Bentuk_Pinggir_Pantai

Post on 02-Jul-2015

357 views 1 download

Transcript of Bentuk_Pinggir_Pantai

Bentuk Pinggir Pantai Coastal form

AG20303 Dinamika Pinggir Pantai

Pendahuluan

• Pinggir pantai merupakan kawasan yang dinamik, terutama di zon litoral yang mengalami pelnagai proses geomorfologi pantai yang giat.

• Dalam kuliah ini, bentuk pinggir pantai iaitu merangkumi jenis pantai dan lanskapnya akan dibincangkan

Pengenalan

• Bentuk pantai dipengaruhi oleh proses semulajadi and antropogenik*

• Terdapat pantai yang rata (dataran, delta…), manakal ada juga pantai yang sempit, lebar, bertebing (tebing tinggi, tebing rendah …) dan sebagainya.

• Jenis pantai pula boleh ditentukan berdasarkan persekitaran seperti bentuk dan profil pantai.

• * Antropogenik: Aktiviti yang melibatkan campur tangan manusia

Bentuk Pinggir Pantai

Sumber: NASA Earth Observatory Collection, http://www.nasaimages.org

U.S. Gulf Coast

Tanjung

• Tanjung terbentuk di kawasan pinggir pantai yang lazimnya mempunyai susunan batuan keras dan lembut secara berselang seli

• Tanjung adalah bahagian batuan keras yang tahan hakisan ombak

Tanjung

Anak Tanjung

• Anak tanjung atau tetanjung adalah permatang seperti bentuk tanduk.

• Ia terbentuk daripada pemendapan pasir di hujung teluk atau muara sungai

• Anak tanjung menganjur ke laut manakala bahagian hujungnya bersambung dengan pinggir pantai

Tombolo

• Tombolo adalah beting pasir yang menyambungkan kawasan daratan dengan pulau

• Ia terbentuk daripada pemendapan pasir

http://www.dolphintourcostarica.com/gallery/

TelukTeluk adalah kawasan pinggir pantai yang lazimnya mempunyai susunan batuan keras dan lembut secara berselang seli.

Apabila bahagian batuan lembut terhakis, manakala bahagian batuan keras kekal, kawasan terhakis biasanya akan membentuk kawasan teluk.

Tebing tinggi• Tebing tinggi terbentuk

apabila ombak menghakis bahagian bawah cerun tebing pantai semasa air pasang

• Apabila batuan atau lekukan yang terbentuk runtuh, maka tebing tinggi terbentuk

• Proses berterusan akan menyebabkan pengunduran tebing dan pembentukan pentas hakisan

• Tebing tinggi berbeza di sesuatu kawasan bergantung kepada jenis batuan, struktur dan sifat batuan

Tebing tinggi

Sumber: California, northern Monterey Bay, soundwaves.usgs.gov

Pentas Hakisan Ombak

• Pentas hakisan ombak terbentuk berlanjutan daripada proses pembentukan tebing tinggi yang berterusan

• Hakisan ombak yang berterusan menyebabkan tebing tinggi mengundur, membentuk pentas hakisan ombak di kaki tebing tinggi.

Sumber:http://www.vnc.qld.edu.au/enviro/flinders/f-p-ttp.htm

Gua

• Hakisan ombak di tanjung bertebing tinggi membentuk gua laut

http://photos.igougo.com

Lohong ombak

• Lohong ombak (Gloup atau blow hole) biasanya terbentuk di atas gua pantai oleh hentaman ombak dan percikan di bumbung gua apabila air pasang.

Geo

• Bumbung gua yang runtuh akibat hakisan ombak yang berterusan akan membentuk sebuah anak teluk yang panjang dan sempit

• Bentuk muka bumi tersebut dikenali sebagai geo

Gerbang Laut

• Gerbang laut (sea arch ) terbentuk daripada hakisan gua laut

• Hakisan ombak berterusan akan menembusi dinding buah gua yang bertentangan, akhirnya membentuk gerbang laut

http://www.landforms.eu/shetland/arches.htm

Batu Tunggul

• Penggondolan terhadap gerbang laut akan menghasilkan batu tunggul (Sea Stack), apabila bumbung gerbang laut runtuh. Batu yang tinggal disebut Batu tunggul

http://www.bbc.co.uk

Sea cave, Sea Arch and Sea Stack

http://elearning.stkc.go.th/lms/html/earth_science

Sea cave, Sea Arch and Sea Stack

• Tanjung mengarah ke laut didatangi ombak dari semua sudut oleh gelombang.

• Ombak itu mengikis batuan lembut, menyebabkan terbentuknya retakan lalu meretakkan batu lembut lebih cepat daripada batuan sekitarnya.

• Ini membentu gua batu pantai yang pertamam. Apabila dua guan yang bertentangan bergabung, gerbang akan terbentuk.

• Manakala sekiranya bahagian atas gerbang jatuh, terbentuklah batu tunggul.

Beberapa jenis pantai berdasarkan persekitaran (bentuk dan profil) pantai

• Pantai bertebing tinggi (cliff)

• Pantai berpasir

• Pantai payau rawa

• Pantai terumbu karang

a) Pantai bertebing tinggi

• Terdiri daripada:

1. Tebing tinggi/ curam

2. Tebing bergantung

3. Rataan gelombang pasang surut

Tebing begantung (nocth)

• Bahagian tebing yang berdekatan air adalah melengkung ke dalam kerana tahap abrasi (kikisan) yang tinggi

Tebing melengkung

ombak

Rataan gelombang pasang surut

• Ini adalah zon kadang kala timbul dan kadang kala tenggelam semasa air pasang dan surut.

• Ia boleh menajadi kawasan/ zon pantai bersedimen kasar atau halus, bergantung kepada kekuatan tenaga yang mengangkut sedimen ke pantai.

• Rataan pasang surut berada di atas platfom/ pentas.

b) Pantai berpasir

• Merupakan kawasan pasang surut yang terdapat bahan mendapan hasil daripada hakisan/ kikisan tebing

• Terdapat bahan halus dan kasar• Biasanya wujud di kawasan landai, bahan/

sedimen pantainya adalaha halus; manakala bahannya kasar pada kawasan pantai yang curam

• Biasanya bahan pantainya adalah hasil pengangkutan keluar pesisir

• Wujud juga di muara sungai• Kadang kala membentuk dataran/

delta

c) Pantai rawa payau

• Kawasan air payau terletak pada kawasan antara laut dan pantai

• Kawasan ini merupakan kawasan penimbunan yang dikatakan ‘tumbuh’ oleh proses sedimentasi http://www.britannica.com/

Pantai rawa payau

• Biasanya kawasan yang mengalami pertumbuhan pantai (pembinaan semulajadi) akan ditumbuhi oleh tumbuhan berturutan di depan sekali adalah bakau, diikuti nipah dan tumbuhan kawasan bencah lain

d) Pantai terumbu Karang

• Dikenali sebagai ‘coral reef’

• Dihuni oleh terumbu karang dan hidupan akuatik kecil

• Karang juga dikenali sebagai polyps, terumbu pula dibentuk oleh organisma lain coastalcare.org

• Terumbu karang biasanya didefinisikan sebagai permatang atau longgokan batu kapur yang ketika hidup, bahagian paling atas terletak berhampiran aras laut

• Sentiasa digenangi air kerana karang memerlukan air untuk hidup

Pantai batu karang

• Karang yang mati membentuk batu karang

• Ia melibatkan pantai yang luas

• Mempunyai ciri (Menurut Bird 1970):

Air jernih, Suhu tidak melebihi 18 ˚C, kadar garam 27-38ppm dan arus laut tidak deras

• Sering dipengaruhi oleh proses tektonik

Profil Pulau terumbu karang yang berteres akibat pengangkatan tektonik

Aras laut

Teres

12

34

5

Profil pantai

Profil pantai

• Setiap pantai mempunyai profil/ sifat yang berbeza. Perbezaan ini mempengaruhi proses pinggir pantai dan menentukan kelas pantai

• Pofil pantai juga bergantung kepada unsur geologikal, geografi dan tenaga.

• Sesebuan pantai mungkin mempunyai persamaan dari segi geologi dengan pantai lain, namun perbezaan unsur geografi dan tenaga yang mempengaruhinya mewujudkan perbagai variasi profil pantai.

Sekian