Post on 29-May-2018
8/9/2019 Kejujuran Bukti Cinta Sejati
1/1
.:KEJUJURAN BUKTI CINTA SEJATI:.
PERCINTAAN bukan pasti berakhir dengan perkahwinan,
malah ada pasangan yang bercinta bagai Laila dan Majnuntetapi akhirnya putus di pertengahan jalan.
Justeru, apabila mengingatkan kisah percintaan lama, pasti
ramai di antara kita yang tersenyum sendiri. Bagi lelaki dan
wanita, mereka tentu mempunyai kisah percintaan sendiri yang
kadangkala jika ditulis boleh dibuat novel.
Ada yang kecewa akibat bercinta mengambil keputusan terus
membujang sehingga tua, seolah-olah cinta pertama itu terlalu
agung dan tidak boleh diganti dengan percintaan lain.
Namun, bagi kebanyakan kita, jodoh pertemuan ketentuan
Ilahi. Justeru, apabila gagal dalam percintaan pertama, kedua
dan seterusnya, masih ada ruang untuk mengubat kedukaan itu.
Apabila menjadi suami isteri, kadangkala teringat juga kisah
percintaan lama. Ada di antara kita yang berani untuk
memberitahu pasangannya mengenai cerita cinta yang pernah
ditempuhi dan bagi yang lain menyimpan dalam memori
sendiri.
Setiap orang pasti memiliki kisah masa lalu, sama ada buruk
atau indah. Timbul persoalan, adakah kisah masa lalu yangburuk itu perlu diceritakan kepada kekasih kita?
Adakah jika diceritakan akan membuktikan betapa dalamnya
cinta anda dan pasangan? Atau adakah dengan membuka cerita
cinta lama itu akan merosak dan memporak-porandakan
hubungan anda?
Ada yang berkata, jika anda tidak menyampaikan kisah cinta
masa lalu, maka anda akan menjadi seorang pembohong di
hadapan orang yang anda cintai dan anda tidak mungkin dapatmencintainya sepenuh hati.
Ini berlaku terutama kepada pasangan yang berkomitmen untuk
bersama-sama selamanya, justeru setiap orang berhak
mengetahui kisah pasangan yang dicintainya itu.
Namun, sebelum anda ingin menceritakan kisah percintaan
masa lalu, pastikan pasangan anda bersedia menerima segala
masa lalu anda dan melupakannya!
Beberapa hal yang perlu diperhatikan untuk menyingkap masa lalu:
Bagaimana keadaan anda ketika melalui saat-saat percintaan dengan bekas kekasih anda. Kehidupan sekarang lebih baik daripada masa lalu. Cerita percintaan masa lalu itu akan meningkatkan kualiti cinta anda. Ceritakan percintaan masa lalu yang boleh memberi manfaat kepada kehidupan anda dan pasangan ketika ini. Jalani hubungan anda dan pasangan dengan saling menanamkan kepercayaan dalam hubungan cinta. Tanamkan dalam diri hubungan ketika ini amat penting, justeru anda jujur untuk menceritakan kisah percintaan masa lalu.