Post on 24-May-2015
description
SEMUT MELAWAN GAJAH
NAMA :
KELAS :
SEKOLAH :
Pembelajaran Interaktif Melalui Internetwww.zoom-a.com
Pembelajaran Interaktif Melalui Internetwww.zoom-a.com
1
Dalam sebuah rimba, segala
haiwan tinggal dengan aman dan
bahagia.
Pembelajaran Interaktif Melalui Internetwww.zoom-a.com
2
Namun, pada suatu hari, rimba itu
menjadi hingar-bingar. Semua
haiwan kecoh kerana ada seekor
gajah baharu datang.
Pembelajaran Interaktif Melalui Internetwww.zoom-a.com
3
Gajah itu sungguh garang dan
suka berkelahi. Gajah-gajah lain
melarikan diri. Mereka tidak berani
melawan gajah itu.
Pembelajaran Interaktif Melalui Internetwww.zoom-a.com
4
Malah, haiwan lain turut menjadi
mangsa gajah itu. Semua haiwan
dalam rimba itu menjadi susah hati.
Mereka tidak berani menghalau
gajah itu.
Pembelajaran Interaktif Melalui Internetwww.zoom-a.com
5
"Aku tidak berani berlawan
dengannya. Gajah itu lebih besar
dan kuat,” kata salah seekor gajah
dalam rimba itu.
Pembelajaran Interaktif Melalui Internetwww.zoom-a.com
6
“Aku pun tidak berani juga,” ujar
Sang Beruang.
Tiba-tiba terdengarlah pula suatu
suara, "Biarlah aku cuba
melawannya.”
Pembelajaran Interaktif Melalui Internetwww.zoom-a.com
7
Rupa-rupanya Sang Semut
bersuara.
Semua haiwan ketawa.
"Engkau sangat kecil, wahai Sang
Semut!” kata Sang Badak.
Pembelajaran Interaktif Melalui Internetwww.zoom-a.com
8
Namun, Sang Semut tidak peduli.
Keesokan harinya, Sang Semut
pergi ke tempat gajah itu. Sang Semut
merayap perlahan-lahan. Sang Semut
masuk ke dalam telinga gajah.
Pembelajaran Interaktif Melalui Internetwww.zoom-a.com
9
Meraung-raunglah gajah itu
kerana sangat kesakitan. Telinganya
digigit oleh Sang Semut.
Pembelajaran Interaktif Melalui Internetwww.zoom-a.com
10
Siang dan malam, gajah itu asyik
meraung kesakitan. Akhirnya, gajah
itu pun meninggalkan tempat itu.
Beberapa hari kemudian, Sang
Semut pulang ke rimba itu semula.
Pembelajaran Interaktif Melalui Internetwww.zoom-a.com
11
Semua haiwan berasa hairan.
Bagaimanakah Sang Semut boleh
mengalahkan gajah itu?Mereka berasa malu pada Sang
Semut.
Pembelajaran Interaktif Melalui Internetwww.zoom-a.com
12
“Engkau sungguh gagah dan
berani,” kata Sang Badak kepada
Sang Semut.
Semenjak hari itu, semua haiwan
sangat menghormati Sang Semut.