Kata hubung

Post on 01-Jul-2015

2.328 views 4 download

Transcript of Kata hubung

Kata Hubung

Kata Hubung

• Menghubungkan

– Perkataan

– Frasa

– Ayat

Tetapi

• digunakan untuk menyatakan hal yang berlawanan atau bertentangan

– Budak itu pandai tetapi malas.

– Anita suka membaca tetapi dia benci menuliskarangan.

– Saya gemar mendengar lagu tetapi saya tidakboleh menyanyi.

Atau

• menyatakan sesuatu itu sama dengan yang lain

– Adakah itu binatang atau haiwan?

• menyatakan yang mana di antara dua

– Kamu hendak mengikut kami atau tinggal di sini?

• menyatakan lawan bagi sesuatu kata

– Miskin atau kaya, semuanya bergembira pada hari itu.

Dan

• Menghubungkan dua perkataan.

– Ada yang orang sedang menyanyi dan ada ada pula yang menari.

– Ibu membeli susu dan roti di kedai.

– Dia suka bermain bola sepak dan berbasikal pada masa lapang.

Serta

• bersama dengan / dan juga

– Abdullah serta keluarganya telah berlepas ke Bangkok semalam.

– Beliau memang baik hati serta jujur.

– Hujan serta ribut turun pada malam itu.

Lalu

• Selepas itu

– Bayi itu diberi susu lalu ditidurkan.

– Sesudah dicuci lalu dijemur.

– Ayam itu dipanggang lalu dimakan olehnya.

Sambil

• sedang melakukan sesuatu, melakukan yang lain juga

– Kami minum kopi sambil berbual-bual.

– “Sambil menyelam minum air”

– Dia menonton televisyen sambil membuat kerja sekolahnya.

Kerana

• menerangkan sebab berlakunya sesuatukejadian

• Oleh sebab

– Pencemaran alam berlaku kerana sikap manusiayang tidak bertanggungjawab.

– Dia gagal dalam peperiksaannya kerana tidakmemperdulikan pelajarannya.

– Mereka menjadi kaya kerana mereka rajin danberusaha.

Sementara

• Pada ketika itu

– Pelajar-pelajar bersenam di dewan sementaramenanti hujan reda.

– Saya mencuci pinggan sementara ibu memasak.

– Adik membaca buku sementara menunggu ayah datang.

Supaya

• Agar, mudah-mudahan tercapai

– Belajarlah kamu sebelum tua supaya tidak kecewa.

– Kawasan pantai itu dibersihkan supaya kawasan itu kelihatan indah.

– Kita harus memupuk sikap bertolak ansur supaya hidup kita akan aman damai.

Kalau

• menyatakan syarat, jika

– Kalau tidak ada halangan, saya akan datang petang ini.

– Kita akan dapat mencipta sesuatu kalau kita kreatif.

– Anak itu akan berhenti menangis kalau diberi susu.

Walaupun

• Biarpun, meskipun

– Walaupun sudah larut malam, dia masih juga menonton televisyen.

– Anita gemar membaca walaupun kawan-kawannya lebih suka bermain.

Apabila

• Pada ketika, semasa, sewaktu

– Apabila sampai di rumah, barulah ia membuka bungkusan itu.

– Adik gembira apabila melihat kakak membawa pulang belon berwarna merah.

– Dia semakin bimbang apabila melihat keadaan ibunya yang semakin tenat

Apa kata anda?

Mari kita lihat gambar-gambarseterusnya bersama-sama

Apakah pendapat anda?

• Adakah makanan ini berkhasiat?

– “kerana”

• Bilakah makanan sebegini dimakan?

– “Apabila”

• Apa akan terjadi jika awak makan ini selalu?

– “kalau”

Apakah pendapat anda?

• Apa yang sedang dilakukan oleh orang itu?

– “sambil”

• Nampaknya dia sedang makan sarapan. Apa yang sedang dimakan olehnya?

– “dan”

• Adakah makan sarapan baik?

– “Kalau”

• Makan sambil membaca, adakah ini baik?

– “Apabila”

Apakah pendapat anda?

• Apa yang sedang berlaku?

– “Lalu”

• Rambut budak itu pula, bagaimana?

– “Walaupun”

Latihan

• Shazana dan kawan-kawannya masih jugamengulang kaji pelajaran _________ sudahlarut malam.

• Idzwan ____ Geno sedang bermain badminton di gelanggang sekolah.

• _____________ Encik Muddathir seorang yang kaya, dia seorang yang pemurah.

• Afiq tidak tahu jika bas yang dinaikinya itubetul ______ salah.

atau walaupun dan

Latihan

• Adik Zakky sedang bernyanyi _______ menari di ruang tamu.

• Fatin sedang mencuci pakaian __________ kakaknya asyik mendengar radio

• Hatta makan nasi goreng _______ Fadhil makan mee rebus.

• Luqman menanggalkan kasutnya _____ naik ke rumah Pak Zulafandi.

sementara

Lalu sambil sementara tetapi

Sekian, terima kasih