Post on 23-Feb-2016
description
razizi.uitm.edu.my
KONSEP KEPERCAYAAN DAN AMALAN BERAGAMA
Disediakan Oleh
Nor Azrina @ Nor Azura bt. Ab. RahmanWan Rohani Sulaiman
Nasharuddin Mohamad
razizi.uitm.edu.my
TAJUK PERBINCANGAN Pendahuluan Konsep Kepercayaan Konsep Ibadah Dosa dan Pahala Konsep Halal dan Haram Kehidupan Selepas Mati Kesimpulan
razizi.uitm.edu.my
HASIL PEMBELAJARAN
Menjelaskan konsep kepercayaan dan amalan beragama
Di akhir pembelajaran topik ini pelajar dapat :
razizi.uitm.edu.my
PENDAHULUAN Manusia dilahirkan dengan naluri keperluan
untuk beragama. Naluri ini mendorong setiap manusia mencari
sesuatu yang menjadi sembahan dan kepercayaan yang akan memberikan kekuatan pada dirinya bagi mengharungi kehidupan di dunia yang penuh dengan ujian dan pancaroba.
Manusia juga memerlukan agama untuk mengawal tingkahlaku dan mengatur kehidupan di dunia ini.
razizi.uitm.edu.my
Kepercayaan pada umumnya bermaksud akuan akan kebenaran sesuatu perkara.
Ia merupakan suatu keyakinan terhadap tuhan, roh, perkara ghaib atau suci yang menghasilkan suatu bentuk penyembahan.
Konsep kepercayaan juga boleh difahami sebagai konsep kepercayaan kepada tuhan.
KONSEP KEPERCAYAAN
razizi.uitm.edu.my
...... SAMBUNGAN Persoalan kepercayaan dalam suatu agama
boleh dirujuk pada kitab anutan setiap agama. Sebagai contoh, agama Islam berpegang kepada kitab al-Quran, Kristian berpegang kepada Injil (Bible) dan Yahudi berpegang kepada Alkitab.
kepercayaan yang disandarkan kepada sumber samawi adalah lebih benar dan tepat dibandingkan dengan sumber adat dan budaya manusia.
razizi.uitm.edu.my
KONSEP KEPERCAYAAN MENURUT YAHUDI Semenjak 2500 tahun dahulu wujud dua aliran kepercayaan dalam agama Yahudi. Aliran pertama - mempercayai tuhan bersifat Maha Esa dan Maha Pengasih. Aliran kedua - mempercayai bahawa tuhan hanya khusus bagi
penganut Yahudi sahaja . Aliran ini juga berpendapat bahawa tuhan bersifat pembenci dan membalas dendam kepada semua suku dan bangsa selain Yahudi - "Bangsa Pilihan". (Noordin, 2008 : 178)
razizi.uitm.edu.my
...... SAMBUNGAN Alkitab merupakan kitab suci dalam agama Yahudi.
Ia merupakan old Testament (Perjanjian Lama) yang terdapat di dalam agama Kristian.
Talmud pula adalah kitab syarahan atau tafsiran kepada Al-kitab. (Rahmat, 1976 : 326)
Penganut Yahudi lebih mempercayai keesaan Tuhan. Di dalam agama Yahudi tiada doktrin tentang konsep Triniti ketuhanan sebagaimana Kristian.
razizi.uitm.edu.my
...... SAMBUNGAN Sejak abad ke-19 orang-orang Yahudi menyebut
nama Tuhan mereka sebagai Yahweh. Kemudian disebut Jehovah (Yehova) dan akhir sekali dengan sebutan Yahuwa (Sou'yb, 1996 : 276)
Nama-nama lain bagi Tuhan selain Yahweh dan Yehova ialah Elohim, Adonai dan Sechinah (Rahmat, 1976 : 326)
Orang-orang Yahudi juga mempercayai kedatangan Messiah yang merupakan seorang tokoh penyelamat dan pembimbing manusia ketika menghadapi penderitaan dan huru hara pada akhir zaman (Rahmat, 1976 : 327 )
razizi.uitm.edu.my
...... SAMBUNGAN 13 asas kepercayaan agama Yahudi yang dikenali
sebagai Rukun Iman Yahudi. Antaranya adalah sebagaimana berikut (Rahmat, 1976 : 330) :
1. Percaya kepada Tuhan Maha Pencipta2. Percaya kepada Keesaan Tuhan3. Percaya bahawa Tuhan tidak bertubuh4. Percaya bahawa Tuhan itu abadi5. Percaya bahawa Tuhan adalah tumpuan
pengabdian6. Percaya kepada kata-kata yang diucapkan
oleh Nabi-nabi
razizi.uitm.edu.my
...... SAMBUNGAN7. Percaya bahawa Musa adalah Nabi yang
terbesar8. Percaya kepada hukum yang diwahyukan
kepada Musa9. Percaya bahawa hukum tersebut tidak
berubah10.Percaya bahawa Tuhan Maha Mengetahui11.Percaya kepada ganjaran dosa dan pahala
dari Tuhan12.Percaya kepada kedatangan Messiah13.Percaya kepada kebangkitan semula
selepas mati.
razizi.uitm.edu.my
KONSEP KEPERCAYAAN MENURUT KRISTIAN
Secara asasnya terdapat tiga aliran mazhab utama dalam agama Kristian iaitu Roman Katolik, Protestan dan Evangelikal. Namun kini terdapat aliran-aliran baru yang muncul
seperti Basel, SDA (Seven Day Adventist), SIB, Anglikan, Gereja Yesus Benar, Jehovah Witnesses, PCS, Mormon dan sebagainya. (Nicholas Sylvester, 2009 :110)
razizi.uitm.edu.my
...... SAMBUNGAN Holy Bible adalah kitab suci dalam agama Kristian. Ia terbahagi kepada dua bahagian iaitu Old
Testament (perjanjian lama) dan New Testament (perjanjian Baru)
Penganut Kristian mengakui kitab suci agama Yahudi iaitu Old Testament adalah sebahagian dari kitab sucinya. (Sou'yb, 1996 : 318)
razizi.uitm.edu.my
...... SAMBUNGAN Terdapat 5 doktrin utama dalam agama Kristian
sebagaimana berikut :
1. Doktrin Dosa Warisan (The Original Sin) 2. Doktrin anak tuhan (The Sonship of God) 3. Doktrin ketuhanan Jesus (The Divinity of
Jesus)4. Doktrin Kesucian Triniti (The Holy Trinity)5. Doktrin Penyaliban Jesus. (The Cruxifixion
Jesus)
razizi.uitm.edu.my
KONSEP KEPERCAYAAN MENURUT ISLAM Konsep kepercayaan di dalam Islam disebut akidah. Akidah adalah kata dasar dalam bahasa Arab iaitu ‘aqada’. Ia bermaksud simpulan atau perkara yang merujuk
kepada sesuatu yang teguh dan mantap atau iman yang kuat dan mendalam terhadap Allah dan segala yang terkandung dalam Rukun Iman
razizi.uitm.edu.my
...... SAMBUNGAN Agama Islam mempercayai keesaan Allah yang
bermaksud tiada Tuhan selain Allah. Agama Islam berpandukan kepada Al-Quran sebagai
sumber utama. Manakala sumber kedua agama Islam adalah Sunnah Rasulullah (Hadith-hadith Nabi)
Mengesakan Allah juga disebut Tauhid. Islam meletakkan seluruh pengabdian dan
penyembahan hanyalah kepada Allah dan meyakini Nabi Muhammad sebagai pesuruh Allah.
razizi.uitm.edu.my
...... SAMBUNGAN Rukun Iman dalam agama Islam adalah
sebagaimana berikut :
1. Beriman kepada Allah2. Beriman kepada Malaikat3. Beriman kepada Rasul dan Nabi4. Beriman kepada Kitab5. Beriman kepada Hari Kiamat6. Beriman kepada Qada’ dan Qadar
razizi.uitm.edu.my
...... SAMBUNGAN Lima perkara Rukun Islam adalah
sebagaimana berikut :1. Mengucap dua kalimah syahadah2. Menunaikan solat 5 waktu sehari
semalam3. Berpuasa di bulan Ramadhan4. Menunaikan zakat5. Menunaikan Haji bagi yang
berkemampuan
razizi.uitm.edu.my
Amalan dalam agama adalah suatu bentuk aktiviti atau perlakuan manusia dengan tujuan untuk menyembah tuhan.
Ibadah dalam Islam ialah amalan yang berkait dengan pematuhan, ketaatan dan ketundukan kepada Allah.
Secara umum ibadah terbahagi kepada 2 iaitu :
1. Ibadah zahir 2. Ibadah batin
KONSEP IBADAH
razizi.uitm.edu.my
KITAB SUCI AGAMA ISLAM Al-Quran:
kitab suci yang terakhir diturunkan kepada Nabi Muhammad
s.a.w secara beransur-ansur selama 23 tahun melalui perantara malaikat Jibril
pelengkap kepada semua kitab-kitab suci yang sebelumnya.
Ianya terjamin asli sehingga hari kiamat. ( al-Hijr : 9) Nama Isa disebut lebih banyak
berbanding Muhammad Terdapat surah khusus iaitu Maryam
razizi.uitm.edu.my
16. Dan Ceritakanlah (kisah) Maryam di dalam Al Quran, yaitu ketika ia menjauhkan diri dari keluarganya ke suatu tempat di sebelah timur,
17. Maka ia mengadakan tabir (yang melindunginya) dari mereka; lalu kami mengutus roh Kami[901] kepadanya, Maka ia menjelma di hadapannya (dalam bentuk) manusia yang sempurna.
18. Maryam berkata: "Sesungguhnya Aku berlindung dari padamu kepada Tuhan yang Maha pemurah, jika kamu seorang yang bertakwa".
19. Ia (Jibril) berkata: "Sesungguhnya Aku Ini hanyalah seorang utusan Tuhanmu, untuk memberimu seorang anak laki-laki yang suci".
20. Maryam berkata: "Bagaimana akan ada bagiku seorang anak laki-laki, sedang tidak pernah seorang manusiapun menyentuhku dan Aku bukan (pula) seorang pezina!"
21. Jibril berkata: "Demikianlah". Tuhanmu berfirman: "Hal itu adalah mudah bagiKu; dan agar dapat kami menjadikannya suatu tanda bagi manusia dan sebagai rahmat dari Kami; dan hal itu adalah suatu perkara yang sudah diputuskan".
razizi.uitm.edu.my
22. Maka Maryam mengandungnya, lalu ia menyisihkan diri dengan kandungannya itu ke tempat yang jauh.
23. Maka rasa sakit akan melahirkan anak memaksa ia (bersandar) pada pangkal pohon kurma, dia berkata: "Aduhai, alangkah baiknya Aku mati sebelum ini, dan Aku menjadi barang yang tidak berarti, lagi dilupakan".
24. Maka Jibril menyerunya dari tempat yang rendah: "Janganlah kamu bersedih hati, Sesungguhnya Tuhanmu Telah menjadikan anak sungai di bawahmu.
25. Dan goyanglah pangkal pohon kurma itu ke arahmu, niscaya pohon itu akan menggugurkan buah kurma yang masak kepadamu,
26. Maka makan, minum dan bersenang hatilah kamu. jika kamu melihat seorang manusia, Maka Katakanlah: "Sesungguhnya Aku Telah bernazar berpuasa untuk Tuhan yang Maha pemurah, Maka Aku tidak akan berbicara dengan seorang manusiapun pada hari ini".
27. Maka Maryam membawa anak itu kepada kaumnya dengan menggendongnya. kaumnya berkata: "Hai Maryam, Sesungguhnya kamu Telah melakukan sesuatu yang amat mungkar.
razizi.uitm.edu.my
28. Hai saudara perempuan Harun[902], ayahmu sekali-kali bukanlah seorang yang jahat dan ibumu sekali-kali bukanlah seorang pezina",
29. Maka Maryam menunjuk kepada anaknya. mereka berkata: "Bagaimana kami akan berbicara dengan anak kecil yang masih di dalam ayunan?"
30. Berkata Isa: "Sesungguhnya Aku Ini hamba Allah, dia memberiku Al Kitab (Injil) dan dia menjadikan Aku seorang nabi,
31. Dan dia menjadikan Aku seorang yang diberkati di mana saja Aku berada, dan dia memerintahkan kepadaku (mendirikan) shalat dan (menunaikan) zakat selama Aku hidup;
32. Dan berbakti kepada ibuku, dan dia tidak menjadikan Aku seorang yang sombong lagi celaka.
33. Dan kesejahteraan semoga dilimpahkan kepadaku, pada hari Aku dilahirkan, pada hari Aku meninggal dan pada hari Aku dibangkitkan hidup kembali".
34. Itulah Isa putera Maryam, yang mengatakan perkataan yang benar, yang mereka berbantah-bantahan tentang kebenarannya.
35. Tidak layak bagi Allah mempunyai anak, Maha Suci Dia. apabila dia Telah menetapkan sesuatu, Maka dia Hanya Berkata kepadanya: "Jadilah", Maka jadilah ia.
razizi.uitm.edu.myKONSEP AMALAN DALAM AGAMA YAHUDI Rumah Ibadat bagi penganut Yahudi dikenali
sebagai Synagogue, Shul atau temple. Penganut Yahudi melakukan sembahyang dalam
tiga waktu setiap hari iaitu :1. Sacharit (morning prayer) 2. Mincha (afternoon prayer) 3. Arvit (nightfall prayer)
Waktu sembahyang lain yang dilakukan pada hari-hari tertentu ialah :
1. Musaf - dilakukan pada hari Sabbath dan hari perayaan Yahudi yang besar
2. Neilah - dilakukan pada hari Yom Kippur
razizi.uitm.edu.myCONTOH AMALAN DALAM AGAMA YAHUDI
razizi.uitm.edu.myCONTOH AMALAN DALAM AGAMA YAHUDI
razizi.uitm.edu.my
...... SAMBUNGAN Antara perayaan-perayaan yang disambut dalam
agama Yahudi adalah sebagaimana berikut :1. Hari Sabat ( Hari Sabtu )2. Tahun Baru Yahudi3. Hari Raya Paskah4. Hari Raya Roti Tak Beragi 5. (Hag Hammasot)6. Festival Menuai7. Pentacost (Shavuot)8. Rosh Hashanah9. Yom Kippur
10. Festival Pondok Daun 11. (Sukkot)12. Festival Sukacita Taurat13. Festival Kenisah 14. (Hanukah)15. Festival Pesta Undi 16. (Purim)17. Hari Duka Nasional 18. (Tisha B’Av)19. Hari Kemerdekaan Israel
razizi.uitm.edu.my
KONSEP AMALAN DALAM AGAMA KRISTIAN Tempat ibadat penganut agama Kristian dikenali
sebagai gereja, gospel, chapel. Di Gereja, penganut Kristian melakukan upacara
ritual agama kristian yang dikenali sebagai 7 sakramen iaitu :
1. Sakramen pembaptisan2. Sakramen ekaristi (perjamuan kudus / Eucharist)3. Sakramen penguatan (confirmation)4. Pernikahan5. Sakramen imamat6. Sakramen pengakuan dosa (confession)7. Sakramen pengurapan orang sakit.
razizi.uitm.edu.my
...... SAMBUNGAN Penganut Kristian juga mengamalkan puasa mengikut
mazhab masing-masing.
AKTIVITI PELAJAR
razizi.uitm.edu.my
...... SAMBUNGAN Perayaan-perayaan utama Kristian
AKTIVITI PELAJAR
razizi.uitm.edu.my
CONTOH-CONTOH AMALAN DALAM AGAMA KRISTIAN
razizi.uitm.edu.my
CONTOH-CONTOH AMALAN DALAM AGAMA KRISTIAN
razizi.uitm.edu.my
razizi.uitm.edu.my
KONSEP IBADAH DALAM AGAMA ISLAM Umat Islam wajib mengerjakan solat lima waktu
sehari semalam, sebagaimana berikut :1. Solat Subuh2. Solat Zohor3. Solat Asar4. Solat Maghrib5. Solat Isyak
razizi.uitm.edu.my
...... SAMBUNGAN Selain 5 waktu solat yang wajib, umat Islam juga
digalakkan mengerjakan solat-solat sunat yang lain seperti sunat taubat, sunat dhuha, sunat tarawih dan sebagainya.
Selain solat, setiap muslim diwajibkan berpuasa sebulan pada bulan Ramadhan.
Umat Islam berpuasa dengan menahan diri dari makan dan minum serta perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar sehingga terbenam matahari.
razizi.uitm.edu.my
...... SAMBUNGAN Pada bulan Ramadhan, umat Islam banyak
melakukan amalan sedekah dan amalan-amalan baik yang lain kerana ganjaran pahala pada bulan ini adalah berganda berbanding pada bulan-bulan biasa.
Selain puasa Ramadhan terdapat juga puasa wajib yang lain seperti puasa Kifarah, puasa Qadha dan puasa Nazar
Puasa sunat pula adalah seperti puasa hari Isnin dan Khamis, puasa sunat Asyura, puasa enam di bulan Syawal dan sebagainya.
Manakala puasa haram pula ialah puasa pada Hari Raya Aidilfitri dan Aidil Adha dan puasa hari-hari tasyriq.
razizi.uitm.edu.my
...... SAMBUNGAN Hari Kebesaran Islam di Malaysia adalah
sebagaimana berikut :
1. Hari Raya Aidilfitri2. Hari Raya Aidil Adha3. Isra’ dan Mikraj4. Maulidul Rasul5. Nuzul Quran6. Awal Muharram
razizi.uitm.edu.my
CONTOH-CONTOH AMALAN DALAM AGAMA ISLAM
razizi.uitm.edu.my
CONTOH-CONTOH AMALAN DALAM AGAMA ISLAM
razizi.uitm.edu.my
AKTIVITI PELAJARAMALAN ISLAM YAHUDI KRISTIAN
SOLAT/ SEMBAHYANG
?
3 kali sehari
?
ZAKAT / SEDEKAH
?
Wajib
dilaksanakan
?
PUASA?
Mengikut mazhab
Contoh : Puasa Hari Yom Kippur
?
HAJI / ZIARAH?
Ziarah di Jerusalem
?
razizi.uitm.edu.my
KONSEP DOSA DAN PAHALA
Umumnya dosa ialah suatu balasan buruk yang terhasil dari tindakan dan perbuatan yang jahat manakala pahala ialah suatu balasan baik yang diperolehi hasil daripada kebaikan dan amalan terpuji dalam satu-satu agama
razizi.uitm.edu.my
DOSA DAN PAHALA DALAM AGAMA YAHUDI Agama Yahudi menganggap perbuatan jahat
dan perbuatan menyalahi perintah Tuhan adalah berdosa. Seseorang yang berdosa perlu meminta ampun kepada Tuhan dengan cara-cara tertentu.
Bagi penganut Yahudi, Yom Kippur merupakan hari paling suci dalam agama Yahudi. Ia adalah hari penebusan dosa bagi penganut Yahudi.
Pada hari Yom Kippur, mereka berpuasa dan bertaubat untuk mendapat keredhaan Tuhan
razizi.uitm.edu.my
DOSA DAN PAHALA DALAM AGAMA KRISTIAN Setiap perbuatan jahat dan menyalahi perintah
Tuhan dianggap berdosa. Antaranya ialah Dosa Warisan atau disebut
sebagai Original Sin. Nabi Adam dan Hawa telah menyebabkan
terjadinya dosa warisan ini. Apabila melakukan kesalahan, seseorang harus
mengakui perbuatan jahatnya itu dan memohon keampunan kepada Tuhan di hadapan seorang paderi (priest) dalam upacara confession.
razizi.uitm.edu.my
DOSA DAN PAHALA DALAM AGAMA ISLAM
Setiap manusia secara fitrahnya dilahirkan suci tanpa dosa.
Dikira berdosa hanya apabila melakukan perbuatan keji yang akan mengakibatkan balasan neraka.
Ganjaran syurga bagi yang melakukan kebaikan. Digalakkan senantiasa meminta ampun Allah
dalam pelbagai cara sama ada melalui doa, solat mahupun zikir kerana Islam mempercayai bahawa Allah bersifat Maha Pengampun.
razizi.uitm.edu.my
Menurut kamus dewan, halal bermaksud hukum yang membenarkan sesuatu perbuatan dilakukan, diperbolehkan, diizinkan dan dibenarkan.
Halal merupakan suatu prinsip mendatangkan kebaikan dengan menjauhi sesuatu yang boleh membawa kemudaratan kepada manusia dari segi jasmani dan jiwa.
Contoh : Memakan binatang yang disembelih
KONSEP HALAL HARAMHALAL
razizi.uitm.edu.my
Haram merupakan sesuatu yang ditegah untuk dilakukan, dipakai, dimakan atau diminum dan sebagainya.
Sesuatu yang haram boleh mendatangkan keburukan atau kemudaratan kepada manusia dari segi jasmani dan jiwa.
Contoh : Memakan binatang yang tidak disembelih / bangkai Meminum minuman memambukkan
KONSEP HALAL HARAMHARAM
razizi.uitm.edu.my
Kematian adalah terputusnya hubungan roh dengan jasad zahir dan batin, perpisahan antara keduanya, atau penggantian diri dari satu keadaan kepada keadaan yang lain.
Mati berbeza dengan tidur kerana tidur adalah suatu keadaan terputusnya roh sementara dengan hubungan lahiriah. (Ahmad Mohd. Salleh, 2008, p. 296)
KEHIDUPAN SELEPAS MATI
razizi.uitm.edu.my
KEHIDUPAN SELEPAS MATI DALAM AGAMA YAHUDI
Penganut Yahudi mempercayai wujudnya kehidupan selepas kematian.
Mereka percaya terdapatnya syurga dan neraka.
Individu yang banyak melakukan kebaikan dan amalan keagamaan Yahudi akan dikurniakan Syurga manakala mereka yang melakukan kejahatan akan dibalas dengan neraka.
razizi.uitm.edu.my
KEHIDUPAN SELEPAS MATI DALAM AGAMA KRISTIAN
Mempercayai adanya kehidupan selepas kematian. Mereka percaya setiap perbuatan jahat akan dibalas dengan siksaan di akhirat.
Manakala perbuatan baik akan diberi ganjaran baik selepas di akhirat.
Selepas kematian mereka akan dibangkitkan semula dan ditempatkan di 3 tempat iaitu syurga (Heaven), neraka (Hell) dan Purgatory.
Purgatory adalah tempat orang-orang yang tidak layak ke syurga ataupun ke neraka
razizi.uitm.edu.my
KEHIDUPAN SELEPAS KEMATIAN DALAM ISLAM Syurga dan neraka adalah tempat terakhir
perjalanan seseorang . Manusia akan menerima balasan setimpal di sisi
Allah di akhirat atas segala amalan yang dikerjakan di dunia.
Alam selepas kematian : Alam Barzakh Kiamat Kebangkitan (al-Ba’ath)
Dihimpunkan (al-Hasyr) Amalan dihitung (al-Hisab) Titian Sirat Syurga atau Neraka
razizi.uitm.edu.my
KESIMPULAN Kehidupan di dunia akan menjadi lebih tenang dan
sempurna dengan panduan agama. Agama memimpin manusia menjadi umat yang
bertamadun dan berbudi bahasa tinggi. Banyak contoh-contoh ketamadunan yang berasaskan agama telah ditonjolkan dalam lipatan sejarah.
Pemilihan agama adalah bergantung kepada pandangan dan persepsi individu.
Namun apa yang penting, agama yang dianuti perlu diyakini dan diamalkan suruhannya serta meninggalkan tegahannya.
razizi.uitm.edu.my
BIBLIOGRAFI1. Ahmad Mohd. Salleh, M. F. (2008), Islam Agama Rabbani,
Selangor: Oxford Fajar.2. al-Maghlouth, Sami bin Abdullah (2011), Atlas Agama-Agama,
Jakarta: Al-Mahira.3. al-Samad, Ulfat Aziz (1989), Islam And Cristianity, Kuwait: Al-
Ittihad Al-IslamiyAl-Alamiy4. Eliezer Siegel (2009), Introducing Judaism, New York :
Routledge5. Huston Smith (1991),The World’s Religions: Our Great
Wisdom Traditions, New York : Harper San Francisco6. Ian S. Markham, Tinu Ruparell (2001), Encountering Religion :
An Introduction To The Religions Of The World, USA : Blackwell Publishers
7. Jan N. Bremmer (2002), The Rise and Fall Of The Afterlife, New York : Routledge
8. John Bowker (2002), The Cambridge Illustrated History Of Religions, UK : Cambridge University Press
razizi.uitm.edu.my
BIBLIOGRAFI9. John Davies (1999), Death, Burial and Rebirth In The Religions
Of Antiquity, New York : Routledge10. Kamar Oniah Kamaruzzaman (2010), Explaining Buddhism
and Islam , Seminar paper in Religion And Pluralistic Co-Existence : The Muhibbah Perspective, Kuala Lumpur : IIUM Press
11. Khadijah Mohd Hambali @ Khambali (1999), Perayaan-perayaan Agama Kristian, Kuala Lumpur: Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam Universiti Malaya.
12. Mary Pat Fisher (2005), Living Religions, New Jersey : Pearson Prentice Hall
13. Mohd. Fauzi Awang (1971), Ugama-Ugama Dunia, Kelantan: Pustaka Aman Press, Cet. 2
14. Nicholas Sylvester, A. D. (2009), Asas Ajaran Kristian Menurut Perspektif Islam, Selangor: One Touch Creative Sdn. Bhd.
15. Noordin, S. (2008), Sejarah Pemikiran 1 : Sumber Ilmu, Perbandingan Ideologi dan Orde Baru Dunia, Johor Bahru: Perniagaan Jahabersa.
razizi.uitm.edu.my
BIBLIOGRAFI16. Rahmat, D. O. (1976), Dari Adam Sampai Muhammad: Sebuah
Kajian Mengenai Agama-agama, Kelantan: Pustaka Aman Press Sdn. Bhd.
17. Ramli Awang, Dr (2003), Sejarah Tuhan : Ateisme, Majusi, Kristian, Yahudi, Buddha, Hindu, Islam, Pahang:PTS Publications, cet. 1
18. Robert S. Ellwood, B. A. (2002), Many Peoples, Many Faiths, New Jersey: Pearson Prentice Hall.
19. Robert Goldenberg (2007), The Origins Of Judaism: From Canaan To The Rise Of Islam, UK : Cambridge University Press
20. Sou'yb, J. (1996), Agama-agama Besar Di Dunia, Jakarta: Al-Husna Zikra.
21. T. Patrick Burke (1996), The Major Religions : An Introduction With Texts, USA : Blackwell Publishers
22. Turner, B. S. (2010), The Sociology Of Religion, UK: Wiley-Blackwell Publishing Ltd.
razizi.uitm.edu.my
SEKIAN
TERIMA KASIH