13 Hak Asasi

of 47 /47
1 HAK ASASI MANUSIA MJA 1013 PENGANTAR SAINS SOSIAL

Embed Size (px)

description

 

Transcript of 13 Hak Asasi

  • 1. HAK ASASI MANUSIA MJA 1013 PENGANTAR SAINS SOSIAL

2. PENGENALAN

  • Hak asasi manusia merupakan satu konsep yang meliputi setiap bangsa, agama, kepercayaan, budaya, adat dan negara
  • Hak asasi manusia adalah aspirasi setiap individu serta masyarakat yang ingin mengecapi kebahagian dalam kehidupannya.
  • Perkembangan hak asasi manusia dilihat sebagai suatu kepentingan kepada manusia dalam
    • Aspek keselamatan kehidupan
    • Aspek perlindungan diri yang lebih baik

3. PENGENALAN

  • What is RIGHT?
  • A right is the legal or moral entitlement to do,
  • or refrain from doing something,
  • or to obtain or refrain from obtaining an action, thing, or recognition in civil society
  • Right serves as rules of interaction between people, and they place constraints and obligations upon the actions of individuals or groups

4. PENGENALAN

  • Examples:
  • If one has a right to life, this means that others do not have the liberty to murder him.
  • If one has a right within a society to a free education, this means that other members of that society have an obligation to pay taxes in order to pay the costs of that educational right

5. PENGERTIAN HAK

  • Hak adalah suatu nilai yang diinginkan seseorang bagi melindungi dirinya agar dapat memelihara dan meningkatkan kehidupannya dan mengembangkan keperibadiannya (Hakim Stayton)
    • Ia memerlukan suatu interaksi yang tidak berbelah-bahagi di antara individu dan masyarakat.
    • Hak seseorang bagi melakukan sesuatu memperjelaskan adanya kewajipan individu lain dan masyarakat supaya tidak menghalang apa yang dilakukan oleh setiap individu terbabit.

6. PENGERTIAN HAK

  • Donelly (1985) menggariskanDUA (2)konsep utama hak
    • politik dan signifikasi moral
    • Hak dilihat sebagai suatu kebenaran moral seperti ianya bukan perkara yang baik untuk dilakukan.
    • Hak juga dilihat sebagai kelayakan seperti dalam tuntutan.

7. PENGERTIAN HAK

  • Pengertian hak (dalam Islam)
  • Hak atau haqq dalam perkataan Arab bermaksud
    • fakta yang nyata atau kenyataan
    • dalam hukum :kebenaran atau apa-apa yang berhubungan dengan fakta.
  • Ahmad Jalal Hammad pula melihat hak, kekuatan dan tuntutan adalah pengertian lain yang menonjol daripada haqq.

8. PENGERTIAN HAK

  • Pengertian hak (A.C Kapur)
    • Hak muncul daripada masyarakat
    • Setiap hak mempunyai tanggungjawab yang tertentu
    • Hak bukanlah suatu tuntutan
    • Hak semestinya bersesuaian dengan kebaikan umum
    • Negara tidak membentuk hak-hakhanya mengekalkan dan mengkoordinasi hak-hak yang diterima pakai secara sosialnya.
    • Hak mestilah jelas dan tepat terutama dalam mengertikannya.
    • Hak mempunyai kecenderungan berkembang.

9. PENGERTIAN HAK

  • Haqq dalam bahasa Al-Quran adalah sinonim dengan perkataan kewajipan.
  • Al-Darini merumuskan definisi haqq
    • anugerah khusus atau penguasaan atas sesuatu atau sebuah tuntutan kepada pihak lain yang disahkan oleh syariat dengan tujuan mendapatkan manfaat tertentu
    • Yang penting hak ini akan menjamin kepentingan dan kebajikan umat Islam seluruhnya.

10. KLASIFIKASI HAK

  • Milne (1986)mengklasifikasikan hak kepadaTIGA (3)bentuk :-
    • undang-undang
    • adat
    • moral

11. KLASIFIKASI HAK

  • Secara umum, terdapatDUA (2)klasifikasi hak
    • Hak Positif dan Hak Negatif
    • Hak Individu dan Hak Kolektif

12. KLASIFIKASI HAK

  • Positive Right (Hak Positif)
  • Hak yang digariskan adalah dijamin oleh negara (kerajaan)
  • An expectation about what one can do or receive or how one will be treated
  • Specific to individual political systems
  • Hak-hak kebajikan seperti pendidikan, ekonomi, pekerjaan dan keselamatan sosial.
  • Memerlukan campur tangan pihak kerajaan atau negara.

13. KLASIFIKASI HAK

  • Negative Right (Hak Negatif / hak normatif)
  • TWO (2)central beliefs:
    • People can have a right to something they do not actively claim or for which the state would not back them up
    • That rights derive from some source other than the power of enforcement
  • Kebebasan menyuarakan pendapat, kebebasan berharta, kebebasan hidup dan kebebasan beragama.
  • Kebebasan ini adalah hak mutlak setiap individu.

14. KLASIFIKASI HAK

  • CONTOH (perbandingan antara hak positif dan hak negatif)
  • Wives have a right not to be beaten by their husbands (negative right).
  • Wives have a right to be free of beating, only if , when they protest beatings, the state (government) takes their side and restrains the husband (positive right)

15. KLASIFIKASI HAK

  • Hak Individu
  • Mengikut konsep, hak asasi manusia Barat menekankan sifat individualisme di era Pembaharuan dan Peperangan Agama.
  • Locke menjelaskan
    • individu mempunyai hak-hak yang tidak boleh dipisahkan selaku seorang manusia dan
    • kerajaan seharusnya menghormati hak-hak tersebut.
  • Tradisi individualis menjadi inspirasi kepada pembentukan hak-hak sivil dan hak-hak politik
    • melihat hak asasi manusia adalah hak-hak yang dipunyai oleh individu selaku seorang manusia dan keadaan semulajadi manusia.

16. KLASIFIKASI HAK

  • Pada abad ke-19, kebebasan sivil diperluas dan dikaitkan dengan hak-hak berpolitik dan hak-hak penyertaan politik
    • seperti hak untuk mengundi
    • Hak untuk mengundi ini mencerminkan individu seharusnya diberikan hak untuk menyertai proses pembuatan keputusan negara.

17. KLASIFIKASI HAK

  • Hak Kolektif
  • Marxisme atau Sosialisme mengutamakan peranan negara dalam mewujudkan sebarang bentuk kebaikan umum.
  • Negara-negara Dunia Ketiga dikatakan lebih banyak mendukung hak asasi manusia secara kolektif kerana
    • keterikatan antara budaya, adat dan agama ke atas masyarakat
    • membolehkan hal-hal yang berkaitan dengan masyarakat atau kolektif ditekankan
    • berbanding hak-hak individu secara berasingan dan terpisah.

18. KLASIFIKASI HAK

  • Dalam tradisi agama Islam, Buddha, Hindu dan Konfusius, individu dilihat terikat dengan masyarakatnya.
  • Masyarakat di Asia menekankan nilai-nilai Asia
    • melihat komuniti dan keluarga adalah instrumen yang terpenting di dalam sesebuah negara
    • autoriti atau pemimpin dihormati.

19. KLASIFIKASI HAK

  • Hak individu dan hak kolektifadalah amat penting sekali untuk kebaikan bersama dan seharusnya kedua-duanya diseimbangkan.
  • PBB telah mengiktiraf kedua-dua hak ini untuk mempelbagaikan sifat dan kedudukan hak asasi manusia.

20. HAK ASASI MANUSIA

  • Konsep hak asasi manusia satu proses evolusi atau secara beransur-ansur
  • Kewujudan pemikiran mengenai hak asasi manusia
  • Paine : sejak kewujudan manusia itu lagi
  • Sarjana lain : sejak zaman Greek dan Rom yang dibawa oleh golongan Stocisme Greek yang menekankan konsep hukum semulajadi ( natural law )
  • Agama : IslamAl-Quran mendefinisIkannya sejak kurun ke-7
  • Donelly (1989)tidak terdapat hak asasi manusia dalam agama tetapi lebih kepada kewajipan (duty) oleh pemerintah dan setiap individu
    • Agama berperanan untuk memperkuatkan hak asasi manusia

21. HAK ASASI MANUSIA

  • John Locke
    • Pertama mengembangkan teori semulajadi (natural law)
    • Teori ini dilihat sebagai sumber bagi doktrin hak asasi manusia
      • setiap manusia itu mempunyai hak semulajadi untuk hidup bebas dan berharta.
  • Thomas Jefferson
    • menolak hak berharta
    • menitikberatkan soal kebahagiaan.

22. HAK ASASI MANUSIA

  • DUA (2)falsafah
  • 1. Falsafah Locke
    • Hak manusia adalah sangat efektif
    • Setiap anggota masyarakat menghormati hak-hak tesebut
    • Contoh : Revolusi Perancis
  • 2. Falsafah Hobbesian
    • Hak individu kurang dihormati
    • Bergantung kepada kehendak individu sendiri
    • Menggalakkan sistem monarki dan statisme

23. HAK ASASI MANUSIA

  • Masyarakat sivil mewujudkan suatu bentukkontrak sosial(social contract)di antara individu dan negara(state).
  • Negara hanya diberi hak untuk menguatkuasakan hak-hak semulajadi dan bukan hak-hak negara tersebut.
  • Kegagalan negara menjaga hak-hak tadi memberikan hak pada masyarakat untuk melancarkan revolusi.
  • (Weston (1984:258))
  • Kontrak sosial dua pihak seharusnya memenuhi antara satu sama lain apa yang telah dipersetujui dan menghormatinya
  • Locke telah memperkenalkan teori individualistik bagi mencabar kuasa mutlak raja-raja dan mencabar kedaulatan Parlimen.

24. HAK ASASI MANUSIA

  • Konsephak individualismebanyak mempengaruhi pelbagai peristiwa dan falsafah
  • Revolusi Perancis: menekankan kepadaTIGA (3)perkara hak semulajadi iaitu
    • Liberte
    • Egalite
    • Fraternite
  • Revolusi Amerika: setiap manusia diwujudkan setaraf yang dikurniakan Pencipta bersama hak-hak yang tidak boleh diketepikan, antaranya hak untuk hidup, kebebassan dan kebahagian

25. HAK ASASI MANUSIA

  • Pertembungan antaradoktrinIndividualism(liberalisme) danCollectivism(sosialisme)
  • Marx hak individu adalah abstrak (merujuk kepada hak-hakborjuis )
    • Sistem kapitalis mengandungi dua kelas iaitu
      • Kelas majikan :borjuis
      • Kelas pekerja :proletariat
    • Individu mengetahui haknya apabila memenuhi matlamat komunisme
    • Melalui revolusi, golongan proletariat menjatuhkan golongan borjuis
    • Akhirnya, sosialisme terbentuk

26. HAK ASASI MANUSIA

  • Pengaruh aliran individualisme dan sosialisme
    • usaha-usaha permulaan untuk mewujudkan hak asasi manusia yang bersifat sejagat
    • Contohnya penubuhan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).
    • Deklarasi Sejagat Hak Asasi Manusia dibentuk pada tahun 1948
      • sebagai suatu standard minimum yang patut dicapai bagi setiap masyarakat antarabangsa telah dibentuk pada tahun 1948.

27. HAK ASASI MANUSIA

  • Soviet Union yang berfahaman sosialisme tidak mengiktiraf deklarasi sejagat ini kerana tidak bersetuju dengan:-
  • i) Jaminan kebebasan asas bagi setiap manusia yang dikaitkan dengan kedaulatan sesebuah negara
  • ii) Jaminan hak asasi manusia dipraktikkan dalam bidang ekonomi, sosial dansuasana kebangsaan yang lazimnya terdapat di setiap negara.
  • iii) Suatu definisi kewajipan warganegara ke atas negara, rakyat dan kerajaan.

28. HAK ASASI MANUSIA

  • Hak-hak yang terkandung dalam Deklarasi Sejagat Hak Asasi Manusia tidak dapat diterima
  • Sebilangan besar negara sedang membangun atau negara Dunia Ketiga seperti hak kebebasan beragama, kebebasan individu dan sebagainya
  • Sebahagian besar negara di Asia dan Afrika tidak mengiktiraf tarafSEJAGAT (universal)hak asasi manusia yang terdapat dalamDeklarasi Sejagat Hak Asasi Manusia.
  • Menunjukkan berlakunya pertembunganantara universalisme dan relativisme
    • Hak asasi manusia masih belum lagi bersifat sejagat

29. GENERASI HAK ASASI MANUSIA

  • TerdapatTIGA (3)Generasi Hak Asasi Manusia
    • Generasi Pertama
    • Generasi Kedua
    • Generasi Ketiga

30. GENERASI HAK ASASI

  • Generasi Pertama(Generasi Hak Sivil dan Politik)
    • Menekankan hak-hak sivil dan politik
    • Abad ke-17 dan ke-18 yang mempunyai hubungan dengan revolusi Inggeris, Amerika dan Perancis
    • Hasilmelalui
      • pemikiran politik individualisme, dan liberalisme
      • doktrin ekonomi dan sosial, dan pasaran bebas
    • Konsep hak asasi manusia bentuk negatif (kebebasan untuk melakukan sesuatu)
    • menekankan usaha tidak campur tangan kerajaan

31. GENERASI HAK ASASI

  • Pendekatan Demokrasi Liberal SEMBILAN (9)perkara yang digariskan
    • Kekuasaan yang sebenar di tangan pihak pegawai yang terpilih dan dipilih.
    • Pengehadan kuasa eksekutif oleh perlembagaan.
    • Keputusan pilihanraya tidak ditentukan.
    • Kebudayaan, etnik, agama dan kumpulan minoriti dan majoriti tidak ditegah daripada meluahkan kepentingannya di dalam proses politik dan daripada menggunakan kebudayaaan dan bahasanya

32. GENERASI HAK ASASI

    • Melangkaui parti dan hubungkait pilihanraya.
    • Kebebasan berpersatuan dan pluralisme, kewujudan sumber maklumat alternatif.
    • Individu mempunyai kebebasan untuk percaya, meluahkan pendapat, perbincangan, berucap, penerbitan, berkumpul, demonstrasi dan petisyen.
    • Rakyat secara politiknya adalah samadalam undang-undang.
    • Peraturan undang-undang melindungi rakyat.

33. GENERASI HAK ASASI

  • Generasi Kedua (Hak Ekonomi, Sosial dan Budaya)
    • Bermula pada awal abad ke-19 melalui tradisi sosialis.
    • Lebih merujuk pada hak-hak ekonomi, sosial dan kebudayaan
    • Timbul hasil perasaan tidak puas hati ke atas perkembangan kapitalis yang mendasari konsep kebebasan individu yang mengabsahkan eksploitasi ke atas kelas pekerja dan masyarakat yang dijajah.
    • Lebih mewakili hak-hak positif

34. GENERASI HAK ASASI

  • BerdasarkanDeklarasi Sejagat Hak Asasi Manusia Perkara 22-27,merangkumi
    • hak keselamatan sosial, hak bekerja dan perlindungan daripada pengangguran,
    • hak berehat dan beriadah termasuklah cuti bergaji, tahap kesihatan yang mencukupi, kesejahteraan diri serta keluarga,
    • hak mendapat pendidikan dan
    • hak mendapat perlindungan daripada dijadikan pengeluaran saintifik, kesusasteraan dan artistik.
  • Memerlukan peranan kerajaan kerana terdapatnya tuntutan ke atas pelbagai keperluan kebendaan
    • Ini membawa penekanan kepada konsep kesamarataan.

35. GENERASI HAK ASASI

  • Generasi Ketiga (solidarity / persaudaraan)
  • MengandungiEMPAT (4) hak iaitu
    • hak bagi pembangunan
    • hak bagi persekitaran yang sihat dan seimbang daripada segi ekologinya
    • hak bagi keamanan, dan
    • hak bagi pemilikan warisan bersama manusia.
  • Vasak menjelaskan
    • generasi ini adalah baru dalam erti kata ia mungkin dituntut terhadap negara
    • tetapi hanya boleh direalisasikan melalui tindakan bersama semua ahli dalam masyarakat, sama ada individu, negara, badan awam dan swasta atau masyarakat antarabangsa amnya.

36. GENERASI HAK ASASI

  • Weston berpendapat terdapatENAM (6)bentuk hak asasi manusia Generasi Ketiga (Perkara 28 Deklarasi Sejagat Hak Asasi Manusia)
    • Menuntut setiap orang harus mematuhi tata sosial dan antarabangsa bagi membolehkan hak-hak yang termaktub di dalam deklarasi dilaksanakan
    • TIGA (3) daripada hak terbabit memberi kesan pada kebangkitan nasionalisme negara-negara Dunia Ketiga dan revolusi
    • TIGA (3)hak yang lain ialah hak untuk aman, hak untuk persekitaran yang sihat dan seimbang dari segi ekologinya dan hak untuk bantuan kemanusiaan.
    • Kesemua ENAM (6) hak merupakan hak kolektif dan BUKAN hak individu.

37. KEBEBASAN ASASI

  • Kebebasan asasi adalah suatu bentuk hak yang harus dimiliki oleh setiap warganegara atau rakyat yang berada di bawah sesebuah pemerintahan demokrasi.
  • Demokrasi adalah suatu sistem yang memberikan peluang kepada rakyat bagi melibatkan diri dalam pembuatan keputusan atau pembentukan dasar.

38. KEBEBASAN ASASI

  • Robert A.Dahl menghuraikan
    • demokrasi tidak hanya tergantung pada suatu bentuk persaingan dan penyertaan politiksemata-mata
    • tetapi demokrasi juga meliputi suatu tahap kebebasan asasi
    • kebebasan bersuara, mengeluarkan pendapat, akhbar dan sebagainya
    • membolehkan rakyat membentuk atau meluahkan kecenderungan politik mereka kepada sesuatu yang lebih bermakna.

39. KEBEBASAN ASASI

  • C.F Strong menghuraikan
    • demokrasi adalah suatu corak kerajaan yang bergantung pada persetujuan dan keengganan ramai.
    • Rakyat turut sama mengambil bahagian dalam pemerintahan melalui wakil dan rakyat yang mempunyai kedaulatan.

40. KEBEBASAN ASASI

  • John Locke melalui karyanya Second Treatise on Civil Government (1690)
    • mengandaikan beberapa hak kebebebasan asasi itu adalah bersifat semulajadi
    • hak kebebasan asasi manusia termasuklah hak untuk tidak dibunuh, diperhamba, diseksa atau dimiskinkan oleh pemerintah.
    • Pemerintah juga bertanggungjawab mempertahankan kebebasan asasi individu kerana masyarakat sivil dan kerajaan ditubuhkan di atas prinsip keuntungan umum
      • manusia sentiasa bersiap sedia dan sanggup mentaati pemerintah dan menerima keputusan majoriti supaya harta mereka dilindungi.

41. KEBEBASAN ASASI

  • Joseph Raz melaluibukunya The Morality of Freedom (1986)
    • identifikasi kepada kebebasan asasi adalah bergantung kepada bagaimana kerajaan melihat dan menilai kebaikan awam.
    • kebebasan haruslah mempunyai satu alasan perlindungan yang istimewa ke atas kepentingan individu dan
    • pada masa yang sama melindungi kebaikan awam, iaitu suatu aspek kepada budaya masyarakat awam

42. KEBEBASAN ASASI

  • John Stuart Mill menilai kebebasan daripada sudut hubungan individu dengan negara.
    • Seseorang individu seharusnya dibiarkan bebas.
    • Negara hanya wajar campurtangan dalam kebebasan individu berdasarkanDUA (2)alasan:-
    • i) Tindakan seseorang individu itu tidak boleh dipertanggungjawabkan kepada masyarakat selagi tindakan itu hanya untuk diri sendiri dan tidak berkaitan dengan orang lain.
    • ii) Hal tindakan yang menimbulkan prasangka ke atas kepentingan orang lain.

43. KEBEBASAN ASASI

  • Golongan Marxis pula melihat kebebasan
    • membebaskan suatu golongan tertindas daripada cengkaman atau pemerasan ekonomi.
    • Kesamarataan ekonomi hanya akan wujud apabila berlakunya revolusi menjatuhkan golongan borjuis oleh golongan proletariat.
    • Kebebasan mutlak hanya diperolehi sekiranya manusia memasuki komunisme.

44. KEBEBASAN ASASI

  • Amartya Sen menggariskanLIMA (5)mekanisme penting mengenai erti kebebasan
  • Kebebebasan politik
    • dikenali sebagai hak sivil
    • Peluang kepada rakyat untuk menentukan siapa yang memerintah dan prinsip pemerintahan
    • Contoh : kebebasan memilih parti politik yang berbeza, kebebasan berpersatuan
  • Kemudahan ekonomi
    • Peluang yang ada kepada individu untuk menikmati sumber-sumber ekonomi
    • Hak-hak ekonomi yang dimiliki dan boleh diperolehi

45.

  • Peluang Sosial
    • Susunan sosial yang dibentuk oleh masyarakat bagi memperolehi peluang pendidikan, penjagaan kesihatan etc,
    • untuk memperolehi kehidupan yang lebih baik dan penglibatan dalam aktiviti politik dan ekonomi

46.

  • Jaminan ketelusan
    • Keterbukaan yang membolehkan rakyat bebas berurusan antara satu sama lain
    • Mencegah kegiatan rasuah, meningkatkan akauntabiliti etc
  • Perlindungan keselamatan
    • Membekalkan kawalan sosial untuk mengelakkan daripada melarat, kebuluran etc

47. KESIMPULAN

  • Perkembangan idea berkenaan hak asasi manusia adalah manifestasi daripada pemikiran liberalisme sehinggalah terbentuknya satu deklarasi yang dibei nama Deklarasi Sejagat Hak Asasi Manusia.
  • Dengan tidak menafikan fahaman dan agama, hak individu dan kebebasan asasi yang dibawa oleh pemikiran liberal berjaya menginstitusikan hak asasi manusia tersebut.
  • Walaupun kekejaman dan kezaliman manusia tidak dapat dikawal sepenuhnya di sekitar dunia, namun usaha-usaha bagi mendaulatkan hak asasi manusia ini harus diteruskan bagi menjamin kelangsungan dan kebahagiaan generasi akan datang.