Post on 07-Oct-2015
description
14
2.0 SINOPSIS
Dalam topik ini anda akan mempelajari reka bentuk bangunan unik di
dunia, kestabilan struktur, merekabentuk struktur yang stabil dan dapat menahan
keadaan muka bumi yang mencabar serta membincangkan tentang kestabilan
struktur sebagaimana dalam kurikulum sains sekolah rendah.
2.1 HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda akan dapat:
menakrifkan struktur
mendefinasi kekuatan struktur
mendefinasi kestabilan struktur
menerangkan faktor-faktor yang mempengaruhi kekuatan struktur
menerangkan faktor-faktor yang mempengaruhi kestabilan struktur
merekabentuk struktur yang stabil serta dapat menahan keadaan muka
bumi yang mencabar
2.2 KERANGKA TAJUK
TOPIK 2
ISU 1: REKA BENTUK, INOVASI DAN REKA CIPTA
Reka Bentuk, Inovasi dan Reka Cipta
Kestabilan Struktur Kekuatan Struktur
Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Kekuatan dan Kestabilan
15
2.3 REKA BENTUK BANGUNAN UNIK di DUNIA
Kelompang telur, sarang lebah, jambatan dan pencakar langit semuanya
merupakan struktur. Struktur boleh jadi mudah seperti kelompang telur atau amat
kompleks seperti pencakar langit. Biasanya sesuatu struktur terdiri daripada
beberapa unit kecil yang disambung bersama-sama. Bentuk dan cara unit
disambung membolehkan struktur menahan sesuatu daya. Struktur mesti
mampu menampung beban dan dapat menahan sebarang daya luaran yang
dikenakan ke atasnya tanpa runtuh atau roboh.
a) The Crookedhouse
Rajah 2.1 b) Hundertwasser house Waldspirale (Forest Spiral)
Rajah 2.2
16
c) Ideal Palace atau Istana idaman di France
Rajah 2.3
d) "the basket building" di Newark, Ohio
Rajah 2.4 e) Perpustakaan Awam Bandar Kansas
Rajah 2.5
17
f) "Wonderworks Orlando Amusement Park
Rajah 2.6
g) Rumah kubik di Rotterdam Netherlands
Rajah 2.7
h) Dancing House" kota Prague, Republik Czech.
Rajah 2.8
18
i) Bangunan Piano dan Biola di China
Rajah 2.9
j) Auto Residence atau Aauto Restoran Austria
Rajah 2.10 k) Wozo Apartments Amsterdam Holland
Rajah 2.11
19
l) Air Force Academy Chapel, Colorado United States
Rajah 2.12
m) Berlin Zeiss Planetarium Berlin Germany
Rajah 2.13
n) Container City London United Kingdom
Rajah 2.14
20
o) Great Mosque of Djenne Mali
Rajah 2.15
Aktiviti
2.4 KESTABILAN STRUKTUR
Struktur ialah benda-benda yang mempunyai saiz dan bentuk untuk
fungsi dan tujuan tertentu. Untuk berfungsi, setiap bahagian struktur mesti boleh
menentang daya tolakan atau daya tarikan yang boleh merosakkan bentuk atau
saiz. Struktur dibina berdasarkan kepada beberapa bentuk asas. Antara bentuk
asas ialah kubus, kuboid, kon, silinder, piramid, sfera dan hemisfera. Bangunan dibina berdasarkan kepada beberapa bentuk asas. Banyak struktur-struktur yang
dibina supaya mereka mempunyai bentuk keseluruhan yang geometri
(contohnya skyscraper adalah satu blok yang tinggi, sempit, dan segi empat
tepat dalam bentuk keseluruhannya). Setiap bentuk geometri mempunyai
kekuatan dan kelemahan tertentu yang dipertimbangkan apabila mereka bentuk
struktur. Sesuatu struktur dikatakan stabil jika struktur itu tidak mudah rebah dan
tumbang apabila ditolak atau digerakkan. Terdapat banyak jenis struktur di
Cari maklumat mengenai bangunan unik dalam Rajah 1 hingga Rajah 15. Apakah keunikan setiap Rajah 1 hingga Rajah 15
21
sekeliling kita. Sesetengah struktur berbentuk mudah manakala yang lain
adalah kompleks.
2.5 MEREKA BENTUK STRUKTUR YANG STABIL dan DAPAT
MENAHAN KEADAAN BUMI YANG MENCABAR
Perbincangan
Tiada satu pun bangunan tinggi dan jambatan panjang di negara ini secara
keseluruhannya direka bentuk tahan kepada ancaman gempa bumi. Pakar
kejuruteraan gempa bumi Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof. Dr.
Azlan Adnan berkata, langkah-langkah bagi persediaan menghadapi
ancaman itu bagi bangunan kerajaan yang kritikal dan penting termasuk
jambatan yang akan dibina hanya dikuatkuasakan pada awal tahun 2010.
Jabatan Kerja Raya (JKR) hanya menguatkuasakan undang-undang supaya
bangunan yang akan dibina mengikut reka bentuk bersesuaian dengan
ancaman gempa bumi pada awal 2010.
Sumber : Utusan Malaysia 26/07/2010
Baca petikan di atas dan jawab soalan-soalan berikut:
a. Berikan pendapat anda mengenai pernyataan di atas.
b. Dengan menggunakan bahan-bahan seperti penyedut minuman, pita
selofan, plastisin bina prototaip struktur yang stabil dan dapat
menahan keadaan bumi yang mencabar seperti gempa bumi.
22
2.6 PERBINCANGAN TENTANG KESTABILAN STRUKTUR DALAM KURIKULUM SAINS SEKOLAH RENDAH
2.6.1 Bentuk Objek Dalam Struktur
Aktiviti
1. Lukis dan namakan tujuh bentuk asas binaan. 2. Rajah 2.16 menunjukkan contoh binaan dengan bentuk-bentuk
yang berbeza. Namakan bentuk asas binaan tersebut.
KOMTAR Pulau Pinang
a)
KLCC Kuala Lumpur
b)
Bangunan Parlimen
c)
Menara KL
d)
Piramid Mesir
e)
Iglu
f)
Rajah 2.16
23
3. Namakan bentuk-bentuk pada binaan Rajah 2.17
Rajah 2.17
2.6.2 Kekuatan Struktur
Kekuatan struktur ialah keupayaan untuk menahan daya yang
bertindak keatasnya. Struktur yang kuat mestilah dapat menampung
beban yang berat dan tidak mudah retak, pecah, patah atau runtuh.
Kekuatan struktur bergantung kepada:
a.Jjenis bahan yang digunakan
Bahan yang berbeza mempunyai kekuatan yang berbeza. Besi,
keluli dan konkrit lebih kuat daripada kayu. Binaan yang diperbuat
daripada konkrit lebih kuat daripada binaan yang diperbuat daripada
kayu.
b. Saiz struktur
Saiz struktur mestilah sepadan dengan beban yang ditanggungnya.
c. Bentuk struktur
Struktur yang melengkung adalah lebih kuat daripada struktur yang rata.
24
Fikirkan
2.6.3. Kestabilan Struktur
Kestabilan ialah keupayaan bagi sesuatu objek untuk tidak
tumbang dengan mudah apabila ditolak atau ditarik. Kestabilan sesuatu
objek atau sesuatu struktur bergantung kepada:
a. luas tapak Struktur lebih stabil jika luas tapak lebih besar b. ketinggian Struktur lebih stabil sekiranya lebih rendah
Mengapakan struktur melengkung lebih kuat daripada struktur yang rata.
Bincangkan menggunkan konsep fizik.
25
Aktiviti
1. Manakah antara berikut yang lebih stabil ? Mengapa
Jawapan : ________________________________________________________
Jawapan:
___________________________________________________
Rujukan
Marni Baharom dan Emcee Voo. (2008). Complete Text & Guide Science Year 5. Arah Pendidikan.