan untuk membuat gendang ialah kayu nangka. Setiap gendang mempunyai dua muka yang diperbuat daripada kulit kambing dan kulit lembu yang diikat pada gendang tersebut menggunakan rotan atau tali.Gendang boleh dimainkan bersama serunai,gong dan alat-alat muzik yang lain kerana bunyi gendng boleh dimanipulasi mengikut keaadaan. Gendang penting untuk meminkan muzik wayang kulit,Gendang keling,muzik silat dan muzik-muzik tradisional yang lain.SERUNAI

    Serunai merupakan salah satu alat muzik yang dimainkan secara tiupan. Terdapat pelbagai jenis serunai dan bentuk serunai. Serunai yang paling terkenal dalam seni muzik di Malaysia ialah serunai Kedah dan serunai Kelantan.Serunai dihasilkan dengan menggunakan pelbagai jenis kayu yang mudah ditebuk. Kayu daripada pokok cili merupakan antara kayu yang popular bagi menghasilkan alat muzik ini. Serunai mempunyai lapan lubang di bahagian atas dan satu lubang di bahagian bawah. Serunai dimainkan dalam muzik gendang keling,gendang silat.wayang kulit dan sebagainya.KOMPANG

    Kompang ialah alat muzik yang bebentuk seperti sebiji tamborin tanpa kepingan besi di sekeliling. Namun terdapat juga kompang yang mempunyai kepingan besi di

    47

  • sekeliling yang mempunyai bunyi yang lebih sedap didengar. Kompang merupakan antara alat muzik yang paling popular di Malaysia. Kompang dimainkan dengan mengunakan paluan menggunakan tangan dan jari. Kompang juga digunakan dalam pelbagai majlis seperti majlis kenduri dan perarakan hari kemerdekaan. Kini kompang digunakan bagi menyambut tetamu kehormat dalam sesuatu majlis. Kompang dimainkan secara berkumpulan. Lazimnya kompang dimainkan oleh sepuluh orang dan mempunyai seorang ketua yang bertindak menjadi ketua. Kompang dipalu dengan pelbagai corak dengan melapiskan pelbagai rentak paluan yang berbeza menjadi satu gabungan ritma yang menarik.REBANA

    Rebana ialah alat muzik yang dipukul dan dipalu untuk menyampaikan pelbagai jenis pesanan pada zaman dahulu. Bunyi-bunyi yang dihasilkan mempunyai makna tertentu seperti serangan musuh, penguguman diraja,penguguman majlis dan kematian. Kini rebana digunakan untuk pelbagai kegunaan terutama dalam bidang muzik. Ia telah menjadi alat muzik yang digunakan untuk persembahan dalam acara kemasyarakatan dan persembahan. Rebana lazimnya dipalu pada hari kebangsaan dan dimainkan dengan alat muzik yang lain. Pemukul atau pemalu rebana perlu mempunyai kekuatan dan stamina yang kuat bagi menghasilkan bunyi dari rebana.GAMBUS

    48

  • Gambus merupakan salah satu alat muzik timur tengah yang dimainkan dalam dalam pelbagai gaya dalam muzik tradisional melayu. Dalam sejarah, alat muzik ini dikatakan dibawa ke Malaysia oleh pedangang dari Parsi serta negara timur tengah yang lain. Alat muzik ini direka dengan seni yang amat halus dan diukir dengan teliti. Uniknya gambus dihasilkan dengan campuran pelbagai jenis kayu. Gambus menghasilkan bunyi seakan-akan bunyi kecapi. Cara menghasilkan bunyi gambus ialah petikan talinya. Gambus merupakan alat muzik utama dalam muzik Ghazal. Jika dilihat dari corak yang diukir di atas gambus, terdapat banyak unsuk kesenian timur tengah yang ditonjolkan.SAPE

    Sape adalah sejenis alat muzik tradisional masayarakat orang ulu atau penduduk ulu di sungai di Sarawak. Sape berasal dari kaum kayan. Sape juga merupakan salah satu alat muzik petik yang mempunyai bunyi yang unik. Ia berbentuk lebar,mempunyai tali,bertangkai kecil dan lebar lebih kurang 1 meter. Sape diperbuat daripada sebatang kayu yang ditebuk dan mempunyai ukiran corak berwarna yang unik. Alat muzik ini dahulunya dimainkan seorang diri sebagai hiburan. Selaras dengan peredaran zaman,sape dimainkan secara sosial dan dimainkan mengikut tema yang berbeza bagi mengiringi tarian seperti Ngajat dan Datun Julud.

    Muzik Tradisional Yang Terdapat Di MalaysiaGamelanGamelan terbahagi kepada beberapa jenis iaitu Gamelan Jawa, Bali, Sunda, Banyuwangi, Kromong dan Gamelan Amerika. Muzik gamelan biasanya dimainkan dalam majlis formal dan tidak formal didalam istana bagi tatapan diraja. Pemuzik

    49

  • gamelan lazimnya terdiri daripada 9 orang lelaki dan tujuh orang penari perempuan. Alatan muzik yang digunakan dalam muzik gamelan terdiri daripada beberapa jenis iaitu Gong Agong, Gong Samakan, Gendang Ibu, Gambang dan Bonang. Kini Gamelan diserapkan menjadi pelajaran di universiti dan dipersembahkan pada majlis-majlis tertentu bagi mengekalkan kesenian ini. Gamelan sudah menjadi satu seni muzik yang diminati dan persembahannnya dipamerkan di tempat bersejarah seperti di makam mahsuri.NobatNobat ialah salah satu kesenian muzik yang masih popular di Malaysia. Seni nobat masih terpelihara sejak 400 tahun yang lalu. Dahulunya Nobat terkenal dengan persembahan kesenian untuk diraja khususnya di negeri Perak,Kedah dan Kelantan. Nobat dilihat paling popular di negeri Kedah dan bertapak di negeri itu hingga kini. Muzik nobat dianggap satu kesenian yang amat unik di rantau nusantara. Ia dimainkan di majlis-majlis tertentu sahaja di istana. Kini muzik nobat dijadikan penghibur utama atau pengiring dalam majlis perkahwinan,istiadat pertabalan dan dipersembahkan dalam majlis tertentu bagi memperkenalkan kesenian ini dalam masyarakat sosial di negara kita.Cak LempongMuzik tradisional yang dipanggil Cak Lempong dikatakan telah dibawa ke Tanah Melayu oleh masyarakat Minangkabau dari Sumatera Barat yang menetap di Negeri Sembilan seawal kurun ke -14. Cak lempong dimainkan menggunakan gong-gong kecil yang berbentuk seperti seperti Bonang.