Domain Domain Pembelajaran

Post on 19-Jun-2015

2.228 views 14 download

Transcript of Domain Domain Pembelajaran

DOMAIN-DOMAIN PEMBELAJARAN

Oleh ZULKIPLY BIN YAAKOB

Domain Kognitif Domain Psikomotor Domain Afektif

Domain Kognitif

Ahli psikologi kognitif berpendapat, pembelajaran adalah proses mental yang aktif untuk mendapat ilmu, menyimpan, mengingat dan menggunakan ilmu (Ramlah Jantan, 2002). Ianya akan melibatkan proses aktif minda untuk memperolehi pengetahuan dan mendorong seseorang untuk belajar. Didalam proses pembelajaran domain kognitif sepatutnya dilibatkan secara aktif. Namun demikian, para pelajar biasanya agak sukar untuk dilibatkan secara maksima. Ia akan menjadi sukar sekiranya pengajaran dan pengajaran yang dijalankan hanya bersifat sehala.

Domain Psikomotor

Domain psikomotor melibatkan pergerakan tubuh atau apa sahaja pergerakan aktiviti dalam bentuk tingkahlaku. Menurut Selmes (1987), latihan dalam mengaplikasikan strategi belajar adalah perlu. Pembelajaran yang melibatkan pergerakan dan aktiviti akan menimbulkan keseronokan seterusnya meningkatkan keupayaan untuk mengingat sesuatu maklumat. Pendekatan belajar yang melibatkan perbincangan dengan rakan, melibatkan aktiviti, menyelesai masalah dan seumpamanya melibatkan domain psikomotor.

Domain Afektif

Domain afektif adalah melibatkan perasaan, nilai yang dipegang, sensitiviti dan persepsi individu. Bagi kebanyakan pelajar ada yang mempersepsikan sesetengah matapelajaran adalah susah dan sukar. Ini akan menjadikan motivasi dan keinginan mereka untuk belajar akan semakin menurun. Justeru itu, domain afektif bagi mewujudkan sesi pembelajaran sebagai senang dan menyeronokan akan banyak membantu pelajar untuk minat belajar. Justeru itu, pendekatan kemahiran belajar 5 domain cuba diketengahkan oleh penulis bagi menarik minat pelajar untuk belajar.

TAKSONOMI KOGNITIF BLOOM

1. PENGETAHUAN ATAU FAKTA

2. KEFAHAMAN

3. APLIKASI

4. ANALISIS

5. SINTESIS

6. PENILAIAN

MENGINGATI IDEA, FAKTASEPERTI ASALNYA-HAFAL

MEMAHAMI MESEJ SECARALITERAL

MEMAHAMI SESUATU YANG ABSTRAKDAN DAPAT MENGAPLIKASIKANNYA

MEMBAHAGI-BAHAGIKAN BAHAN ATAU IDEDAN MENGENALPASTI HUBUNGANMEREKA

MENCANTUMKAN UNSUR DAN BAHAGIAN-BAHAGIAN TERTENTU BAGI MEMBENTUKSUATU YANG BARU

MEMBERI PENDAPAT, MEMBUAT PERHITUNGAN BERASASKAN KUALITATIF ATAUPUN KUANTITATIF

PRINSIP URUTAN DALAMDOMAIN AFFEKTIF

DOMAIN AFFEKTIF MENYOKONG KEMAHIRANKOGNITIF

MEMPEROLEH SIKAP POSITIF TERHADAPSESUATU KEMAHIRAN AKANMEMPENGARUHI KEJAYAAN PEMBELAJARAN SESUATU KEMAHIRAN

TAKSONOMI DOMAIN AFFEKTIF

1. MENERIMA

2. MEMBERI MAKLUM BALAS

3.MEMPUNYAI NILAI

4. MENGORGANISASI

5. SIFAT BERASASKAN NILAI ATAU SET NILAI

SENSITIF TERHADAP /SEDAR KEWUJUDANSESUATU FENEMENA/IDE

MEMBERI MAKLUM BALASDENGAN MENGIKUTI PENDAPAT...

BERBAHAS, MEMBERI SOKONGAN,ATAU MEMBERI PENDAPAT INDIVIDU

MENGAITKAN NILAI SECARA HARMONI DAN MELAHIRKANFALSAFAH YANG KONSISTEN

BERTINDAK SECARA KONSISTENBERASASKAN NILAI YANG DIPEGANG

PRINSIP URUTAN DOMAIN PSIKOMOTOR

URUTAN KEMAHIRAN PSIKOMOTORMELIBATKAN PENGUASAAN SESUATUSUBKEMAHIRAN, DIIKUTI DENGANKEMAHIRAN EKSEKUTIF (EXECUTIVESKILL) YANG AKAN MERANGKUMISEGALA SUBKEMAHIRAN YANG TELAHDIPEROLEHI

TAKSONOMI DOMAIN PSIKOMOTOR

1.PERGERAKAN REFLEKS

2.PERGERAKAN ASAS

3.PERSEPSUAL

4.AKTIVITI FIZIKAL

5. PERGERAKAN MAHIR

6. KOMUNIKASI TANPA SUARA

TINDAKAN TANPA BELAJAR AKIBAT RESPONS KEPADA STIMULI

PERGERAKAN AKIBAT KOMBINASITINDAKAN REFLEKS DAN ASAS KEPADA PERGERAKAN LEBIH KOMPLEKS

INTEPRETASI PELBAGAI STIMULI-VISUAL, AUDITORI- KOGNITIF DAN PSIKOMOTOR

KESABARAN, KEKUATAN, TENAGA DANAGILITY

PERGERAKAN YANG MENUNJUKKANKECEKAPAN -SUKAN,REKREASI...

PRAGMATIKS-PERGERAKANBADAN, EKSPRESI MUKA, -TARIAN

6 Tahap Domain Kognitif

Pengetahuan Kefahaman Penggunaan Analisis Sintesis Penilaian

5 Tahap Domain Afektif

Menerima Bertindakbalas Menilai Mengelola Memberi watak melalui sesuatu nilai

himpunan

Domain Psikomotor

Pergerakan tubuh badan secara keseluruhan

Pergerakan halus yang berkoordinasi Komunikasi tanpa bahasa Bercakap

14

DOMAIN KOGNITIF

Melibatkan pembinaan daya intelek atau keupayaan minda terhadap fakta, konsep, prosedur, prinsip dsbnya.

Terdapat enam tahap atau peringkat mengikut taksonomi kognitif Bloom

15

TAHAP DOMAIN KOGNITIF

1. PENGETAHUAN – mengingati kembali

2. PEMAHAMAN – menterjemah, mentafsir, merangka

3. APLIKASI – mengguna pakai idea dalam situasi yang baru dan konkrit

4. ANALISIS – memecahkecilkan, mengasing maklumat bagi memahami struktur dan perhubungan

16

TAHAP DOMAIN KOGNITIF

5. SINTESIS – menggabung atau mencantum komponen-komponen untuk melihat keseluruhan idea dan struktur yamg baru dan konkrit

6. PENILAIAN – menilai dan mentaksir idea/bahan berdasrkan kriteria spesifik untuk tujuan tertentu

17

CONTOH DOMAIN KOGNITIF

PENGETAHUAN – mengenal pasti, menyenarai, menama, melabel, melakar, menyatakan dsbnya. Murid boleh menyatakan kepentingan warna tanah

PEMAHAMAN – menerangkan, memberi contoh, menentukan, menciri, mengelas dsbnya. Murid boleh menerangkan bagaimana air memberi kesan kepada fotosintesis

APLIKASI – mengira, menghitung, menunjuk cara, mengubahsuai dsbnya. Murid boleh menghitung kuantiti nutrien dalam baja sebatian

18

CONTOH DOMAIN KOGNITIF

ANALISIS – Memilih, mengawal, mengasingkan, membuat kesimpulan, membuat andaian, menghuraikan dsbnya. Murid boleh memilih baja terbaik untuk tanaman tomato.

SINTESIS – menggabungkan, merancang, membina, mereka cipta, mengeksperimen, mengkosepsikan, meringkaskan, mereka bentuk dsbnya. Murid boleh merancang jadual pertandingan bumi hijau.

PENILAIAN – menilai, mengkritik, menaksir, mentafsir, mengesan, menyokong, membuat keputusan dsbnya. Murid boleh menilai kesan sampingan racun serangga baru terhadap pokok tanaman.

19

DOMAIN PSIKOMOTOR

Melibatkan pergerakan fizikal anggota badan sebagai respons kepada stimuli persekitaran.

Terdapat 7 kategori:1. Persepsi/pengamatan2. Set3. Gerak Balas Terbimbing4. Gerak Balas Tanpa Bimbing/Mekanisme5. Gerak Balas Nyata yang Kompleks6. Adaptasi7. Lakuan Tulin

20

DOMAIN PSIKOMOTOR

PERSEPSI/PENGAMATAN – Persepsi atau proses membawa kepada kesedaran terhadap ransangan drp. benda, objek melalui alat deria menerusi penglihatan, bunyi, sentuhan, rasa, bau spt. Murid menghidu bau kuih yang dibuat oleh rakannya. Bapa murid mengecam suara anaknya

SET – kesediaan secara mental, fizikal dan emosi spt. Murid merasa keenakan rasa kuih yang dibuat oleh rakannya.

GERAK BALAS TERBIMBING – mencuba, mengikuti, meniru, spt. Murid dengan bantuan rakannya cuba membuat kuih. Murid mengikuti kursus teknik membuat kueh

21

DOMAIN PSIKOMOTOR

GERAK BALAS TANPA BIMBING – Tindakan ke arah satu pencapaian kemahiran yang agak kompleks spt. Murid boleh menunjuk cara membuat teknik kueh kepada rakan sekelasnya.

GERAK BALAS NYATA YANG KOMPLEKS – Tindakan motor secara automatik dan kompleks yang mencerminkan tahap kompetensi yang tinggi spt. Murid boleh membaiki enjin kereta yang rosak; murid boleh melakar reka bentuk blaus termoden di pasaran.

22

DOMAIN PSIKOMOTOR

Adaptasi – Kemahiran yang mencukupi untuk individu mengubah suai mengikut keperluan spt Murid boleh mempelbagaikan fungsi traktor untuk aktiviti pertanian. Murid boleh mengubah suai komponen injin motorsikal untuk pertandingan.

Lakuan tulin – Mencipta pola pergerakan baru sesuai dengan situasi dan masalah khusus spt. Murid boleh mereka cipta alat pengering baju dengan menggunakan bahan kitar semula.

23

DOMAIN AFEKTIF

Perasaan emosi seperti perasaan, penghargaan, semangat, motivasi, nilai dan sikap

Terdapat lima kategori1. Menerima2. memberi maklum balas/gerak balas3. Menilai4. Menorganisasi5. Menghayati nilai/perwatakan

24

DOMAIN AFEKTIF

DOMAIN AFEKTIF PENERIMAAN – kesedaran, kesediaan,

keprihatinan, mendengar spt. Murid sedar/prihatin terhadap kepentingan diet seimbang

MEMBERI MAKLUM/GERAK BALAS – melibatkan diri, bersetuju dan rela bertindak terhadap sesuatu benda/situasi spt. Murid memilih atau mengamalkan diet seimbang dalam pemakanannya.

25

DOMAIN AFEKTIF MENILAI – menerima, cenderung dan

terlibat secara aktif terhadap sesuatu amalan/nilai spt. Murid menanam semangat suka membaca surat khabar selepas kursus motivasi.

MENGORGANISASI – mengatur/membina sesuatu sistem nilai dalam diri sendiri spt. Murid-murid membaca nota pelajaran sebelum kelas bermula.

MENGHAYATI NILAI/PERWATAKAN – menyerap dan menganuti nilai secara konsisten dan logik yang menjadi pegangan, pendirian atau falsafah hidup spt. Murid berpegang teguh terhadap agama yang baru dianutinya.

26

LATIHAN KELAS

Setiap pelajar dikehendaki menyediakan dua hasil pembelajaran (objektif spesifik) bagi setiap enam tahap domain kognitif Bloom