Post on 03-Mar-2019
1
“ISLAM DAN ILMU PENGETAHUAN”
(29 JUN 2018/15 SYAWAL 1439)
الحمد هلل الذي علم اإلنسان ما لم ي علم ورفع شأن العلماء على من دون هم فال الواحد األحد الفرد الصمد الذي لم ي تخذ صاحبة وال أشهد أن ال إله إال اهلل . يست وون
دا عبده ورسوله الذي أرشدنا إ لى ولدا، وأشهد أن سيدنا وحبيبنا وقائدنا وق رة أعيننا محم طريق الخير والهدى والنور.
ر وأرشدهم اللهم صل و د النبي األمي الذي علم الناس الخي سلم وبارك على سيدنا محمنيا واآلخرة وعلى ءاله وصحابته الطيبين رهم وصالحهم وفالحهم في الد إلى ما فيه خي
يا عباد اهلل. ات قوا اهلل، أوصيكم وإياي بت قوى اهلل وطاعته لعلكم أما ب عد، ف .الطاهرين قال اهلل تعالى في محكم آياته: .فلحون ت
﴾ٿ ٿ ٹ ٹ ٹ ٹ ڤ ڤ ڤ ڤ ڦ ڦ ﴿
SIDANG JUMAAT YANG DI RAHMATI ALLAH,
Pada kesempatan hari Jumaat yang mulia ini, saya berpesan kepada diri saya
sendiri dan kepada sidang Jumaat sekalian, marilah kita meningkatkan ketakwaan
kita kepada Allah SWT dengan bersungguh-sungguh melaksanakan segala
perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita
memperoleh keberkatan dan keredhaan serta perlindungan Allah SWT di dunia dan
di akhirat. Mimbar pada hari ini akan memperkatakan mengenai: “ISLAM DAN
ILMU PENGETAHUAN”.
SIDANG JUMAAT YANG DIKASIHI SEKALIAN,
Islam meletakkan ilmu pengetahuan sebagai asas utama kehidupan dan
landasan untuk mencapai kejayaan. Tanpa ilmu pengetahuan, individu,
2
masyarakat, bangsa dan negara akan mundur dan akan ketinggalan dalam semua
bidang dan lapangan. Sejarah membuktikan kedatangan Islam telah merubah dunia
daripada dibelenggu kejahilan kepada zaman kegemilangan dan kemunduran
kepada era kemodenan. Tanah arab yang asalnya bagaikan tanah gersang bertukar
menjadi lokasi perdagangan strategik yang dilengkapi segala kemudahan moden
serta pembangunan yang pesat dan drastik sehingga ke hari ini.
Kelahiran Rasulullah SAW dengan membawa ajaran Islam umpama cahaya
yang menyinari kegelapan masyarakat Arab pada masa itu. Bermula dengan
pembentukan akhlak sehingga menjadikan penduduk Arab sebuah masyarakat
moden yang bersatu padu. Begitu juga kejayaan para sahabat dan ulama yang
membawa syiar Islam sehingga agama Allah SWT itu berkembang hampir ke
sepertiga dunia dengan berpaksikan ilmu dan peradaban Islam yang sentiasa
diamalkan oleh pemerintah pada masa itu.
Oleh yang demikian, Islam telah mewajibkan seluruh umatnya agar
menuntut ilmu untuk mencapai kejayaan hidup di dunia dan di akhirat. Dalam
konteks keperluan negara hari ini, kita amat memerlukan modal insan sebagai
individu yang bukan sahaja mempunyai ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang,
namun ia juga mencakupi aspek iman serta akhlak peribadi yang tinggi dalam
setiap jiwa individu. Firman Allah SWT dalam surah al-Mujadalah ayat 11:
﴾مب ىب يب جت حت خت مت ىت يت جث مث ىث يث حج﴿
Maksudnya: “Allah meninggikan orang yang beriman di antara kamu, dan juga
orang yang diberi ilmu pengetahuan (dalam kalangan kamu) beberapa darjat.
Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang kamu
lakukan.”
3
SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI SEKALIAN,
Ke arah memenuhi hasrat dan aspirasi ayat ini, kerajaan hari ini telah
menzahirkan kesungguhannya untuk memartabatkan ilmu pengetahuan dan
pentadbiran Islam dengan memberi penekanan kepada ajaran Islam seperti yang
terkandung dalam al-Quran dan hadis-hadis sahih. Ajaran Islam bersifat syumul
dan menyeluruh dalam segala aspek kehidupan. Ia bukan sahaja memfokuskan
kepada amalan ritual agama tetapi mencakupi sudut ekonomi, sosial dan juga
akhlak. Dua sumber al-Quran dan hadis inilah yang menjadi teras utama ilmu
pengetahuan dan panduan umat Islam sebagaimana sabda Nabi SAW yang
diriwayatkan oleh Imam Malik:
كتم بهما كتاب الله وسنة نبيه ت ركت فيكم أمرين لن تضلوا ما تمسMafhumnya:"Aku tinggalkan dalam kalangan kamu dua perkara yang kamu tidak
sekali-kali akan sesat selagi kamu berpegang teguh kepada keduanya,
iaitu kitab Allah dan sunnah Rasulullah SAW.”
Al-Quran merupakan panduan dan sumber ilmu yang utama bagi umat
Islam. Jika panduan ini tidak difahami dan dihayati, tidak mungkin kita menjadi
umat Islam yang berjaya. Sementara kita berusaha membaca dan menghafal al-
Quran, kita juga perlu fahami ajaran sebenar agama Islam melalui apa yang dibawa
oleh al-Quran. Adalah menjadi tanggungjawab kita untuk menggali pelbagai ilmu
yang terkandung al-Quran dalam usaha ke arah menjadi ummah yang
mengamalkan cara hidup Islam. Justeru, Kerajaan amat komited untuk membawa
perubahan kepada pentadbiran negara dan pentadbiran agama Islam selaras dengan
kedudukan Islam sebagai agama persekutuan. Kita harus ingat akan tugas dan
tanggungjawab yang diamanahkan dalam pembentukan masyarakat Islam yang
terbaik di dunia.
4
Masyarakat yang terbaik inilah yang memahami Islam dengan erti kata yang
sebenar dan tidak tenggelam dalam arus kemewahan dan kebendaan. Peribadinya
dibentuk dengan jiwa yang berani, merdeka dan matang dalam memberikan buah
fikiran dan membuat keputusan. Sentiasa mencetuskan idea-idea yang bernas dan
membina. Tidak berputus asa dengan rahmat Allah SWT, tidak sombong dan tidak
lupa diri apabila diberi kejayaan. Kerana mereka beriman dan yakin semuanya
datang daripada Allah SWT sebagaimana firman-Nya dalam surah al-Hajj, ayat 41:
ڌ ڌ ڎ ڎ ڈ ڈ ژ ژ ڑ ڑ ک ﴿
﴾ک ک ک گ گ گ گ
Maksudnya: “Iaitu mereka yang jika Kami berikan mereka kekuasaan
memerintah bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat,
dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan perkara
yang mungkar. Dan ingatlah bagi Allah jualah kesudahan segala urusan.”
SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH,
Sebagai rakyat, kita harus bersyukur bahawa para pemimpin negara
merupakan golongan yang berilmu pengetahuan dan dapat berfikir dengan tajam
untuk membangunkan negara dalam semua aspek pembangunan dengan baik.
Peradaban hanya terbina dengan ilmu pengetahuan. Tiada jalan singkat untuk
membina peradaban. Kita perlu memahami Islam sebagai agama yang mendokong
kebenaran, keadilan dan kasih sayang yang akan menjadikan masyarakat maju
dalam semua bidang kehidupan.
Harus juga diingat dalam masa yang sama, menuntut ilmu tidak hanya
menjurus kepada mengumpul sebanyak ilmu yang mungkin, sebaliknya apa yang
lebih penting bagi umat Islam ialah wajib mengamalkan ilmu yang ada selari
dengan tuntutan Islam yang sebenar. Orang yang berilmu dan beramal, dialah yang
5
merealisasikan matlamat penciptaannya kerana falsafah budaya ilmu akan
memandu dan mendidik kepada akhlak yang terpuji dan kesejahteraan hidup
sebagai mana dituntut dalam Islam. Bagi orang yang berilmu tetapi tidak beramal,
dia akan tergolong dalam kalangan mereka yang dimurkai Allah SWT kerana tidak
merealisasikan matlamat ilmu tersebut. Ibarat belajar tinggi tetapi akhlak dan budi
pekertinya tidak mencerminkan ketinggian ilmu dimiliki. Akhirnya ia menjadi
punca kepada keruntuhan moral dan masalah sosial dalam masyarakat seperti
penyelewangan, rasuah, pecah amanah dan seumpamanya.
Mimbar berharap dengan ilmu pengetahuan itu juga, dapat mengawal akhlak
kita daripada menyebarkan pelbagai isu kontroversi yang sering menjadi perhatian
dan perbualan hangat masyarakat Islam. Lebih menyedihkan, penyebaran isu itu
menyebabkan kegelisahan dan kekeliruan dalam kalangan masyarakat Islam
tatkala ditularkan tanpa tabayyun atau tanpa meneliti dan menyelidik terlebih
dahulu sesuatu berita. Islam telah memberi garis panduan bahawa setiap perkara
yang diragui statusnya hendaklah dirujuk terus kepada ahlinya. Firman Allah SWT
dalam surah an-Nahl ayat 43:
﴾ٱ ٻ ٻ ٻ ٻ پ پ پ پ ڀ ڀ ڀ ڀ ٺ ٺ ٺ﴿
Maksudnya: “Dan tidaklah Kami mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai
Muhammad), melainkan dari kalangan orang lelaki yang Kami wahyukan kepada
mereka. Oleh itu bertanyalah kamu kepada orang yang berpengetahuan jika kamu
tidak mengetahui.”
SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH,
6
Sebagai mengakhiri khutbah pada hari ini, mimbar ingin mengajak sidang
Jumaat sekalian untuk menghayati intipati khutbah yang disampaikan sebagai
pedoman dalam kehidupan kita, antaranya:
Pertama: Ilmu pengetahuan adalah jambatan kejayaan kepada diri, masyarakat,
bangsa dan negara untuk mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat.
Kedua: Al-Quran dan hadis merupakan teras utama ilmu pengetahuan dan
panduan umat Islam yang perlu difahami dengan erti kata sebenar.
Ketiga: Mengamalkan konsep tabayyun tentang sesuatu berita yang diterima
dengan mendapatkan pengesahan daripada pihak ahli dan pakar bagi
mengelakkan terjadinya fitnah.
ڃ ڃ ڃ چ چ
ٱ ٻ ٻ ٻ
ژ ژ ڑ ڑ ڎ ڎ ڈ ڈ ڇ ڍ ڍ ڌ ڌ چ چ چ ڇ ڇ ڇ﴿
﴾ک ک ک ک گ گ
Maksudnya:“Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang
menciptakan (sekalian makhluk). Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku.
Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah. Yang mengajar manusia melalui
pena dan tulisan. Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.”
(surah a1-‘Alaq :1 - 5)
ات والذكر ي اكم بما فيه من األبارك اهلل لي ولكم بالقرءان العظيم ون فعني وإي ميع العليم. أق ول ق ولي هذا قبل مني ومنكم تال الحكيم وت وته إنه هو الس
اهلل العظيم لي ولكم ولسائر المسلمين والمسلمات والمؤمنين وأست غفر والمؤمنات فاست غفروه إنه هو الغفور الرحيم.
7
KHUTBAH KEDUA
_______________________________________________________________
8
Ya Allah, kami memohon agar dengan rahmat dan perlindungan Mu, negara kami
ini dan seluruh rakyatnya dikekalkan dalam keamanan dan kesejahteraan.
Tanamkanlah rasa kasih sayang dan kekalkanlah perpaduan di kalangan kami.
Semoga dengannya kami sentiasa hidup aman damai, sejahtera dan selamat
sepanjang zaman.
9