Perambahan Brunei

Post on 21-Jun-2015

3.143 views 1 download

Transcript of Perambahan Brunei

PERIBAHASA: PERAMBAHAN BRUNEI

MAKSUDPerambahan Brunei merupakan ayat atau

kelompok kata yang mempunyai susunan yang tetap dan mengandungi pengertian yang tertentu sebagai kiasan, bandingan, teladan dan pengajaran.

FAEDAH PENGGUNAAN PERAMBAHAN BRUNEI1. Menghiasi percakapan- Contoh: “Sejak dari semalam, saya masih

merasa angkat-angkat angin”.2. Menguatkan tujuan percakapan atau

karangan3. Sebagai wadah pengajaran

Aing ditetak indakan putusPertalian kekeluargaan

tidak akan putus walaupun berlaku perbalahan atau pertengkaran.

Contoh ayat:“Walaupun mereka

bermusuhan tetapi aing ditetak indakan putus”

Amai tanganSuka memegang-

megang sesuatu tanpa tujuan.

Contoh ayat:“Dia tidak pernah

duduk diam, ada-ada sahaja hendak dipegangnya. Ibunya marah kerana dia amai tangan itu”.

Buruk siku tambal balangMemberi dan

meminta balik.Contoh ayat:“ Sikapnya yang

buruk siku tambal balang itu tidak disukai oleh kawan-kawannya”.

Galak rasaTerasa malu.Contoh ayat:“ Semasa berjalan di

hadapan rumah orang itu, dia galak rasa kerana ramai orang memerhatikannya”.

Gila usinTerlalu tamak pada

wang.Contoh ayat:“ Oleh kerana gila

usin dia sanggup mengambil untung yang berlebih-lebihan”.

Injin papakgigi

Jahat rasaKurang sihat

Macam ambuk di tunjangSuka berangan-angan tanpa berusaha

Macam ayam kebasahanSugul atau susah hati

Tais liurIngin atau berhajat akan sesuatu