Post on 14-Jun-2015
Namun Ku Punya Hati
Senyumku tak seghairah Gerak gaya tidak selincah Mataku tak seayu Kicau burung pun tak semerdu Namun ku punya hati Juga gayaku perasaan Hidupku yang begini Kadar waktu diizin Tuhan 1.Tidak ku minta Lahir ke dunia Tidak kuduga Cacat begini Bukan kuminta Kasih dan sayang Bukan ku rayu bantu simpati Maafkan wahai teman Kumenumpang di sudut dunia Mencari ketenangan Sampai masa ku pergi jua... ( ulang dari 1 )
Definisi Dan Konsep P.Khas
Chua(1992)
P.Khas merujuk kepada program pendidikan
yang dirancang khas untuk pelajar-pelajar
berkeperluan khas dari segi intelek, fizikal,
sosial atau emosi bagi mereka yang tidak
mencapai pertumbuhan dan penyuburan biasa
hinggakan mereka tidak mendapat faedah
sepenuhnya daripada rancangan sekolah
biasa.
Slavin(1997)
Sebarang program yang diperuntukkan
atau ditujukan kepada pelajar-pelajar
yang bermasalah seperti kecatatan
mental, emosi dan ketidakupayaan fizikal
ataupun penambahan kepada
pembelajaran biasa dalam kelas
Hallahan dan Kauffman (2006): Pendidikan
khas merupakan program pendidikan yang
disediakan untuk memenuhi keperluan kanak-
kanak berkeperluan khas iaitu program
pengajaran khusus yang direka bentuk untuk
memenuhi keperluan pelajar luar biasa.
Menurut Mansor (2005): Pendidikan khas
merujuk kepada suatu usaha yang
berterusan untuk menggalakkan
perkembangan optima seseorang sebagai
yang berkemahiran, berhaluan, berupaya,
beriman, berdikari, mampu merancang dan
menguruskan kehidupan serta menyedari
potensi diri sendiri sebagai individu dan ahli
masyarakat yang seimbang dan produktif
selaras dengan Falsafah Pendidikan
Negara.
Gearhart dan Weishman(1980)
P.Khas sebagai subsistem dalam
sistem pendidikan yang
bertanggungjawab mengadakan
peruntukan kemudahan dan
keistimewaan bagi membantu
pelajar-pelajar dan belia bersifat
luar biasa.
Rumusan Definisi
Kesimpulannya Pendidikan Khas boleh didefinisikan
sebagai kaedah-kaedah yang dibentuk khusus untuk
memenuhi keperluan kanak-kanak yang mengalami
pelbagai kecacatan/ kurang upaya. Pendidikan Khas
juga merangkumi aspek-aspek pengajaran dan
pembelajaran, latihan jasmani, dan juga pendidikan
yang berteraskan rumah, hospital, dan institusi.
Kurikulum untuk pendidikan khas ini juga sebahagian
daripada kurikulum biasa yang telah diubah suai
dengan tujuan memenuhi keperluan-keperluan khas
bagi murid-murid yang mengalami pelbagai jenis
kecacatan/ kuang upaya itu.
Kanak-kanak Berkeperluan Khas
Kanak-kanak berkeperluan khas adalah dikenali sebagai kanak-kanak yang mempunyai ciri-ciri kelemahan berikut:
Tahap inteleknya rendah
Tidak mempuyai kebolehan untuk belajar dalam masa yang singkat
Daya ingatan yang lemah
Daya tumpuan yang singkat
Lemah dalam 3M
Perasaan kurang yakin terhadap diri sendiri, rendah diri, malu dan takut
Emosi mudah terganggu
Masalah tingkah laku.
Mc Donnell et.al (1995)
Kanak-kanak berkeperluan khas
atau pelajar-pelajar istimewa
diklasifikasikan kepada pelajar
yang terencat akal, gangguan
t/laku, autisme, gangguan
pembelajaran, kecatatan deria
serta kecacatan fizikal
Kanak-kanak Berkeperluan Khas
Mahmood Nazar (2000)
Kanak-kanak yamg berhadapan dengan batasan keupayaan bagi memperoleh keperluan biasa dan untuk hidup bermasyarakat kerana had fizikal atau mentalnya.
Lerner (1998 )
Dua kategori :
- Risiko untuk gagal dalam pelajaran
- Kecatatan mengikut akta /undang-undang
Kanak-kanak Berkeperluan Khas
Rumusan:Kanak Berkeperluan Khas
Kurang upaya pendengaran ( hearing impairment)
Kurang upaya penglihatan ( visual impairment )
Kerencatan akal ( mental retardation )
Masalah t/laku ( behavioural disorders)
Masalah pembelajaran ( learning disabilities)
Masalah pertuturan ( language impairment)
Masalah pintar cerdas( gifted )
Kurang upaya fizikal ( physical disabilities )
Masalah kesihatan ( health impairment )
Kategori Individu keperluan khas
Masalah Fizikal
Masalah Mental
Masalah Emosi
Masalah Pembelajaran (learning disabilities)
Kanak-kanak yang telah dikenal pasti
dan disahkan oleh pakar klinikal sebagai
mengalami kecacatan yang menganggu
proses pembelajaran.
Perkembangan dari segi fizikal , emosi,
sosial dan intelek secara perlahan dan
amat berbeza dengan kanak-kanak
normal.
Kategori kanak-kanak ini akan di bincang
nanti.
Kepentingan P.Khas
Menyediakan peluang dan kemudahan pendidikan khas untuk murid-murid dengan keperluan khas
Menyediakan pendidikan yang sesuai dan relevan kepada setiap murid dengan keperluan khas
Menyediakan peluang untuk mengembangkan bakat dan potensi murid dengan keperluan khas
Menyediakan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang mencukupi dan terkini
Memastikan tenaga pengajar yang mencukupi dan terlatih dalam bidang pendidikan khas
Falsafah Pendidikan Khas
Pendidikan Khas di Malaysia adalah suatu usaha
berterusan untuk melahirkan insan yang
berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman,
berdikari, mampu merancang dan menguruskan
kehidupannserta menyedari potensi diri sendiri
sebagai seorang individu dan ahli masyarakat
yang seimbang dan produktif selaras dengan
falsafah pendidikan negara.
Pelaksanaan P.Khas Di Malaysia
Pendidikan bagi kanak-kanak tersebut dikendalikan oleh
dua Kementerian iaitu Kementerian Pelajaran
Malaysia dan Kementerian Perpaduan Negara dan
Pembangunan Masyarakat.
Khidmat yang disediakan oleh Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat
Cacat fizikal yang teruk
Rencatan akal sederhana dan teruk
Pelbagai kecacatan dan
Kecacatan yang tidak membolehkan kanak-kanak
tersebut belajar di sekolah-sekolah yang
disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia
Kategori kanak-kanak bermasalah pembelajaran di bawah tanggungjawab Kementerian Pelajaran Malaysia adalah:
Sindrom Down
Autisme ringan
Attention Deficit Hyperaktif Disorder
Terencat akal minimum
Bermasalah pembelajaran spesifik (disleksia)
Kurikulum
Kurikulum pendidikan khas sebahagian
daripada kurikulum biasa yang diubahsuai
bagi memenuhi keperluan-keperluan khas
bagi murid-murid yang mengalami pelbagai
kecacatan atau kurang upaya
Pendidikan Khas Di Malaysia
Berdasarkan Akta Pendidikan 1996 –
Peraturan-peraturan Pendidikan Khas (1997)
‘murid-murid dengan keperluan khas’
bermakna murid-murid yang mempunyai:
kecacatan penglihatan
kecacatan pendengaran
masalah pembelajaran
Model-Model Pendidikan Khas
1. Model Sosial (Social model)
2. Model Perubatan (Medical Model)
Mengutamakan ke arah masyarakat penyayang iaitu
mengenalpasti masalah dalam komuniti.
Prinsip kolaborasi dan penglibatan pelbagai pihak
amat diutama dengan penglibatan ibubapa,
sekolah dan masyarakat kepada program
pendidikan khas. Kolaborasi merupakan kerjasama
yang diberikan oleh beberapa pihak dalam
menyelesaikan sesuatu masalah ataupun untuk
mencapai suatu matlamat.
Kumpulan Pelbagai Disiplin
Dalam proses kolaborasi ini kumpulan pelbagai disiplin
memainkan peranan penting. Menurut Golin dan Ducanis ( 1981),
kumpulan pelbagai displin adalah satu unit yang berfungsi yang
terdiri daripada pelbagai individu yang mempunyai kemahiran
atau kepakaran dalam bidang tertentu.
Kumpulan ini akan bergabung tenaga untuk menyediakan
perkhidmatan kepada kanak-kanak khas. Mereka berfungsi untuk
mengenal pasti masalah pelajar, merancangkan program
pendidikan dan menilai perkembangan pelajar untuk memastikan
keberkesanan Program Pendidikan Khas.
Kumpulan ini adalah memastikan kanak-kanak mendapatkan
penempatan yang adil dan sesuai untuk kanak-kanak
berkeperluan khas.
Fungsi Keseluruhan Kumpulan Pelbagai Displin
a. Menaksirkan dan memperincikan masalah asal atau
spesifik kanak-kanak khas dari segi masalah kognitif,
fizikal, pendengaran, penglihatan, komunikasi, emosi atau
tingkah laku dan sebagainya.
b. Mengkaji semula intervensi yang telah dicuba oleh guru
khas dan mengenalpasti keberkesanan strategi untuk
memulihkan masalah kanak-kanak. Ahli kumpulan akan
menilai kesesuaian program pendidikan yang sedia ada.
c. Mencari alternatif dengan memikirkan pelbagai
pendekatan untuk pemulihan. Contohnya apakah
pendekatan pengajaran yang sesuai untuk kanak-kanak
hiperaktif ? Maka ahli kumpulan yang terlibat akan
memberikan pelbagai cadangan untuk mengajar kategori
kanak-kanak ini.
d. Mengenalpasti keperluan khas pelajar dan
merekodkan keperluan dan segala maklumat kanak-
kanak.
e. Pemilihan penyelesaian melalui pendekatan yang
paling sesuai akan dipilih untuk menyelesaikan masalah
kanak-kanak khas. Sebagai contoh kanak-kanak
bermasalah pembelajaran akan dicadangkan rancangan
pengajaran individu dalam program pendidikan.
f. Setiap kumpulan pelbagai displin bertanggungjawab
untuk menjalankan dan memantapkan rancangan
pendidikan.
Bentuk Kolabarasi Kumpulan Pelbagai Displin
1. Ibu Bapa:
Ibubapa harus sentiasa peka terhadap sebarang aktiviti
atau respon yang tidak normal anak-anak. Mereka patut
mengesan kekurangan anak mereka di peringkat awal.
Mereka tidak harus membiarkan sahaja jika mereka dapat
mengesan sebarang masalah atau perubahan pada anak
mereka.
Mereka harus berbincang dengan professional pakar
berkaitan masalah atau kecacatan anak mereka supaya
tindakan selanjutnya untuk membantu anak-anak mereka
dapat diambil dengan segera.
Mungkin peluang untuk memulihkan kecacatan tinggi jika
dapat mengesan kecacatan pada peringkat awal.
Bentuk Kolabarasi Kumpulan Pelbagai Displin
2. Pakar Perubatan:
Pakar perubatan yang mempunyai pelbagai kepakaran
dalam bidang perubatan memainkan penting untuk
mendiagnostik dan merawat penyakit kanak-kanak dan
mengesan punca masalah kecacatan untuk memulihkan
kecacatan tersebut.
Pediatrik
Pediatrik bertanggungjawab untuk mendiagnostik dan
merawat penyakit kanak-kanak dan mengesan punca
masalah pembelajaran seperti genetik, kewarisan,
prenatal dan postnatal.
Neurologi
Pakar neurologi adalah untuk mendiagnostik dan
mengubati penyakit yang berkaitan dengan neuorologikal
seperti kecederaan otak. Pakar ini juga mengawal
hiperaktif dan masalah menumpu perhatian dengan
memberikan kanak-kanak ubat “ Ritalin” untuk mengawal
keaktifannya
Oftomologi
Pakar ini akan menaksiran penglihatan pelajar.
Sekiranya mereka mempunyai masala penglihatan maka
akan memerlukan cara pengajaran yang berbeza dengan
kanak-kanak biasa.
Audiologi
Kanak-kanak yang disyaki mempunyai masalah dari segi
pendengaran akan dirujuk kepada pakar audiologi untuk
mengesan fungsi pendengaran mereka.
Terapi Pertuturan
Mereka akan mengesan masalah komunikasi dari segi
pertuturan dan bahasa kanak kanak.
Terapi pertuturan akan menggunakan pelbagai
pendekatan dan teknik untuk membantu kanak-kanak
seperti gagap, sumbing dan kanak-kanak yang
mempunyai masalah alat artikulasi untuk bertutur.
Terapi fizikal
Ahli kumpulan ini bertanggungjawab untuk menaksir
fungsi-fungsi motor halus dan motor kasar kanak-kanak,
melatih kemahiran hidup serta kemahiran membantu diri.
Bentuk Kolabarasi Kumpulan Pelbagai Displin
3. Pihak Sekolah:
Pihak sekolah memainkan peranan penting untuk
membentuk kanak-kanak supaya mereka boleh berdikari
dan menguruskan diri.
Pihak sekolah haruslah menyediakan satu bangunan atau
bilik khas untuk murid-murid berkeperluan khas,
menyediakan infrastruktur yang serba lengkap adalah
salah satu tanggungjawab pihak sekolah untuk
memastikan proses pengajaran dan pembelajaran melalui
kaedah-kaedah khusus dapat berjalan dengan lancar.
Bentuk Kolabarasi Kumpulan Pelbagai Displin
4. Jabatan Kebajikan Masyarakat:
Peranan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
merangkumi usaha-usaha membantu serta memberi
perkhidmatan kepada warga kurang upaya bersesuaian
dengan keperluan serta syarat-syarat yang ditetapkan.
Perkhidmatan ini diwujudkan untuk menolong orang
kurang upaya supaya mereka dapat berdikari dan
membolehkan mereka menjadi anggota masyarakat yang
lebih produktif sejajar dengan kebolehan dan keupayaan
mereka. Jabatan ini mengeluarkan Kad Kenal Diri Orang
Kurang Upaya untuk memudahkan pengenalan supaya
mereka mendapat perkhidmatan yang cepat dan akses
kepada kemudahan awam.
Bentuk Kolabarasi Kumpulan Pelbagai Displin
3. Pihak Sekolah:
Pihak sekolah memainkan peranan penting untuk
membentuk kanak-kanak supaya mereka boleh berdikari
dan menguruskan diri.
Pihak sekolah haruslah menyediakan satu bangunan atau
bilik khas untuk murid-murid berkeperluan khas,
menyediakan infrastruktur yang serba lengkap adalah
salah satu tanggungjawab pihak sekolah untuk
memastikan proses pengajaran dan pembelajaran melalui
kaedah-kaedah khusus dapat berjalan dengan lancar.
Soalan Tutorial
Dengan merujuk kepada Model Sosial dan Model
Perubatan, sejauhmanakah konsep pendidikan
khas mampu mencapai matlamat Falsafah
Pendidikan Negara ?
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh